Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Tuesday, 28 January 2014

4 Berlepas lagi..ke tempat jatuh lg dikenang :)

Assalamualaikum,

Sebentar lagi umie dn en husb akan berlepas..menyusuri jejak-jejak lama kami..ke tempat jatuh lagi dikenang..tempat yg pernah umie menetap suatu ketika dahulu..

Semoga Allah beri kelancaran percutian kami ini dan permudahkan perjalanan kami ke sana...ameen.




* Hmm...sebenarnya umie excited dengan percutian kali ni..tapi entah mcmna hati ni ttp teringat2 mak abah adik di tanah suci..bagaimanalah agaknya keadaan di mekah dan madinah skrg..

till then!



post signature


Thursday, 26 December 2013

2 ~ Memperingati Kejadian Tsunami Aceh, 26 Dis 2004 ~




Assalamualaikum wbt.,

Sempena hari ini (26 Disember) iaitu hari tragedi bersejarah yang tidak mungkin dilupakan oleh kebanyakan penduduk dunia terutamanya penduduk di Lautan Hindi (Indonesia, Malaysia, Sri lanka, Thailand, India, etc.). Kejadian alam yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang telah meragut lebih 230 000 nyawa terkorban dan melibatkan kehilangan dan kerosakan harta benda yang tidak ternilai..juga kesan psikologi yang berpanjangan..ianya amat sukar dan menyedihkan.

Kenangan lawatan umie ke Banda Aceh dua tahun lepas akan terus terpahat di hati..betapa begitu hebat impak dan kesan tragedi ini di kota kecil ini dan juga terhadap masyarakat dunia lebih-lebih lagi di kalangan penduduk Aceh sendiri yang ada di antara mereka masih tetap berada di dalam keadaan trauma sehingga ke saat ini...Allahu Akbar! Sungguh benar Dia meninggalkan pelbagai iktibar dari tragedi malang ini untuk sama-sama kita renungi..Dia Maha Kuasa, Dia Maha Hebat.

sedikit perkongsian bingkisan foto-foto lawatan umie ke Muzium Tsunami Aceh, Indonesia iaitu 7 tahun selepas kejadian tsunami itu berlaku..sepanjang berada di Banda Aceh, perasaan ini memang sukar untuk digambarkan...terlalu sayu dan hiba..rasa takut..juga insaf..ada kalanya umie menangis sendiri...hanya apa yang boleh umie katakan, di sana terdapat terlalu banyak bukti2 kekuasaanNya..pergilah lihat sendiri dan hayati apa yang telah berlaku di kota ini...insya Allah kita akan temui jawapannya..







antara bahan pameran di muzium


sekitar ruang pameran muzium


Model ombak tsunami (tsunami wave flume)


jam terhenti menunjukan waktu sebenar kejadian gempa bumi kuat itu berlaku


Alat pengesan gempa bumi sewaktu 26 Dis 2004 - akan menjadi bahan sejarah penting


laluan menuju lorong tsunami (tembok tinggi bersama curahan air + dgn alunan ayat suci Al-Quran)





sebahagian nama-nama mangsa tsunami Aceh terpahat di dinding


kalimah ALLAH di atas kubah nama-nama mangsa tsunami tanda kebesaran-Nya












replika kampung2 dan kota Banda Aceh


Masjid Raya Baiturahman (di tengah2 itu..)


tsunami masuk ke daratan sejauh ~ 7-8 km dari pesisir pantai


keadaan yang digambarkan sewaktu ombak gergasi itu tiba di Aceh












kisah dan cerita mengenai perjalanan umie di Banda Aceh boleh diikuti di sini.

********
post signature

Wednesday, 25 December 2013

2 ~ Family Reunion @ Pulau Pangkor 2013 ~



Assalamualaikum wbt.,

Tanggal 21-23 Dis 2013 baru-baru ni, umie, en husb & family in-law ke Pulau Pangkor untuk family gathering 2013...kiranya ini percutian penutup bagi kami untuk tahun ini..hehe.

