Wednesday, 21 November 2012

4 TTC: Dapat Zuriat di Musim Haji

Assalamualaikum,

Sekadar ingin berkongsi satu emel yang pernah umi terima daripada pasangan suami isteri Ummu A dan Abu J. Emel ini umi terima sekitar bulan oktober yang lalu sebelum musim haji bermula...mungkin boleh dikongsikan bersama teman-teman TTC semua..

*******

Salam At, 

Tak lama lagi kita akan masuk bulan Zulhijjah, bulan haji. Ringkas cerita, kami ingin berkongsi satu artikel yang kami petik dari sebuah laman web. Ia adalah pengakuan satu pasangan suami isteri yang sudah lama berikhtiar untuk dapat zuriat. Harap anda dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya. Insyallah, ia pasti bermanafaat...


- Begini kisahnya...


Saya dan isteri sebenarnya ada masalah susah dapat anak walaupun sudah 2 tahun berkahwin. Sudah puas kami berusaha, sudah banyak buku (ebook) kami baca, sudah bermacam-macam jenis ubat kami makan, sudah berurut dengan beberapa orang tukang urut kampung, malah kami juga pernah pergi ke LPPKN beberapa kali, bagi membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah sukar mendapat anak ini.

Namun, semua usaha kami gagal. Dalam masa 2 tahun menunggu berita gembira, tak juga kunjung tiba. Kami berasa betul-betul kecewa dan hampir berputus asa. Sehinggalah pada pertengahan tahun 2009, Allah Subhanahu wata'ala telah mentakdirkan arwah mak dan arwah ayah saya untuk pergi menunaikan umrah.

Sebelum ini, saya pernah dengar dalam 1 ceramah mengatakan bahawa, salah satu tempat yang paling mustajab untuk berdoa ialah di Baitullah (depan Kaabah). InsyaAllah, kalau doa dipanjatkan dengan tulus ikhlas mengharapkan belas ihsan dan rahmat daripada Allah di depan kaabah, doa itu PASTI akan dikabulkan.


Kemudian, saya juga pernah mendengar dalam 1 ceramah lain mengatakan bahawa DOA IBU UNTUK ANAKNYA ADALAH ANTARA DOA YANG PALING MUSTAJAB, dimana kalau seorang ibu itu berdoa untuk anaknya, tiada hijab langsung. Doa itu akan sampai terus kepada Allah dan Allah pasti akan kabulkan doa tersebut.


Teringat isi kandungan ceramah tersebut, hati saya seolah-olah meronta-ronta dan menjerit-jerit kepada saya; "Inilah peluangnya! Inilah peluangnya. Ko jangan lepaskan peluang ini."Saya dengan rasa penuh yakin, merasakan inilah peluang terbaik saya untuk mendapatkan pertolongan daripada ALLAH subhanahu wata'ala bagi memperkenankan hajat saya dan isteri. Lantas, tanpa berlengah lagi, saya telah berjumpa dan bercakap dengan arwah mak saya tentang hajat kami. Ini yang saya lakukan setelah berjumpa dengan arwah mak (sebelum arwah dan arwah abah berlepas ke Tanah Suci) :

Saya minta arwah mak maafkan semua dosa-dosa saya dengannya. Segala kekasaran, tingkah laku saya yang tidak baik dengan arwah mak, saya minta sungguh-sungguh supaya arwah mak dapat maafkan saya.
Saya minta sungguh-sungguh supaya arwah mak dapat berdoa khusus untuk saya dan isteri (sebut nama kami dalam doanya) di depan Kaabah, agar Allah kurniakan zuriat kepada kami. Saya ada juga minta arwah mak saya, kalau boleh, arwah mak berdoa pada selepas pertengahan malam (iaitu selepas tahajjud). Sebab saya ada pernah dengar dalam 1 ceramah mengatakan, pada waktu selepas tengah malam sehingga sebelum subuh, Allah subhanahu wata'ala akan 'berada' di langit dunia bagi mendengar permintaan hamba- hambaNYA. Pada waktu itu dikatakan, segala permintaan @ doa pasti akan dimakbul oleh Allah subhanahu wata'ala.

