Wednesday 26 June 2013

4 HLP 2014 ~ sekiranya ada rezeki itu

Assalamualaikum wbt.,

kawan-kawan yg membaca entry umie ni..

umie akan ditemuduga utk Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2014 pada hari selasa (2 Julai) minggu hadapan.

Ya Allah, rasa sgt2 nervous sekarang ni tau..tak tahulah macammana..hanya mampu bertawakkal pdNya.


mohon ye kawan2..doakan kelancaran, ketenangan dan kemudahan buat umie kali ni..insyaAllah.


Ya Allah Ya Rabb, permudahkanlah urusan ini untukku sekiranya ini yg terbaik buatku..ameen...



La Tahzan, Innallaha Ma’ana
“Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”


p/s: entry umie yg lepas ttg niat umie nak sambung belajar ni boleh dibaca di sini ye sekiranya itu yang terbaik ...nmpknya dah tiba masanya untuk berhibernasi dari meng'update' blog ni utk seketika.. - __ -

Tk cre semua.


-ma'a salama


post signature

Friday 21 June 2013

6 ..Cerita si semut..

Assalamualaikum wbt.,

Teringin umie untuk berkongsi cerita mengenai 'si semut' tu hari ni, mungkin sebab kejadian yang umie lihat ni agak menarik dan umie ni juga seorang yang suka mengkaji..tak pasti kalau kawan-kawan juga pernah terlihat atau perhatikan perkara yang sama macam yg pernah umie perhatikan ni..so, sekadar suka2 nak berkongsi cerita di sini saja sebenarnya.

Peristiwa ni berlaku kira baru-baru ni juga...suatu petang tu umie balik ke rumah..sesampai je di depan pintu rumah tu terkejut umie tengok..tersangatlah banyaknya semut-semut hitam (spesis yang tak mengigit tu) melata-lata di depan pintu masuk (ruang di antara grill dan pintu), naik turun tepi dinding tu berduyun-duyun..Subhanallah, sungguh banyaknya tak terkata la..keadaan yang boleh digambarkan adalah seperti sedang berlakunya suatu pesta semut yang sangat huru hara dan penuh meriah nampaknya..hehe...yang peliknya dalam keadaan huru hara tu umie tengok betapa banyak semut sedang berlegar tanpa arah tujuan dan banyak pula kelompok2 semut yg sedang berkumpul antara satu sama lain..kelompok2 ini sedang berkerumun akan sesuatu nampaknya..namun bila diperhatikan betul2 rupanya mereka ni bukan berkerumun disebabkan berebutkan makanan seperti yg selalu kita nampak..ermm..

hari sebelumnya tu kebetulan umie tercari2 tentang hukum membunuh semut ni..hakikatnya, semut ni adalah salah satu binatang yang dimuliakan dalam islam sebenarnya sehinggakan nama binatang ini tercatat sebagai satu surah di dalam Al-Quran (surah Al-Naml), sedang binatang lain (selain lebah dan labah2) tidak pula tercatat kisah / surah khusus seperti binatang semut, lebah dan labah2 ni...pasti punya alasan tersendiri dan kehendak Allah supaya kita selalu berfikir dan merenung setiap kejadian itu pasti ada pengajaran tersembunyi. Sinonimnya, semut selalu dijadikan binatang contoh yang sangat berdisiplin tinggi, patuh, bekerjasama, kreatif, rajin, saling membantu, etc..dan perasan tak seekor semut apabila bertemu seekor semut lain seakan bersentuhan antara satu sama lain sehinggakan seolah-olah mereka kenal antara satu dengan yg lain walau dalam sebuah kumpulan semut yang berpuluhan ribu pada satu2 masa tu..itulah keunikan semut kan!



berbalik kepada cerita si semut yang melata tu..

