Tuesday 30 October 2012

6 6 tahun menunggu

Iya,
kini telah lebih 6 tahun...
ku masih menunggu dengan penuh harapan..
dan setiap kali harapan itu juga kembali berkecai 
pabila 'Ia' muncul 
bersama janji kosong..

Iya,
Ianya bukan suatu jangka masa yang singkat..
setelah lebih 6 tahun..
membuatkan diri ini juga tertanya
apakah peluang itu masih ada..
apakah mampu ku gembirakan 'si dia'..
apakah 'teringin' ku kan tercapai..

namun aku jua tahu
InsyaAllah jawapannya..
pasti akan ada jalan keluar bagi orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya
aku yakin itu..
yang pasti berusahalah!

Wahai diri,
teruslah bertahan..
bersabarlah dan berdoa kepada-Nya..
cekal hadapi ujian yang tak seberapa..
sementara hidup di dunia yang tidak kekal lama
jika dibandingkan dengan nikmat lain yang tak terhingga..

Alhamdulillah, di kelilingi insan-insan yang menyayangi kita
berbanding orang lain yang tidak punya apa-apa
berbanding mereka yang diuji lebih hebat dari kita
kuatkanlah hati dan semangat mereka..
justeru, syukurilah dengan nikmat yang ada

selamat maju jaya buat teman-teman TTC semua..teruskanlah usaha..




-Wallahua'lam-

                                                                                                                                                                   - iwannabeumie -

-Ma'a salama

Monday 29 October 2012

4 TTC: Ikhtiar bulan ni..

ermm..bulan ni umi cuma TTC naturally saja..kali ni takde cuba makan apa-apa produk pun..hehe..so hasilnya umi kena redha juga lah yer dengan usaha yang tak seberapa ni..tapi next month umi plan nak buat IUI di LPPKN rasanya..dah lama teringin nak cuba balik IUI ni...dulu pernah buat IUI 2x tapi tak berjaya..mana tahu Allah izinkan kali ni berjaya pula kan..ameen..dan sekarang umi tengah countdown menanti 'Ia' datang..sekitar minggu ini sepatutnya.

Apapun, umi ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" untuk pembaca-pembaca blog umi di luar sana (ececey macam la ramai yg baca blog ni kan..hehe...it doesn't matter..yg penting kalian yg sedang membaca ni happy dan bahagia selalu k!)..kali ni umi terpaksa berkorban balik raya rasa sambil bawa balik kerja2 opis yg very urgent untuk disiapkan..huhu...tq ye abang for your understanding..love u so much taw!.terima kasih pada mak mentua juga..hehe..tetiba terfikir bagaimanalah agaknya saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan negara-negara miskin dan berperang sana..semoga Allah menurunkan rahmat kepada mereka dan semua negara-negara islam..ameen.

and also congratulation to my brother on the birth of your cute baby girl..nampaknya bertambah lagi anak sedara umi menjadi 4 orang dan kesemuanya adalah gegurls..hehe..Alhamdulillah...at least those gegurls can cheer me up a bit..


till then!

-Ma'a Salama

Tuesday 23 October 2012

0 Banda Aceh selepas 7 tahun dilanda Tsunami 2004

Alhamdulillah, pada 21 - 25 November 2011 yang lalu, umie telah berpeluang menghadiri satu seminar di Banda Aceh, Indonesia. Umie telah mengambil kesempatan itu juga untuk melawat dan melihat sendiri hasil tinggalan tsunami/ wisata tsunami di sana selepas 7 tahun daerah itu dilanda tsunami dahsyat pada 26 Disember 2004 (so sorry pada suami tersayang sebab tak dapat ikut sekali, selalunya dia akan menemani umie ke mana-mana umie outstation). 

