Thursday 31 October 2013

6 MimPi...mainan tidur atau pengajaran?

Assalamualaikum,

malam tadi umie seorang di rumah..hubby kerja syif malam minggu ni..
sebelum tidur tiap-tiap malam, kebiasaannya umie akan baca doa tidur..akan 'pagar' kelilling katil dgn doa pendinding..semalam pun sama
tapi tak tahu kenapa boleh mimpi buruk macam smlm
mimpi buruk yang tak mungkin umie lupa...tak pernah mimpi macam ni..huhu
dalam mimpi tu umie merajuk dgn hubby..ada berlaku sikit pertengkaran antara kami kat restoran tu..benda kecik je tp memang salah umie..hubby terus pujuk tapi umie buat tak layan dan langsung tak pedulikan hubby masa tu..umie ego..sekali tu tiba2 benda tak diingini berlaku..tak disangka-sangka sesuatu yg tragik terjadi pd hubby kat restoran tu jg (tak sanggup nak cerita apa yg berlaku..huhu)..umie papah dia tp mata dia makin kuyu..umie jd tak tentu arah masa tu, minta ampun sgt2 pd hubby..rasanya dia macam antara dengar dan tidak suara umie ni..umie menyesal sgt! sungguh kesal dalam mimpi tu kerana takut tak sempat nak mohon ampun..

tapi sebelum terjadi apa2 yg lebih tak diingini lg..cepat2 umie buka mata..huhu..tak sanggup nak teruskan mimpi ni lg! huh..bangun je celik mata masih atas katil terus call hubby di kilang pagi2 buta..minta ampun sgt pd dia..terpinga-pinga si dia tiba-tiba kan..hehe..Alhamdulillah cuma mimpi..wa iya zubillahi min zalik, astaghfirullahaladzim..

mimpi ni buat umie tersentap..menyedarkan umie kepada suatu kata-kata.."hargailah permata yang ada depan mata!" Ya Allah..


Seringkali kita jadi buta..tidak nampak permata yang ada di depan mata..
yang kita hanya kejarkan kaca yang kelihatan seperti permata.


*sejak akhir-akhir ni umie kerap mengikuti coretan mama nurin..dan setiap kali baca entry beliau hati jadi tambah sayu dan hiba..kita yg membaca terasa berat inikan pula insan yg hadapi ujian tersebut..umie sampai jd terkelu dan tak sanggup nak beri apa-apa komen pada setiap entry beliau..bukan tak mahu memberi semangat..tapi tak mampu.. speechless..tapi andai mama mia terbaca entry umie ni..umie berdoa sgt2 pada Allah s.w.t agar mama diberikan kekuatan dan ketabahan olehNya hadapi ujian yg sungguh berat ini dalam hidup mama..be strong ya mama..la tahzan inallaha ma'ana..innallaha ma'as sabireen.. benar, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..semoga dengan apa yang berlaku ini akan menjadikan mama seorang insan yang redha dan akan dicintai-Nya dunia akhirat..mama mampu hadapi ini semua, Dia memilih insan seperti mama untuk ujian seperti ini pasti ada hikmah besar yang tersembunyi kan... insyaAllah.. insyaAllah.. insyaAllah...pasti kelak kebahagiaan akan datang selepas kedukaan buat mama dan Qaseh.

InsyaAllah, semoga kita semua sama-sama dapat memperbaiki diri dan menjadi anak yang soleh serta isteri solehah yang sentiasa mendapat redha suami dunia dan akhirat, insyaAllah...ameen.

dan sama-samalah kita hargai orang yang kita sayang ye..

