Friday, 30 November 2012

0 Mengapa busuknya hati ini...

Bismillahirrahmanirrahim

Sekadar renungan di hari Jumaat yang mulia ~ penghulu segala hari..

Kata Imam al-Ghazali:
"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta HATI yang baru..."

***

Rasulullah s.a.w telah menegaskan bahawa di dalam diri manusia ada seketul daging, jika BAIK daging itu maka baiklah manusia itu. Sebaliknya jika BUSUK daging itu, maka jahat pulalah orang itu.

Hari ini manusia suka bersangka-sangka, ada sangkaan yang baik...dan ada juga sangkaan buruk..

ada kalanya.. 

Orang beribadah disangka riak 
Orang yang relaks disangka malas 
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk 
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) 
Orang makan banyak disangka pelahap 
Orang makan sikit disangka diet 

Orang baik disangka buruk 
Orang buruk disangka baik 
Orang senyum disangka mengejek 
Orang masam disangka merajuk 

Orang bermuzakarah disangka mengumpat 
Orang diam disangka sombong
Orang menyendiri disangka tidak mahu bergaul
Orang menawan disangka pakai susuk 
Orang nampak ceria disangka membela
.. 
....
.....

tetapi

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah 
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah 
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa 
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hatinya dan jiwanya 
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
mana tahu yang menyendiri itu kerana sedang bermujahadah melawan nafsunya 

Maka, sama-samalah kita jauhi sikap suka bersangka-sangka, iri hati kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dijilat api.

Satu benda yang kita lihat, bermacam-macam kesimpulan yang boleh kita buat dan semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya...sekiranya kita lihat dari sudut positif, maka ia akan menjadi suatu yang positif di fikiran...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Jauhi prasangka kerana prasangka itu adalah sebahagian daripada dosa." [surah al-Hujurat 49:12].

Itulah peranan utama hati. Ia umpama raja dalam kerajaan diri manusia. Jika raja baik, maka rakyat akan baik. Maka begitu jugalah hati yang baik, secara tidak langsung seluruh anggota badan yang lain akan turut melahirkan kebaikan.

Kita hanyalah sekadar hamba Allah di muka bumi yang sementara...dan disisi Allah tiada siapa yang tahu siapakah yang lebih mulia dan tinggi darjatnya di sisi-Nya..maka usahlah kita berprasangka, dengki, iri hati, merasa riak..dan jauh sekali dari merasa angkuh dengan diri sendiri...na'uzubillah.

Peringatan untuk diri sendiri.
namun sama-samalah jua kita renungkan bersama..

~ Walahua'lam ~ 


-Ma'a salama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...