Itulah permintaan-permintaan saya kepada arwah mak saya sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci.
Guess what? Cuba teka, apakah yang terjadi selepas itu?
Subhanallah, selepas kira-kira 2 bulan arwah mak dan arwah abah balik dari umrah, berita yang kami tunggu-tunggu selama 2 tahun ini akhirnya tiba juga.
Ya, isteri saya telah disahkan mengandung anak pertama kami. Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah ta'ala atas nikmat anugerah yang dikurniakan kepada kami. Saya terus sujud syukur dan menelefon arwah mak bagi memaklumkan berita gembira tersebut. Masa bercakap dengan arwah mak dalam telefon tu, macam seolah-olah beliau dah pun terlebih dahulu mengetahui @ dapat mengagak berita yang nak saya sampaikan itu. Arwah ibu memang betul-betul yakin yang doanya pasti dimakbulkan Allah ta'ala. Subhanallah. Maha Suci Allah. Janji Allah itu pasti benar. Kata-kata Rasulullah itu pasti benar. Tidak syak lagi. Demi ALLAH, saya sudah pun merasai sendiri kebenaran itu.
 

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. DIA lah yang mengkabulkan @ memenuhi setiap permintaan hamba-hambaNYA.

Pesanan saya untuk anda :

  • Berdoalah tanpa jemu
  • Berdoalah dengan yakin Allah pasti akan makbulkan
  • Berdoalah terutamanya pada waktu-waktu mustajab doa
  • Kalau berpeluang pergi ke Tanah Suci, berdoalah sungguh-sungguh di Baitullah
  • Kalau ibu anda masih hidup, mohonlah doa dari ibu anda. Jangan sekali-kali persiakan doa orang yang sangat mustajab doanya (doa ibu untuk anaknya)
  • Kalau anda seorang ibu, selalulah maafkan anak-anak anda. Doakanlah mereka setiap hari.
  • Kalau ibu anda sudah meninggal dunia, balaslah jasa budi arwah dengan sentiasa berdoa kepada Allah agar rohnya diampunkan dan dirahmati Allah
Pesanan khusus buat mereka yang ada masalah untuk dapat anak :
  • Minta ibu ayah maafkan segala dosa dan keterlanjuran anda terhadap mereka
  • Minta mereka berdoa khusus untuk anda (sebut nama anda dalam doa)
  • Minta mereka buat solat hajat (supaya anda dikurniakan anak) khusus untuk anda
  • Anda kena buat baik @ melayan ibu ayah anda sebaik-baik yang mungkin. Taati mereka, dengar cakap mereka, dan jangan sekali-kali kecilkan hati mereka.
=======
Semoga Artikel tersebut bermanafaat...

Ikhlas dari:
Abu J & Ummu A


*****

Sewaktu umi membaca emel tersebut, hati ada sedikit sayu. Pastinya nawaitu penghantar cuma untuk berkongsi ilmu dan pengalaman penulis artikel, semoga ia bermanfaat untuk semua, insyaAllah.


Kenangan terindah dalam hidup umi ketika dapat bersama-sama ibu tersayang di Baitullah al Haram mengerjakan umrah Mac lalu..Walau doa kami yang satu masih belum terjawab, tak apalah umi benar2 yakin Allah telah atur suatu perancangan yang terbaik buat umi dan suami..bagaimana Dia telah aturkan perjalanan yang cantik dalam urusan-urusan lain..Terima kasih Ya Allah atas jemputan-Mu...izinkan umi pergi bersama orang2 tersayang (suami dikasihi, Mak dan Abah disayangi)...Alhamdulillah.
 
"Jika ALLAH s.w.t memakbulkan doamu,
maka Allah meneguhkan kepercayaanmu kepada-Nya.."

"Jika Allah s.w.t menangguhkan doamu,
maka Allah s.w.t menguji kesabaranmu..."

"Dan jika Allah s.w.t TIDAK MEMAKBULKAN doamu,
itu bermakna Allah s.w.t telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.."

Wallahua'lam

-Ma'a Salama

4 comments:

  1. Lps kahwin dulu, setahun setengah juga saya tunggu utk dpt berita gembira macam ni. Saya juga kirimkan agar ibu saya mendoakan saya di Mekah masa dia mengerjakan umrah. Alhamdulillah, lepas 3 bulan dia balik dr sana, saya disahkan mengandung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanie, Alhamdulillah kira anak sulung nanie tu anak doa mekah la tu yer.. :)

      Delete
  2. salam kak, terima kasih sudi blog saya.. semoga usaha kita berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 cinta..insyaAllah mudah-mudahan tak lama lagi yer..ameen :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...