So..kawan-kawan pernah alami mimpi buruk jg? 



ma'a salama
post signature

Wednesday 30 October 2013

2 Rindu menggamit..

Semalam..
tatkala mendengar berita gembira itu dari insan tersayang
hati menjadi sangat teruja..
menggamit rasa rindu..rindu yang telah lama..
ohh Ya Tuhan..Tuhan Yang Maha Mendengar..
hambaMu ini sungguh gembira..
sungguh tidak terluah dengan kata-kata
sehingga mengalir air mata gembira
namun jauh di sudut hati ini, masih lagi sempat berkira-kira
benarlah, Dia lebih tahu segalanya

dan hari ini rupanya..
berita semalam bukanlah berita gembira untukku
entah kenapa hati yang teruja kini tiba-tiba menjadi sayu
menjadi sungguh terasing
meninggalkan tanda tanya
diri ini rupanya tidak seistimewa dia
daku termenung sendiri..lantas menitis air mata ini lagi
segalanya telah tertulis menurut kehendakNya 
Dia lebih tahu..

mungkin ada hikmah besar yang tersembunyi 
ku cuba memujuk hati kecil ini
aduhai..bersyukurlah..
sabarlah wahai hati yang sedang diuji..


Kenangan sewaktu berada di Masjidilharam April 2012

sangat rindu..
saat di Baitullah Al-Haram ~ April 2012

Tapak runtuhan sisa-sisa dinding Masjid Hudaibiyah yang asal ~ April 2012

Menggamit kenangan lalu bersama jemaah rombongan irna yakin..segalanya dalam ingatan
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah!
~ 30 Mac 2012 - 10 Apr 2012 ~


ma'a salama
post signature

2 Jodoh



Tidak.. 

lambat jodoh seseorang memang tiada kaitan langsung dengan keturunan ataupun nasib malang. Hanya belum sampai masanya. Ia umpama meniti suatu jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan panjatkanlah keinginan anda itu di dalam doa-doa ketika sembahyang. Allah Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita tidak baik untuk lelaki yang tidak baik. Biar lambat jodoh asalkan mendapat “Mr Right” dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman di kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu bersangka-sangka, contohnya; aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati, berbahagialah orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita pula ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun mungkin di antaranya sebenarnya tak berapa mewah) terpaksa membayar lebih ketika berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat kali ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi ujiannya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Dunia penuh dengan tipu daya.

Demikian juga perkahwinan. Ianya suci dan murni dan kerana itu ia disarankan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, namun ia juga boleh jadi buruk kepada sebahagian yang lain bila org yang berkahwin itu kemudian hidupnya menjadi semakin tidak terurus dan tidak lagi mengikut landasan syariat agama.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam rumahtangga. Bukankah dengan ijab dan qabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi mereka yang benar-benar mengerti tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah kerana Tuhan dan menuruti sunnah junjungan besar s.a.w, bukan berkahwin kerana perasaan, nafsu dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong-lorongnya dengan sedikit ikhtiar agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

kerana sesungguhnya benar, jodoh itu adalah rahsia Allah.

Wallahua'lam

sama-samalah kita bermuhasabah diri ini..

Rujukan: sebahagian c&p 

ma'a salama
post signature

Friday 25 October 2013

6 Salam Jumaat: Bersediakah Untuk Mati?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.,

Salam Jumaat penuh keberkatan, InsyaAllah.
Topik yang sedikit berat namun sangat perlu untuk kita saling ingat-mengingati dan hayati.

Renungan buat diri ini(terutamanya), anda, kita semua yang sekadar merupakan 'Peminjam' di dunia yang sementara..semakin hari demi hari yang kita lalui, itu bermakna semakin hampir juga ajal maut itu kepada kita..setiap yang bernyawa pasti akan merasai MATI dan menempuhi saat 'sakaratulmaut' itu..sudahkah kita mempersiapkan diri menghadapinya? yang mungkin saja kita akan berdepan dengannya 'secara tiba-tiba' dan 'bila-bila' sahaja.

dan ingatlah;

Bilamana seseorang insan telah meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara:

(1) Sedekah jariah
     (i.e Wakaf tanah, wakaf al-quran, duit sumbangan pembinaan masjid/sek. agama, dll atau sedekah
      yg bersifat kekal dan dimanfaatkan oleh orang di dunia walau pemberi sedekah itu
      telah meninggal dunia-pahala akan terus mengalir bagi si penderma selagi mana barang 
      sumbangannya itu digunapakai) ;
(2) Ilmu yang bermanfaat;
(3) Anak soleh yang mendoakannya.