Cuma nak ceritanya bencana tsunami 2004 yang melanda persisiran di beberapa buah negara di sekitar Lautan Hindi termasuk Sri Lanka, Thailand, India sehingga lah ke Kenya dan Yemen itu adalah berpunca dari gempa bumi kuat bermagnitud 9.0 pada skala Ricther dan berepipusat di Pantai Barat Sumatra Utara (iaitu berhampiran juga dengan Aceh). Kejadian tersebut dikatakan telah mengorbankan lebih 200,000 nyawa di sekitar Lautan Hindi...umi tak mahu cerita panjang2 sebab dah banyak cerita tentang tsunami 2004 ini..cuma boleh dikatakan sepanjang melawat wisata tsunami tersebut, hati sangat2 pilu dan terkesan...juga terbayangkan betapa hebatnya kekuasaan Allah iaitu melebihi segala-galanya...


Sesungguhnya kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada benda itu: "Jadilah engkau! Maka jadilah ia" [Yaasiin:82]

Suatu ketika dahulu keadaan di Banda Aceh -musnah teruk akibat tsunami 26 Disember 2004

dan tinggalan tsunami tersebut (wisata tsunami Aceh) selepas 7 tahun bencana tsunami itu berlaku...umie dibawa jalan2 mengelilingi tempat-tempat menarik di Banda Aceh..


Kapal Tsunami Lampulo yang hanyut telah menyelamatkan 59 orang kampung dari korban tsunami 2004 - Kapal hanyut itu kemudian tersangkut di atas bumbung rumah penduduk kampung (bayangkan betapa tinggi tsunami ketika itu?)
 
umie juga berpeluang melawat muzium tsunami Aceh...banyak maklumat mengenai tsunami Aceh 2004 boleh didapati di sini..
 
Digambarkan keadaan ketika tsunami melanda Aceh beberapa minit selepas gempa bumi kuat berlaku jam 8.58 (waktu malaysia) - ombak tsunami melebihi 30 meter tinggi

dan dari pengalaman umi di sana, kejadian tersebut telah memberi kesan trauma dan makna yang sangat mendalam di kalangan masyarakat Aceh sejak kejadian bencana alam tersebut dan sehinggalah kini nampaknya...ianya sangat perlu dijadikan pengajaran juga buat kita semua..
 
Masjid-masjid Aceh yang masih berdiri utuh - sebanyak 27 masjid yang tidak terjejas oleh tsunami - ombak dikatakan terpecah sejurus sampai di hadapan pintu masjid

Kapal Janakuasa Letrik PLTD Apung ditolak ombak tsunami sejauh lebih 7 km masuk ke darat dari pelabuhan Ule-Lheu dan ianya terdampar di salah sebuah kampung di Aceh - (bayangkan betapa tinggi dan dahsyatnya tsunami 2004 ketika itu telah membawa kapal letrik yang sangat berat dan besar)

Pantai Ule-Lheu - antara lokasi perlancongan yang cantik dan musnah teruk akibat tsunami

Pemandangan sekitar kawasan Banda Aceh kini - suatu ketika dahulu tempat ini pernah menjadi padang jarak padang tekukur (cuma yg survived sebuah masjid, sebuah rumah api dan sebatang pokok! subhanallah)
  
juga tak lupa nak selitkan yang ini... :)

Masakan Khas Aceh - senang makan dalam kotak jer..hehe
 
Mee Kepiting Aceh..nyum2..sedappp ok ;)

kebiasaan di sini...tapi hati2 ya adik2 :)



Semoga bencana tersebut dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua...

-
Ma'a salama

Sunday 21 October 2012

0 Sunyi..


kadangkala bila menyendiri selalu terasa sunyi..
rumah tampak besar tapi sunyi..
dengar suara riuh rendah jiran bersama anak-anak..tetiba hati rasa sunyi..
bila masa kami happy tapi kemudian akan rasa sunyi kembali..

lantas tiba-tiba terfikir bagaimana lah kiranya suatu hari nanti sunyi itu tiada lagi..
atau cuma dapat rasa sunyi yang sementara
dan maknanya sunyi sekarang ini amatlah bermakna buat kami

sementara diberi peluang rasa sunyi dan masa lapang itu..
bersyukurlah, 
gunalah sebaik mungkin
pasti ada hikmah di sebalik peluang yang Allah beri itu..


