Monday 30 September 2013

8 usah dikira..

usah dikira berapa banyak usaha..
usah dikira juga berapa banyak belanja..
usah dikira air mata yg mengalir ..
usah dikira hari-hari yang berlalu pergi

setelah kau ku miliki suatu hari nanti

usah dikira waktu itu betapa tinggi nilai kasih dan sayang ini
usah dikira lagi..














                                                                         -iwannabeumie-



ma'a salama
post signature



Friday 27 September 2013

2 berlepas ke Miri..

Assalamualaikum..

sekarang umie berada di airport KLIA..tengah tunggu masa untuk berlepas ke Miri...esok malam insyaAllah balik semula ke KL..sabar je..kerja..kerja..kerja..isnin nak kena cuti la mcmni..cuti ganti..hehe..:-)




daa...

ma'a salama









Tuesday 24 September 2013

8 Entri Khas: sayang Ayah...

Assalamualaikum wbt.,

Sekadar renungan dan ingatan buat kita semua yang bergelar anak..
sila lah hayati sebaiknya..

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH..

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..
tetapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah marah kita..tapi tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej/universiti untuk belajar.. Di saat kita memerlukan macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi dan tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..ayah sangat berhati-hati mengizinkannya..dan akhirnya..saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakanlah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.. Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu??


# fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawan..ayah dan ibu adalah segala-galanya.. janganlah sesekali kita abaikan mereka..dan jangan sesekali membenci mereka..apabila anda ditegur atau dimarahi kerana teguran mereka untuk kebaikan kita semua...sayangilah mereka sementara mereka masih ada di dunia ini... :')

****

Bie sayang Abah dan Mak selalu..selamat sihat sentiasa ayah bondaku tercinta..
..ameen ya rabbal alamin..

Terima kasih Abah!...Terima kasih Mak!..terima kasih di atas segalanya.
Moga Allah SWT membalas jasa baik kalian mendidik kami dan mencurahkan kasih sayang dengan cukup sempurna di dunia, Alhamdulillah.

-ma'a salama
post signature

Friday 20 September 2013

2 Salam Jumaat: Peringatan buat diri yang terleka

Bismillahirrahmanirrahim...

Di hari yang mulia..sama-samalah kita renungkan..

juga buat diri ini yang sering lalai..


Wallahu a'lam


ma'a salama

post signature

0 ~ Waiting For The Call oleh Irfan Makki ~

Assalamualaikum wbt.,

Sekarang ni dah mula masuk musim haji 1434H kan..
syahdu rasa hati bila tiap kali melihat tetamu-tetamu Allah ni dijemput dan berpeluang mengerjakan haji ni..alangkah bertuah dan beruntungnya tetamu Allah ni sebenarnya...mula la terfikir bila agaknya akan diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke Baitullah Al-Haram lagi..insyaAllah moga-moga diberi izin dan dijemput oleh-Nya suatu hari..ameen.

lagi tambah syahdu bila mendengar lagu nyanyian irfan makki ni..mengamit rasa rindu untuk ke sana..damai..sungguh terasa damai dan tenang berada di sana...Selamat mengerjakan haji buat tetamu-tetamu Allah yang terpilih...semoga kalian dikurniakan haji yang mabrur, penuh keberkatan dan dipermudahkan segala urusan mengerjakan ibadat di sana, insyaAllah. 


Para jemaah sedang menuju ke Masjidil Haram..
credit: hajiarshad.com


****
Waiting For The Call (by Irfan Makki)

Miles away, oceans apart
Never in my sight, but always in my heart
The love is always there, it will never die
Only growing stronger, a tear rolls down my eye

I'm thinking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa
Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaaba wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaaba wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my veins
To see my Muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day, everyone will get the chance
To be blessed with the greatest honour
Of being called to Your Noble House

Standing in ihram making my tawaf,
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa
Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaaba wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaaba wall

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)
Labbayk(here I am)
Labbayk(here I am)

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaaba wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaaba wall

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaaba wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaaba wall

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)
Labbayk(here I am)
Labbayk(here I am)


credit to: lyricsmode.com

ma'a salama
post signature



Wednesday 18 September 2013

17 TTC: Ikhtiar kurangkan berat badan

Assalamualaikum wbt.