ermm...umie cuba perhatikan betul2 apa yang setiap kelompok semut ni sedang lakukan..hehe..makin lama diperhati boleh pula tetiba umie terasa yg macam umie ni sedang berada di suatu perkampungan semut..seolah-olah kita berada di satu pasar tani or whatsoever yg terdapat banyak orang sedang bekerumun untuk membeli sesuatu..uish..but pls don't get me wrong ya..hehe..rupa-rupanya semut2 ni berkerumun sebab mereka sedang bergaduh sesama sendiri la..aikkk..sesama spesis semut pun boleh bergaduh ke..dan pergaduhan mereka ni bukanlah 1 vs 1..lebih kurang 3-5 ekor semut sedang bergaduh sesama sendiri...so banyak la kelompok semut sedang bergaduh dan ada kelompok semut yang dah mati dah pun...umie cuba pisahkan semut2 ni dari bergaduh (tolak pakai jari la kan) tapi diorang tetap nak bergaduh juga..hehe lawak la..gaduh2 sampai byk yg mati..so baru umie tahu yg rupanya mereka ni sedang bertarung di 'medan perang' semut hakikatnya..aduhh..

so, kawan2 pernah ke tengok semut2 ni bergaduh?(soalan cepu emas ni..hehe)
ke umie je yang baru tahu yg antara semut juga boleh bergaduh..ermm..umie pernah juga terbaca kalau tak sama spesis mereka boleh bergaduh sesama..tapi yg ini sama spesis pula..

hehehe sekadar nak berkongsi pengalaman lihat 'peperangan semut' ni..menarik juga kan alam semut ni! especially bagi umie la :-) ..very interesting!

tk cre ye semua..

-ma'a salama

post signature

Wednesday 19 June 2013

0 ~ Wordless Wednesday ~

Bismillahirrahmanirrahim..

-ma'a salama

post signature

2 Entri Khas: Suatu peristiwa di malam Ramadhan


Assalamualaikum wbt.,

Bismillah Walhamdulilah.

Setelah berfikir panjang, akhirnya umie membuat keputusan untuk menyertai satu contest GA tajaan NiaSouq anjuran blog Dessert of life. Tq nina kerana bermurah hati walau belum tentu umie terpilih menang, tidak mengapa, tapi kalau tertulis rezeki kita mana tahu kan, syukur sgt. Antara syaratnya adalah berkongsi satu cerita pengalaman mengenai Ramadhan yang mulia. Contest Nia Lil Ramadhan ni menarik hati dan terpanggil umie untuk berkongsikan satu kisah benar yang pernah berlaku dalam hidup umie dan tidak mungkin umie lupakan peristiwa itu sehingga ke hari ini..ianya juga akan tetap terus menjadi ingatan dan tanda tanya..

Apa yang ingin umie ceritakan juga adalah tidak lebih dari sekadar berniat untuk berkongsi cerita bersama kawan2 yang membaca coretan umie ni ye. 


***
Kisah ini berlaku sewaktu umie berumur 16 tahun. umie tinggal di sekolah asrama masa tu dan setiap kali bulan puasa pelajar akan dibenarkan balik ke rumah hujung minggu untuk berpuasa bersama keluarga...ermm..apa lagi seronoknya la kan..bila teringat balik saat2 masa dulu duduk di asrama bersama kawan2 dan berpisah dengan keluarga..entah ye macamana la boleh timbul rasa kekuatan tu sedang umie ni bukanlah seorang yg survived sangat pun..pun tak berapa reti nak bergaul rapat sangat dengan semua orang..tapi itulah kekuatan itu milik Allah..sedar tak sedar kita ni sentiasa diberi kekuatan walau rasa diri ni sebenarnya macam tak mampu je nak hadapi sesuatu ujian dan cabaran tu kan..

Berbalik pada kisah yang umie nak ceritakan tu...