Wallahua'lam

- iwannabeumie -


- Ma'a salama 

Saturday 20 October 2012

0 Mencari Bahagia

Assalamualaikum.. 

terasa lama juga umi tak update cerita...ermm..

rasa macam banyak benda nak dikongsikan dan diluahkan..my personal feeling..surrounding..workload lately..about everything n etc.. 

terus terang minggu ni umi sangat2 sibuk di tempat kerja..dengan mesyuarat antarabangsa yang baru sahaja selesai semalam..juga busy dengan kerja-kerja ofis yang semakin mencabar kredibiliti diri..agak sedikit tertekan..rasa ingin lari dan perlu muhasabah diri!

tapi itu semua bukanlah alasan..itu tanggungjawab kan..mengapa mesti lari..face it umi.
ianya juga ujian yg perlu ditempuhi..
tapi ianya perlu kepada keikhlasan..
ikhlaskah diri ini dalam memikul tanggungjawab itu?

sekurang-kurangnya bersyukurlah dengan segala nikmat yang dimiliki. 
apalah sangat sumbangan yang telah diberi..usahlah mengeluh wahai diri ini..dunia ini kan tidak lama. 

namun, bila tiba saat dan ketika dapat bersendirian begini..
terfikir sejenak..rasa terkilan sebab kurang dapat luangkan masa untuk bermuhasabah diri dek kerana sibuk dengan hal-hal duniawi yang pastinya takkan selesai..Astaghfirullahalazim.

pantas kedamaian hati itu semakin pudar..kini kembali tercari-cari kebahagiaan hati yang pernah dirasai..umi kongsikan petikan kata-kata dari sebuah majalah islamic kegemaran umi untuk renungan bersama;


"Susah senang hendaklah dilihat dengan mata hati. Apabila kita berasa susah, kecewa, sakit hati, takut, bimbang dan sebagainya dengan ujian yang datang daripada Allah, ini menunjukkan bahawa keyakinan kita kepada Allah masih tipis. 

Hakikatnya kesusahan atau cabaran itu ialah anugerah daripada Allah. Ia takdir daripada Allah yang tidak boleh kita elakkan. Kesusahan dan kegagalan ialah prasyarat untuk seseorang itu berjaya. Kita tidak akan berjaya kalau kita tidak sanggup mencuba, dan kita tidak akan mencuba kalau kita takut susah, takut gagal, takut dikata orang dan sebagainya

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu (Surah al-Taghabun 64:11)"

umi sentiasa perlukan ketenangan itu..kedamaian jiwa yang hakiki..mencari-cari bahagia di hati ini..
dan hanya dengan mengingati Allah, ketenangan itu dapat diperolehi..

Ya Allah Ya Rabb, bantulah hamba-Mu ini..ameen.



-Ma'a salama



Kenangan sebiji tomato yg dibeli sewaktu berada di jepun dulu..apa kaitan dengan topik?
xde kaitan..saja umi nak share coz tertarik dgn bentuknya..


luv... ;)

Wednesday 10 October 2012

8 teringin lar..











Assalamualaikum..

tetiba saat ini hati terasa sepi..
seakan ada ruang kosong yg masih belum terisi..
terasa seperti teringin...
teringin sangat nak lihat dan merasai sendiri..

teringin nak lihat 'si dia' happy sangat2 dengan berita itu..
teringin nak lihat 'si dia' akan tak sabar2 menunggu kelahiran 'si dia' yg dinanti..
teringin nak lihat 'si dia' nanti mengazankan ke telinga 'si dia' yg dinanti pabila lahir..
teringin nak lihat 'si dia' mendukung 'si dia' yg dinanti
teringin nak lihat 'si dia' tidur di sisi 'si dia' yg dinanti
teringin nak lihat 'si dia' bawa 'si dia' yg dinanti jalan2 naik moto pusing2 ambil angin
teringin nak lihat 'si dia' peluk cium 'si dia' yg dinanti
teringin nak lihat gurau senda 'si dia' dgn 'si dia' yg dinanti
teringin nak lihat wajah 'si dia' yg sangat dinanti
teringin nak tengok 'si dia' bahagia menjadi ayah nanti..
teringin juga nak dengar 'si dia' ucapkan..'Terima kasih sayang kerana telah melahirkan 'si dia' yg sangat dinanti-nantikan'

segalanya sangat teringin..
so sweet..segalanya tampak bahagia..dan mudah-mudahan benar.
namun adakah kesempatan dan peluang untuk itu suatu hari nanti?

