Friday 29 November 2013

0 Salam Jumaat: Hidayah milik Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

***

***

ma'a salama
post signature

0 Memories of living in Japan: Cultural Exchange (Japanese Elementary School)

Assalamualaikum,

Mengimbau kembali kenangan berada di Japanese elementary school in Japan..a cultural exchange program organized by JICA (Japan International Cooperation Agency). 

Ramai masyarakat dunia mungkin tertanya-tanya...

Why are the Japanese people are so smart?
Why are the Japanese people are so disciplined?
Why are they so polite?

and one of the reason is because they are taught from young to be disciplined and considerate the others. see?

Such a sweet memories!.


Sesi memperkenalkan Negara Tanah Air tercinta..
"minasan..mite kudasai!!"

errr..sumimasen! ..Malaysia no doko desu ka??

Minasan..peace! :-)

A cultural performance (student & teacher)

another cultural performance too

 dan lagi...

juga dari kanak-kanak jepun..so nice :-)

so surprise..mereka telah membuat persiapan awal untuk membentangkan tentang 'Malaysia'
"omoshiroi desu ne..subarashii desu yo!!"

Me and my colleagues..from Myanmar, Ecuador, Fiji Island and Saudi Arabia
..mendengar pembentangan dari kanak-kanak Jepun

Japanese elementary school students...sgt berdisiplin, teratur & mereka sentiasa diajar menjaga kebersihan (5S diamalkan)

get ready for "hiro gohan" (lunch) ... minasanitadakimasu..!!

so, dah habis makan?...and now time to brush your teeth ok...yeayyy!

Minasan, we have to leave now...domo arigatou gozaimasu...gambatte kudasai....SAYONARA!! 

ok bai2..
and thank you for the sweet memories ya!!


ma'a salama
post signature


Monday 25 November 2013

17 TTC: Rawatan Kesuburan ~ Akupuntur & Homeopathy

Assalamualaikum wbt.

Hari ni umie cuti..kalau ikutkan perancangan asal umie mohon cuti hari ni saja-saja je sebenarnya..hanya niat tu ingat nak berehat di rumah...kemas rumah sebab bulan ni hampir setiap kali hujung minggu umie dn en. husb tiada di rumah..minggu lepas kami ke kuantan..minggu ni kami ke KLIMS13 (juga bermalam di luar). Jadinya, hari ni (isnin) umie memang plan khas untuk aktiviti kemas2 rumah semata. Semalam (ahad), checked-out dari hotel kami terus bergerak ke Subang Parade. Teringin nak tinjau2 Year End Sale (YES) di sana. Tengah2 bershopping tak sangka tiba-tiba cik 'p' tu boleh pula mai..kalau ikutkan firasat umie lagi seminggu..huhu..mujur la pantyliner jd penyelamat sementara..hehe..kelam kabut jg umie ke pharmacy waktu tu. tapikan sungguh tepat la ketibaan cik 'p' bulan ni..kira kitaran umie bulan ni 31 hari.. bulan lepas 49 hari kan.. sebelum2 tu ok..apapun Alhamdulillah bulan ni kembali normal.

hmm..yg umie nak ceritakan apa yang berlaku hari ni sebenarnya.

Dah lama kami teringin nak mencuba kaedah rawatan TTC yang ini..salah satu ikhtiar terbaik untuk rawatan kesuburan juga (drpd pembacaan umie)..tapi selalu tak berkesempatan nak mencuba pergi. Akhirnya, tengahari tadi kami sepakat untuk cuba berikhtiar dengan kaedah akupuntur dan homeopathy ni pula. Petang tadi juga kami terus ke satu pusat akupuntur dan homeopathy terkenal yang agak berdekatan dan tak jauh dari rumah kami. Mujur tak ramai orang waktu kami tiba. Mula2 tu sesi consultation bersama Dr, perlu ceritakan sikit latar belakang ikhtiar2 kesuburan yang pernah dibuat suami isteri, jika pernah alami apa2 penyakit, etc. ..sesi consultation pun berjalan agak santai saja..

selepas ~30min consultation mcm tu, umie diminta masuk ke satu bilik (khas utk wanita shj)..en husb pula ke bilik lain..rupanya ianya bilik utk rawatan akupuntur..



