Our Journey of Love ... Our TTC Stories... kisah perjalanan hidup seorang hamba Allah..
Tuesday, 29 January 2013
12 Entri Khas: Sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan ke-7 kita...
Dengan lafaz Bismillah
ku susun ayat pembuka bicara
ku tujukan buatmu kekasihku
yang bertakhta di hati ini..
Wahai suamiku,
Senyummu adalah kebahagiaanku..
Ceriamu adalah dambaku..
Gelisahmu merupakan kebimbanganku..
Air matamu lambang kesedihanku..
Dikau pelipur lara dukaku..
Dikau mengiringi suka gembiraku..
Dikau jua penyeri hidupku..
Izinkanlah aku untuk terus berada di sampingmu
tetap jua terus bertakhta di hatimu
Menjadi penghiburmu tatkala sedih
Menjadi penglipur laramu di kala sunyi
redhamu amatlah ku perlukan
moga bahtera indah yang dibina beroleh keberkatan dan keredhaan-Nya selalu..
Abang,
Terima kasih pada setiap curahan kasih sayangmu..
Terima kasih jua di atas segala pengorbananmu padaku...
semoga Allah merestui hubungan kasih sayang ini..
Dunia dan Akhirat selamanya..will always love u...kerana Ilahi.
ameen..
"Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-7....."
- Isterimu
-Ma'a salama
0 Work vs Minimoon: Singapore here we come!
Assalamualaikum,
Warning: Ini backdated punya entry..
12 - 16 Jan 2009 umie hadiri satu workshop di Singapore. Alang-alang dah sampai Kota Singa ni umie apalagi minta en husb datang temankan umie di sini (kiranya menyelam sambil minum air..hehe..minimoon di Singapore la kami...hehe)..yang bestnya satu perkara..umie punya sakan ber'workshop' di hotel with the other international participants yg lain (mujur event venue di hotel yg sama umie tinggal)..boleh pula yg en husb ni lesap hilang dari bilik pagi2 lg...huhu...rupa2nya sakan pergi pusing2 satu Pulau Singa ni..aduii..sabar je la..bukan nak tunggu cik adik ni sekali kan..ok xpe janji dia bawa juga kemudian..kata minimoon kita..tak aci tau ;-)
So, tengok gambar je la ye..tp tak semua foto yg umie paparkan di sini...waktu ni Sentosa Island masih dalam fasa dinaiktaraf dan dibesarkan lg kawasannya.. dasyat jg pembangunan di sini..negara maju kan..boleh kata sikit lg setanding la dgn negara matahari terbit nanti ni..
..jalan-jalan hirup udara Kota Singa di waktu malam berdua.. ;-)
sempat juga kami melihat pertunjukan 'Song of the Sea' di Sentosa Island...so amazing!
kenangan indah tercipta di sini..insya-Allah ada kelapangan dan rezeki kami akan ke sini lg..
ma'a salama

Wednesday, 23 January 2013
3 Tidak ada yang sempurna...
Assalamualaikum,
Sekadar ingin berkongsi pandangan dari seorang ustaz yang muncul di TV baru-baru ini..ada betulnya juga kata-kata beliau bila direnungkan kembali..
Hakikatnya bila diteliti dan diperhatikan setiap ujian kehidupan manusia di muka bumi ni...setiapnya adalah berbeza-beza..dan tidak ada satu pun kehidupan yang sempurna, namun menuju ke arah kesempurnaan itu mungkin ada..sebagai contoh cuba kita lihat yang dikatakan tidak ada yang sempurna dalam kehidupan ini...
2) Orang yang berduit, bijak, ada suami/isteri = tapi = takde anak pula
3) Orang yang berduit, bijak, ada suami/isteri, ada anak = tapi =
= anak yang lahir OKU/cacat ....atau...
= anak2 selalu sakit ...atau ....
= anak2 degil/liar/kurang akhlak/bermasalah ..atau..
= masalah suami/isteri...masalah rumahtangga..macam2 lg masalah keluarga atau sebagainya..
