Thursday, 27 December 2012

0 entah kenapa...

malam ni umi sendirian di rumah..

entah kenapa malam ni rasa teringin nak tengok FB kawan2 sekolah lama, kawan2 universiti..masing2 semua nampaknya dah ada family..bergambar bersama anak-anak dan suami mereka..mereka nampak happy sgt2..hati ni tiba2 jadi sedih..sayu..jadi tak kuat.. :(

rasa nak menyendiri jer..rasa macam rendah diri..rasa macam ada kurang..confused..mula fikir bukan2..

kenapa tah jadi emo malam ni...dah lama x mcm ni..sgt lama..tak suka rasa mcm ni.. :(

semoga hari2 akan datang menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan yang dicari2..

ringankan lah ujian buat kami ya Allah...ameen.


*slmt mlm..sleep tight n sweet dreams...

p/s: tetiba teringat dengan entri cikstoberi ieda..'habis tu..mengapa?' ..bagi umi juga belum dapat jawapannya.. :(



-Ma'a salama




Monday, 24 December 2012

16 TTC: OPK dan UPT murah..?

Assalamualaikum..

Hari ni umi CD15

umi nak tanya pada sahabat2 yang tersinggah di blog umi ni.. :-)

ada tak sesiapa yang tahu nak beli kat mana ye OPK dan UPT murah ni...atau beli online ke..haritu umi ada terjumpa satu blog teman TTC tapi dah lupa blog siapa tu yek..satu UPT cuma seringgit (RM1) je katanya..ehh betul ke...macam best juga kalau betul tu...tapi berkesan ke tak kalau yg murah ni ekk...harap kawan2 yg baik hati sudilah nak bgtau atau email umi je pun bleh yer..

saje jer suka2 ;)


tq ye semua..


-Ma'a salama

Thursday, 20 December 2012

0 Redha dalam menerima takdir itu ~ Anak O.K.U anugerah istimewa

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini telah berlaku satu insiden di ofis umi..dan disebabkan insiden itu jua, seorang teman telah datang kepada umi dan berkongsi sesuatu hal yang sangat peribadi dalam hidup dia yang dia pendam selama beberapa tahun ini..umi simpati..

sememangnya umi ni seorang yang suka mendengar..umi tak kisah kerana sejak dari zaman sekolah dahulu umi memang suka mendengar luahan perasaan teman-teman..umi pernah mengambil kursus tatacara kaunseling suatu ketika dahulu hanya kerana minat..rata-rata kawan ofis juga selalu meluahkan masalah mereka secara personal pada umi..biarpun cuma masalah kecil mahupun besar melibatkan hal peribadi diri, keluarga, anak, rumahtangga ke, boyfriend atau sebagainya..umi tahu mereka percayakan umi mungkin dan kerana itu memang prinsip umi untuk cuba amanah dan tidak akan sesekali umi ceritakan kepada orang lain walau dengan orang yang paling rapat..

umi sekadar ingin berkongsi untuk sama-sama kita renungkan..

dia, umi anggap sebagai seorang adik je berumur lebih kurang dalam lingkungan 29-30 thn, telahpun berkahwin dan punya seorang anak lelaki yang sangat comel bagi umi...putih..cute&comel..umur dalam 4 tahun macam tu..umi pun pernah melihat wajah anak dia baru-baru ni..memang terdetik di hati umi ketika itu, sungguh ya Allah sungguh tenang wajah si anak kecil ni..sangat comel dan dari raut wajahnya bila si anak ni besar nanti pasti hensem orangnya ni, secantik ibunya juga.. 

