kini telah lebih 6 tahun...
ku masih menunggu dengan penuh harapan..
dan setiap kali harapan itu juga kembali berkecai
pabila 'Ia' muncul
bersama janji kosong..
Iya,
Ianya bukan suatu jangka masa yang singkat..
setelah lebih 6 tahun..
membuatkan diri ini juga tertanya
apakah peluang itu masih ada..
apakah mampu ku gembirakan 'si dia'..
apakah 'teringin' ku kan tercapai..
namun aku jua tahu
InsyaAllah jawapannya..
pasti akan ada jalan keluar bagi orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya
aku yakin itu..
yang pasti berusahalah!
Wahai diri,
teruslah bertahan..
bersabarlah dan berdoa kepada-Nya..
cekal hadapi ujian yang tak seberapa..
sementara hidup di dunia yang tidak kekal lama
jika dibandingkan dengan nikmat lain yang tak terhingga..
Alhamdulillah, di kelilingi insan-insan yang menyayangi kita
berbanding orang lain yang tidak punya apa-apa
berbanding mereka yang diuji lebih hebat dari kita
kuatkanlah hati dan semangat mereka..
justeru, syukurilah dengan nikmat yang ada
selamat maju jaya buat teman-teman TTC semua..teruskanlah usaha..
-Wallahua'lam-
- iwannabeumie -
-Ma'a salama
selamat maju jaya buat kita, TTCians :)
ReplyDeleteye yana, buat kita semua..ameen :)
ReplyDeleteTouching la akak..huhu..kite same2 sabar dan redha ok, Insyaallah Allah telah aturkan yg terbaik utk kita semua.. Luv u kak.. :-)
ReplyDeleteTq intan..insyaAllah kita sama-sama mohon kekuatan dari Allah k..pasti apa yang berlaku itu yang terbaik buat kita dan pastinya kita adalah insan-insan yang terpilih..luv u too intan ;) tk cre k! ayuh teruskan usaha.. :)
DeleteSalam.sy bukan seorang ttc Tapi sy sgt sgt kagum dgn ketabahan ttcian.semoga kalian semua tabah hadapi ujian ini. Sy sendiri tidak sekuat kalian mungkin sebab itu Allah tidak takdirkn sy sbg srg ttcIan sebab Allah tahu sy tidak mampu tp kalIan semua mampu..seikhlas hati sy sgt kagum dgn kesabaran kalian.semoga Allah mengurniakan ttcian semua dgn rezeki Allah yg satu ini. AMIN..
ReplyDeleteAs salam Anony, ameen..terima kasih byk ye doakan kami..Alhamdulillah, anony punya zuriat dan tak diuji seperti kami dari segi sukarnya mendapatkan zuriat..hakikatnya setiap insan pasti diuji..diuji dgn ujian yg berbeza-beza kan..harapan kita agar selalu diberi kekuatan utk tempuhi sebarang bentuk ujian yg terpaksa dihadapi..walau apapun jua rintangannya..mudah-mudahan anak yg kita miliki bukan sahaja akan menjadi harta dan perhiasan dunia bahkan menjadi harta dunia dan di akhirat kelak..insyaAllah...
Delete