Friday 31 May 2013

4 Salam Jumaat: Jangan sampai putus asa dan kecewa

Bismillahirrahmanirrahim...

buat renungan diri ini...




Adakalanya jiwa ini mengeluh
kerana ujian yang menimpa
padahal ada jalan keluarnya semudah membuka ikatan

Sesungguhnya aku benar-benar berharap kepada Allah 
mudah-mudahan Allah menyembuhkan
segala rasa yang menyakitkan
sesungguhnya Dia Maha Pemurah kepada makhluk-Nya
dan pasti akan memberikan kurniaNya


Bila tiba di waktu pagi, maka ingatlah bahawa di setiap pagi itu..
  • telah menyapa beribu-ribu orang yang tidak beruntung, sementara kita sedang berada dalam kenikmatan
  • telah menyapa beribu-ribu orang yang kelaparan, sementara kita pula dalam kekenyangan
  • telah menyapa beribu-ribu orang yang tertawan, sementara kita bebas dan merdeka
  • telah menyapa beribu-ribu orang yang tertimpa musibah, bencana dan kecelakaan, sementara kita selamat dan sedang berbahagia..

entah berapa banyak air mata yang sedang berlinangan di pipi mereka..


tidak terkira berapa banyak derita di hati insan yang sering sahaja diuji..


sementara kita masih mampu lagi tersenyum dan merasa nikmat-Nya yang ada di sekeliling.. maka bersyukurlah!




I
nilah kalimah agung yang di dalamnya terdapat rahsia kebahagiaan dan ketenangan. 

Perbanyakkan membacanya dan usirlah dengannya dalam diri kita segala kesusahan, kesedihan dan kedukaan. Nescaya kita akan beroleh kegembiraan dari Allah dan menemui kemudahan yang dekat waktunya. 


Jangan sesekali kita berputus asa atau membiarkan kekecewaan menghimpit diri ini kerana sesungguhnya tiada satu pun kesempitan melainkan sesudahnya ada kemudahan.


Itulah ketentuan yang pasti berlaku dan peraturan yang telah ditetapkan. Maka, marilah kita berbaik sangka selalu kepada Allah, bertaqwalah kepadaNya, memohon kepadaNya dan nantikanlah jalan keluar dariNya.



- Wallahua'lam -


sebahagian petikan dari buku: 
"Jangan Bersedih-Jadilah wanita yang paling bahagia"

-ma'a salama

post signature

Friday 17 May 2013

4 Kisah Teladan: Nabi Zakaria a.s mohon Zuriat

Bismillahirrahmanirrahim..

ihsan: google image

Nabi Zakaria a.s. sangat menginginkan seorang anak seperti mana keinginan semula jadi manusia untuk memiliki zuriat, sekali gus menggantikan baginda memimpin Bani Isreal. Baginda bimbang sekiranya ia wafat tanpa pengganti, kaumnya akan kembali melakukan kemungkaran, bahkan yang lebih teruk lagi mereka akan mengubah syariat yang termaktub dalam kitab Taurat. 

Justeru, Nabi Zakaria sering berdoa memohon kepada Allah s.w.t. agar diperkenankan permintaan baginda.

Allah berfirman dalam surah al-Anbiya' ayat 89 yang bermaksud: "Dan (ingatlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jangan Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi."

Doa mohon zuriat (surah al-anbiya':89)

Dalam ayat seterusnya, Allah s.w.t. mengkhabarkan bahawa Dia memakbulkan doa yang dipanjatkan oleh Nabi Zakaria a.s. Sedangkan ketika itu umur baginda sudah pun tua dan isterinya pula seorang yang mandul.

Sebenarnya khabar baik itu adalah suatu perkara yang luar biasa. Allah s.w.t. berfirman seterusnya dalam ayat 90, maksudnya: Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anak) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul (untuk melahirkan anak) baginya (iaitu dengan mendatangkan haid).

Kurniaan Allah ini hakikatnya adalah ihsan buat Nabi Zakaria yang tidak pernah jemu berdoa. Syarat untuk memperolehi ihsan dan rahmat Allah s.w.t. adalah sebagaimana yang dijelaskan pada sambungan ayat tersebut: "Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan harapan serta takut dan gerun (akan azab-Nya), mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami."


Malaikat Menyampaikan Berita Gembira

Suatu ketika sedang baginda berdiri melakukan ibadah di mihrab, ia diseru oleh malaikat (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar gembira kepadamu, dengan (mengurniakan seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang ia beriman dan membenarkan khalimah (yang datang) daripada Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri daripada (runtunan nafsu) dan akan menjadi seorang Nabi dalam kalangan orang yang soleh." (Surah Ali Imran: 39).