Hari ini si ibu mungkin tak dapat lagi menahan perasaan yang dipendam setelah sekian lama dan tak terbendung lagi air mata yang sentiasa mengalir setiap hari yg dilalui agaknya..tiada sesiapa pun tahu rupanya anak teman umi yang comel itu adalah seorang anak yang sangat istimewa..anak O.K.U (orang kurang upaya)..masa kawan umi ceritakan hal ini pada umi mengalir laju air matanya..sayu hati seorang ibu muda yang mempunyai anak OKU...umi pun turut sayu mendengar rintihannya..bagaimana dia cuba menghadapinya...umi cuba untuk mendalami perasaannya..namun umi juga tak mampu, umi juga tak dapat bayangkan bagaimana jika kita berada di tempatnya..namun hakikatnya itu semua kehendak Allah kan..layakkah kita mempersoalkan segala pemberianNya..mengapa mesti kita yang diuji, mengapa bukan orang lain..sungguh berat...Allah pilih teman umi itu untuk menerima ujian sebegitu..bermakna dia pasti mampu memikulnya..Allah tidak akan sesekali berlaku zalim pada hamba-hambaNya...pasti punya hikmah besar tersirat di sebalik apa yang berlaku..di mata teman-teman selama ini dia dilihat sempurna punya keluarga yang lengkap dan bahagia...tapi siapakah yang tahu isi hati insan seperti dia?..mungkin dia tak diuji dari sukarnya mendapat anak...tapi Allah uji dia dengan ujian yang berbeza..beliau sengaja menyembunyikan hal ini dari pengetahuan teman-teman sejak doktor memaklumkan padanya berkenaan hal itu.. ketika itu anaknya baru berusia 2 tahun.....jelas kelihatan dia masih belum cukup kuat untuk menerima kenyataan..dia juga mengaku dia belum cukup redha dan tidak terlintas akan memiliki anak OKU..dia sentiasa dibelenggu rasa keliru, trauma untuk mengandung lagi..perasaan rendah diri dan malu katanya..dibelenggu persoalan bagaimanakah dia harus menerima masa hadapan anaknya kelak sebagai OKU..jelas memang dia perlukan masa, ketenangan, lebih kekuatan dan semangat..dan pastinya kekuatan itu hanya daripada Allah s.w.t..dan hanya pada Allah tempat kita mengadu dan mengharapkan pertolongan serta kembalikan segalanya pada-Nya..umi sangat mendoakan agar dia kelak akan dapat menerima takdir yang Allah telah tetapkan di dunia ini buatnya..semoga dia diberi kekuatan yang luar biasa oleh Allah s.w.t..sungguh berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul...moga-moga dia temui redha dalam menempuhi ujian yang berat ini..moga terkandung ganjaran dan kebaikan buatnya di suatu hari nanti..


Ya Allah Ya Rabb, ringankanlah ujian buat kami..dan janganlah Engkau uji kami semua dengan sesuatu yang tidak mampu kami pikul ya Allah..kurniakanlah kami kekuatan dan redha-Mu..
Ameen...


*******
-Ma'a salama

2 Hadiah Hari Lahir Istimewa - Finale Part IV

Bismillahirrahmanirrahim..

bagi teman-teman yang tertinggal beberapa ceritera perjalanan umi ke S.A. sebelum ini..sudilah kiranya kalian intai di Part I, Part II dan Part III ...dan ini adalah ending kisah perjalanan penuh cabaran dan dugaan umi ke S.A baru-baru ini..harap2 kalian tak jemu lah mengikuti..hehe..

Balik kepada kisah yang awalnya perjalanan penuh liku dan cabaran..dengan menempuhi perjalanan selama lebih 36 jam..transit di beberapa buah negara..terpaksa bermalam di Brazil, disoal pegawai imegresen santiago, kisah pemeriksaan kastam..terlepas hari pertama mesyuarat dan lain-lain yang tak dapat diceritakan di sini.. tapi Alhamdulillah semuanya adalah kenangan pahit dan manis yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila..ermm..sedih, takut, excited, sayu, berani semua perasaan lah bercampur baur kiranya.. 

Walaubagaimanapun, ending kisah umi ke SA ni memang best lah..bukan sebab dapat merasai jalan2 di bandar Santiago ataupun berpeluang jejak ke Pergunungan Andes ke..yea..Alhamdulillah itu juga pengalaman indah..tapi ada lagi yang sangat istimewa dan tak pernah umi terbayang dan terfikirkan akan berlaku..hehe..

kisahnya bermula dengan umi terpaksa transit di airport Dubai dan menunggu lebih kurang 7 jam untuk menaiki kapal terbang Emirates seterusnya untuk pulang ke malaysia..seat tempat duduk umi 74A ekonomi kelas tepi tingkap betul2 row paling belakang dekat ngan toilet..senang kan..memang umi sengaja pilih seat tu..hehe..penerbangan balik kali ni istimewa sikit sebab flight yang akan umi naik ni adalah Airbus Emirates A380 yang sejak akhir2 ni sibuk diperkatakan orang ramai dan keluar di TV..hehe merasa juga naik airbus perjalanan jauh kali ni..Airbus Emirates A380 ni kapal terbang 2 tingkat..ada upper deck (first and business class) dan lower deck (economi class)..besar dan sgt luas..memang canggih dan sophisticated.. :) ..Alhamdulillah..rezeki la kiranya tu kan..

waktu sampai di kaunter emirates airline untuk ambil boarding pass tu..suddenly staff tu kata..

