Thursday, 14 February 2013

2 Kisah sebiji tembikai..

Bismillahirrahmanirrahim..


*****

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq Al-Balkhi kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?

"Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. 

Kemudian Syaqiq Al-Balkhi teruskan lagi kata-katanya: " Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.

"Maka menangislah isteri Syaqiq Al-Balkhi. Lalu dia pun bertaubat dan redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
***

Sekadar renungan bersama...moga dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua (hamba) yang sentiasa diuji..
 
Wallahua'lam.


-Ma'a salama

2 comments:

  1. hmmm...tu la...kadang bila hujan selalu mengeluh... kena muhasabah diri balik nih...thanks for sharing umie :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyer..kadang2 kita mungkin tak sedar kan sweet..yang kita marah2 itu, yang kita memberontak dan mempersoalkan itu sebenarnya kita mempersoalkan kehendak Allah sebenarnya..sama2 kita saling memperingati k.. :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...