(Hadis Riwayat  al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)

Ayuh marilah!..diri ini dan kita semua..sama-sama kita hayati dan renungkan artikel di bawah ini..agar dapat menginsafi diri..moga-moga ianya dapat memberi sedikit manfaat buat kita semua kelak, insyaAllah.


~***~

Sudahkah Kita Bersedia Untuk MATI ?



Pernahkah kita melihat kuburan? 
Pernahkah kita melihat gelapnya kuburan? 
Pernahkah kita melihat sempit dan dalamnya liang lahad? 
Pernahkah kita membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur atau alam barzakh. Malam pertama di alam kubur, sudahkah kita bersedia untuk mati? 
Sedarkah kita bahawa kuburan itu dipersiapkan untuk kita dan untuk orang-orang selain dari kita?
Bukankah telah silih berganti kita melihat teman-teman, orang-orang tercinta, emak ayah dan keluarga terdekat kita diusung dari dunia fana ini ke kuburan? 
Apakah malam pertama kita di alam kubur nanti memperolehi nikmat atau penuh dengan derita dan sengsara?

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. "Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"


Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia keseronokan yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia hanyalah  amalan-amalan soleh yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan dengan kurangnya amalan kita sekarang? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: “Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100). Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’”. Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?. 
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”. Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meskipun hanya sedetik. Ia biasa datang menyentap dan menyerap dengan tiba-tiba. IA MISTERI AMAT MISTERI. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap sedia. Dan tentu, Husnul Khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah Allah Ta’ala (istikomah dalam solat dll) dan menjauhi segala larangan, (jangan lalai , liat  solat dll). Tanpanya, husnul khatimah tidak mungkin diperolehi . Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan? Malam Pertama Di Alam Kubur - Sudahkah kita bersedia untuk Mati. Wahai orang yang semakin dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?. Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?. Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
(Dipetik dari buku Dr Aidh Abdullah Al- Qarni)



ma'a salama
post signature

Thursday 24 October 2013

4 sampai bilakah..

pagi ni hati terasa sayu..sedih pun ada..tiba-tiba mengalir keluar je air mata ni..meskipun tak banyak..

tatkala teka-teki bermain di fikiran..

buntu seketika..

mungkin perlu segera merintih dan mengadu pada-Nya..
bukan lagi 'mungkin' tapi memang perlu.

hanya Dia yang tahu akan segala jawapannya..
untuk semua teka teki itu.. 

Wahai Tuhan Yang Maha Lembut, lembutkanlah hati kami..
bersihkan lah segala kekotoran yang tepalit di hati ini..supaya dengan itu ia akan menjadi tenang..

kembali menjadi jiwa-jiwa yang tenang.

Ameen Ya Rabbal Alamin.


Ala bidzikrillahi tathmainnul qulub
Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia 
(surah ar-Ra'd:28)




Wasalam

ma'a salama
post signature

Saturday 19 October 2013

13 HLP 2014 ~ Keputusan & Inilah takdirku..

***



***

“Jika Allah s.w.t memakbulkan doamu,
maka Allah meneguhkan kepercayaanmu kepada-Nya.."

"Jika Allah s.w.t menangguhkan doamu,
maka Allah s.w.t menguji kesabaranmu..."

"Dan jika Allah s.w.t TIDAK MEMAKBULKAN doamu,
itu bermakna Allah s.w.t telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.."



“..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.” [Surah Al Baqarah: 216]


Walau belum tiba waktunya dikurniakan rezeki zuriat seperti yg didambakan, sedang doa sentiasa dipanjatkan..malah sambung belajar ke peringkat ini juga tidak pernah terlintas di fikiran..adakah hanya kerana dorongan kuat keluarga, aku lantas menuruti kehendak mereka..justeru aku mempersoalkan untuk apa semua ini? mengapakah jalanku tertulis begini..aku punya keinginan yang lain, mungkin juga kehendak ku itu bukan yang terbaik buat masa ini..namun sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata..segala yang terbaik buat hamba-Nya.

Terima kasih Ya Allah di atas rezeki untuk menuntut ilmu ini..jika inilah takdirnya.. 
Maka permudahkanlah..bantulah hamba-Mu ini hingga ke akhirnya..menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada insan dan alam sekeliling..mudahan juga ku memperoleh sedikit bekalan untuk ke alam sana nanti..ku memohon rahmat dan belas kasihan-Mu..redha-Mu selalu...Ameen ya rabbal alamin.

