Wednesday, 10 April 2013

2 KewujudanNya

Assalamualaikum wbt.,

Pagi tadi sementara sedang bersiap2 untuk ke ofis..umie sempat mendengar sekejap ceramah "Cinta Ilmu: Fiqh Akidah & Pandangan Alam" di TV Al-Hijrah. Umie tertarik bila dengar ustaz bercerita mengenai kisah Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis suatu ketika dahulu mempersoalkan tentang kewujudan Allah SWT..jadi umie ingin kongsikan kisah tersebut untuk tatapan kita bersama..kawan2, sudilah mengambil sedikit masa untuk kita jadikan renungan ye..insyaAllah, mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk kita semua. 

***
Nukilan di sini dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan, sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah? 

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.
Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.
Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.
“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.
Membantu guru
Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.
“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.
“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku…Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.
Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.
“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.
“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.
“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.
“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.
“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.
“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…,” Abu Hanifah berhujah.
“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!,” sahut Dahri.
“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.
Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…?”
Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”
Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada…? Di bahagian atasnya atau di bawahkah…?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.
“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung…!”
“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…” soal Dahri lagi.
“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu….Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya….?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.
Tidak terfikir
Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya…” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”
“Jadi…! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.
“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.
“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
“Wahai sekalian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !”
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.
Wallahua'lam 
sumber: akucintakanislam.blogspot.com
Ihsan: google image - "Ombak tsunami 2004 berbentuk kalimat ALLAH SWT"



-Ma'a salama


post signature

Thursday, 4 April 2013

1 Entri Khas: Renungan seorang anak..

Assalamualaikum wbt.

buat renungan kita bersama...

----
~ Warkah dari Ibu dan Ayah ~
 
Wahai anakku,
Bila ibu dan ayah meniti usia senja
kami berharap engkau anakku
memahami dan bersabar dengan karenah orang tuamu...

Bila ibu dan ayah pecahkan pinggan atau
menumpahkan sup di atas meja.
Janganlah engkau anakku memarahi,
menengking org tua ini
kerana hati tua ini mudah benar terasa.
Ketahuilah, mata ini semakin kabur pandangannya dan kami tak terniat melakukan sedemikian.
 
Anakku,
Bila ibu dan ayah dimamah usia
telinga ini semakin hilang pendengaran.
Jika telinga tua ini tidak dapat mendengar
kata-katamu dengan jelas,
kami merayu janganlah engkau anakku memanggil diri ini PEKAK!
Ulanglah semula kata-katamu seperti kami terjerit-jerit memanggilmu sehingga tekak terasa perit
ketika engkau tidak mendengar.

Wahai anakku,
di usia senja begini ibu dan ayah selalu mengalami lemah lutut.
bantu dan pimpinlah tangan ini seperti kami memimpin tangan kecilmu ketika engkau bertatih,
janganlah engkau berkata 'ibu ni lembab!'..
ayah ni terhegeh-hegeh!'...
Maafkan kami kerana meyusahkanmu.
Di usia ini jua,
ibu dan ayah selalu berbicara tersekat-sekat
seperti cd cetak rompak
janganlah engkau berasa bosan atau jemu mendengarnya seperti kami mendengar kata-katamu yang pelat sewaktu kecil
setiap patah yg engkau katakan menghiburkan hati ini..

Wahai anakku,
maafkan ibu dan ayah jika tubuh tua ni berbau busuk dan menyesakkan hidungmu
Bukan kami ingin membiarkan tubuh tua ini berbau dan kotor
ketahuilah saat air dingin membasahi kesejukkan mencengkam, tubuh ini mudah benar berasa lemah dan jatuh sakit
Sewaktu engkau kecil anakku,
engkau taknak mandi kerana engkau mengatakan air sejuk
kami terpaksa tawaf sekeliling rumah hanya semata-mata mengejarmu untuk memandikan tubuhmu.
ingatkah engkau anakku kenangan itu?

Anakku,
Jika engkau ada masa lapang,
ibu dan ayah berharap engkau dapat meluangkan masa untuk berbual dengan kami untuk menghilangkan rasa kesunyian ini. 
cukup hanya seminit itu sudah memadai kerana kami tahu dan amat memahami bahawa engkau sentiasa sibuk dengan kerjaya dan keluargamu.
Tentu tiada masa melayan dan mendengar cerita orang tua ini.
Namun ingatkah engkau anakku
sewaktu engkau sudah petah berkata-kata,
ibu dan ayah selalu mendengar celotehmu dan dengan penuh semangat engkau bercerita tentang sahabat, tentang cikgu & pelajaran yang baru engkau ketahui 
dan cerita tentang teddy bear
tanpa rasa bosan ibu dan ayah setia mendengar malah terhibur.