Terasa masa semakin cepat berlalu sekarang ni kan..sedar tak sedar..alahai dah lebih 7 tahun..berita semalam yang disampaikan pada umie, kawan sepejabat umie kini mengandung lagi (muda 2 thn dari umie)..kini dah nak masuk anak ke-3, Alhamdulillah rezeki dia..walhal umie kenal dia sejak dia anak dara..sampailah dia kawen..TTC sekejap kemudian dapat anak pertama..hamil lagi tapi keguguran selepas tu..kemudian hamil dpt anak kedua pula..kini sekali lagi hamil utk anak ketiga..


takpe memang jelas itu rezeki masing-masing kan..bahagian masing-masing..setiap insan ujiannya tak sama..ada lebih di mana2 namun pasti ada kurang juga di mana2..lumrah ujian hidup..kita teruskan usaha + doa apa yg termampu..apa yg umie nampak setakat ni Allah tak menguji dia dari segi utk dapatkan zuriat..ada orang memang mudah..buat sekali pun kalau memang Allah izinkan lekat..lekat juga kan..syukur.


papepun tahniah buat kawan umie..umie tumpang gembira..bertahun2 merancang, tup2 bulan yang tak pakai 'protection' tu terus lekat pula ye..sungguh rezeki dia memang dipermudahkan di situ.


bagi diri umie ni nampaknya kami berdua perlu lebih ikhtiar lagi....ikhtiar, ikhtiar dan terus berikhtiar..tak pasti bilakah masa itu akan tiba...yg pasti perlu sabar, sabar dan teruskan bersabar kan...


Seingat umie, dulu gynae ada pesan dan tekankan pada umie perlu kuruskan badan sikit..itu sgt penting katanya..ianya akan mempengaruhi kestabilan hormon, penyakit dalaman wanita, keintiman, pokoknya semuanya yg berkaitan dgn kehamilan la kan...umie kini dah masuk kategori overw* ke ob*s*ty..owwhh..tidakk..dlm masa 5 tahun je berat umie dah bertambah 10 kg..adoii cammana ni..


So, al-kisahnya semalam tanpa berfikir panjang umie telah pesan satu produk kesihatan pada kawan sepejabat..


jeng..jeng...*Set Slimming SHAKLEE* :-)


sejurus dapat set ni nanti akan bermulalah projek kami berdua untuk menurunkan berat badan..mudah-mudahan umie serasi dgn produk ni dan Allah permudahkan ikhtiar kuruskan badan dan ikhtiar utk dapatkan zuriat buat kami..ameen.


ada tak sesiapa yg pernah mencuba dan berjaya menggunakan produk set slimming shaklee ni ye? atau set2 dari produk shaklee ni ke..katanya bagus untuk ikhtiar..komen sket plss, tq... :-)






update terkini (19/9/2013)
umie sudah pun menerima dan memulakan set slimming SHAKLEE ni..harap2 ada la ye perkembangan positif tak lama lg kn, insyaAllah..hehe..ganbarimashou! 


Set Slimming Cinch Shaklee yg umie ambil :-)


ma'a salama
post signature

Sunday 15 September 2013

0 kembali ke tanah air..

Alhamdulillah..
umie telahpun selamat kembali ke tanah air pagi semalam.
seronoknya rasa bila mana jejak saja kaki di KLIA semalam.
Alhamdulillah..dah tak terasa terasing lagi di bumi sendiri..
hmm...syukur!

terima kasih Ya Allah.
terima kasih kawan2 atas doa kalian semua ye..

kini masa untuk kembali berkerja..kerja..kerja..dan teruskan kerja...hehe.

Good bye Vladivostok!


xtra info:
sesampai je rumah badan mula terasa penat sgt..mana taknya..
travel pergi: KLIA - transit Seoul Korea - Vladivostok 
travel balik: Vladivostok - transit Hong Kong - KLIA..hmm..jauhnya rasa perjalanan kali ni.

ma'a salama
post signature

Wednesday 11 September 2013

6 ~ Khabar dari Vladivostok...

~ Vladivostok, Russia ~

Assalamualaikum wbt.,

Umie sekarang masih lagi berada di Vladivostok, Russian Federation.
Hari ini dah masuk hari ke-5 umie di sini. Perbezaan waktu di sini cepat 3 jam dari di Malaysia. Suhu sekarang agak sejuk dingin ~15-17 degree..kadang-kadang berdepan dengan cuaca "Cold Front"..pengalaman pertama merasai cuaca sejuk front di negara russia ni..hehe.. 

