Tuesday, 19 February 2013

4 TTC: masih berusaha lagi..

Assalamualaikum,

Tiada apa-apa berita terkini..

cuma petang tadi umie ada hubungi LPPKN KL..sejak akhir-akhir ni membelenggu di fikiran ni untuk teruskan kembali ikhtiar IUI ni..teringin untuk mencuba memandangkan selepas dah jalani pembedahan laparotomy haritu, teringin juga nak buat HSG balik nak tengok samaada tiub yang dulunya sebelah kanan sedikit tersumbat tu dah OK ke selepas laparotomy tu...terfikir-fikir....Alhamdulillah selepas laparotomy tu ada banyak juga perubahan, cycle period dah kembali normal..dan tiap kali dtg period juga dah tak rasa sengugut yang sakit sgt lagi macam dulu...kali terakhir umie buat IUI tahun 2009..2 kali tapi bukan rezeki kami waktu tu...dah lebih 3 tahun nampaknya..pihak LPPKN kata memandangkan last treatment umie dah lebih 2 tahun jadinya perlu jalani prosedur seperti biasa balik..set appointment datang LPPKN dalam masa lima hari waktu period..ambil darah untuk check hormon..buat HSG tengok tiub...datang LPPKN balik untuk further consultation dan treatment...next cycle kalau semua nampak OK dengan telur yang membesar dan matang, then baru boleh proceed dengan IUI..

Sememangnya waktu terdekat ni memang jelas bukan rezeki kami untuk buat IUI ni sebab waktu period umie bulan ni jatuh betul-betul masa cuti hari raya cina haritu,CD1 9hb Feb...sepanjang cuti tu pula pejabat LPPKN tutup dan appointment pun tak dapatlah nak dibuat..tadi call LPPKN pun katanya umie hanya boleh set appointment untuk next cycle (bulan hadapan) sebab bulan ni dah terlepas waktu yang sesuai...benar..bukan rezeki ikhtiar di LPPKN lagi nampaknya..diizinkan tuhan bulan depan kita tengok macammana..mudahan tiada aral melintang untuk mencuba jika masih belum dikurniakan berita gembira lagi, sungguh DIA tahu apa yang terbaik, umie berserah jika itu kehendakNya..bulan ni umie akan cuba ikhtiar dengan minum olive oil, pati delima, susu kambing+jus kurma, insyaAllah..apapun ikhtiar kita kecil atau besar mudahan Allah berkati..


semoga urusan umie dan sahabat2 TTC semua dipermudahkan oleh-Nya...ameen.


~hasbunallah wa ni'mal wakil~


-Ma'a salama

4 comments:

  1. Sabar ye Umie, Allah swt mendengar akan rintihan hamba nya. disertai dengan usaha, insyaallah berjaya walau belum tahu bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ye yana..insyaAllah, semoga Allah mempermudahkan segalanya..mmg benar kata2 yana..Allah Maha Mendengar, pastinya punya hikmah di sebalik setiap ujian kan..

      Delete
  2. Umie, smg dipermudahkn urusan ttc buat umie juga....terima kasih doakn kawan ni :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...