Thursday, 20 December 2012

0 Redha dalam menerima takdir itu ~ Anak O.K.U anugerah istimewa

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini telah berlaku satu insiden di ofis umi..dan disebabkan insiden itu jua, seorang teman telah datang kepada umi dan berkongsi sesuatu hal yang sangat peribadi dalam hidup dia yang dia pendam selama beberapa tahun ini..umi simpati..

sememangnya umi ni seorang yang suka mendengar..umi tak kisah kerana sejak dari zaman sekolah dahulu umi memang suka mendengar luahan perasaan teman-teman..umi pernah mengambil kursus tatacara kaunseling suatu ketika dahulu hanya kerana minat..rata-rata kawan ofis juga selalu meluahkan masalah mereka secara personal pada umi..biarpun cuma masalah kecil mahupun besar melibatkan hal peribadi diri, keluarga, anak, rumahtangga ke, boyfriend atau sebagainya..umi tahu mereka percayakan umi mungkin dan kerana itu memang prinsip umi untuk cuba amanah dan tidak akan sesekali umi ceritakan kepada orang lain walau dengan orang yang paling rapat..

umi sekadar ingin berkongsi untuk sama-sama kita renungkan..

dia, umi anggap sebagai seorang adik je berumur lebih kurang dalam lingkungan 29-30 thn, telahpun berkahwin dan punya seorang anak lelaki yang sangat comel bagi umi...putih..cute&comel..umur dalam 4 tahun macam tu..umi pun pernah melihat wajah anak dia baru-baru ni..memang terdetik di hati umi ketika itu, sungguh ya Allah sungguh tenang wajah si anak kecil ni..sangat comel dan dari raut wajahnya bila si anak ni besar nanti pasti hensem orangnya ni, secantik ibunya juga.. 

Hari ini si ibu mungkin tak dapat lagi menahan perasaan yang dipendam setelah sekian lama dan tak terbendung lagi air mata yang sentiasa mengalir setiap hari yg dilalui agaknya..tiada sesiapa pun tahu rupanya anak teman umi yang comel itu adalah seorang anak yang sangat istimewa..anak O.K.U (orang kurang upaya)..masa kawan umi ceritakan hal ini pada umi mengalir laju air matanya..sayu hati seorang ibu muda yang mempunyai anak OKU...umi pun turut sayu mendengar rintihannya..bagaimana dia cuba menghadapinya...umi cuba untuk mendalami perasaannya..namun umi juga tak mampu, umi juga tak dapat bayangkan bagaimana jika kita berada di tempatnya..namun hakikatnya itu semua kehendak Allah kan..layakkah kita mempersoalkan segala pemberianNya..mengapa mesti kita yang diuji, mengapa bukan orang lain..sungguh berat...Allah pilih teman umi itu untuk menerima ujian sebegitu..bermakna dia pasti mampu memikulnya..Allah tidak akan sesekali berlaku zalim pada hamba-hambaNya...pasti punya hikmah besar tersirat di sebalik apa yang berlaku..di mata teman-teman selama ini dia dilihat sempurna punya keluarga yang lengkap dan bahagia...tapi siapakah yang tahu isi hati insan seperti dia?..mungkin dia tak diuji dari sukarnya mendapat anak...tapi Allah uji dia dengan ujian yang berbeza..beliau sengaja menyembunyikan hal ini dari pengetahuan teman-teman sejak doktor memaklumkan padanya berkenaan hal itu.. ketika itu anaknya baru berusia 2 tahun.....jelas kelihatan dia masih belum cukup kuat untuk menerima kenyataan..dia juga mengaku dia belum cukup redha dan tidak terlintas akan memiliki anak OKU..dia sentiasa dibelenggu rasa keliru, trauma untuk mengandung lagi..perasaan rendah diri dan malu katanya..dibelenggu persoalan bagaimanakah dia harus menerima masa hadapan anaknya kelak sebagai OKU..jelas memang dia perlukan masa, ketenangan, lebih kekuatan dan semangat..dan pastinya kekuatan itu hanya daripada Allah s.w.t..dan hanya pada Allah tempat kita mengadu dan mengharapkan pertolongan serta kembalikan segalanya pada-Nya..umi sangat mendoakan agar dia kelak akan dapat menerima takdir yang Allah telah tetapkan di dunia ini buatnya..semoga dia diberi kekuatan yang luar biasa oleh Allah s.w.t..sungguh berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul...moga-moga dia temui redha dalam menempuhi ujian yang berat ini..moga terkandung ganjaran dan kebaikan buatnya di suatu hari nanti..


Ya Allah Ya Rabb, ringankanlah ujian buat kami..dan janganlah Engkau uji kami semua dengan sesuatu yang tidak mampu kami pikul ya Allah..kurniakanlah kami kekuatan dan redha-Mu..
Ameen...


*******
-Ma'a salama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...