Assalamualaikum wbt.,
Dikongsikan artikel ini untuk rakan-rakan yang mungkin tertanya mengapa haid kita datang lambat bulan ni ye? Ada beberapa faktor yang memungkinkan period kita jadi tak teratur dari yang sepatutnya seperti sebelum2 ni..so, what are the causes agaknya kan? let's find out.. -__-
***
Risau sebab haid tidak datang? Kecuali
anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan
kepala kebanyakkan wanita.
Kehamilan
adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat
tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang.
Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda
dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan
mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya
memberhentikan haid kita.
Sakit secara tiba-tiba seperti demam
panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan
intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya
menganggu kedatangan haid kita.
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau
menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan.
Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
- Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan
seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya.
Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau
pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda
mengalami masalah hyperprolatinemia.
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin
merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah
sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon
kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon
estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid.
Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar
kitaran haid anda kembali seperti biasa.
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi
haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman
seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang
sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati
dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35
hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari
pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin
sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya
bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian
darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk
menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah
dipangkal rahim.
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti
depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat
datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi
seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!...
congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
Apa yang anda perlu buat sekarang?
Sekiranya
anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk
memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau
sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan
semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil.
Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah
sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari
punca sebenar mengapa haid anda lewat.
sumber: masalahwanita2u.blogspot.com
-Ma'a salama
Yg last tu la yg paling indah..Amin untuk kita semua
ReplyDeletebetul la tu nuriz :-)..alangkah indahnya kan..ameen.
Deleteheeemmm.....law mama, mungkin disebabkan hormon tak stabil kot....
ReplyDeletemama, masih belum datang lg ye?hari ni dh CD44 kan...
Deleteheemm....nmpaknya hari dah msuk cd46 pun dia msih tak dtg.... :(
Delete