Wahai anakku,
bila ibu dan ayah sakit dan hanya mampu terlantar di katil,
kami berharap engkau dapat menjaga kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran
ibu dan ayah mohon maaf bila kami terbuang air kecil
Kami tak sengaja untuk berbuat sedemikian anakku.

Hidup ibu dan ayah tidak lama anakku,
mungkin hari ini adalah hari terakhir bagi kami menghirup udara.
Bila izrail menjemput,
kami berharap engkau berada disisi.
engkau mengenggam erat tangan ini memberi kekuatan menghadapi sakaratul maut.
tanpa jemu engkau membisikan kalimah 'La illaha illallah'.

Jangan engkau runsing anakku,
segala kesalahanmu akan kami ampunkan.
bila ibu dan ayah bertemu dgn Al-Khaliq kami akan membisikan padaNya agar merahmatimu...
Terima kasih atas kesabaran dan kasih sayang yang engkau curahkan selama hidup ini.
Ketahuilah anakku engkau adalah permata di hati kami...



Justeru, di saat mereka menjengah usia tua....di mana kita untuk membalas jasa???

sumber: seindahcintaislam.blogspot.com 

***

 
Catatan khas:  
Terima kasih Mak & Abah yang sangat ku sayangi dalam hidupku...segala jasamu takkan dapat ku lupakan seumur hidupku..semoga kalian sentiasa mendapat rahmat dan lindungan Allah S.W.T di dunia ini mahupun di akhirat kelak....ameen.

" Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."

Ameen Ya rabbal Alamin.

"B sayang Mak Abah.." 




- Ma'a salama

post signature

Friday, 29 March 2013

4 Rasa Kehambaan



                                                                            

Wallahua'lam

-Ma'a salama

Saturday, 23 March 2013

4 Anak 'itu' ~ Anugerah Illahi..



Entah mengapa hati ini tiba-tiba terlintas sesuatu
sesuatu yang kerapkali jua bermain di fikiran ini..
tentang memiliki anak 'itu'
dia yang dilahirkan dari rahim insan yang lain
yang bukan dari darah dagingku

bagaimana..
di ketika usia perkahwinan ku ini yg semakin menginjak dewasa
aku mula tertanya sendiri
patutkah aku memiliki seorang anak 'itu'?
hati ini seakan keras membatu tanpa mahu memberi jawapan yg pasti
seolah begitu yakin rezeki zuriat akan menyebelahiku tidak lama lagi
adakah perlu ku memikirkan soal untuk memiliki anak 'itu'?
aku benar yakin pd kekuasaanNya..
Dia tidak sama sekali akan menzalimi setiap hambaNya yang sentiasa berusaha..
merintih merayu dan berdoa ke hadratNya..

namun..
jauh di sudut hatiku kembali tertanya..
andai memang ditakdirkan aku akan terus begini 
sekiranya memang ditakdirkan ujian ini merupakan bahagian ku di dunia yg sementara ini
kerana Allah tahu ujian ini yang terbaik buat kami..
sedang aku sendiri tidak tahu apa yang terbaik buat diriku ini..
bagaimana pula..?
masihkah aku perlu terus bertahan dengan pendirianku untuk tidak mahu memiliki walau seorang anak 'itu'?
paling tidak dapat menemaniku dan si dia melayari bahtera kami..
setidaknya dapat sedikit mengubah kehidupan rumahtangga kami dengan telatah lucunya
sekurangnya kami merasa untuk punya keluarga yang sempurna..

namun ku tahu tidak semudah itu..
entah mengapa hati ini dan si dia juga seakan masih belum bersedia untuk itu..
aku termenung jauh..memikirkan kemampuan ku sendiri..
mampukah aku mengalas amanah menjaga anak 'itu' jika benar..
mampukah jua ku dan si dia berlaku adil dan curahkan kasih sayang yang tulus kepada anak 'itu'..
mampukah aku nanti begitu..mampukah aku begini nanti..

ku takut ku tak mampu menjadi seperti insan yang telah berjaya mengharunginya
sungguh..sungguh aku kagum dengan kalian yang sangat murni hatinya
telah sanggup memikul amanah menjaga 'anugerah' itu walau kalian tahu mereka bukan dari darah dagingmu..
hanya Allah yang akan membalas kasih sayang yg telah kalian curahkan kepada 'anugerah' itu..
andai aku dapat mencontohi kalian..bagaimana lah agaknya perasaan itu..

entah..tak tahu..belum pasti..aku keliru..