4) Orang yang miskin, ada suami/isteri, ada ramai anak = tapi = diuji hidup susah, kurang harta benda
dan ada juga orang yang diuji lebih hebat dengan pelbagai ujian, semuanya berlaku atas kehendak Allah jua. Sesungguhnya, setiap ujian yang Allah turunkan pada hambaNya adalah mengikut kemampuan hamba-hambaNya.
Sebenarnya bagi mereka yang kita lihat tampak bahagia dasarnya, berduit dan punya kehidupan yang lengkap seakan sempurna namun pastinya di sebalik itu semua terselit ujian bagi mereka cuma tak terlihat/diketahui oleh orang lain..kerana ujian boleh jadi dari segi kesusahan atau kesenangan...pasti ada kurangnya di mana-mana..itulah ujian yang takkan terlepas oleh setiap insan yang hidup di dunia...seperti yang kita semua tahu..dunia adalah tempat untuk diuji (menanam)..di 'sana' nanti tempat untuk mendapatkan hasilnya (menuai)..beruntunglah bagi orang-orang yang bersabar..mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan lindungan-Nya...ameen..
ada orang kata lebih baik kita diuji susah dari senang..bila dalam keadaan susah kita akan sentiasa ingat dan merayu pada-Nya, namun bila diuji dengan kehidupan yang senang dan bahagia, takut-takut kita terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang dirasa..
ingatan untuk diri sendiri juga.
sama-sama lah kita renungkan..tidak ada namanya hidup yang kekal dan sempurna kan..
Wallahua'lam
-Ma'a salama
Sekadar ingin berkongsi pandangan dari seorang ustaz yang muncul di TV baru-baru ini..ada betulnya juga kata-kata beliau bila direnungkan kembali..
Hakikatnya bila diteliti dan diperhatikan setiap ujian kehidupan manusia di muka bumi ni...setiapnya adalah berbeza-beza..dan tidak ada satu pun kehidupan yang sempurna, namun menuju ke arah kesempurnaan itu mungkin ada..sebagai contoh cuba kita lihat yang dikatakan tidak ada yang sempurna dalam kehidupan ini...
***
1) Orang yang berduit (iaitu bekerja), ditambah pula bijak (pandai) = tapi = tak kahwin (masih juga tak bertemu jodoh sampai umur dah lanjut) - ini juga ujian2) Orang yang berduit, bijak, ada suami/isteri = tapi = takde anak pula
3) Orang yang berduit, bijak, ada suami/isteri, ada anak = tapi =
= anak yang lahir OKU/cacat ....atau...
= anak2 selalu sakit ...atau ....
= anak2 degil/liar/kurang akhlak/bermasalah ..atau..
= masalah suami/isteri...masalah rumahtangga..macam2 lg masalah keluarga atau sebagainya..
4) Orang yang miskin, ada suami/isteri, ada ramai anak = tapi = diuji hidup susah, kurang harta benda
dan ada juga orang yang diuji lebih hebat dengan pelbagai ujian, semuanya berlaku atas kehendak Allah jua. Sesungguhnya, setiap ujian yang Allah turunkan pada hambaNya adalah mengikut kemampuan hamba-hambaNya.
***
Sebenarnya bagi mereka yang kita lihat tampak bahagia dasarnya, berduit dan punya kehidupan yang lengkap seakan sempurna namun pastinya di sebalik itu semua terselit ujian bagi mereka cuma tak terlihat/diketahui oleh orang lain..kerana ujian boleh jadi dari segi kesusahan atau kesenangan...pasti ada kurangnya di mana-mana..itulah ujian yang takkan terlepas oleh setiap insan yang hidup di dunia...seperti yang kita semua tahu..dunia adalah tempat untuk diuji (menanam)..di 'sana' nanti tempat untuk mendapatkan hasilnya (menuai)..beruntunglah bagi orang-orang yang bersabar..mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan lindungan-Nya...ameen..
ada orang kata lebih baik kita diuji susah dari senang..bila dalam keadaan susah kita akan sentiasa ingat dan merayu pada-Nya, namun bila diuji dengan kehidupan yang senang dan bahagia, takut-takut kita terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang dirasa..
ingatan untuk diri sendiri juga.
sama-sama lah kita renungkan..tidak ada namanya hidup yang kekal dan sempurna kan..