suasana bilik rawatan di mana umie jalani akupuntur tadi :-)

untuk pesakit wanita telah dikhaskan seorang Dr perempuan yang akan buat rawatan akupuntur tersebut. So, kita tidak la perlu risau sgt dgn batasan aurat macam tu kan..huhu Alhamdulillah..suspen juga umie ni sebab tak pernah ada pengalaman mencuba rawatan akupuntur sebelum2 ni..di sini pun ada rawatan berbekam juga pada sesiapa yang ingin mencuba..umie ingat nak cuba juga satu hari nanti insya-Allah.



jarum akupuntur dicucuk di satu point tertentu (sebelah kiri)



sebelah kanan juga

kesemuanya ada 9 titik yang bersesuaian untuk rawatan kesuburan umie kali ni (termasuk 3 titik tusukan jarum halus di perut)

rawatan akupuntur ni adalah selama 30 min (kita akan diminta berehat atas katil..tenangkan minda dgn berselawat)..boleh tertidur kita dibuatnya dgn suhu aircond yg dipasang just nice saja...hehe..en husb kata dia sempat terlena lg..sampaikan ada jarum yg tercabut dari tangan pun dah tak sedar..alahaii syoknyer..amboi..kot ye pun abang...hehe.

Sebelum pulang kami diberikan 2 botol kecil pil ubat homeopathy. Ada 2 jenis pil. Ubat-ubat ni perlu dimakan pagi & petang, tengahari & malam. Untuk dimakan selama 2 minggu. Menurut Dr, tiada apa-apa pantang larang selama mengambil ubat homeopathy dari klinik ini kecuali pesakit tidak digalakkan untuk ambil ais batu.  

Dr sempat berkongsi cerita pengalaman pesakit2 homeopathy yang berjaya conceived selepas menjalani beberapa kali rawatan akupuntur & homeopathy ni..tak sangka rupanya sgt ramai yg telah berjaya dengan ikhtiar homeopathy ini atas izinNya juga di Malaysia ni.

Insya-Allah, biar apapun usaha dan ikhtiar yang termampu kita lakukan..moga2 Allah redha dan berkati...ameen.

Total cost: Akupuntur: RM50/seorang, ubat homeopathy: RM100/seorang (for 2 weeks)


peralatan akupuntur & bekam


ikhtiar...ikhtiar..dan masih terus berikhtiar..
mudahan ikhtiar ini diberkatiNya.
..ameen..


ma'a salama
post signature


Wednesday 20 November 2013

10 Projek masa lapangku: A Cross Stitch ;-)




Assalamualaikum,

Alkisah hujung minggu lepas umie dan en. husb ke Kuantan..untuk hadiri kenduri kahwin member en husb di Beserah..Alhamdulillah, kami menginap di The Zenith Hotel Kuantan yang mana hotel ni betul-betul terletak di hadapan East Coast Mall, Kuantan.

Sewaktu jalan-jalan cuci mata di shopping complex ni, kami terjumpa satu booth yg menjual barang2 cross stitch ni..huhu..tak sangka sungguh akhirnya terjumpa juga apa yg dicari-cari selama ini..serious hati ini gembira bukan main kepalang lg..hehe..terima kasih ye en husb sebab sudi menaja pembelian cross stitch yg isterimu ini suka sgt ok...alahai...bikin tak sabar nak menyiapkannya ni..milestone project shoud be completed by April 2014! (ini target umie je..sbb mulai May 2014 umie dh nk prepare utk smbg belajar pula, insyaAllah).

Inilah projek baru umie demi mengisi masa lapang yg ada, insyaAllah..tak sabar nak tunggu hasilnya nanti..kita tunggu & lihat k ;-)

My Main Cross Stitch project ~ gambar pemandangan yg cantik sgt!

