Monday, 25 February 2013

12 Ikhtiar: Doa melambatkan Haid (umrah/haji)

Assalamualaikum wbt,

Mengimbau kembali saat mengerjakan umrah suatu ketika dahulu, kalau diikutkan tarikh perjalanan umie berangkat ke tanah suci adalah tarikh yang sepatutnya umie datang haid. Entah mengapa ye rata-rata umie bertemu dengan tetamu-tetamu Allah yang berhajat ke tanah suci banyak juga yang diuji dengan ujian sebegini..kebanyakannya jangkaan didatangi waktu haid mereka hampir-hampir atau kebarangkalian sewaktu berada di sana nanti..pastinya ia suatu kebimbangan yang teramat sgt..

Doa melambatkan haid ini umie ambil dari blog http://suarapesanan.blogspot.com. Ianya di ajar oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah. Umie juga pernah mengamalkan doa ini (sebulan sebelum berangkat) dan Alhamdulillah, Allah memberi izin pada umie sesampai saja di bumi suci Madinah al-Munawwarah, haid umie telahpun berakhir. Dan syukur sepanjang berada di Madinah dan Mekah, Allah memberi kesempatan bagi umie dan keluarga untuk mengerjakan amal ibadah umrah dan ziarah semampunya, Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun, secara peribadi (sprt yg umie lakukan dahulu) cuba untuk elakkan dari mengambil ubat-ubatan penahan haid kerana khuatir akan memberi kesan sampingan kemudian yang tidak dijangkakan..ada kemungkinan juga tubuh badan kita tidak dapat menerima sebarang perubahan hormon secara drastik akibat memakan pil penahan haid ni. Mungkin akan menjadi lebih parah dengan kedatangan haid yang menjadi tidak teratur lagi selepas pengambilan pil. Namun begitu, doktor pakar ada manyarankan agar kalau kita berhajat juga untuk mengambil pil elok dimulakan mengambil pil itu seawal 6 bulan sebelum berangkat ke tanah suci lagi. 

Umie sangat yakin, segala-galanya berlaku atas kehendak Allah..kita juga boleh lakukan solat hajat sebelum dan semasa di tanah suci, minum air zam-zam dan berdoalah bersungguh-sungguh padaNya, itu juga merupakan sebahagian ikhtiar yang boleh dibuat..yakinlah..buatlah apa jua usaha atau ikhtiar dan yang paling penting kita berserah dan sentiasa bergantung harap pada-Nya untuk dipermudahkan segala urusan perjalanan kita. InsyaAllah, diizinkan Allah pasti dipermudahkan-Nya buat kita.

Benar, Allah Maha Kuasa untuk memudahkan perjalanan urusan seseorang, Allah juga dengan mudah untuk menyukarkan perjalanan seseorang atas kehendakNya. Berdoalah bersungguh-sungguh, perbaiki niat dan perbanyakkan lah solat taubat sebelum kita berangkat. Allah Maha Mengetahui segala niat setiap hamba-hamba-Nya.

Semoga doa ini bermanfaat untuk dikongsikan bersama di sini, insyaAllah.

Ini doanya..





Caranya:

1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.



Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.



Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah semasa saya menghadiri kursus yang dianjurkan olehnya. 


# Doa ini tidak disarankan untuk dibaca sesuka hati bagi tujuan selain dari niat untuk mengerjakan ibadah umrah/haji di tanah suci.

Umie ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadat umrah / haji kepada semua para tetamu Allah yang telah menerima jemputan Allah dan akan ke tanah suci tidak lama lagi, selamat pergi dan selamat pulang..mohon doakan agar umie dan keluarga dijemput-Nya lagi ke sana ya.

umie doakan semoga dipermudahkan segala urusan kalian di tanah suci dan kalian memperolehi umrah / haji yang mabrur dan diredhai sekembali ke tanah air nanti, insyaAllah...ameen.

-Ma'a salama

12 comments:

  1. Salam Umie.. Kalau nak berangkat ke Tanah Suci utk jemaah wanita mmg tang period ni la menggusarkan kan.. Tapi kalau jemaah macam saya ni lg gusar, sbb period tak tetap langsung. So takleh nak agak bila kemunculannya mcm wanita yg regular periodnye. Nak mkn ubat eeiiii lg tak berani kang terus tak muncul tambah haru!

    Just nak share pengalaman saya sblum ni ke Tanah Suci, apa yg saya buat utk masalah period tak tetap saya ni pun BERDOA jugak. Bezanya saya doa ikut skrip sendiri la.. Few months before berangkat saya perbanyakkan doa dan solat hajat almost every night – mohon agar saya didatangi period lebih awal sebelum waktu berangkat. Doa sungguh2, sbb kalau boleh kita nak sgt gunakan masa dua minggu tu utk beribadat di sana.. (tu pun kalau diizinkanNya). Dan Alhamdulillah, Allah maha mendengar, dah dua kali saya menunaikan umrah dan kedua-duanya saya period seminggu sebelum berangkat. So saya dalam keadaan suci sepanjang berada di sana & tak perlu khuatir akan kemunculan cik P.

