Wednesday 27 February 2013

4 Hikmah yang tersembunyi..

Bismillahirrahmanirrahim,

Pastinya semua orang mengakui bahawa bila terjadinya sesuatu itu samaada baik atau buruk perkara itu pastinya bersebab dan pasti punya hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku itu.

Itulah juga kata-kata pemujuk hati tatkala tiada jawapan ditemui kepada sesuatu persoalan yang bermain di fikiran.."mengapakah ini semua berlaku?" "mengapakah diri ini yang dipilih oleh-Mu?" sedangkan insan lain tidak pula diuji seperti ku, "dimanakah silapnya?"..entah, tak tahu..ku masih lagi tercari-cari jawapan itu..pedih rasanya bila tidak temui jawapan itu...di situlah mungkin peranan sabar...kekuatan iman di hati..kepercayaan yang satu..balikkan kembali segalanya pada-Mu.

Berita yang umie terima pagi ini benar-benar buat umie terfikir panjang..merenung kembali betapa tersiratnya maksud 'hikmah yang tersembunyi' itu..sebanyak mana pun ikhtiar kita, usaha yang setinggi gunung sekalipun, namun jika Allah tidak mengizinkan, nescaya tetap tidak akan berlaku...bersabarlah atas kehendak-Nya...Allah Maha Mengetahui..mudahan terlihat jua hikmahnya suatu hari nanti..

Namun sebaliknya, jika Allah tidak berkehendak menguji kita dengan perkara itu, pastinya perkara itu akan dipermudahkan buat kita..sungguh mudah, bersyukurlah wahai diri..

Dan yang pastinya setiap insan tidak terlepas dari diuji...mungkin bukan ujian yang itu tapi ujian yang ini...ujian yang berbeza-beza mengikut kemampuan dan tahap keimanan hamba-Nya..sama-sama lah kita bersangka baik dan sabar menghadapi setiap ujian..

sungguh hanya pada Allah umie berserah atas segala kehendak-Nya...Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedang kita sendiri tidak tahu apa-apa yang terbaik buat kehidupan kita di dunia dan akhirat kelak..benarlah Allah Maha Mengetahui akan tiap sesuatu itu..

"Dengan bertambahnya ujian kepada mereka, bukan bererti Allah SWT sengaja membebankan dan menjadikan mereka lemah dengan ujian itu tetapi ia adalah batu aras menentukan siapa yang benar-benar beriman dan siapa tidak."

 ***
Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? 
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Surah Al-Ankabut, ayat 2-3) 

***
Hasbunallah Wa ni'mal Wakil

Wallahua'lam

-Ma'a salama

4 comments:

  1. terima kasih atas entry yang sarat dengan pengisian ini umie. Smg Allah permudahkan usaha kita...Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama lah kita dipermudahkan segalanya ye sweet..ameen..

      Delete
  2. Setiap ujian dan musibah pasti ada hikmah disebaliknya...moga kekuatan dan kesabarn sntiasa mengiringi lngkah kita ya...amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu mama..moga2 Allah sentiasa memberi kekuatan buat kita menghadapi setiap ujian yang diturunkan buat kita di dunia ni kan...ameen..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...