Begitu juga Allah telah berfirman dalam surah Maryam ayat 7 yang bermaksud: "(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): 'Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakan dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikannya sebelum itu, seseorang yang mempunyai nama sepertinya."

Nabi Zakaria menjadi hairan dengan berita tersebut kerana dirinya yang sudah lanjut usia dan isterinya yang dikatakan mandul.

Allah merakamkan kehairanan Nabi Zakaria itu pada ayat 8 yang bermaksud: "Nabi Zakaria bertanya: 'Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedangkan isteriku ialah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?"

Kemudian malaikat Jibrail a.s. menyampaikan jawapan Allah bagi mengungkai kemusykilan Nabi Zakaria a.s. sebagaimana firman Allah dalam ayat 9, maksudnya: "Dia berkata: 'Demikian keadaannya, jangan dihairankan, Tuhanmu berfirman: 'Hal itu mudah bagi-Ku kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedangkan engkau pada masa itu belum ada sebarang apa pun."

(*Artikel ini dipetik dari Majalah Solusi Isu 21, m/s 90-91.)

sumber: alfimohd.blogspot.com

~ Hasbunallah wa ni'mal wakil ~

-ma'a salama


post signature

Thursday 16 May 2013

10 Sekiranya itu yang terbaik..

Assalamualaikum wbt.

moga kalian yg sudi mengunjungi blog umie ni sihat2 dan bahagia hendaknya..ameen.. :-)
hampir seminggu lebih nampaknya x sempat nak ber'blogwalking' dan mengikuti perkembangan kawan2 semua..hari ni baru sempat nk tinjau2 sebahagian blog..banyak updates yg tertinggal rupanya..sorry ye.....

Lately ni umie agak sedikit kelam kabut..emosi pun tak berapa stabil dibuatnya...last monday (13/5) umie telah submit research proposal bagi permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2014 (HLP 2014) untuk sambung belajar...itupun at the very last minute..hehe..dah tarikh tutup di peringkat jabatan dan nampaknya proposal umie masih lagi diterima, Alhamdulillah..entah ye macammana..kenapa tahun ni umie benar-benar yakin nak sambung belajar balik...pihak pengurusan di opis juga saban tahun dok tanya bila umie nak further study lagi..'nanti dulu'..sebenarnya di hati umie masih berharap untuk peroleh rezeki zuriat dulu..but then..now right after 5 years..umie dah buat keputusan itu dengan berbekalkan kata2 semangat hubby, mak, abah, along, kawan2 yg umie sygi, bos.. and yup..kalian sangat2 positif to me..tqvm...umie tahu it is not an easy journey after all kalau nak sambung belajar di bidang coastal engineering ni....umie confused juga sebenarnya in the first place..boleh ke agaknya? mampu ke umie nanti?...pasti besar dugaannya bila nak menuntut ilmu ni..

sebelum umie apply HLP haritu memang umie ada buat solat istikharah, mohon pada Allah SWT bantulah umie...betul ke pilihan umie ni...di saat2 ini hanya Allah sahaja yang boleh beri umie petunjuk yang terbaik buat diri ini, keluarga, agama dan masa depan... Alhamdulillah.. banyak perkara telah berlaku dan dipermudahkan..hubby juga beri galakkan, mak dan abah umie juga betapa gembira nampaknya..what else..terima kasih semua, my hubby especially..terima kasih byk dear atas keizinanmu dan galakan yang tak jemu...dulu umie postponed niat untuk sambung belajar balik sebab umie dan hubby rasakan mungkin perlu masanya untuk usaha dapatkan zuriat dahulu dan kemudian baru fikirkan soal utk sambung belajar...tapi perancangan Allah tiada sesiapapun tahu kan.. 

semalam sekali lg umie lakukan solat istikharah..sebab umie confused ada dua universiti yg offer umie untuk teruskan pengajian..mudah-mudahan Allah lancarkan dan permudahkan segalanya jika benar rezeki menuntut ilmu itu untuk umie..jika ianya akan menjadi amanah dan tanggungjawab umie di dunia ini untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu-Mu yang Maha Luas..umie bermohon pada Dia yang Maha Merancang, mudahan umie akan dipanggil interview HLP sebelum ramadhan ni dan berjaya memperoleh biasiswa tersebut. Namun andai kata rezeki HLP itu tak berpihak pada umie..umie mungkin perlu memikirkan alternative yang lain iaitu Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)..insyaAllah..lihatlah macammana nanti..kita merancang namun Dia yang berhak menentukan segalanya..

apapun, umie berdoa dan berharap agar ada rezeki HLP tu buat umie kali ni, walau tahu kebarangkalian untuk dapat tu agak sukar, namun kalau dah namanya rezeki kita pasti akan jadi milik kita jua akhirnya, mana tahu kan dengan izin-Nya...ya Allah pada-Mu hamba-Mu ini merayu dan memohon jika ini yang terbaik maka mudahkanlah ianya buatku dan keluargaku....umie terima apapun kehendak-Nya..