    Tapi kalau dah berdoa pun masih period, itu ketentuan-Nya & pasti ada hikmah disebaliknya kan. Mudah-mudahan kita dijemput lagi ke sana ye Umie.. Rindu sangat2!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah, Alhamdulillah ye cherry..2 kali dijemput pergi, dua2 kali juga Allah beri peluang dan rezeki dielakkan diuji begini..Alhamdulillah dan bersyukur sgt2..pernah juga saya dengar macam2 kes jemaah wanita yang diuji sepanjang berada di tanah suci terutamanya bab haid ni..ada juga kes tu yang si isteri dah berumur dan telahpun lama menopause tapi tiba2 sampai di tanah suci, didatangi period balik..ya Allah, itulah kehendak-Nya, pasti juga punya hikmah besar tersembunyi..benar cherry..rindunya sgt2 untuk ke sana lagi, moga2 Allah beri kesempatan, ruang dan peluang menjejakkan kaki ke sana lagi..ya Allah, betapa tenangnya berada di sana...rindu usah di kata kan..sukar nak digambar.

      Delete
  2. Assalamualaikum

    Nak tnya. Yg bc no 2,3,4 kena tekan ke lelangit tu means kita bc dlm hati lah ye. Sbb bila da tkan lidah ke lelangit suara pn da plik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam, betul tu nurul iman..umie jg cuma baca dlm hati je..Allah Maha Mengetahui ye kan..tawakkal pada-Nya, insya-Allah.

      Delete
  3. salam..
    boleh terangkan lebih details untuk cara no. 1...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..macam yg umie lakukan dulu, umie amalkan doa ni sejurus habis haid terakhir sebulan sebelum berangkat ke tanah suci..hari pertama telah suci boleh cuba mula amalkan, insya-Allah..

      Delete
  4. salam umie...kalau kita mulakan doa ni few months lagi boleh ke?i mean xyah tggu period yang akhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi pendapat peribadi umie, lebih baik ianya diamalkan seperti yang disarankan ustaz iaitu period yang terakhir sebelum berangkat pergi ke tanah suci. Sekadar berkongsi, pernah ada beberapa kes yang berlaku pada jemaah wanita, seminggu/2 minggu sblm tiba di tanah suci telahpun didatangi haid (di tanah air) tapi entah atas kekuasaan Allah sewaktu berada di tanah suci didatangi haid sekali lagi. Kes ini benar berlaku pada kenalan umie sendiri. Dan ada juga jemaah wanita yang sudah tua yg telah lama menopause tiba2 didatangi haid kembali sewaktu berada di sana. Ya Allah, benar Allah Maha Kuasa dan menghendaki ianya berlaku. Bukan ingin menakutkan, tapi apa yg berlaku sebenarnya segalanya atas izin-Nya juga..Ingatlah, doa ini perlu disertai dengan kesungguhan mengamalkannya, keyakinan yang tinggi dan kebergantungan kita total kepada Allah SWT ya..

      Delete
  5. Salam.. nak tanya. Doa ini start lepas suci haid, sebulan sebelum berangkat kan? kena amalkan setiap hari ke? sampai bila? sampai habis ibadah ke?
    macam saya insyaAllah nak buat umrah bulan 3 ni, saya kena amalkan time period bulan 2 kan? pastu kena buat setiap hari selepas solat 5 waktu, sampai habis ibadah umrah wajib (umrah 1st sekali) ke? atau saya tunggu sampai nak balik malaysia? then baru saya baca doa surah isyrak tu? mohon penjelasan. terima kasih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, seperti caranya yg diterangkan di atas dan perlu diamalkan setiap hari selepas solat 5 waktu. Ianya perlu diamalkan selepas haid yang terakhir sebulan sebelum berangkat ke tanah suci dan diamalkan terus sepanjang berada di Madinah dan Mekah. Dan bukan hanya sehingga melaksanakan umrah wajib shj, kita apabila berada di mekah pasti akan cuba merebut peluang seberapa byk yang boleh utk melakukan amal ibadah (dan mungunjungi Baitullah) serta mengerjakan ibadat umrah sunat juga..alangkah baik dan untungnya sekiranya kita berada di dalam keadaan suci selama berada di sana. umie membaca doa akhir pembuka itu setelah pulang ke Malaysia.

      Delete
  6. As salam. Saya dijangka datang haid pada 21 @ 22/3 ni. tarikh saya berlepas ke tanah suci pada 21/3 pada pukul 3 ptg, terus ke jeddah/makkah. saya ada baca di satu ruangan blog yang mengatakan macam ni "Dalam keadaan tidak berhaid jemaah wanita berniat ihram bersyarat, ketika di Makkah, jika belum sempat tawaf, atau sedang tawaf dia kedatangan haid - maka secara automatik dia dikira bertahallul. maka dia terlepas dari pantang larang ihram. Jika sesudah itu haidnya berhenti (tunggu sehingga melebihi 24 jam) maka dia boleh keluar ke miqat berdekatan dan berniat ihram disitu dan kembali ke Makkah untuk tawaf, saie dan tahallul. persoalan saya, jika saya belum didatangi haid dan berniat ihram bersyarat dan pergi ke Makkah melakukan umrah seperti biasa. Dan sehingga waktu balik ke Malaysia saya tidak didatangi haid, apakah sah umrah saya. Sebab saya berniat ihram bersyarat.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..mohon bertanya utk ayat no 2..3.. dan 4 kita kena baca ayat tu sampai habis ke atau cuma baca sepotong ayat yg tertera sahaja? T.kasih : )

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...