Wallahua'lam
-Ma'a salama
Sunday, 20 January 2013
2 always be positive..
"When it rains, it pours..but soon..the sun shines again..."
~positive quote of the day~
**
Assalamualaikum,Rasanya dah lama tak update cerita...sebenarnya minggu lepas umi terseliuh kaki...bengkak sikit dan diberi MC 2 hari..musibah & ujian dari Allah..tapi apapun Alhamdulillah dapat cuti lama sket dok umh :-) ..sekarang dh pulih seperti sedia kala..bengkak pun dah surut..Alhamdulillah. (tqvm abg tolong sapukan minyak tiap2 malam yer)..punya hikmah tersembunyi ;-).
Ermm..pejam celik pejam celik beberapa hari lg ulangtahun perkahwinan kami ke-7..sungguh cepat masa berlalu sekarang...ini bermakna tahun 2013 ni perlu lebih bekerja keras nampaknya..ceyy ...bukannya apa..banyak betul niat dan azam dipasang dan yang nak sangat dicapai tahun ni..antaranya nak turunkan berat badan 12 kilo (hehe..byk tu), dikurniakan zuriat soleh/solehah (ameen..), dapat simpan duit lebih sket tahun ni (ni ye ye jer tapi sungguh2 ni), pergi umrah ziarah dgn hubby, mak & abah lg (mudah-mudahan tercapai)..jd insan yg lebih bermanfaat utk org lain dan byk lg lar sebenarnya...
Apapun, pada kawan2 yang dah punya berita baik dan berjaya hamil baru2 ni..TAHNIAH diucapkan :-) ...rezeki dan masa terbaik kalian telah tiba, semoga diberi kelancaran sepanjang kehamilan...pada kawan-kawan di luar sana yang masih berusaha seperti umi juga..sama-sama kita teruskan usaha k!..marilah kita betulkan niat..moga2 tahun 2013 ni akan ada berita baik buat kita semua, dimurahkan rezeki sentiasa, dikurniakan kesihatan yang baik, keberkatan dan kebahagiaan, insyaAllah..ameen 2x...ceria-ceriakan diri kita semua n always think positive ya! nasihat buat diri sendiri juga nie ;-)
hi..remember to be yourself and always be positive... :-) |
jumpa lg n tk cre semua!
p/s: Alhamdulillah, gembiranye...dlm masa 2 minggu dah dapat turun 2 kilo lar..harap2 tak putus semangat tetiba.. :-)
-Ma'a salama
Thursday, 10 January 2013
5 Tak percaya vs Percaya..
Assalamualaikum,
Kadangkala aku masih tak percaya..
*** Tak percaya vs. Percaya ***
Kadangkala aku masih tak percaya..
aku tak percaya, yang aku sedang melalui suatu titian ujian..
yang tak pernah sesekali terlintas dan terfikir akan diuji sebegitu..
mengapa mesti aku yang diuji..
aku juga tak percaya bagaimana aku mampu..
mampu untuk bertahan sampai ke hari ini mengharungi ujian itu..
namun aku juga tetap selalu percaya...
yang Dia tidak pernah jemu mendengar rintihan hatiku..
Dia yang sentiasa membantuku mengharungi ujian itu
dan Dia sangat sayang padaku..
aku juga percaya, Dia telah rancang sesuatu yang terbaik buatku..
aku percaya, apa yang berlaku adalah demi kebaikan buat diriku dan dirinya..
aku cuba untuk 'redha'..
jika dengan ujian itu dapat mendekatkan diriku dengan Dia..
jika dengan ujian itu juga dapat menghapuskan kifarah dosa-dosa yang lalu..
sungguh, aku bersyukur dengan ujian itu..
namun ringankanlah ianya buatku dan dirinya..
suatu hari kan tiba jua saat itu..
aku masih percaya.
