Tuesday, 18 December 2012

4 My Long Journey to SA - Part II (Andes Mountain)


Ceritera penuh liku dan cabaran menuju ke S.A. telahpun berakhir.. :)

The meeting went well, Alhamdulillah..sepanjang umi di Santiago, tiada apa-apa masalah berlaku..orang-orang S.A dan N.A yang hadir mesyuarat juga telah layan umi dengan baik, friendly, Alhamdulillah..mereka ni agak professional..umi sempat jalan2 di bandar santiago for sightseeing dan shopping di one of the handicraft market..penjual2 di situ juga peramah..sempat la grab some souvenirs untuk di bawa pulang..hehe :)

The best part adalah..Alhamdulillah umi sempat mengambil tour package ke Pergunungan Andes..woww..ianya macam tak lengkap rasa bagi sesiapa yg berkesempatan dapat pergi ke Amerika Selatan tapi tak sempat jejak ke Andes ni. Alhamdullilah rezeki umi kot..trip ke andes ni telah mengambil masa lebih kurang half day tour juga..dari bandar santiago ke Andes lebih kurang 1 jam perjalanan..dikatakan ketinggian puncak Andes lebih kurang ~6000m (tinggi kan, manakala puncak gunung kinabalu ~4000m lebih)..dan kami mendaki naik ke 3000 m altitud untuk melihat pemandangan dari atas pergunungan andes, tinggi juga..di kawasan bermain ski di musim winter..untuk makluman semua, Andes ni adalah banjaran benua gunung terpanjang di dunia dan meliputi beberapa buah negara di Amerika selatan seperti Peru, Colombia, Chile, Ecuador, Venezuela, Argentina dan Bolivia..sangat besar dan panjang.., jalan naik ke gunung ni agak berliku-liku tajam dan pusing-pusing..umi mabuk dan berhenti muntah beberapa kali juga la..huhu..oppss sorry la...anyway, let the pics talk je la yer..hehe

Pemandangan Pergunungan Banjaran Andes yg sempat dirakam dari atas kapal terbang

Glacier ice dan salji menutupi sebahagian puncak Andes (view dari atas kapal terbang)


kawasan-kawasan lurah Pergunungan Andes (view dari atas kapal terbang)

Tasik biru hijau di celah-celah banjaran (view dari atas kapal terbang)
On the way to Andes Mountain (nun yg bersalji itu...)
mendaki naik..see the cactus are everywhere la.. :) ..suhu mula sejuk dan dingin

Andean Fox (musang Andes)..jarang ditemui di sini kata the tourist guide..
Andean Condor (Kondor Andes)..sejenis burung besar karnivor yg memakan bangkai daging juga banyak dilihat di sini

I was here ... Valle Nevado, Ski Resort Chile at 3000m altitud

di sini lah check point untuk bermain salji - musim winter di Andes

Pemandangan Andes yg indah berlatarbelakang awan altocumulus yg cantik.. masya Allah

Tempat tinjau .. di ketinggian ~3000 meter ..suhu sejuk

a suitable place for honeymoon also.. so sweet ;)

another best scene - from Andes 

looks like The Grand Canyon in Arizona kan ..but in black

Andes ~ The longest continental mountain range in the world

Cable car checkpoint..beroperasi waktu musim winter sahaja untuk ski dan snowboard di atas puncak..kalau musim sejuk..kawasan ni semua dilitupi salji tebal..sekarang musim summer
ski resort di Andes


awan altosirus yang sangat indah..jarang dapat dilihat

van yg membawa kami naik ke Andes Mountain juga in the frame ok  :)

Kesimpulan yg umi boleh gambarkan, trip ke Andes ni sangat best tapi agak mencabar, Alhamdulillah memang nampak betapa hebatnya kekuasaan Allah, subhanallah..sampai termuntah2 la punya nak naik pergunungan ni..hehe..rasanya lepas ni tak jejak lagi dah kot ke Andes ni..cukuplah hanya sekali in my life..hehe..Terima kasih ya Allah atas kesempatan ini!

InsyaAllah..ada kesempatan part III bersambung kemudian ye..


-Ma'a Salama

4 comments:

  1. wah!!sgt cantek! bestnya dapat g sana kan...company sponsor ek?company ape tu?ade vacancy tak?hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. umi sufi..hehe..akak keje ngan gomen la dear..tapi akak pergi ke SA ni pun atas funded UNESCO...tak pakai duit gomen...fully sponsored dari mereka.. ;)

      Delete
  2. Wah...seronoknya.... :-) thanks for sharing umi...at least kami yg x dpt pergi nih bleh la merasai bersama pengalaman umi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome sweet ;-) ..hehe..rezeki Allah nak bagi peluang melawat negara orang nampaknya kan..Alhamdulillah.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...