Tuesday, 25 September 2012

0 Semuanya Tanggungjawab

Bismillahirrahmanirrahim..


Entah ye sewaktu bawa kereta nak pergi ke ofis pagi ni..pandangan umi terasa kosong jer..fikiran tetiba melayang terfikir 2-3 hari ni sangat lah tidak mengujakan hati..terfikir bestnya kalau dapat bekerja dari rumah atau jadi suri rumah sepenuh masa..tak perlu lah hari2 keluar pergi kerja, balik kerja, esok tu kerja lagi..kerja dan kerja...kena tempuhi traffic jam yg sangat sesak di KL..memikir hal-hal pejabat...tapi hakikatnya bekerja di ofis itu tanggungjawab.. menjadi suri rumah itu juga besar tanggungjawabnya...

..itulah dunia..dunia adalah tempat untuk diuji..kesenangan itu ujian, kesusahan juga ujian..sesiapa pun takkan lepas dari diuji..setiap orang punya tanggungjawab..di akhirat nanti pasti akan ditanya satu per satu amanah dan tanggungjawab yang dipikul..

Seperti kebiasaan umi sampai di opis pagi ni terus aje check emel...

..dan antara banyak2 emel yang umi terima, umi tertarik dengan satu emel dari pihak Intergovernmental Oceanographic Commission, IOC-UNESCO kepada umi. Setelah dibaca rupanya umi dijemput menghadiri satu mesyuarat di....whattt??...Santiago, Chile, South America???mesyuarat pula akan dibuat di...

huhh?? Catholic University of Chile??aduhhh...

Ya Allah kalau jadi pergi ni..ini kira first time la umi akan pergi ke negara2 sebelah barat..rasa kurang yakin pun ada juga sebab umi tak pernah sampai negara Amerika Selatan ni..kalau sebelum2 ni umi selalu pergi hadiri mesyuarat di negara2 Asia Tenggara ataupun Jepun seorang diri tapi memang umi sangat confident berada among these Japanese people. They are quite humble dan sangat berdisiplin tinggi.. Alangkah bagus kalau mereka ni islam kan..

back to the story nk pergi ke America nanti nie...umi cuma terfikir...macammana agaknya persepsi diorang dgn islam & muslim? umi akan pergi seorang diri..umi ni muslimah bertudung..juga particular bab halal foods and so on...harap2 mereka dapat terima umi as one of the team members. 

umi ambil ini sebagai suatu cabaran dan tanggungjawab demi negara, agama dan bangsa ..jika inilah  kehendak Allah, pasti Allah jua akan permudahkan urusan umi...walaubagaimanapun, umi tetap bersyukur, Alhamdulillah dan rasa bertuah sangat sebab bila tengok balik Member Countries yang dijemput hadir mesyuarat ni wakil Asia Tenggara cuma Malaysia (umi) dan China saja. Negara lain dari Amerika, Ecuador, Kanada dan Kolombia aje.

Terima kasih pada jabatan kerana meletakkan kepercayaan pada umi dengan mencalonkan nama umi di peringkat antarabangsa bagi mewakili Malaysia..tapi yang pastinya umi tahu Allah yang mengerakkan hati mereka semua..Allah yang merancang ini semua untuk umi..Allah Maha Merancang dan Maha Mengetahui...

Terima kasih Ya Allah! umi hanya mampu berserah dan bermohon padaMu..permudahkanlah setiap urusan hambaMu ini..ameen..







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...