Ya Allah Ya Tuhanku, izinkan lah ianya berlaku...ameen.



                                                                       - iwannabeumie -

-Ma'a salama

Tuesday 9 October 2012

0 ~ kehidupan & kulit bawang ~

Bismillahirrahmanirrahim 

Hidup ini sering diibaratkan seperti mengupas bawang..
semakin kita mengupas kulit bawang itu..helaian demi helaian..
maka semakin itulah kita akan mula menangis..



semakin kita menempuhi hari-hari yang penuh cabaran di dalam kehidupan, maka setiap kali itulah kita pasti diuji dan tidak pasti dengan apa yang bakal kita hadapi..
demikian setiap dari kita yang bernama 'hamba' tidak akan terlepas dari diuji oleh Sang Pencipta yang Maha Esa..dan yang bernama 'hamba' juga pasti lemah dan tidak berdaya..

akan mengalir laju air mata ini sekalipun cuba dibendung dan ditahan..
walau tidak kelihatan luaran namun kepedihan diratapi jauh di sudut hati ini..

Justeru, marilah kita sama-sama memohon kekuatan dari Allah s.w.t., moga-moga hati ini sentiasa subur, kuat dan teguh di dalam menempuhi liku-liku kehidupan ini..


Ma'a salama ~


Wednesday 3 October 2012

2 Honeymoon & Memancing

Ermm..saja umi nak share yg jumaat ni umi dn en. suami akan ke pangkor sekali lagi for our 3rd honeymoon this year, insyaAllah...and salah satu minat kami untuk mengisi masa lapang tiap kali pergi cuti-cuti Malaysia ni especially kalau ke pulau2 adalah dengan meluangkan masa untuk aktiviti 'memancing' kami... ;) ..lihatlah hasil tangkapan umi dan walid to be during our 1st honeymoon trip yang lalu...hehe..

We were here in Pulau Pangkor last February...bersih n nice view kan!..

yeayy..dapat ikan cantik la..Alhamdulillah

apa nama ikan ni yekk..cantik! sukenyer hatii..nyum2

Finally, cuma dapat 3 ajer..ikan cantik, kerapu laut n ketam..Alhamdulillah

this time harap2 ada rezeki juga nak memancing dan dapat ikan + sotong..tp umi ingat kali ni nak minta en. suami je la kot yg bawa joran pancing dia..umi malas nak bawa pancing umi kali ni..kami berdua punya batang joran masing2 walau kami ni cuma pemancing amatur saja...insyaAllah, tengokla nanti cammana..

by the way...

beberapa bulan yang lalu juga umi ada urusan di Kulim..en. suami menyusul kemudian ke sana dan terlanjur tu kami decided terus untuk ber honeymoon di pulau pinang aje..can't forget those old memories..kenangan sewaktu umi tinggal di sana dulu..hehe..kalau cuti-cuti Malaysia di penang ni for sure kami akan pilih untuk stay di Chalet Sri Idaman, Teluk Tempoyak atau di Tanjung Bungah..for us sangat menarik chalet ni coz bukan sahaja murah and the best thing is chaletnya terletak di atas air..banyak kali juga dah duduk di sini..got privacy here..dan sgt sesuai untuk tenangkan fikiran dan bermuhasabah diri sambil melihat keindahan laut ciptaan Tuhan.. hehe..yg best juga buka2 pintu bilik chalet boleh terus je memancing..yeaayy..let's the pics do the talking k.. :)


The water chalet

My dear! keep trying k..don't give up..insyaAllah..hehe

and finally ~ hasil tangkapan di penang.. byk yg terlepas juga.. :(
pls ignore the udang coz ianya digunakan sbg umpan je..
Alhamdulillah..fresh & nyum2 dpt mkn berdua!!