"Owhh..waitt madam..we have upgraded your seat........to BUSINESS CLASS..."

whatttt?? seriously unbelievable.. tak percayaaa..kejutan apakah ini?? serioussss....

huh? Emirates A380 Business Class? i was shocked..ya Allah.

serious..umi tak pernah terfikir langsung bukan kata dapat merasa naik airbus A380 tu saje..tak terfikir langsung juga akan dapat duduk di business class A380 ni..untuk umi ni naik air asia pakai duit sendiri tu bolehlah lagi...itu yg mampu buat masa sekarang..hehe..tak layak rasanya untuk seat business class ni lagi lar..do not even dream..

hakikatnya...Alhamdulillah...memang umi dapat merasa duduk di business class la..bukan mimpi di siang hari...it's all atas perancangan Allah..rezeki yang tak disangka-sangka..ntah dari mana datang ntah..Dia beri umi peluang dan kesempatan merasai nikmat ni...terima kasih ya Allah..sangat2 bersyukur..

umi rasa cam terkinja-kinja pun ada bila dpt tahu tu..hehe..so excited..sorry to say ok..hakikatnya memang sangat2 tak percaya..macammana rupanya Emirates A380 business class ni..ianya berada di upper deck kan..so merasa la umi lalu bersama2 penumpang 1st class dan business class ni..diorang kan diberi laluan dulu, selalu tengok je diorang ni naik dulu..sekarang merasa sendiri lah..hehe..bestnyer..jeng..jeng...jeng

tengok gambar jer la ye..sebab speechless..


laluan khas bagi penumpang 1st class dan business class..naik lif khas ke upper deck.. :)

Keadaan dalam upper deck..tempat simpan beg kat atas tu sorang satu tau..ikut seat masing2

Emirates A380 business class..luas dan selesa..seat 1-2-1...1 row dalam 4 orang jer..

set TV yang besar dan canggih di setiap tempat duduk penumpang..lebih besar dari  kelas ekonomi punya TV

TV dilengkapi dengan program I.C.E dan real time CCTV

3 different angle views CCTV..(i) boleh lihat dari sudut wing atas (sprt gambar kiri), (ii) cctv dari bawah body kapal terbang (gambar kanan)-utk nampak daratan dan (iii) sudut cockpit pilot- view nampak hadapan

Terpisah oleh laluan...antara seat tepi tingkap (privacy) dengan seat tengah..

Lie-flat business class seat..tempat duduk boleh ubah kepada 3 style..duduk tegak..duduk santai (ke belakang sedikit) atau tidur terus jadi katil..hehe (butangnyer ditengah2 atas tu)

personal mini-bar di setiap tempat duduk..minum je apa nak minum..kalau tak cukup boleh order lagi..it's free..

dah kata all are free..mintak la apple juice kan..hehe

Touch screen di sisi penumpang (berada di mini bar) untuk akses ke TV besar..selesa dan senang control..kali ni mintak orange juice pulak la..hehe..

pelbagai menu best2..boleh pilih mana2 suka..  ;)

apa lagi minta yg paling best kesukaan hati la..nyum2..it's all halal in Emirates Airline

dan lagi...

dilengkapi dengan onboard lounge untuk para penumpang bersantai..semua makanan di lounge adalah free utk dimakan..

Emirates A380 onboard lounge..so exclusive

lagi..

washroom dia pun in the frame juga k..hehe

boleh juga lihat di mana lokasi kapal terbang sedang terbang...klas ekonomi  pun ada juga kemudahan ni..

sewaktu kapal terbang nak mendarat di KLIA..dah sampaiii...yeayy...Alhamdulillah selamat tiba

So, itulah serba sedikit ceritera pengalaman pahit dan manis perjalanan umi ke S.A..penutup dia best kan..umi tiba di KLIA 17 Dec 2012 haritu jam 4.55pm..

dan 18 Dec 2012 semalam adalah hari jadi umi...so bagi umi inilah hadiah hari jadi yang agak bermakna dan umi takkan dapat lupakan..bukan birthday surprise dari hubby atau mana2 insan tersayang lain..tapi rezeki Allah bagi untuk birthday present kali ni.. Terima kasih ya Allah..terima kasih tak terhingga.. Alhamdulillah syukur..

mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki yang lebih hebat dari ini dan yang ditunggu2 tak lama lagi kan..kalau yg itu tu..umi pun tak tahulah nak cakap apa la kan bila tiba masanya nanti...hehe can't wait for that...insyaAllah suatu hari nanti...semoga semuanya dipermudahkan..