Destinasi ke Pangkor ni dah jd macam a must visit destination pula buat kami berdua setiap tahun..tahun lepas saja dua kali kami ke sini..sekali tu untuk snorkeling di Coral Island, another trip was semata2 nak memancing di sini..dapat juga la naik kerapu walau masih belum merasa mencandat sotong di sini..huhu..entah ya..to be truth sebenarnya kami memang suka suasana di sini :)

yup, there it is!..'Pulau Pangkor' :)

Kami bertolak dari Jeti Marina dan bukannya dari Jeti Lumut..ianya lebih hampir ke pulau..rasanya dalam lebih kurang ~7-10 min je dah sampai pulau..ehh..ker tak sampai 7 min ehh??..dan tiket pun sekitar RM10 pergi-balik utk seorang dewasa..

Feri dari Jeti Lumut

al-maklum sekarang ni musim cuti sekolah kan..kiranya setiap hari ramai betul pengunjung bercuti ke pangkor ni..tak putus-putus..seronok la org2 yg meniaga di pulau ni..tokey chalet2..resort2..laku habis..kira full house setiap hari...hehe..rezeki depa musim begini.. :)

di dalam feri..otw ke island..'penuh & padat' ;)

akhirnya tiba juga kami di Teluk Nipah seperti yg dirancangkan adik beradik en husb untuk percutian 3H2M kami..dan seperti biasa en husb telah arranged agar kami semua bermalam di Flora Beach Resort..chalet pilihan kami setiap kali mengunjungi pangkor ni (gambar xde nak tempek sini, sila lakukan carian di pakcik google aje k)..hehe..sewa chalet semalam RM120 (harga utk super peak season..selalu kalau bukan cuti sekolah tu kami sewa chalet ni tak sampai pun RM100). 


suasana Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor


masa utk berlibur bersama keluarga dan sahabat handai ;)








sambil mandi-manda..en husb tertangkap anak ikan ni..


"ok, dok sat dlm botol ni na..sekejap ja ok" :)


"aduh manusia..tlg kembalikan aku ke sanaaa...aku jg mau gumbira seperti mereka itu..huhu.." ;(


please..pleasee..pleaseeeee.. :( 

dan terus pula menyusuri jalan tepian pantai...





jejak-jejak yg kian menghilang..

sedang berehat2 di tepian pantai tu..kami terlihat sekumpulan hornbill (burung enggang/kenyalang) yg sedang bertengek beramai-ramai di atas dedahan pokok..




oopss, kasi close-up sket..


The Pangkor Hornbill

ok, that's all!
utk d' next entry: snorkeling@Coral Island beramai-ramai..hehe..to be continued insya Allah..

ok, tk cre everyone!


ma'a salama
post signature

Friday, 29 November 2013

0 Memories of living in Japan: Cultural Exchange (Japanese Elementary School)

Assalamualaikum,

Mengimbau kembali kenangan berada di Japanese elementary school in Japan..a cultural exchange program organized by JICA (Japan International Cooperation Agency). 

Ramai masyarakat dunia mungkin tertanya-tanya...

Why are the Japanese people are so smart?
Why are the Japanese people are so disciplined?
Why are they so polite?

and one of the reason is because they are taught from young to be disciplined and considerate the others. see?

Such a sweet memories!.


Sesi memperkenalkan Negara Tanah Air tercinta..
"minasan..mite kudasai!!"

errr..sumimasen! ..Malaysia no doko desu ka??

Minasan..peace! :-)

A cultural performance (student & teacher)

another cultural performance too

 dan lagi...

juga dari kanak-kanak jepun..so nice :-)

so surprise..mereka telah membuat persiapan awal untuk membentangkan tentang 'Malaysia'
"omoshiroi desu ne..subarashii desu yo!!"

Me and my colleagues..from Myanmar, Ecuador, Fiji Island and Saudi Arabia
..mendengar pembentangan dari kanak-kanak Jepun

Japanese elementary school students...sgt berdisiplin, teratur & mereka sentiasa diajar menjaga kebersihan (5S diamalkan)

get ready for "hiro gohan" (lunch) ... minasanitadakimasu..!!

so, dah habis makan?...and now time to brush your teeth ok...yeayyy!

Minasan, we have to leave now...domo arigatou gozaimasu...gambatte kudasai....SAYONARA!! 

ok bai2..
and thank you for the sweet memories ya!!


ma'a salama
post signature


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...