itu jer..

till then... &

Ma'a salama.. ~

Tuesday 2 October 2012

4 Muhasabah dengan Ujian

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang tadi sewaktu memandu pulang ke rumah dari pejabat, Alhamdulillah umi sempat mendengar slot Mukmin Profesional selama 1 jam bersama Ustaz Pahrol di Radio kegemaran IKIM FM. Topik 'UJIAN' kali ni bagi umi sangat menarik, pengisiannya sungguh mendalam dan sebenarnya kesempatan mendengar kali ini umi dapat rasakan seolah-olah teguran Allah kepada umi agar sentiasa beringat untuk kembali segera kepada Allah dan bermuhasabah diri dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup ini...mungkin umi dah sedikit lalai sejak akhir-akhir ni..   

Umi setuju dengan kata-kata ustaz bahawa hidup ini adalah medan untuk diuji..tiada kebahagiaan dan kesenangan yang hakiki di dunia ini..benar..seperti yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran:

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.” (Al-Ankabut:2)

Umi ingin sekali berkongsi beberapa petikan kata-kata ustaz untuk renungan dan muhasabah diri ini. Antara yang terkesan di hati..

----

Allah tidak berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.. dan Allah tidak akan sesekali menguji kita lebih dari kesanggupan kita menghadapi ujian itu.. 

dan sebenarnya, rasa tidak mampu menghadapi ujian itu ialah sebenarnya kita mampu untuk menghadapinya..cuma tatkala Allah menguji kita itu kerana mahu mendidik kita untuk mengeluarkan segala potesi diri yg ada dlm diri kita ke tahap maksimum..ianya diumpamakan seperti tali getah yang diregangkan..semakin ditarik dan diregangkan begitu jua semakin sakitnya apabila kita terus diuji..di situlah akal kita akan berfikir di tahap maksimum..dan membentuk sifat sabar mendidik jiwa..

Begitulah cara Allah mendidik kita..ujian yang diturunkan adalah didikan langsung dari Allah s.w.t kepada hamba-Nya...malah lebih hebat dari didikan seorang ibu kepada anak dan juga seorang guru kepada anak muridnya..sesungguhnya Allah datangkan ujian supaya kita menjadi insan yang lebih berjaya di dunia mahupun akhirat. 

Ujian yang diturunkan juga adalah cara Allah s.w.t menghapuskan kafarah dosa-dosa kita di dunia. Namun, kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa dekatkan diri, bermohon dan mengadu kepada-Nya melalui mendirikan solat.

Biarlah diri kita diuji di dunia dan mudah-mudahan Allah telah hapuskan dosa-dosa kita di dunia ini lagi..ayuh terimalah kesusahan yang sedikit di dunia jika dibandingkan dengan kesenangan dan kebahagiaan yg hakiki di akhirat kelak..

dan sebenarnya apabila kita lihat Allah menguji orang-orang yg sedang berusaha melakukan kebaikan adalah kerana Allah ingin mengurniakan pahala dan menaikkan darjat hamba-Nya itu di sisi-Nya..Allah Maha Mengetahui.

Percayalah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...

------
Muhasabah bagi diri ini yang sering lalai..

Ingatlah bahawa dirimu hanyalah hamba Allah. Dan apabila dirimu diuji itu tandanya Allah sedang 'memandang' kepadamu. Sesungguhnya beruntunglah pada insan-insan yang sentiasa diuji oleh Allah s.w.t itu. Mereka yang juga tidak pernah berputus asa mengharapkan rahmat Allah untuk kehidupannya di dunia dan akhirat yang kekal abadi..

Tatkala dirimu diuji, rafaklah rimbunan kesyukuran kepadaNya. Ikhlaskanlah hati, redha dan hadapi dengan penuh kesabaran. Moga kebaikan dunia dan akhirat itu menjadi milikmu. Moga kesulitan itu berganti dengan kemudahan. Moga kegusaran itu bertukar dengan ketenangan. Kenalilah Penciptamu yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia Maha Agung dari segala-galanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...