Friday, 31 May 2013

4 Salam Jumaat: Jangan sampai putus asa dan kecewa

Bismillahirrahmanirrahim...

buat renungan diri ini...




Adakalanya jiwa ini mengeluh
kerana ujian yang menimpa
padahal ada jalan keluarnya semudah membuka ikatan

Sesungguhnya aku benar-benar berharap kepada Allah 
mudah-mudahan Allah menyembuhkan
segala rasa yang menyakitkan
sesungguhnya Dia Maha Pemurah kepada makhluk-Nya
dan pasti akan memberikan kurniaNya


Bila tiba di waktu pagi, maka ingatlah bahawa di setiap pagi itu..
  • telah menyapa beribu-ribu orang yang tidak beruntung, sementara kita sedang berada dalam kenikmatan
  • telah menyapa beribu-ribu orang yang kelaparan, sementara kita pula dalam kekenyangan
  • telah menyapa beribu-ribu orang yang tertawan, sementara kita bebas dan merdeka
  • telah menyapa beribu-ribu orang yang tertimpa musibah, bencana dan kecelakaan, sementara kita selamat dan sedang berbahagia..

entah berapa banyak air mata yang sedang berlinangan di pipi mereka..


tidak terkira berapa banyak derita di hati insan yang sering sahaja diuji..


sementara kita masih mampu lagi tersenyum dan merasa nikmat-Nya yang ada di sekeliling.. maka bersyukurlah!




I
nilah kalimah agung yang di dalamnya terdapat rahsia kebahagiaan dan ketenangan. 

Perbanyakkan membacanya dan usirlah dengannya dalam diri kita segala kesusahan, kesedihan dan kedukaan. Nescaya kita akan beroleh kegembiraan dari Allah dan menemui kemudahan yang dekat waktunya. 


Jangan sesekali kita berputus asa atau membiarkan kekecewaan menghimpit diri ini kerana sesungguhnya tiada satu pun kesempitan melainkan sesudahnya ada kemudahan.


Itulah ketentuan yang pasti berlaku dan peraturan yang telah ditetapkan. Maka, marilah kita berbaik sangka selalu kepada Allah, bertaqwalah kepadaNya, memohon kepadaNya dan nantikanlah jalan keluar dariNya.



- Wallahua'lam -


sebahagian petikan dari buku: 
"Jangan Bersedih-Jadilah wanita yang paling bahagia"

-ma'a salama

post signature

4 comments:

  1. peringatan yang sangat baik untuk diri I juga..good post sis!

    ReplyDelete
  2. Tq for the entry umie, penyejuk jiwa :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye..moga2 hati kita sentiasa tenang bila mengingatinya kan :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...