Manusia merancang, Allah juga merancang, namun perancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangan. 

Syukur di atas segala nikmat dan ketentuan-Nya..



~ ALHAMDULILLAH ~


p/s: terima kasih atas doa suami tersyg, mak, abh & keluarga dikasihi..juga terima kasih buat kawan2 yang turut mendoakan HLP2014 umie ni ye..semoga Allah swt merahmati kalian semua yg mendoakan..ameen... 


ma'a salama
post signature

Friday 18 October 2013

8 TTC: apa dah jadi...

Assalamualaikum,

Salam jumaat semua..

umie baru naik kerja hari ni..cuti raya aidiladha kali ni mengalahkan cuti aidilfitri pula ..hehe..esok dan lusa cuti balik..bestnya..tp minggu depan akan mula kembali totemo isogashii (bhs jepun sket)

tapikan sekarang ni umie musykil sesangat, umie perasan sejak ambil set slimming shaklee (cinche, lecithin, alfalfa) & cuka kurma ni buat period umie jadi tak teratur..alahai tolong..nape jadi macam ni yek..sekarang dah lewat 12 hari..4-5 bulan sebelum ni period umie dah cantik dah cycle 31-33 hari..ya Allah, risau sungguh la..so, sejak awal minggu ni lg umie dh stop sementara makan semua produk tambahan ni dan dgn harapan cycle period tak terganggu..tapi tak muncul2 juga lg ni..Ya Allah, ku mohon permudahkan lah segalanya...


produk2 ni tak sesuai dgn badan umie ke?? plss..I am totally confused sekarang ni.. :-(


















***
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. 
[Surah Al-Baqarah: 155]


ma'a salama
post signature

Monday 14 October 2013

4 Urut badan 2jam1/2..

Assalamualaikum,

Dah lama umie tercari-cari tempat mengurut berdekatan rumah (makcik2 yg berpengalaman mengurut ni). Sebelum ni memang umie pernah pergi mengurut di beberapa tempat (kebanyakan di rumah makcik2 tukang urut)...rawang, puchong, sg buloh, jempol..ada yang serasi ada yang tak juga..sejak balik dari russia haritu tapak kaki ni selalu terasa sakit kalau baru bangkit dari tidur tu (tapi kalau pakai stokin ajaib yg umie beli tu tak pula terasa sakit bangun tidur tu..ajaib pula..hehe)..bila umie picit kat tapak kaki tu ada rasa macam sikit keras & berbiji..hmm..mungkin urat darah umie tegang..badan dan pinggang pun ada rasa lenguh2 sikit..


semalam umie ke rumah kak som sendirian (tukang urut org bersalin), kawan seofis umie yang kenalkan kak som ni pada umie..berurut dengan kak som ni agak lama juga..betul-betul terperinci dia urut satu badan...2 jam 30 min sesi urut dengan dia..tapi kalau plus minus sembang2..ada la dalam 2 jam dia betul2 urut badan umie ni..fuhh..ni kira pengalaman urut paling lama umie pernah lalui..Mr hubby pn terkejut sbb lama sgt..kak som ni urut tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan juga..just nice..kak som kata urat kaki umie ni tegang-tengang mungkin sebab dah lama tak pergi mengurut..urat bahu pun tegang sebab setiap hari kerja dok menghadap komputer aje...hmm..patut tiap hari balik kerja mesti sakit2 leher dan bahu ni.. 


harini bangun tidur..Alhamdulillah badan terasa ringan sikit..tapak kaki pun tak terasa sakit..mungkin ditambah semalam umie tidur pakai stokin ajaib tu, Alhamdulillah..apapun kuasa penyembuhan milik Allah kan..segalanya berlaku atas kehendak dan izin Dia juga..insyaAllah, semoga kita semua diberi kesihatan yang baik selalu..ameen.


