Tuesday 28 January 2014

4 Berlepas lagi..ke tempat jatuh lg dikenang :)

Assalamualaikum,

Sebentar lagi umie dn en husb akan berlepas..menyusuri jejak-jejak lama kami..ke tempat jatuh lagi dikenang..tempat yg pernah umie menetap suatu ketika dahulu..

Semoga Allah beri kelancaran percutian kami ini dan permudahkan perjalanan kami ke sana...ameen.




* Hmm...sebenarnya umie excited dengan percutian kali ni..tapi entah mcmna hati ni ttp teringat2 mak abah adik di tanah suci..bagaimanalah agaknya keadaan di mekah dan madinah skrg..

till then!



post signature


Monday 27 January 2014

0 rindu lagi...

Assalamualaikum wbt.,

Lama rasanya umie tak meninjau blog umie ni apatah lagi nak berblogwalking blog rakan-rakan yg lain..

Semalam 27 Jan, umie menghantar Abah, Mak dan adik umie ke LCCT, untuk mengerjakan umrah..huhh..umie masih terbayang2 saat bersama mereka dulu bersama2 kami semua (kecuali adik) ke tanah suci tahun 2012 yg lalu...masih segar diingatan..

ohh sungguh rindu rasanya nak pergi lagi..rindu nak lihat Baitullah Kaabah..rindu suasana di masjidilharam, rindu nk menziarahi makam rasulullah SAW..rindu semuanya..

betapa untungnya buat semua insan2 yg terpilih menjadi jemputanNya..Alhamdulillah..





Selamat mengerjakan umrah ya..selamat pergi dan selamat pulang!!


Semoga diberi kelancaran, kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan Mak Abah dan adik umie mengerjakan umrah..hakikatnya mereka telah pergi kali ni turut membawa semangat, doa dan hati umie juga bersama mereka ke sana :"(


Ma'a salama
post signature



Friday 10 January 2014

2 Salam Jumaat: ~ Takkan kekal lama

Assalamualaikum wbt.,

Muhasabah diri di hari yang mulia..
jumaat penghulu segala hari..
moga2 saban hari yang kita lalui beroleh keberkatan dan redha Ilahi...ameen.


La tahzan, innallaha ma'ana

ma'a salama
post signature

Wednesday 8 January 2014

2 Kisah 3 budak hitam sebagai pengajaran













Al-kisah tiga orang budak hitam sedang berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba salah seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliau pun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Sebaik sahaja terbuka botol tersebut, maka keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa terbahak-bahak lalu berkata "Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? aku telah terkurung di dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaan kamu semua".

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, "Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata: "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih.

Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!". Budak hitam kedua pun berkata: "Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama.

Jin pun berkata kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata: "Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan lebih cantik dari budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata: "Tidak, permintaan kamu itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya. Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata: "Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu". Lalu jin pun tunaikan permintaannya.

Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.


Moral of the story:

Sikap dengki, cemburu dan iri hati seringkali bersarang di hati sesorang insan. Seringkali manusia yang busuk hati tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya akan merugikan manusia itu sendiri.


*sekadar kisah tauladan yang tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.. ;)

ma'a salama~
post signature

Friday 3 January 2014

2 Salam Jumaat: Doa Istiqamah beribadah - Wasiat Rasulullah SAW kepada Mu'az bin Jabal ra

Assalamualaikum wbt.,

Motivasi pagi di radio IKIM pagi ini ada berkongsikan satu doa yang umie rasa sangat baik dan begitu manfaat untuk dikongsikan bersama rakan-rakan semua.

Doa ini merupakan satu wasiat junjungan besar SAW kepada sahabat baginda yang dikasihi iaitu Mu'az bin Jabal ra. Baginda lantas berpesan agar jangan sesekali meninggalkan amalan membaca doa ini setiap kali selepas solat. Umie percaya doa ini mempunyai manfaat dan hikmah tersembunyi yang besar sehinggakan Baginda meminta agar sahabat Mu'az ra jangan sesekali meninggalkan bacaan doa ini setiap hari.

Ayuh, moga-moga kita semua dapat sama-sama amalkan insyaAllah, mudah-mudahan Allah SWT dapat meneguhkan iman dan keyakinan kita untuk terus dapat melakukan amal ibadah dengan lebih baik dan sempurna..dan lantas berusaha untuk menjadi insan yang lebih bertaqwa.

Wasiat Rasulullah SAW kepada Mu'az bin Jabal ra..


***

Suatu hari Junjungan Besar Rasulullah S.A.W. memegang tangan sahabat Mu'az bin Jabal ra, seraya berkata:

Wahai Mu'az, demi Allah, aku sangat mengasihimu". Lalu Baginda bersabda "aku wasiatkan kepadamu wahai Mu'az supaya jangan sesekali meninggalkan doa ini setiap kali selepas solat "


(Allahumma a’inni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik)

Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadah kami kepada-Mu, ameen.


***

Doa ini perlu dibaca dan diamalkan setiap hari iaitu setiap kali selepas solat..doa memohon agar Allah SWT menetapkan hati kita ini untuk terus istiqamah dalam melakukan amal ibadah dan dalam usaha melaksanakan semua ketaatan kepadaNya, insya-Allah.


Wallahu a'lam

ma'a salama
post signature

Thursday 2 January 2014

4 Harapan untuk Tahun 2014..

Bismillahirrahmanirrahim

Memulakan langkah untuk tahun baru 2014

tahun yang pasti lebih mencabar buat umie..
moga2 juga menjadi tahun yang lebih baik dari tahun2 sebelum ini..

tahun yang nampaknya umie perlu lebih rajin, disiplin dan serius dalam segala hal berkaitan..dan cuba untuk memperbaiki diri menjadi hamba-Nya yang lebih bertaqwa


harapan umie semoga tahun 2014 ini akan menjadi lebih bermanfaat dan lebih bermakna dalam hidup kami berdua, insya-Allah.


Mudah-mudahan tahun ini penuh dengan keberkatan dan dimurahkan rezeki kami selalu..ameen.



***


sekadar renungan bersama bagi pembuka tirai tahun baru ini ;) 



ma'a salama
post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...