Musim begini sepanjang umie di sini..malam gelap agak lewat, pukul 8 malam masih lagi terang benderang macam pukul 6 kita kat malaysia..hehe..confius jadinya kan..sekitar pukul 9 mlm ke atas tiba2 je terus gelap..waktu zuhur masuk sekitar jam 2.10pm, Asar lebih kurang jam 5.45pm, maghrib 8.30pm..yg bestnya isyak dlm jam 10 mlm mcmtu baru masuk waktu isyak kat sini. 

mesyuarat umie di sini bermula seawal 8 pagi lg kira lebih kurang pukul 5 pagi di Malaysia..aduhai ngantuknya tak bleh nak cakap la..org tengah bermesyuarat, umie ni blurrr..langsung tak boleh nak catch-up apa kebenda yg dibincangkan tu..mata ni ibarat digam2 aje terus..paksa bukak jg mata ni takut tertidur karang bikin malu je Malaysian delegation..hehe..x pasti kalau2 delegates yg lain perasan ke tidak..lepas 3-4 jam baru boleh adapt sikit2 hilang rasa ngantuk n concentrate dlm mesyuarat..papepun pengalaman berada di sini kan :-) ..


Australian Delegations..

Russian Federation Delegations..
Ramai juga delegates yg hadiri mesyuarat kali ni..antaranya US, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, China, Colombia, Mexico, Equador, Indonesia, Vietnam dan beberapa negara yg lain. Alhamdulillah, ada antaranya yg umie pernah/biasa jumpa sebelum2 ni. Jadi takde la terasa terasing sangat kan..diorang pun OK & professional di bidang masing2. 




So xpe kita lupakan ttg mesyuarat tu, meh umie tunjukkan sikit pemandangan sekitar bandar vladivostok ni k..

Jambatan yang dinamakan "Zolotoy Rog Bridge" di Vladivostok, Russia. Ianya di bina bersempena APEC Summit 2012

 ~Pemandangan Bandar Vladivostok dari Main City Viewpoint ~

the only signboard dlm bhs inggeris yg umie terjumpa..boleh kata semua papan tanda dlm bhs mereka..org2 dia pun rata2 tak faham bhs inggeris..kalau sesat memang susah kat sini..huhu..guna bhs isyarat je la itupun kalau mampu faham..pandang kita pun pelik semacam je..tak berani lar!

jalan-jalan di tepi jalanan..otw nak balik ke hotel

Banyak Patung/Tugu peringatan terdapat di Bandar ni..
umie & rakan2 jalan bersiar di bandar..tq Dr Phuong n u guys!

katanya ni salah satu tmpt cinema..ntah umie pun tak berapa pasti tempat apa ni..pakai snap je ..huhu




OK, last but not least...

Pemandangan Bandar Vladivostok dari Main Viewpoint

Secara terus terang ye..pengalaman umie di sinilah paling umie takkan dapat lupakan..agak sukar berada di sini sendirian..mencari makanan yg halal langsung tiada..komuniti islam sangat2 minority di sini..ibaratnya tiada peluang langsung kalau nak terjumpa seorang tu..semua bahasa pencakapan, papan tanda dlm bahasa mereka..sepatah pun kita takkan faham (ini bg umielah ye..yg mmg tak pernah nak bljr bhs mereka ni). Even mereka pun tak berapa fasih/faham bhs inggeris..itu yg agak payah bg kita pelancong asing. Cara sesetengah masyarakat mereka memandang umie yg memakai tudung ni juga agak lain macam sikit..pandangan yang tajam..umie mmg perasan tu..tak tahu kenapa mereka pandang begitu kan?..itu yg membuatkan umie tak berani dan saat itu umie betul2 tawakkal pada Allah..umie akan keluar dari hotel bila saat2 yg perlu je atau berteman dengan kawan dari vietnam & lain2..berada di perantauan sendirian macam ni sbg seorang islam, muslimah lagi pula..mmg mengajar umie satu perkara..hanya pada Dia lah kita memohon perlindungan & keselamatan di manapun kita berada..semoga Allah permudahkan urusan dan perjalanan umie di sini dan balik ke tanah air nanti.

InsyaAllah, di lain masa umie cuba ceritakan pengalaman sepanjang menempuhi perjalanan ke sini k..

tk cre semua! doakan umie di sini ye..

