Sayidina Ali r.a pernah berkata "Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)."
Ramai manusia yang hidup dengan mata hati tertutup, dan apabila mati baru mata hati itu terbuka. Seseorang akan sedar apabila mata hatinya terbuka. Dia dapat melihat sesuatu bukan hanya dengan pandangan mata kasar (mata pacaindera) malah disertai dengan pandangan mata hati (di dalam dada).
Pandangan mata hati ini adalah pandangan yang paling tepat dan benar kerana ia mampu melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, dapat menerobos yang batin daripada yang lahir dan mampu membezakan antara yang hakiki dengan yang ilusi. Terkandung segala hikmah yang tak tercapai dek akal manusia.
Empat pandangan manusia di dunia:
(1) Pandangan mata kasar
(2) Pandangan akal
(3) Pandangan nafsu
(4) Pandangan mata hati
Sekiranya hati manusia itu bersih dan suci, apa sahaja yang dilihat akan memberikan kebaikan dan hikmah buatnya.
Wallahua'lam
******
-Ma'a salama
No comments:
Post a Comment