InsyaAllah umie akan tetap terus berusaha...usaha untuk terus memiliki zuriat dan dalam masa yang sama berusaha untuk menuntut ilmu Allah yang Maha Luas... insyaAllah.


Terima kasih ya Allah atas setiap bantuan-Mu... 



.... Rabbi yassir wala tu'assir ya kareem, rabbi tammim bil khayr...
..ameen..







-Ma'a salama

post signature



Friday 3 May 2013

2 Salam Jumaat: peliharalah mulutmu..

Bismillahirrahmanirrahim...

Renungan buat diri ini dan kita semua yang sering terleka..



 sumber: IKIM fm Facebook

Sama-samalah kita saling ingat mengingati selagi ada ruang dan peluang yang Allah beri...insyaAllah.

Taqabbalallahu minna wa minkum



-Ma'a salama

post signature

Thursday 2 May 2013

10 TTC: positive faint line ke evap line?

Assalamualaikum wbt.,

Ini kali kedua pernah terjadi selama umie berTTC...naik satu very faint line (pink color) bersama control line di UPT..umie confused apakah positif faint line (hamil) atau evaporation line sebenarnya...rasa teruja pun ada juga...tapi kan..walaupun ianya hanya evap line..betapalah nikmatnya bila insan seperti umie ni memandang faint line (T) tu naik bersama C line..maklumlah nak melihat naik double line (+ve line) tu begitulah sukar nampaknya bagi kami ni...evap line pun dah terasa bahagia...


alangkah indahnya kalau evap line tu sebenarnya tanda faint line +ve kan...eermm... :-)


umie test UPT ni waktu CD46 haritu..kalau perati betul2 boleh nampak very faint line tu..bahagianya rasa bila nampak 2 line ni..tapi rupanya evap line..tipah tertipu la :-)

kawan-kawan, pernah tak lihat evap line ni kat UPT korang?

atau pernah dengar mengenai evaporation line? sebab umie dulu pun tak tahu tentang evap line ni..i just came across this article below..



***

What is an evaporation line on pregnancy test?


Evaporation lines are caused by evaporation of the urine in the result window of a pregnancy test. These are lines that shows in the result window of the test. An evaporation line develops when the urine on the test area begins to dry, leaving a faint, colorless line. Evaporation lines appear as a result of the composition of the particular urine specimen - and they may appear on any test regardless of brand. 

Evaporation lines can confound results if tests are not interpreted within the clinically recommended time frame. The complete reaction time of our pregnancy tests is 5 minutes. With most home pregnancy testing products, the "reaction time" of the test is a minimum five minute interval to verify a negative result for pregnancy. Generally, at three to five minutes, you can interpret the test results. To be accurate, the test results should be read within the reaction time of the test, which is usually at 5 or so. Manufacturers also recommend that you should not read tests after a designated time period, as most test brands have the possibility of developing evaporation lines. 

Once the reaction time of the home pregnancy test is complete, color bands will either appear or not appear in the test region of the strip or midstream unit. All tests have a "control" color band or color line that indicates whether the test is working or not. The "test" color band indicates a positive or negative result. 

Assuming that the home pregnancy testing procedure has been followed properly and the results have been interpreted within the time frame indicated by the manufacturer, a faint line in the test region of the result window may be read as a positive result, though it's a good idea to verify the result in a day or two using a first morning urine sample. 


Now, an evaporation line will not be confused with a faint test line (valid positive) if the test is read within the five minute reaction time interval. Other explanations for faint test lines include:


Testing Too Early in Your Cycle: If you test too early, earlier than seven to ten days past ovulation, the hCG may not be at a sufficient level to produce more than a very faint line. If you do see a faint positive test result, then we always recommend a follow up test in a day or two using that first morning urine. 

Lower Test Sensitivity: Different tests have different sensitivity levels. Check the sensitivity level of your test and try to purchase higher sensitivity pregnancy tests so you can have accurate results sooner.

Diluted Urine Sample: Urine samples may experience "dilution" due to frequent urination or consumption of liquids. This is whey first morning urine is recommended for pregnancy testing as it contains the most concentrated amount of the hormone, hCG.

Chemical pregnancy: A chemical pregnancy is indicated when implantation of a fertilized egg takes place and hCG is produced. A chemical pregnancy is, by definition, very shortly followed by miscarriage before any other pregnancy signs can be detected. Hence, a faint positive line on a pregnancy test may be detected, but there is a a miscarriage very quickly following implantation.

source:http://www.early-pregnancy-tests.com 
Evaporation line a.k.a evap line


 -Ma'a salama

post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...