~La tahzan innallaha ma'ana~

-ma'a salama
post signature

Thursday 5 September 2013

6 Vladivostok, Russian Federation...here I come!!

Assalamualaikum,

Dear friends :-) 

Malam esok umie akan berlepas ke Vladivostok, Russia. Umie perlu hadiri satu mesyuarat penting di sana selama seminggu..please doakan kemudahan dan keselamatan umie sepanjang berada di sana ye..umie pun doa sangat moga2 tak terjadi sekali lagi insiden yg sama berlaku pada umie sewaktu di Amerika Latin haritu...huhu..mau nangis kali ni kalau berlaku lg..aduh tak sanggup rasa..visa umie nak ke Russia ni pun esok pagi baru siap ni..perlu ke Embassy Russian Federation Jln Ampang esok pagi..fuhh..last minute betul la umie ni...hehe..nasib baik juga hotel penginapan semua pihak kedutaan Malaysia di Moscow yg uruskan..huhh..hopefully everything's gonna be fine..doakan ye kwn2!

abang, terima kasih kerana mengizinkan..i'm gonna miss u sgt2! pray for me..I'll take care of myself, insyaAllah.

Tq frenz atas doa kalian juga ye :-)


credit to google image

nampaknya blog umie ni akan mula berhibernasi kembali mulai esok yek.. -___-

daaa daaa semua..

and Vladivostok...here I come! InsyaAllah

-ma'a salama
post signature

Wednesday 4 September 2013

22 Pulau Mabul-Kapalai, Sabah ~ Our precious moments - Part III (Snorkeling Moment@Kapalai&Mabul)


..sambungan dari part I dan part II di sini.

Kenangan di hari kedua kami di Pulau Mabul, Sabah.

23.08.2013 ~2.30pm
jadual kami waktu ni adalah ke Pulau Kapalai untuk aktiviti snorkeling..
hmm tak sabarnya :-)

credit to google image

Jarak dari Mabul ke Kapalai kalau naik speedboat tu anggaran lebih kurang dalam ~10-15 min macam tu..tapi kalau ke sipadan tu agak jauh sikit..

finally..getting near to Kapalai Island ;-)

oklah...jom kita cuci mata sikit tengok koleksi foto-foto yang sempat umie rakam menggunakan lensa underwater kami (tak la secanggih mana pun kamera ni..hehe). 
Terlalu banyak ikan laut dalam, laut cetek dan ikan batu karang cantik yang terdapat di sini..ada antaranya yang sempat umie tangkap sewaktu snorkeling haritu, selainnya cuma dapat disimpan dlm memori ingatan kami je la nampaknya..huhu.. anyway terima kasih pada Mr. Jabar (guide kami sepanjang aktiviti snorkeling tu)...baik hati orangnya. 

Tq Mr jabar...
Beliau lah yg juga membantu kami mengambil sebahagian gambar-gambar ikan di dasar laut nunn..katanya kesian tengok kami ni terkebil2 ambil gambar ikan..excited + nervous ntah cammana perasaannya waktu tu...tambah2 bila tengok penyu tiba-tiba lalu di bawah kaki dan berenang sebelah kita..aduhai terkejut + takut pun ada..ntah takut apa pun tak tahu la ye...hehe..takut kena gigit kot..apapun tq jabar! cantik gambar2 yang kamu ambil bah..such a great experienced for us! so nice..

(Sila klik pada setiap gambar untuk lihat lebih jelas yer)


OK, jom kita explore bawah laut di Pulau Kapalai..kita lihat apa yg ada... ;-)


saat berenang bersama penyu @ Kapalai...moment yg pasti tak boleh dilupakan :-)

yang bestnya tengok gelagat hubby terkejut bila tiba2 seekor penyu tu datang berenang sebelah dia munculkan kepala kat permukaan air laut..mau tak terkejut dibuatnya kan..hehe..Alhamdulilah rezeki kami terjumpa 2 ekor penyu di sini..dgn seronoknya penyu ni berenang di lautan biru yang luas tanpa gangguan..yg seekor lagi tu tengah duduk diam2 di dasar laut bersama dgnnya ikan tumpang...tu yg dalam gambar tu..cer tengok betul2, nampak kan?..

antara foto-foto menarik yang sempat kami rakam juga di dasar laut Pulau Kapalai ini..