Ini free gift tau...dapat 2 free gifts cross stitch juga..seronok sgt..umie pilih cross stitch sarung bantal &
gambar cincin (tulisan cina merah tu umie akn tukar dgn nama kami & wedding date kami ;-) ..hrp2 boleh la di framekan nanti sbg kenangan..
  
kasi zoom sikit gambar pemandangan cross stitch kalau dah siap nanti ;-)

Koleksi projek cross stitch yg bakal disiapkan..huhu..bila nk siap agaknya ni??..ohh..yg kecik sblh kanan tu adalah cross stitch card holder (dpt sebab jadi member byr RM11 je..terus jd membership)

lupa nak bagitau..yang main cross stitch gambar pemandangan tu kainnya memang dah siap diwarnakan ikut benang tau..benang pun dah disediakn sekali dalm pek..tak perlu pening2 nak cari or beli benang lg..hehe..nak buat pun ikut warna dia dah tetapkan di kain..mudah kan?? tak perlu nak kira2 lubang lg.. :-)

so, selamat ber 'cross stitch' pd peminat2 cross stich yg lain juga  ;-)

Thank you abang! lg tak sabar nak siapkan cross stitch cincin tu sebab nak ukir nama kami berdua di situ..tak sabar juga nak gantung n frame kan nanti di satu sudut di ruang rumah kami...hmmmm....insya-Allah..we'll see hasilnya nanti.. -___-


ma'a salama
post signature

Monday 11 November 2013

19 TTC:..waktu subur kitaran haid tak teratur..CD18

Assalamualaikum,

semalam umie CD18..
pecah rekod yang bulan lepas kitaran hari sampai 49 (CD49)
bulan-bulan sebelum ni kitaran sekitar 30-32 hari saja..hmm..jadi pening tau nak hitung waktu subur macam ni bila kitaran jadi tak teratur ni kan..


Proses ovulasi - pematangan telur dalam ovari (waktu subur)

kalau ikut perkiraan waktu subur (bagi kitaran tak teratur) kaedah yang dicadangkan oleh Dr Zubaidi: 
- pilih kitaran haid yang paling panjang dan paling pendek (selama 8-12 bulan). (cth: 30 & 49)
- cara hitung hari pertama kesuburan: tolakan 18 dari kitaran haid yang paling pendek 
- cara hitung hari terakhir kesuburan: tolakan 11 dari kitaran haid yang paling panjang

So, bila umie apply kan perkiraan waktu subur umie (mengikut kaedah di atas) untuk kitaran bulan ni:

Insya-Allah, jangkaan waktu subur umie dikatakan boleh terjadi di antara 5hb - 29hb Nov ni...huhu..sebulan???payah juga nak agak kalau macam ni.

semalam CD18 (10 Nov)..umie terasa cramp di bhg kiri..sikit senak (salah satu tanda waktu subur kalau ikutkan tu)...so dgn segera petang tu umie test guna OPK (ovulation Predictor kit)..sebab tak expect langsung bilakah waktu subur utk bulan ni...dan hasilnya:


LH Surge ~ positif
10.11.13..CD18

alahai..dah ovulate ke?..umie target minggu ni baru akan start fertile window tu..dan bila umie set waktu subur (10hb-ovulation test positif) ke dalam period calendar software selepas buat LH test tu..lar rupa-rupanya ada betul la kaedah Dr Zubaidi ni..

kalau ikut period calendar ni..dia dah tetapkan 5hb start fertile window (unexpected sungguh!)..hari terakhir waktu subur is on the Nov, 11th...which is hari ni.


Period calendar software (installed dlm hp umie) - 10hb tu ada symbol pink ovum ovulates

Dr ada beritahu yg bagi kitaran haid yang tetap, secara teori waktu subur seseorang itu meliputi 6 hari iaitu, lima hari sebelum ovulasi dan sehari selepas ovulasi..

nampaknya, sekarang ni umie tawakkal saja la gayanya..dok terfikir yg minggu ni baru akan start fertile window tu...hehe..payah jg bg kita2 yg kitaran tak teratur ni kan..