Kejadian ni berlaku pada suatu malam di bulan Ramadhan sewaktu umie berpeluang balik berpuasa di rumah mak dan abah umie. pagi tu dalam pukul 4 macam tu umie dikejutkan bangun sahur oleh abah..hehe..maklum la umie ni anak manja sikit (12 thn tau jd anak bongsu..tetiba dpt adik macam tak percaya je masa tu ok)..jadinya skill masak pun tak berapa nak reti maklum dok asrama kan..hehe..sabar je la ye..mak memang dah siap masak la waktu sahur tu..yg tak boleh dilupakan ialah ayam goreng mak..uishh..makan waktu2 sahur ni dgn ayam goreng tepung mak..alahai sedap betul la rasanya..cukup buka selera dah..tiap kali balik dari asrama umie tak kisah la kalau hari2 mak masak ayam goreng tepung tu..huhu...bukannya apapun kan cuma ayam goreng tepung je kalau ikutkan..tapi bila buat sendiri tak plak sesedap mak masak tu...ermmm itulah air tangan mak agaknya..sayangg mak, terima kasih Mak!...kebiasaannya anak2 mak abah ni bangun sahur, cuci2 mata n kumur2 sket..duduk sama2..abah akan baca doa makan + puasa esok hari..baru lah..ngappp kita semua makann..hehe..

OK, bukan itu cerita utama yang umie nak kongsikan..

selepas makan sahur pagi tu..lebih kurang dalam pukul 4.30 pagi macam tu umie ingat lagi..sejurus lepas cuci pinggan tu umie pun pergi ke bilik tidur (umie tidur di bilik seorang je)..keadaan di ruang tamu masa tu gelap dan bilik tidur umie juga gelap..sampai di depan pintu bilik..umie buka pintu (biasanya bangun sahur umie akan tutup pintu bilik tidur sebab takut nyamuk akan masuk ke bilik)..waktu umie buka pintu tu..ya Allah! umie sangat2 terkejut dan hairan..terhidu bau yang sangat2 harum..sungguh lembut..indah..terasa tenang..dan wangiannya tak pernah terhidu sebelum2 ni..masyaAllah..umie jerit panggil mak dan abah kat dapur..minta mereka cuba hidu..betul ke atau adakah umie saja yang bau ke..atau bau dari perfume sesiapa ke..aduh..siapa pula yang pakai perfume pukul 4.30 pagi macam ni kan..di bilik umie pun takde apa2 perfume/wangian sebab umie tak pakai perfume pun masa zaman sekolah..pelik..bilik umie pula berada di tengah2 rumah, nak kata perfume datang dari luar sangat mustahil sebab jauh dari jalan raya..umie cuba buka bilik sebelah tak bau pun..bilik lain pun tak bau juga..ruang tamu pun tak bau atau kot2 datang dari mana2 bilik..hakikatnya tidak la..umie, mak dan abah rasa pelik juga..masa umie buka pintu tu bau harumnya sangat kuat..ya Allah sungguh umie katakan baunya lebih harum dan lembut dari wangian perfume kasturi yang di beli di tanah suci Al-Haramain..tapi itulah cuma seketika saja..beberapa minit lepas tu bau harumnya mula hilang..entah macammana terpacul dari mulut abah..entah2 malam ni malam Lailatul Qadar kot (bila tengok kalendar islam malam tu malam ramadhan ganjil la)..mak pulak kata..mungkin juga agaknya bau tu dari lintasan para malaikat ke sebab baunya sangat2 wangi...uishh umie pun tak tahu la..hanya Allah Maha Mengetahui perkara2 ghaib yang tak tercapai dek akal kita kan..dan nak jadi cerita beberapa minit lepas bau tu hilang boleh pula umie naik katil sambung tidur balik...aduhai...tak sepatutnya la diri ini..sebaiknya lepas waktu sahur tu kita digalakkan melakukan solat tahajud, baca al-quran, berzikir atau sbgnya kan..masa umie remaja dulu malangnya umie tak ambil kisah walau abah dan mak dah tunjukkan contoh yang terbaik..masa kan tidak, umie pun tak pernah nak cuba ambil tahu mengenai kelebihan tiap2 hari di bulan Ramadhan inikan pula kelebihan malam Lailatul Qadar yang mulia..akhirnya ramadhan berlalu begitu sahaja dengan ibadat puasa yang biasa2 saja...umie kesal.

