Wednesday, 10 July 2013

6 TTC: CD8 & Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt.,

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!


Alhamdulillah, diizinkan-Nya kita bertemu kembali bulan mulia penuh keberkatan, rahmat dan pengampunan..umie ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua..mudah-mudahan Ramadhan dilalui kali ini membuahkan mahabbah dan makrifat kepada Allah..sama-sama kita, insyaAllah, jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik penghayatannya berbanding Ramadhan yang lalu..


Ramadhan tahun ini mengingatkan umie kepada sesuatu..sesuatu yang amat kita kehendaki untuk kehidupan di alam 'sana' yang kekal abadi..



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat kelak. 
Puasa akan berkata: 'Wahai Rabb, aku telah menahannya daripada makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya.' 
Al-Quran pula berkata: 'Aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya.'
Kemudian Baginda bersabda lagi: "Maka kedua-duanya diperkenankan memberi syafaat."

(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim)


Mudahan kita semua akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih bermanfaat di dunia dan merebut peluang ini untuk menambah amal taqwa yang diredhai Allah SWT sebagai bekalan di akhirat nanti...insyaAllah.

Alhamdulillah, cik 'P' umie kali ni berakhir semalam (hari terakhir bulan syaaban)..1 ramadhan hari ini umie berpuasa..umie benar berharap Ya Allah, andai Allah izinkan umie dapat berpuasa penuh bulan ramadhan kali ini dan umie hamil..Ya Allah Ya Tuhan, makbulkanlah...ameen...


InsyaAllah, umie & hby akan amalkan meminum susu kambing untuk bulan ni sebagai ikhtiar kami, berkatilah usaha kami ya Allah..ameen..



credit: google image

-ma'a salama

post signature

6 comments:

  1. salam..sama lah saya..cd 8..tp masih ada sikit2 browninsh lg...harap2 esok dh bersih...boleh lah puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anis, sama lah kita nampaknya kan..didoakan mudah2an esok anis dh boleh mula berpuasa la yer, insyaAllah :-)

      Delete
  2. Salam umie.. Selamat Berpuasa.. In Shaa Allah apa yg dihajati dimakbulkan Allah, teruskan usaha dan doa..sy sentiasa doakan yg terbaik buat rakan2 TTC saya..
    Salam syg buat umie :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen3x..terima kasih intan..slm syg buat intan juga :-)..jg diri intan n kandungan yer..mudahan segalanya dipermudahkan-Nya..

      Delete
  3. selamat berpuasa umie :) mudah2an doa kita dimakbulkan dlm bulan mulia ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen..mudahan ya Allah makbulkanlah doa kita kan cherry..mana tahu rezeki antara kita ada yg 'lekat' pula bulan ni kan..beruntungnya kn..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...