Ok itu jer..ini adalah sekadar coretan kenangan abadi buat umi..

tk cre semua..


p/s: tqvm my dear abang hadiahkan perfume yg sangat wangi tu.. really like it..luv u too.. :)

-Ma'a salama

Tuesday, 18 December 2012

0 My Long Journey to SA - Part III

sambungan dari ceritera part II.. 

jalan2 pemandangan di sekitar bandar Santiago, Chile.. :)



Bonaparte Hotel tempat umi menginap di Santiago, Chile

Bonaparte Hotel

saja jer..hehe

Catholic University, Santiago Chile

Catholic University, Santiago Chile

Santiago buses and cars

Some old buildings - British colony 

Kesan jajahan british di Santiago- banyak bangunan british colonial di sini


british colonial building



Chileans


Santiago bus

another British Colonial building

sesak..

Bandaraya santiago


 itu jer yg sempat umi rakam..bersambung ke finale part IV (Happy Ending)... ;)


-Ma'a salama

4 My Long Journey to SA - Part II (Andes Mountain)


Ceritera penuh liku dan cabaran menuju ke S.A. telahpun berakhir.. :)

The meeting went well, Alhamdulillah..sepanjang umi di Santiago, tiada apa-apa masalah berlaku..orang-orang S.A dan N.A yang hadir mesyuarat juga telah layan umi dengan baik, friendly, Alhamdulillah..mereka ni agak professional..umi sempat jalan2 di bandar santiago for sightseeing dan shopping di one of the handicraft market..penjual2 di situ juga peramah..sempat la grab some souvenirs untuk di bawa pulang..hehe :)

The best part adalah..Alhamdulillah umi sempat mengambil tour package ke Pergunungan Andes..woww..ianya macam tak lengkap rasa bagi sesiapa yg berkesempatan dapat pergi ke Amerika Selatan tapi tak sempat jejak ke Andes ni. Alhamdullilah rezeki umi kot..trip ke andes ni telah mengambil masa lebih kurang half day tour juga..dari bandar santiago ke Andes lebih kurang 1 jam perjalanan..dikatakan ketinggian puncak Andes lebih kurang ~6000m (tinggi kan, manakala puncak gunung kinabalu ~4000m lebih)..dan kami mendaki naik ke 3000 m altitud untuk melihat pemandangan dari atas pergunungan andes, tinggi juga..di kawasan bermain ski di musim winter..untuk makluman semua, Andes ni adalah banjaran benua gunung terpanjang di dunia dan meliputi beberapa buah negara di Amerika selatan seperti Peru, Colombia, Chile, Ecuador, Venezuela, Argentina dan Bolivia..sangat besar dan panjang.., jalan naik ke gunung ni agak berliku-liku tajam dan pusing-pusing..umi mabuk dan berhenti muntah beberapa kali juga la..huhu..oppss sorry la...anyway, let the pics talk je la yer..hehe

Pemandangan Pergunungan Banjaran Andes yg sempat dirakam dari atas kapal terbang

Glacier ice dan salji menutupi sebahagian puncak Andes (view dari atas kapal terbang)


kawasan-kawasan lurah Pergunungan Andes (view dari atas kapal terbang)

Tasik biru hijau di celah-celah banjaran (view dari atas kapal terbang)
On the way to Andes Mountain (nun yg bersalji itu...)
mendaki naik..see the cactus are everywhere la.. :) ..suhu mula sejuk dan dingin

Andean Fox (musang Andes)..jarang ditemui di sini kata the tourist guide..
Andean Condor (Kondor Andes)..sejenis burung besar karnivor yg memakan bangkai daging juga banyak dilihat di sini

I was here ... Valle Nevado, Ski Resort Chile at 3000m altitud

di sini lah check point untuk bermain salji - musim winter di Andes

Pemandangan Andes yg indah berlatarbelakang awan altocumulus yg cantik.. masya Allah

Tempat tinjau .. di ketinggian ~3000 meter ..suhu sejuk

a suitable place for honeymoon also.. so sweet ;)

another best scene - from Andes 

looks like The Grand Canyon in Arizona kan ..but in black

Andes ~ The longest continental mountain range in the world

Cable car checkpoint..beroperasi waktu musim winter sahaja untuk ski dan snowboard di atas puncak..kalau musim sejuk..kawasan ni semua dilitupi salji tebal..sekarang musim summer
ski resort di Andes


awan altosirus yang sangat indah..jarang dapat dilihat

van yg membawa kami naik ke Andes Mountain juga in the frame ok  :)

Kesimpulan yg umi boleh gambarkan, trip ke Andes ni sangat best tapi agak mencabar, Alhamdulillah memang nampak betapa hebatnya kekuasaan Allah, subhanallah..sampai termuntah2 la punya nak naik pergunungan ni..hehe..rasanya lepas ni tak jejak lagi dah kot ke Andes ni..cukuplah hanya sekali in my life..hehe..Terima kasih ya Allah atas kesempatan ini!

InsyaAllah..ada kesempatan part III bersambung kemudian ye..


-Ma'a Salama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...