Pagi tadi sementara sedang bersiap2 untuk ke ofis..umie sempat mendengar sekejap ceramah "Cinta Ilmu: Fiqh Akidah & Pandangan Alam" di TV Al-Hijrah. Umie tertarik bila dengar ustaz bercerita mengenai kisah Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis suatu ketika dahulu mempersoalkan tentang kewujudan Allah SWT..jadi umie ingin kongsikan kisah tersebut untuk tatapan kita bersama..kawan2, sudilah mengambil sedikit masa untuk kita jadikan renungan ye..insyaAllah, mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk kita semua.
***
Nukilan
di sini dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak
mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan,
sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh
membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah?
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.
Dahri
cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang
berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk
berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri
tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama
Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Akhirnya
wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang
ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.
Khalifah
memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan
ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari
sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.
“Maha
suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada
daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha
tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat
menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung.
Dia beristighfar terus.
Keesokannya,
pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat
dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang
ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang
gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.
Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.
Membantu guru
Beliau
juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka
berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek
di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan
Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri
mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari
atas pentas.
“Hai
Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti
menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan
menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya
memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.
“Siapa
kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku…Sedangkan ulama
yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…!”
Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
“Wahai
Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan
kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi
Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan
bertakwa”.
Abu
Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah
meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat.
(Al-Mujadalah: 11)
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.
“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.
“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.
“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.
“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.
“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.
“Ah,
itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri.
Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…,” Abu Hanifah berhujah.
“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!,” sahut Dahri.
“Tetapi
adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah,
diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri
seketika.
Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…?”
Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”
Abu
Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada…? Di
bahagian atasnya atau di bawahkah…?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak
mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.
“Untuk
mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam
susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di
manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta
dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini,
pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir
kerajaan-Nya Yang Maha Agung…!”
“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…” soal Dahri lagi.
“Wahai
Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada
sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali.
Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi
padat.
“Pelik
sungguh! Mana mungkin begitu….Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan
mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya….?,”
Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan
tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu
sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau
nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke
langit.
Tidak terfikir
Beberapa
hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada
lagikah jari yang selepasnya…” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak
terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”
“Jadi…!
Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir,
apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang
mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”
Sekali
lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk
mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai.
Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya.
Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu
ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.
“Ini
soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri
mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah
memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.
“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
“Ini
soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang
tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi
Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan
turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu
Hanifah:
“Wahai
sekalian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah
menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar,
diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang
hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar
Masjid Jamek ini… !”
Bagai
halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring
dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka
memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah
Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.
Firman
Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan
yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama
Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana
sahaja kamu berada.
Wallahua'lam
sumber: akucintakanislam.blogspot.com
Ihsan: google image - "Ombak tsunami 2004 berbentuk kalimat ALLAH SWT" |
-Ma'a salama
Assalamu'alaikum. Love reading ur post. Jazakillah. I can tell u r a good person, InsyaAllah. I know it must be hard for everything u went through, and I hope u can be strong & never lose hope. Here's a short story for me to share with u. InsyaAllah.
ReplyDeletehttp://akuislam.com/blog/renungan/zuriat-damai-di-hati-hadya/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+akuislam+(Blog+Aku+ISLAM)
Wa'alaikumusalam, wa antum fa jazakumullahu khayran. thank you Kurnia Amatullah. I've read ur story and i'm so touched with it (and has inspired me also). I pray to Allah SWT, keep us strong n always help us to get through this (dunia hanyalah medan ujian, ibarat tempat transit yang hanya sementara shj kan). thanks again ya for dropping by to encourage me. Barakallahu Lakuma. InsyaAllah.
Delete