umie ucapkan SELAMAT HARI RAYA QURBAN buat semua..kawan2 laksanakan ibadah qurban di mana tahun ni?? :-) semoga Allah SWT menerima ibadah qurban kita ini...ameen.



ma'a salama

post signature

Friday 4 October 2013

15 TTC: Ikhtiar dgn cuka kurma (Khal)

Assalamualaikum,

Nampak gayanya usaha umie kebelakangan ni untuk turunkan berat badan ni tak berapa nak efektif..setiap hari (selama 2 minggu ni), umie cuba untuk kawal pemakanan dgn mengambil makanan berat (segenggam nasi) sekali sehari saja, makan supplemen shaklee (set slimming) ikut aturan ditetapkan, lakukan sedikit senaman (lebih kurang 15-20 min) setiap hari. Dan hasil usaha selama 2 minggu ni berat cuma dapat diturunkan lebih kurang dalam ~1 kilo macamtu..hmm..payahnya nak turun berat ni kan..baru tau padan muka! ;-)

dan kebetulan umie ke gedung kurma baru-baru ni, terjumpa 'khal' murah ada dijual disitu..umie terfikir apa kata kita cuba tambahan minum cuka kurma ni setiap hari (bertindak as a booster..hehe, makanan sunnah lagi pula)...banyak manfaat cuka kurma ni selain untuk buang lemak & turunkan kolestrol, cuka kurma ni pun baik untuk kesuburan juga tau..tambah lagi ianya pemakanan sunnah..dah lama terdengar khasiat mengenai cuka kurma ni..ramai yg bgtau ianya bagus untuk diamalkan minum setiap hari. So sekarang ni setiap hari umie & hubby akan cuba minum khal ni 2 kali sehari (khal+madu+air), Alhamdulillah memang bagus dan nampaknya ada perubahan positif...kawan-kawan cubalah ye! 

umie nak rasa cuka kurma..mr hubby pula nak cuka apple..oklah..kita beli dua2 je..jgn tak abis sudah la ye bang...hehe :-)

Anyway, berikut tentang khasiat cuka kurma ni kalau sesiapa yang nak tahu..


Kandungan Cuka Kurma:

Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).


Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-

- dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
- membuang darah kotor & melancar aliran darah
- mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
- melancarkan pergerakan usus
- merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
- memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
- menurunkan tahap kolesterol
- mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
- membakar kalori dgn cepati
- membuang toksin
- merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
- penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
- mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
- merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
- mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
- melancarkan pengeluaran susu ibu - melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
- memperbaiki fungsi limpa
- menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

Rujukan Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

sumber: manmala blogspot

patutla orang arab hari-hari makan daging tapi tak pernah kita dengar kes mereka ni kena penyakit darah tinggi melampau, kolestrol ke atau penyakit2 kronik ni..mereka ni pun makan daging bukannya sikit2 tau kalau sekali hadap tu..tapi sebab antaranya mereka amalkan minum khal ni..kira dia potong balik la kan...macam orang jepun hari-hari makan seafood bersama wasabi sebab ianya boleh potong toksin dalam badan...ok je takde pula org jepun semua kena sakit gout tu kan..hehe

kita??..tp sesiapa yg suka makan ulam-ulaman tu kira ok la.. ;-) 


Cuka kurma dan cuka apple atau biasa dipanggil 'khal' yang umie beli haritu..
brand Minab dan Kemal..umie beli dgn harga RM15 sebotol


catatan: jgn lupa untuk selawat sebanyak 3 kali sebelum minum khal ni ye..berdoalah kepada Allah untuk dihindari dari sebarang penyakit, insyaAllah. Sama-samalah kita amalkan pemakanan sunnah ni kan.

Semoga Allah berkati dan permudahkan ikhtiar kita semua..ameen.


ma'a salama
post signature

Wednesday 2 October 2013

0 Doa Solat Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim..


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: 
"Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”


Doa Solat Dhuha:



maksudnya:


Ya ALLAH, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

 ~~~~~~~ 

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)

  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani).

InsyaAllah, sama-samalah kita cuba mengamalkannya.

sebahagian artikel dipetik dari shafiqolbu.wordpress 
(syukran jazilan, jazakallahu khair)


ma'a salama
post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...