Tuesday 2 October 2012

4 Muhasabah dengan Ujian

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang tadi sewaktu memandu pulang ke rumah dari pejabat, Alhamdulillah umi sempat mendengar slot Mukmin Profesional selama 1 jam bersama Ustaz Pahrol di Radio kegemaran IKIM FM. Topik 'UJIAN' kali ni bagi umi sangat menarik, pengisiannya sungguh mendalam dan sebenarnya kesempatan mendengar kali ini umi dapat rasakan seolah-olah teguran Allah kepada umi agar sentiasa beringat untuk kembali segera kepada Allah dan bermuhasabah diri dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup ini...mungkin umi dah sedikit lalai sejak akhir-akhir ni..   

Umi setuju dengan kata-kata ustaz bahawa hidup ini adalah medan untuk diuji..tiada kebahagiaan dan kesenangan yang hakiki di dunia ini..benar..seperti yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran:

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.” (Al-Ankabut:2)

Umi ingin sekali berkongsi beberapa petikan kata-kata ustaz untuk renungan dan muhasabah diri ini. Antara yang terkesan di hati..

----

Allah tidak berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.. dan Allah tidak akan sesekali menguji kita lebih dari kesanggupan kita menghadapi ujian itu.. 

dan sebenarnya, rasa tidak mampu menghadapi ujian itu ialah sebenarnya kita mampu untuk menghadapinya..cuma tatkala Allah menguji kita itu kerana mahu mendidik kita untuk mengeluarkan segala potesi diri yg ada dlm diri kita ke tahap maksimum..ianya diumpamakan seperti tali getah yang diregangkan..semakin ditarik dan diregangkan begitu jua semakin sakitnya apabila kita terus diuji..di situlah akal kita akan berfikir di tahap maksimum..dan membentuk sifat sabar mendidik jiwa..

Begitulah cara Allah mendidik kita..ujian yang diturunkan adalah didikan langsung dari Allah s.w.t kepada hamba-Nya...malah lebih hebat dari didikan seorang ibu kepada anak dan juga seorang guru kepada anak muridnya..sesungguhnya Allah datangkan ujian supaya kita menjadi insan yang lebih berjaya di dunia mahupun akhirat. 

Ujian yang diturunkan juga adalah cara Allah s.w.t menghapuskan kafarah dosa-dosa kita di dunia. Namun, kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa dekatkan diri, bermohon dan mengadu kepada-Nya melalui mendirikan solat.

Biarlah diri kita diuji di dunia dan mudah-mudahan Allah telah hapuskan dosa-dosa kita di dunia ini lagi..ayuh terimalah kesusahan yang sedikit di dunia jika dibandingkan dengan kesenangan dan kebahagiaan yg hakiki di akhirat kelak..

dan sebenarnya apabila kita lihat Allah menguji orang-orang yg sedang berusaha melakukan kebaikan adalah kerana Allah ingin mengurniakan pahala dan menaikkan darjat hamba-Nya itu di sisi-Nya..Allah Maha Mengetahui.

Percayalah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...

------
Muhasabah bagi diri ini yang sering lalai..

Ingatlah bahawa dirimu hanyalah hamba Allah. Dan apabila dirimu diuji itu tandanya Allah sedang 'memandang' kepadamu. Sesungguhnya beruntunglah pada insan-insan yang sentiasa diuji oleh Allah s.w.t itu. Mereka yang juga tidak pernah berputus asa mengharapkan rahmat Allah untuk kehidupannya di dunia dan akhirat yang kekal abadi..

Tatkala dirimu diuji, rafaklah rimbunan kesyukuran kepadaNya. Ikhlaskanlah hati, redha dan hadapi dengan penuh kesabaran. Moga kebaikan dunia dan akhirat itu menjadi milikmu. Moga kesulitan itu berganti dengan kemudahan. Moga kegusaran itu bertukar dengan ketenangan. Kenalilah Penciptamu yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia Maha Agung dari segala-galanya.