Blue Sea Star @ Pulau Kapalai

Clown Trigger fish, Moorish Idol dan Lined Butterfly @ Pulau Kapalai ..cantiknya!

ehh...ehh...belut pun ada lar...eiii..

ikan ni cantik sangat2 tau...berwarna warni....this is one of my favourite fish :-)

Moon Wrasse Fish @ Pulau Kapalai
kalau spesis wrasse ni memang comel dan warna-warni ikannya..sgt2 cantik..boleh cuba google tengok spesis ikan ni.

dan yang ini juga spesis wrasse yg kami temui..hehe

Six Bar Wrasse Fish @ Pulau Kapalai
haa..yg ini pun unik juga..

Orange Lined Trigger Fish @ Pulau Kapalai

apapun kita hanya boleh pandang/tengok tapi tak dibenarkan sesekalipun bagi makan atau sentuh ikan2 /penyu2 /batu karang di sini..itu undang-undang yg ditetapkan untuk para snorkeling & divers di area Mabul, Kapalai & Sipadan ni..betul juga kan agar dapat kita preserve nature..

Yellow Rabbit fish@ Pulau Kapalai ..seakan-akan long nose butterfly fish tapi bukan la..

semua menarik la bagi umie...dan tak terkecuali kecantikan batu karang (coral reef) nya..sungguh tak tahu nak cakap macammana...terlalu indah..memang perlu sgt2 dipelihara supaya tak pupus dan kekal lama kan..terasa macam dalam akuarium pulak.. hehe

Blue Green Damsel fish @ Pulau Kapalai (yg sebelah kanan tu) ..clown fish sedang menyorok bwh coral yek??

inilah Gold Stripe Fusilier @ Pulau Kapalai

Common Porcupine Fish @ Pulau Kapalai pun ada..

rezeki kami juga temui beberapa sweetlips fish..pernah dengar & tengok tak apa itu sweetlips fish??

Harlequin Sweetlips Fish@ Pulau Kapalai

haa..inilah yg namanya sweetlips fish nie..sebab apa tau..sebab bibirnya yg seksi tebal tu yg diberi nama 'sweetlips' tu..sabar je la kan ikan pun ada yg seksi tau..jgn memain sama ini ikan seksi okey ;-)

dan ada juga sweetlips fish lain yg kami temui..

Oriental Sweetlips @ Pulau Kapalai..
  dan juga... 

Spotted Sweetlips @ Pulau Kapalai (yg warna tompok2 hitam putih tu)

sekumpulan rabbitfish turut kami temui di dasar laut..

Rabbitfish @ Pulau kapalai

Sergeant Major Fish @ Kapalai

Blue fish ke ni?? umie tak pasti pula nama ikan ni..geramnya tengok!

ini pun ikan apa yek?? hmm...tak pasti..sebelah kiri tu corak macam kerapu grouper

dan ikan yg di bawah ni memang sangat unik bagi umie..sebab dia berenang secara menegak tau..namanya vertical fish..hehe..semakin umie dekat dgn ikan2 vertical ni..mereka lari dari umie..suka tengok sebab dia bergerak menegak macam kuda laut la pulak...

Vertical Fish @ Pulau Kapalai
ini pula antara jaguh ikan kuat berenang..Great Barracuda Fish...sgt laju ikan ni kalau berenang tu..sampai tak sempat nk shot gambar jarak dekat dgn ikan ni..boleh tahan besar juga ikan ni..Mr Jabar yang tolong snapped gambar barracuda ni..nasib baik sempat.

Great Barracuda Fish @ Pulau Kapalai..gambar dpt tangkap dari jauh je..

batu karang yg terdapat di Pulau kapalai...

Ikan Racoon Butterfly di sebalik coral...

Hard Coral @ Kapalai
dan lagi...

lagi pemandangan di dasar laut..

macam-macam spesis ikan dan batu karang...

So amazing! MasyaAllah...pengalaman snorkeling kali ni pasti tak akan dapat kami lupakan..InsyaAllah suatu hari jika dipanjangkan umur dan murah rezeki kami akan ke sini lagi, insyaAllah..

Alhamdulillah...terima kasih ya Allah di atas keizinan-Mu ini..
benar sungguh hebat setiap ciptaan-Mu.

and finally,


istimewa buat julung-julung kalinya muncul di layar blog Iwannabeumie..memperkenalkan..jeng..jeng..jeng
~ My Hero & Me ~

# uishh..umie terlupa nak masukkan foto2 ikan di Mabul pula..insyaAllah ada kesempatan umie masukkan ikan@Mabul pula..

Part I (The Journey)
Part II (Sipadan Water Village)

-ma'a salama
post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...