-Ma'a salama
Tuesday, 8 January 2013
2 TTC: Minum susu kambing & azam baru..
Assalamualaikum,
Minggu lepas umi telah bercuti selama seminggu lebih...bestnye rasa dapat cuti lama sket...memandangkan abang yg tinggal di Johor buat majlis akikah dan cukur jambul anak perempuan keduanya yg baru lahir ni..so kami 3 buah keluarga telah pergi ke Johor Bahru..memandangkan masing2 malas untuk pandu kereta meredah jam di musim cuti sekolah, so kami putuskan untuk naik bas aje la beramai-ramai..inilah masa nak merasa naik bas 2 tingkat ni (hehe..jakun..sabar je la kan..org lain dah merasa lama dh..tak heran pn)..xpe pedulikan apa kata mereka..tapi serious..umi dan suami pilih seat tingkat atas, duduk paling depan sekali menghadap cermin..amazing..suka sgt pemandangan luas dan tinggi..kira kita duduk tu lebih tinggi la dari kepala lori tu..hehe (sabar je kan, excited punya pasal)..walaupun berani2 takut juga ada sebenarnya..seat belt haruslah sentiasa pakai .. :-) . Memandangkan cuti agak lama kali ni, so umi dan suami ambil kesempatan untuk release tension ke Melaka juga ..cuci2 mata, shopping n bersantai di tepi pantai, muhasabah diri...'recharge battery' yg dh weak ni...hehe..so sekarang Alhamdulillah kami dh fully charged tapi x pasti sampai bila la boleh tahan :-) ...ok stop.
hari ni CD29 ~
About TTC..hari2 sblm ovulasi haritu kerap juga minum susu kambing, boleh kata hari2 minum susu kambing campur pati kurma..tapi kenapa ye tiba2 badan ni naik montel semacam bulan ni..baru perasan la..rasa berat badan dah naik mendadak bulan ni..kelmarin timbang, berat naik sampai 3 kilo sebulan, kira dalam masa 6 bulan ni dah naik almost 7 kilos...alahai...rasanya makan cam sama aje..tapi kenapa..tetiba jd risau dah gemuk dan obes ni...harus kuruskan berat badan pula ni...memang sangat perlu turunkan berat badan kalau nak hamil ni..doc dah pernah nasihatkan dulu perlu jg berat badan, umi yg lalai x igt kata doc dulu..huhu :-( ...nak naik memang senang nak turunkan ni bukannya mudah...skrg kena tambah azam baru la pula utk tahun ni..nak dapat berat badan ideal + zuriat..huhu..mampu ke ni nak turunkan berat balik 10 kg ni..mudah2an hasratku tercapai...nampaknya esok juga kena mula diet yg sihat! tolonglah.. Ganbbate Kudasai! :-)
till then.

think about the best diet..macammana nak mula nie??... |
-Ma'a salama
Thursday, 3 January 2013
0 Pandangan Mata Hati
Bismillahirrahmanirrahim
Sayidina Ali r.a pernah berkata "Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)."
Ramai manusia yang hidup dengan mata hati tertutup, dan apabila mati baru mata hati itu terbuka. Seseorang akan sedar apabila mata hatinya terbuka. Dia dapat melihat sesuatu bukan hanya dengan pandangan mata kasar (mata pacaindera) malah disertai dengan pandangan mata hati (di dalam dada).
Pandangan mata hati ini adalah pandangan yang paling tepat dan benar kerana ia mampu melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, dapat menerobos yang batin daripada yang lahir dan mampu membezakan antara yang hakiki dengan yang ilusi. Terkandung segala hikmah yang tak tercapai dek akal manusia.
Empat pandangan manusia di dunia:
(1) Pandangan mata kasar
(2) Pandangan akal
(3) Pandangan nafsu
(4) Pandangan mata hati
Sekiranya hati manusia itu bersih dan suci, apa sahaja yang dilihat akan memberikan kebaikan dan hikmah buatnya.
Wallahua'lam
******
-Ma'a salama
Subscribe to:
Posts (Atom)