sabar je la...xpe2 yg penting, insya-Allah lepas2 ni boleh la kita cuba kaedah ni lg ;-)


ma'a salama
post signature

Saturday 9 November 2013

2 Mata Akal, Mata Hati



Assalamualaikum,

buku yang baru umie beli semalam..
langsung tak pernah terfikir untuk mencari apatah lagi untuk memiliki..
semalam, waktu kali pertama terpandang kulit hadapan buku bertajuk 'Mata akal, mata hati' ni..hati terus jadi tertarik nak tahu lebih lanjut tentang isi kandungannya..selak-selak dan baca sikit..iya! inilah buku yang patut dimiliki (selain 'Majalah Solusi' yg menjadi bahan bacaan favourite umie selama ini)..pengisiannya bagus membuatkan kita membaca sambil berfikir..berfikir untuk menjadi seorang yang lebih positif..dan positif melihat segala sesuatu yang berlaku di sekeliling..positif dgn apa yang berlaku dalam hidup ini...terima kasih pada penulis buku..Prof..semoga Allah merahmati hasil tulisan beliau dan segala ilmu yang disampaikan akan diberkati..ameen..ayuh! sama-sama kita (diri umie sendiri dan juga sahabat di luar sana yang terbaca entry ini ye) kita cuba berusaha memperbaiki diri..cuba untuk mempositifkan diri..memandang sesuatu secara positif, insya Allah positif juga yang akan terhasil dalam diri..

sedikit petikan dari buku ini untuk dikongsi:


"Orang yang mempunyai hati yang bersih dan kuat sentiasa tabah dengan dugaan yang dihadapinya. Biarpun ditimpa musibah dia tidak pernah mengeluh. Walaupun pada hakikatnya dia sedang menghadapi kesulitan, dia tetap tenang. Orang yang tenang sentiasa menang!"


mudah-mudahan demi mencari redha-Nya, menggapai rahmat dan kasih sayang-Nya..kita akan berusaha untuk terus memperbaiki diri ini.



tips: carilah kawan yang positif dan berada lah di sekeliling orang yang positif..insya-Allah lama-lama kita akan dipengaruhi dengan aura yang positif juga :-) 


ma'a salama
post signature

Wednesday 6 November 2013

2 Percutian chalet terapung atas air (Jerai View Floating Chalet)

Assalamualaikum wbt.,

Imbasan kenangan percutian kami (umie, Mr hubby, Abah & Mak) bermalam di chalet terapung atas air (Jerai View Floating Chalet) pada 16-17 Jun 2013 yang lalu..percutian & aktiviti memancing kami untuk tahun 2013!

hmmm..walau entry ni telah lapuk dan dahpun expired..hehe..umie tetap nak abadikan dalam blog ni sebagai kenangan..masih tetap utuh menjadi kenangan istimewa kami..juga review umie tentang JVFC ni bagi mereka2 yang turut teringin nak ke sini..tempatnya menarik..chalet terapung yang berlatarbelakang kan Gunung Jerai...lokasi chalet atas air di Sungai Merbok, Sungai Petani, Kedah..dah lama teringin nak ke tempat ni untuk aktiviti suka-suka memancing kami..dengar kata banyak ikan boleh dapat naik kalau bukan musim air mati/ tiada arus..ikut nasib dan rezeki si pemancing juga.

..apapun, Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga ke tempat ni..

jeng..jeng..jeng.
tak sabar nak letak joran..abah n hubby yg terlebih suka tu..suka-suka untuk cuba nasib di sini kan...

kami akhirnya selamat tiba di jeti sg merbok

hubby & abah bersama senjata joran memasing..hehe

bot yg membawa kami ke chalet terapung

which one..hmm? nunnn...di sana tu! 

ha..inilah dia chalet yg dimaksudkan tu..besar, bersih & selesa..thumbs up! 
siap pasang dgn air-cond di stp bilik lg..ibarat hotel 3* terapung ;-) 
~ 16 - 17 Jun 2013 ~

Abah tgh survey2.. err, tak sabar nampak tu abah? hehe

pintu belakang chalet terapung

~ Pemandangan eksklusif Gunung Jerai ~
view dari belakang chalet terapung

hubby n joran2 yg dipasang..
air mcm mati jer?..alahai itula dtg tak mau survey2 dulu...nasib la labu :-)

umpan yang digunakan:- udang hidup, sotong, udang, ikan termenung, pon-pon
kami pasang 3 bento ketam dengan umpan ikan kembong..kali ni kami tak pakai kepala ayam..harap2 rezeki memihak kami kali ni..

1 joran umie (no. 5 dari kiri) + 3 joran hubby + 3 joran abah..kalau seekor pun xdpt tak tahulah nk cakap apa yek.. :-)

agak-agaknya dapat tak? hehe..



ma'a salama
post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...