Friday 21 June 2013

6 ..Cerita si semut..

Assalamualaikum wbt.,

Teringin umie untuk berkongsi cerita mengenai 'si semut' tu hari ni, mungkin sebab kejadian yang umie lihat ni agak menarik dan umie ni juga seorang yang suka mengkaji..tak pasti kalau kawan-kawan juga pernah terlihat atau perhatikan perkara yang sama macam yg pernah umie perhatikan ni..so, sekadar suka2 nak berkongsi cerita di sini saja sebenarnya.

Peristiwa ni berlaku kira baru-baru ni juga...suatu petang tu umie balik ke rumah..sesampai je di depan pintu rumah tu terkejut umie tengok..tersangatlah banyaknya semut-semut hitam (spesis yang tak mengigit tu) melata-lata di depan pintu masuk (ruang di antara grill dan pintu), naik turun tepi dinding tu berduyun-duyun..Subhanallah, sungguh banyaknya tak terkata la..keadaan yang boleh digambarkan adalah seperti sedang berlakunya suatu pesta semut yang sangat huru hara dan penuh meriah nampaknya..hehe...yang peliknya dalam keadaan huru hara tu umie tengok betapa banyak semut sedang berlegar tanpa arah tujuan dan banyak pula kelompok2 semut yg sedang berkumpul antara satu sama lain..kelompok2 ini sedang berkerumun akan sesuatu nampaknya..namun bila diperhatikan betul2 rupanya mereka ni bukan berkerumun disebabkan berebutkan makanan seperti yg selalu kita nampak..ermm..

hari sebelumnya tu kebetulan umie tercari2 tentang hukum membunuh semut ni..hakikatnya, semut ni adalah salah satu binatang yang dimuliakan dalam islam sebenarnya sehinggakan nama binatang ini tercatat sebagai satu surah di dalam Al-Quran (surah Al-Naml), sedang binatang lain (selain lebah dan labah2) tidak pula tercatat kisah / surah khusus seperti binatang semut, lebah dan labah2 ni...pasti punya alasan tersendiri dan kehendak Allah supaya kita selalu berfikir dan merenung setiap kejadian itu pasti ada pengajaran tersembunyi. Sinonimnya, semut selalu dijadikan binatang contoh yang sangat berdisiplin tinggi, patuh, bekerjasama, kreatif, rajin, saling membantu, etc..dan perasan tak seekor semut apabila bertemu seekor semut lain seakan bersentuhan antara satu sama lain sehinggakan seolah-olah mereka kenal antara satu dengan yg lain walau dalam sebuah kumpulan semut yang berpuluhan ribu pada satu2 masa tu..itulah keunikan semut kan!



berbalik kepada cerita si semut yang melata tu..

ermm...umie cuba perhatikan betul2 apa yang setiap kelompok semut ni sedang lakukan..hehe..makin lama diperhati boleh pula tetiba umie terasa yg macam umie ni sedang berada di suatu perkampungan semut..seolah-olah kita berada di satu pasar tani or whatsoever yg terdapat banyak orang sedang bekerumun untuk membeli sesuatu..uish..but pls don't get me wrong ya..hehe..rupa-rupanya semut2 ni berkerumun sebab mereka sedang bergaduh sesama sendiri la..aikkk..sesama spesis semut pun boleh bergaduh ke..dan pergaduhan mereka ni bukanlah 1 vs 1..lebih kurang 3-5 ekor semut sedang bergaduh sesama sendiri...so banyak la kelompok semut sedang bergaduh dan ada kelompok semut yang dah mati dah pun...umie cuba pisahkan semut2 ni dari bergaduh (tolak pakai jari la kan) tapi diorang tetap nak bergaduh juga..hehe lawak la..gaduh2 sampai byk yg mati..so baru umie tahu yg rupanya mereka ni sedang bertarung di 'medan perang' semut hakikatnya..aduhh..

so, kawan2 pernah ke tengok semut2 ni bergaduh?(soalan cepu emas ni..hehe)
ke umie je yang baru tahu yg antara semut juga boleh bergaduh..ermm..umie pernah juga terbaca kalau tak sama spesis mereka boleh bergaduh sesama..tapi yg ini sama spesis pula..

hehehe sekadar nak berkongsi pengalaman lihat 'peperangan semut' ni..menarik juga kan alam semut ni! especially bagi umie la :-) ..very interesting!

tk cre ye semua..

-ma'a salama

post signature

6 comments:

  1. Wah... X pernah lak tgk semut gaduh... Umie, nk tanya... Apa hukum bunuh semut eh? (malas nk carik sendiri...kuikuikui...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..itu la nina..baru pertama kali tengok semut gaduh beramai2 ni..sabar je la kan..sebenarnya terdapat byk perselisihan pendapat ulama'..tp yg pastinya dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas R.A berkata: "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang iaitu semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad". Melalui laman web JAKIM juga ada menyatakan hadith mengenai larangan membakar semut kerana semut-semut sentiasa bertasbih kepada Allah SWT...pasti ada sebab dan hikmah Nabi SAW melarang, jadi sebaiknya kita hindari dari membunuh binatang yg mulia ni la yer :-) ..wallahua'lam

      Delete
  2. comelnye...semut bergaduh ye..selalu sgt tgk semut tp tak perhatikan pun, cuma selalu perasan yg dia akan 'salam' sesame sendiri klau jumpa..hehe..
    oo..larangan membunuh semut ye, huhu..rumah sy byk semut, berdosanya sbb bunuh semut :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu intan, apa agaknya kan dia buat bila selisih sesama sendiri tu kan..teringat kisah mukjizat Nabi Sulaiman A.S yang pernah terdengar perbualan para semut supaya menyembunyikan diri kerana takut terpijak oleh Nabi.. :-)

      Delete
  3. mmg x pernah tgk semut sama jenis bergaduh sesama mereka. menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu shazrina..ingatkan umie je yg x pernah tgk..hehe..menarik kan ciptaan-Nya :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...