4 comments:

  1. Salam,

    Saya pun tgh berusaha TTC hampir 1years now. Married for 4 years nvr pregnant since. Been diagnosed PCOS by LPPKN took clomid for 2 cycles, telur matang tapi my uterine lining got thinner from the clomid. I frust and decided to take Biodex for 4 months nw. Alhamdulillah improve period cycles and mood pun ok xmcm masa ambik clomid. Biodex ni pun after my fren suggested as she was having PCOS as i am but she was lucky on the 2nd month she took she got pregnant. As usuall takdir bagi me and hubby mmg sentiasa lambat and susah untuk dapatkan sesuatu..Mmg sentiasa kena byk bersabar dan usaha dari mula kawen lagi.
    Mmg cabaran bgi kita yg TTC, kan? Ive been fooled last mnth as my period was late for 9 days and i really thot im preggie cos since i took Biodex mmg period on the dot. Was soo stressd with work pulak last mnth and at last Miss P dtg jugk.. I dah berangan im preggie and thot it will be the best Birthday gift for me this coming October.Eventho upt was never my fren for 4th times i tested -ve. i solat hajat minta diberi petanda i hamil mmg Tuhan beri petanda but its not what i wanted..Period came..Xpela..moga i tau dan dipertemukan Hikmah disebaliknyer...
    Sgt2 sedih n lagi sedih my hubby pun dh mengharap..Tapi Alhamdulillah dia sgt2 memahami dan byk bersabar dari i.
    So this month i try Fertilitiaid pulak nk tgk mcm mana.. U pernah try tak or mayb ur TTC's fren penah try ker pls let me know yeah/

    Anyway.. i doakan kita semua dapat apa yg kita impikan insyallah..Cuma nvr give up and ingt positif sentiasa dan berdoa dan berdoa, kan?

    Pls email me to ashafina@gmail.com if you want to chat ke ape2.
    Nice to meet u
    Alia

    ReplyDelete
  2. W'salam alia,

    nice to meet u too..and we are on the same side..
    It feels good when having someone who understands and that you can share your problems kan..I'll pray for u too..for both of us..and also for our TTC members..hopefully when the time has come dengan izin Allah, we'll have the good news soon like the others...and yes,u're right..sangat sedih kan even when i looked at my husband stp kali bgtau dia yg i period..ermm.. definitely, I am sure deep in his heart..he was quite upset but won't show it in front of me..somehow, he's very understanding and always +ve..that makes me feel better and Alhamdulillah.As a human being kita pasti lemah bila setiap kali diuji kan, me too..the only way is, i put my trust in Allah..ini semua atas kehendak DIA..kita hanya mampu berikhtiar, berdoa dan bertawakkal..the rest Allah Knows Best..semoga tak lama lagi rezeki 'zuriat' buat kita pula ye Alia..

    anyway, thanks for dropping by here..
    do keep in touch k!
    -At

    ReplyDelete
  3. salam..alhamdulillah, sy berasa tenang selepas membaca entry sis ni, kerana sememangnya waktu ni hati sedang gundah gulana di himpit ujian Allah. Sememangnya sy merasakan diri ini sgt lemah dan tidak mampu menanggung ujian yang saya rasakan sgt2 berat ni, tapi sy juga tahu yang Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Walaupun berat untuk sy terima,tetapi inilah hakikat yang harus sy hadapi. Semoga usaha kite berTTC ni dirahmati Allah dan semoga impian kite untuk bergelar ibu akan tercapai jua akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam rina, percayalah dengan setiap apa yg berlaku itu pasti bersebab dan punya hikmah tersembunyi..tak tercapai dek akal kita yg terbatas tentang hikmah dan perancangan Allah yang sangat teratur dan terbaik buat diri kita..kadangkala kita rasa perkara itu yg terbaik tapi Allah beri yang ini sedang Allah tahu yang inilah yg terbaik buat diri kita sebenarnya..mudah-mudahan rina dan diri sy juga akan sentiasa diberi kekuatan dan tidak sesekali berputus asa dgn rahmat-Nya ye..ameen... :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...