Bismillahirrahmanirrahim...
Petang tadi sewaktu memandu pulang ke rumah dari pejabat, Alhamdulillah umi sempat mendengar slot Mukmin Profesional selama 1 jam bersama Ustaz Pahrol di Radio kegemaran IKIM FM. Topik 'UJIAN' kali ni bagi umi sangat menarik, pengisiannya sungguh mendalam dan sebenarnya kesempatan mendengar kali ini umi dapat rasakan seolah-olah teguran Allah kepada umi agar sentiasa beringat untuk kembali segera kepada Allah dan bermuhasabah diri dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup ini...mungkin umi dah sedikit lalai sejak akhir-akhir ni..
Umi setuju dengan kata-kata ustaz bahawa hidup ini adalah medan untuk diuji..tiada kebahagiaan dan kesenangan yang hakiki di dunia ini..benar..seperti yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran:
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.” (Al-Ankabut:2)
Umi ingin sekali berkongsi beberapa petikan kata-kata ustaz untuk renungan dan muhasabah diri ini. Antara yang terkesan di hati..
----
Allah tidak berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.. dan Allah tidak akan sesekali menguji kita lebih dari kesanggupan kita menghadapi ujian itu..
dan sebenarnya, rasa tidak mampu menghadapi ujian itu ialah sebenarnya kita mampu untuk menghadapinya..cuma tatkala Allah menguji kita itu kerana mahu mendidik kita untuk mengeluarkan segala potesi diri yg ada dlm diri kita ke tahap maksimum..ianya diumpamakan seperti tali getah yang diregangkan..semakin ditarik dan diregangkan begitu jua semakin sakitnya apabila kita terus diuji..di situlah akal kita akan berfikir di tahap maksimum..dan membentuk sifat sabar mendidik jiwa..
Begitulah cara Allah mendidik kita..ujian yang diturunkan adalah didikan langsung dari Allah s.w.t kepada hamba-Nya...malah lebih hebat dari didikan seorang ibu kepada anak dan juga seorang guru kepada anak muridnya..sesungguhnya Allah datangkan ujian supaya kita menjadi insan yang lebih berjaya di dunia mahupun akhirat.
Ujian yang diturunkan juga adalah cara Allah s.w.t menghapuskan kafarah dosa-dosa kita di dunia. Namun, kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa dekatkan diri, bermohon dan mengadu kepada-Nya melalui mendirikan solat.
Biarlah diri kita diuji di dunia dan mudah-mudahan Allah telah hapuskan dosa-dosa kita di dunia ini lagi..ayuh terimalah kesusahan yang sedikit di dunia jika dibandingkan dengan kesenangan dan kebahagiaan yg hakiki di akhirat kelak..
dan sebenarnya apabila kita lihat Allah menguji orang-orang yg sedang berusaha melakukan kebaikan adalah kerana Allah ingin mengurniakan pahala dan menaikkan darjat hamba-Nya itu di sisi-Nya..Allah Maha Mengetahui.
Percayalah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...
------
Muhasabah bagi diri ini yang sering lalai..
Ingatlah bahawa dirimu hanyalah hamba Allah. Dan apabila dirimu diuji itu tandanya Allah sedang 'memandang' kepadamu. Sesungguhnya beruntunglah pada insan-insan yang sentiasa diuji oleh Allah s.w.t itu. Mereka yang juga tidak pernah berputus asa mengharapkan rahmat Allah untuk kehidupannya di dunia dan akhirat yang kekal abadi..
Tatkala dirimu diuji, rafaklah rimbunan kesyukuran kepadaNya. Ikhlaskanlah hati, redha dan hadapi dengan penuh kesabaran. Moga kebaikan dunia dan akhirat itu menjadi milikmu. Moga kesulitan itu berganti dengan kemudahan. Moga kegusaran itu bertukar dengan ketenangan. Kenalilah Penciptamu yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia Maha Agung dari segala-galanya.