namun umie akan terus ingati peristiwa aneh tu sebab bila umie dewasa kini baru umie sedar kelebihan hari2 di bulan ramadhan yang mulia..umie takkan dapat lupakan haruman wangian itu dan tiap kali tiba bulan ramadhan pasti akan mengingatkan umie akan kisah haruman di bilik umie tu...umie masih berharap moga2 di ramadhan akan datang umie diberi izin-Nya bertemu wangian itu lagi..insyaAllah.

cuma apa yang membuatkan umie terfikir sehingga ke hari ini - bau haruman apakah itu? Wallahu a'lam..ianya masih menjadi tanda tanya dan misteri..dan sehingga ke hari ini juga umie masih tak berkesempatan bertemu bau serupa seharum wangian itu lagi...

itulah suatu peristiwa di malam ramadhan yang umie ingin kongsikan..

Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:


“Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: Bacalah:


“Allahumma innaka ‘afwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni ”

(Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku.)

Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada malam Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah malam yang paling mustajab untuk berdoa dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah.
Wallahua'lam ~

* (GA oleh Dessert of life blogspot, sponsored by NiaSouq at niasouq.com.my)


p/s: Selamat Menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak tak lama lagi..semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki bertemu bulan yang mulia ini, insyaAllah.

-Ma'a salama

post signature

Monday 10 June 2013

6 ~ Ahlan wasahlan ya Syaaban..

Assalamualaikum wbt.,

Bismillah walhamdulillah

Sedar tak sedar atas izin-Nya, kita telah bertemu bulan yang mulia Syaaban 1434H..di mana bulan Syaaban adalah bulan kedua selepas bulan Rejab yang penuh dengan keberkatan..juga terdapat di dalamnya satu malam yang sangat dinanti-nantikan oleh umat islam di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan amalan yang baru...iaitu dikenali dengan malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban).


Disini, umie kongsikan sedikit kelebihan dan keistimewaan di bulan Syaaban, ringkasan amalan-amalan dan puasa sunat yang boleh dilakukan di dalam bulan yang mulia lagi berkat ini...insyaAllah, sama-samalah kita sedaya upaya cuba untuk mengamalkannya...


Amalan yang digalakkan dan diperbanyakkan pada bulan Syaaban adalah: 
  • Berpuasa sunat
  • Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
  • Perbanyakkan amalan takwa.
  • Solat lima waktu secara berjemaah
  • Banyakkan solat sunat terutama solat malam (qiyamullail)
  • Melakukan amal kebajikan
  • Memohon keampunan ibu bapa
  • Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa
  • Bersedekah kepada golongan yang memerlukan
  • Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan
  • Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka
  • Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir

Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban. Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: “Bahawa Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.”  (Riwayat Ahmad)

Berpuasa dalam bulan Syaaban selain menjadi persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan, ia juga mempunyai kelebihan, antaranya:

1.   Berpuasa sehari
  • Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
  • Dimasukkan ke syurga.
  • Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
  • Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s dan Nabi Daud a.s.

2.   Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
  • Mendapat pahala 70 orang nabi,
  • Seperti orang beribadah 70 tahun.
  • Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.

3.   Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa. 
  • Diampunkan oleh Allah.
  • Diberkatikan rezeki.
  • Allah SWT membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.

4.   Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
  • Dosa yang telah lalu diampunkan Allah.
  • Akan dimasukkan ke dalam syurga. 

5.   Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
  • Diampunkan dosa oleh Allah SWT 

6.   Berpuasa sebulan.
  • Dimudahkan Allah akan saat mati,
  • Terlepas dari kegelapan alam kubur,
  • Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
  • Allah menutupkan aib di hari kiamat,
  • Diwajibkan masuk ke syurga. 

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas dalam mencari keredaan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman,“Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana, adakah di sana? sehingga terbit fajar.”(Riwayat ibn Majah)

Wallahua'lam

sumber petikan: laman web JAKIM, JAIS dan shafiqolbu wordpress


sesungguhnya segala apa yang tertulis ini juga adalah untuk ingatan diri ini...
semoga kita dapat memanfaatkannya bersama di dalam mencari keredhaan Ilahi...


ihsan: google image - Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarrah


-ma'a salama

post signature

Monday 3 June 2013

8 TTC: Ikhtiar dan perubahan positif

Assalamualaikum wbt.,

Sedikit perkembangan mengenai TTC umie terkini...


