Monday, 10 June 2013

6 ~ Ahlan wasahlan ya Syaaban..

Assalamualaikum wbt.,

Bismillah walhamdulillah

Sedar tak sedar atas izin-Nya, kita telah bertemu bulan yang mulia Syaaban 1434H..di mana bulan Syaaban adalah bulan kedua selepas bulan Rejab yang penuh dengan keberkatan..juga terdapat di dalamnya satu malam yang sangat dinanti-nantikan oleh umat islam di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan amalan yang baru...iaitu dikenali dengan malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban).


Disini, umie kongsikan sedikit kelebihan dan keistimewaan di bulan Syaaban, ringkasan amalan-amalan dan puasa sunat yang boleh dilakukan di dalam bulan yang mulia lagi berkat ini...insyaAllah, sama-samalah kita sedaya upaya cuba untuk mengamalkannya...


Amalan yang digalakkan dan diperbanyakkan pada bulan Syaaban adalah: 
  • Berpuasa sunat
  • Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
  • Perbanyakkan amalan takwa.
  • Solat lima waktu secara berjemaah
  • Banyakkan solat sunat terutama solat malam (qiyamullail)
  • Melakukan amal kebajikan
  • Memohon keampunan ibu bapa
  • Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa
  • Bersedekah kepada golongan yang memerlukan
  • Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan
  • Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka
  • Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir

Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban. Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: “Bahawa Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.”  (Riwayat Ahmad)

Berpuasa dalam bulan Syaaban selain menjadi persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan, ia juga mempunyai kelebihan, antaranya:

1.   Berpuasa sehari
  • Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
  • Dimasukkan ke syurga.
  • Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
  • Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s dan Nabi Daud a.s.

2.   Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
  • Mendapat pahala 70 orang nabi,
  • Seperti orang beribadah 70 tahun.
  • Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.

3.   Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa. 
  • Diampunkan oleh Allah.
  • Diberkatikan rezeki.
  • Allah SWT membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.

4.   Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
  • Dosa yang telah lalu diampunkan Allah.
  • Akan dimasukkan ke dalam syurga. 

5.   Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
  • Diampunkan dosa oleh Allah SWT 

6.   Berpuasa sebulan.
  • Dimudahkan Allah akan saat mati,
  • Terlepas dari kegelapan alam kubur,
  • Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
  • Allah menutupkan aib di hari kiamat,
  • Diwajibkan masuk ke syurga. 

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas dalam mencari keredaan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman,“Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana, adakah di sana? sehingga terbit fajar.”(Riwayat ibn Majah)

Wallahua'lam

sumber petikan: laman web JAKIM, JAIS dan shafiqolbu wordpress


sesungguhnya segala apa yang tertulis ini juga adalah untuk ingatan diri ini...
semoga kita dapat memanfaatkannya bersama di dalam mencari keredhaan Ilahi...


ihsan: google image - Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarrah


-ma'a salama

post signature

6 comments:

  1. Selamat menyambut sya'ban...dah semakin dekat dengan ramadhan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa baru lagi kita menyambut ramadhan 1433H kan..semakin cepat masa berlalu pergi nampaknya..x sbr menunggu ramadhan yg mulia akn tiba, insyaAllah :-)

      Delete
  2. thanks for sharing ummi,moga di bln syaaban ni kita semua lbih bisa tuk memperbanyakkan amal ibadat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mama, mudahan kita dpt perbanyakkan amalan mulia di bln Syabaan dan ramadhan nanti dan diterima Allah SWT hendaknya..ameen..

      Delete
  3. jazakillahu khair umie for sharing...semoga kita disampaikan ke bulan syaaban dan ramdhan..aamiin..selamat menambah amal ibadah umie n smua ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa iyyakum lisa..insyaAllah, mudahan kita diizinkan dan semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya di bulan yg mulia ni..ameen.. :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...