Ya Allah Ya Tuhanku, 
hambaMu ini hanya memohon dan merayu padaMu..
ku pohon petunjuk dariMu
juga kurniakanlah diri ini kekuatan menempuhi setiap ujian
ringankanlah ya Allah ujian ini buat kami..permudahkanlah segalanya buat kami..
Ya Allah Ya Rabb..
tentukanlah segala yang terbaik buat kehidupan kami di dunia dan di akhirat nanti...

...Ameen ya rabbal alamin...

***
                                                                                                         

                                                                                                           

Hasbunallah Wa ni'mal Wakil

-Ma'a salama

Wednesday, 20 March 2013

8 TTC: LPPKN #1 visit

Assalamualaikum wbt.

Pagi tadi kami ke LPPKN..sampai sana pun dah jam lebih kurang ~11.30am..hubby kerja malam td, so bg dia balik rehat dulu then baru kami keluar..jadinya lewat sikit sampai sana...orang pun dah tak ramai sgt...ada la beberapa couples nampaknya..

tapi kali ni belum sempat nak buat ujian darah dan sperm test lg ..cuma sempat sesi interview, timbang berat dan check BP...yang penting nurse dah keluarkan surat untuk refer ke KPJ Tawakkal utk buat HSG. InsyaAllah, umie akan buat HSG pada 26/3 nanti. 

dan yang penting umie dah dapat tukar Dr. ..sebelum ni umie buat treatment di LPPKN dengan Dr. K..tapi setelah berfikir panjang umie minta sgt2 pada sister di LPPKN untuk tukar treatment lepas ni dengan Dr. H pula..ikutkan prosedur tak boleh sebenarnya tapi Alhamdulillah Allah izinkan....mudah-mudahan dengan Dr. H lebih berkat hendakNya..itu antara doa umie masa di Al-haramain dulu juga..biar apapun..

sebenarnya berdebar rasa nak tengok result x-ray HSG terkini selepas jalani operation laparotomy haritu..mudahan ada perubahan positif ya Allah..umie tawakkal dan semoga Allah memberi kelancaran dan permudahkan segalanya..ameen.

looking forward utk next treatment di LPPKN #2nd visit (next cycle).

 
* Total cost (#1st visit) = RM28 (ujian darah hubby shj)


 ~ La Tahzan Innallaha Ma'ana ~


-Ma'a salama


Monday, 18 March 2013

0 Blue Coral Aquarium, KL Tower

Assalamualaikum wbt.

Rasanya dah lama juga tak update perkembangan umie terkini..bukannya apa sejak akhir2 ni agak sibuk dengan pelbagai aktiviti..baru balik kursus seminggu di IDFR KL..very interesting..balik kampung MIL hujung minggu lepas, dapat juga kami merasa naik 'Dark Tour'..finally ;)...sekarang kena flu pula, td makan ubat trus rasa ngantuk sgt ni..tp sebab azam nk update blog juga malam ni, so masih bertahan selagi boleh :) ...

Mengenai TTC, semalam umie ada telefon LPPKN berhasrat nak teruskan balik ikhtiar di sana (nasib baik juga diorg x lupuskan rekod lama umie..Alhamdulillah)..maknanya hari rabu nanti (20/3) insyaAllah umie dan hubby akan ke sana untuk ambil darah semula (terpaksa ulang kembali prosedur awal) dan hubby akan buat sperm test..mudah-mudah Allah permudahkan usaha kami kali ni..tak sabar nk buat HSG sebenarnya, umie juga dah buat appointment di KPJ Tawakkal on 26/3 nanti untuk buat HSG bersama Dr Fatimah..harap sgt dah takde blockage in my right fallopian tube dan mudah-mudahan xde lg expected pelvic adhesion juga..ameen..nervous!..doakan umie ye..

InsyaAllah, umie akan update perkembangan terkini TTC nanti..sambil2 tu mata ni dah mula mengantuk ni..so apa kata kita layan sekejap sebahagian foto2 kenangan yang umie dan hubby sempat snap a few semasa jalan-jalan ke Blue Coral Aquarium, KL Tower baru-baru ni..kami pakai voucher yg RM8 seorang tu..murah je kan.. :-) ..so happy actually, we had a chance to see quite many beautiful sea creatures, i.e spiky fish, starfish, clown fish, deep-sea fishes, etc...tambahan pula kami berdua ni memang pencinta hidupan laut..let the pics talk je la yer... :-)






Blue Coral Aquarium, KL Tower 2013

Nice place to visit ;-) .. that's all.. take care everyone!
 
-Ma'a salama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...