Hari ni baru masuk CD2...

menstrual flow bulan ni agak pelik sikit berbanding bulan2 sebelum ni..
heavy flow + cair + hitam pekat + takde langsung rasa sengugut atau simptom2 rasa nak period..tiba2 je 'ia' datang..memang heavy tu agak biasa untuk 1-3 hari pertama selalunya..tapi kali ni kuantiti dan warna agak berlainan sikit.. 

untuk makluman kawan2, bulan ni period cycle umie dah kembali normal, Alhamdulillah iaitu 32 hari..bulan sebelumnya tu period cycle umie kiranya paling panjang dalam sejarah iaitu 47 hari tau....nak jadi ceritanya..hari ke CD47 tu umie dn hubby sempat jumpa gynae Dr M kat Kliniknya di Taman Maluri sebab risau sgt dah takut juga apa masalahnya kan...bukan main ramai lagi patientnya ya Allah (melimpah ruah rezeki Dr M nampaknya ye, Alhamdulillah)...so, Doc sempat buat Transvaginal Scan (TVS) dan nampak dinding rahim umie sgtlah tebal dah masa tu..Doc bagi ubat untuk turun darah dan umie plan nak mula makan esok paginya tu..belum pun sempat makan ubat malam tu juga period dah mai..Alhamdulillah..agaknya setelah di 'usik' baru nak turun ye..tapi takpelah..yg penting semua normal hendaknya...


Jadinya, bulan lepas umie ada hadiri satu bengkel Puspanita mengenai kesihatan. Di dalam bengkel tu ada sesi memperkenalkan sejenis produk nano-teknologi untuk kelancaran sistem darah kita...dah banyak rupanya testimoni mengenai produk2 nano-teknologi ni kalau kawan2 surf di internet..umie baru tahu selepas hadiri bengkel tu...untuk mereka2 yang ada penyakit kronik ke..darah tinggi, kencing manis, sakit lutut, masalah menstrual, badan tak bertenaga atau apa-apa saja, insyaAllah boleh cuba..sebenarnya sedar tak sedar segala penyakit berpunca dari darah kita..disebabkan pemakanan kita seharian..produk yang diperkenalkan cuma sepasang stokin je, tapi ianya stokin bernano-teknologi melancarkan peredaran darah kita (boleh surf kelebihannya kalau nak tahu lebih lanjut)...bagi mereka yang tak disiplin makan ubat-ubatan macam umie ni lebih mudah caranya begini...tapi ada betulnya juga kata penceramah tu..Allah SWT telah tentukan setiap penyakit itu ada penawarnya tetapi dalam Al-Quran tidak pula kata apakah penawarnya..jadi kita perlu cari dan berusaha..mana tahu stokin nano-teknologi ini juga boleh jadi ikhtiar kita dan serasi dengannya atas izin-Nya juga..


tapi Alhamdulillah, umie dan hubby dah pakai selama lebih 2 minggu..memang boleh kata banyak perubahan pada diri umie sendiri dan hubby juga..badan terasa lebih ringan, kurang rasa mengantuk, takde rasa sakit kepala lagi..penghadaman pun jadi lancar..yg jelas sekali period cycle umie kali ni dah mula kembali normal..mudah-mudahan umie serasi dengan ikhtiar ni..cuci segala kotoran dan toksin yg ada dalam badan ni (maklum la pantang jumpa seafood)..apapun segala penyembuhan adalah atas izin-Nya juga..yg penting kita perlu terus ikhtiar kan..


semoga usaha kawan2 juga dipermudahkan-Nya...ameen


Darah bersama toksin (tidak lancar dan tak sihat)

Darah yang sihat dan aliran lancar 
mudah-mudahan kita akan selalu dikurniakan kesihatan yang baik, insyaAllah.

p/s: ermm..kalau sesiapa nak tahu lebih lanjut mengenai stokin ni boleh email ke umie ..umie akan share kan through email je ye :-) ... iwannabeumie@gmail.com


-ma'a salama


post signature


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...