Thursday, 20 December 2012

2 Hadiah Hari Lahir Istimewa - Finale Part IV

Bismillahirrahmanirrahim..

bagi teman-teman yang tertinggal beberapa ceritera perjalanan umi ke S.A. sebelum ini..sudilah kiranya kalian intai di Part I, Part II dan Part III ...dan ini adalah ending kisah perjalanan penuh cabaran dan dugaan umi ke S.A baru-baru ini..harap2 kalian tak jemu lah mengikuti..hehe..

Balik kepada kisah yang awalnya perjalanan penuh liku dan cabaran..dengan menempuhi perjalanan selama lebih 36 jam..transit di beberapa buah negara..terpaksa bermalam di Brazil, disoal pegawai imegresen santiago, kisah pemeriksaan kastam..terlepas hari pertama mesyuarat dan lain-lain yang tak dapat diceritakan di sini.. tapi Alhamdulillah semuanya adalah kenangan pahit dan manis yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila..ermm..sedih, takut, excited, sayu, berani semua perasaan lah bercampur baur kiranya.. 

Walaubagaimanapun, ending kisah umi ke SA ni memang best lah..bukan sebab dapat merasai jalan2 di bandar Santiago ataupun berpeluang jejak ke Pergunungan Andes ke..yea..Alhamdulillah itu juga pengalaman indah..tapi ada lagi yang sangat istimewa dan tak pernah umi terbayang dan terfikirkan akan berlaku..hehe..

kisahnya bermula dengan umi terpaksa transit di airport Dubai dan menunggu lebih kurang 7 jam untuk menaiki kapal terbang Emirates seterusnya untuk pulang ke malaysia..seat tempat duduk umi 74A ekonomi kelas tepi tingkap betul2 row paling belakang dekat ngan toilet..senang kan..memang umi sengaja pilih seat tu..hehe..penerbangan balik kali ni istimewa sikit sebab flight yang akan umi naik ni adalah Airbus Emirates A380 yang sejak akhir2 ni sibuk diperkatakan orang ramai dan keluar di TV..hehe merasa juga naik airbus perjalanan jauh kali ni..Airbus Emirates A380 ni kapal terbang 2 tingkat..ada upper deck (first and business class) dan lower deck (economi class)..besar dan sgt luas..memang canggih dan sophisticated.. :) ..Alhamdulillah..rezeki la kiranya tu kan..

waktu sampai di kaunter emirates airline untuk ambil boarding pass tu..suddenly staff tu kata..

"Owhh..waitt madam..we have upgraded your seat........to BUSINESS CLASS..."

whatttt?? seriously unbelievable.. tak percayaaa..kejutan apakah ini?? serioussss....

huh? Emirates A380 Business Class? i was shocked..ya Allah.

serious..umi tak pernah terfikir langsung bukan kata dapat merasa naik airbus A380 tu saje..tak terfikir langsung juga akan dapat duduk di business class A380 ni..untuk umi ni naik air asia pakai duit sendiri tu bolehlah lagi...itu yg mampu buat masa sekarang..hehe..tak layak rasanya untuk seat business class ni lagi lar..do not even dream..

hakikatnya...Alhamdulillah...memang umi dapat merasa duduk di business class la..bukan mimpi di siang hari...it's all atas perancangan Allah..rezeki yang tak disangka-sangka..ntah dari mana datang ntah..Dia beri umi peluang dan kesempatan merasai nikmat ni...terima kasih ya Allah..sangat2 bersyukur..

umi rasa cam terkinja-kinja pun ada bila dpt tahu tu..hehe..so excited..sorry to say ok..hakikatnya memang sangat2 tak percaya..macammana rupanya Emirates A380 business class ni..ianya berada di upper deck kan..so merasa la umi lalu bersama2 penumpang 1st class dan business class ni..diorang kan diberi laluan dulu, selalu tengok je diorang ni naik dulu..sekarang merasa sendiri lah..hehe..bestnyer..jeng..jeng...jeng

tengok gambar jer la ye..sebab speechless..


laluan khas bagi penumpang 1st class dan business class..naik lif khas ke upper deck.. :)

Keadaan dalam upper deck..tempat simpan beg kat atas tu sorang satu tau..ikut seat masing2

Emirates A380 business class..luas dan selesa..seat 1-2-1...1 row dalam 4 orang jer..

set TV yang besar dan canggih di setiap tempat duduk penumpang..lebih besar dari  kelas ekonomi punya TV

TV dilengkapi dengan program I.C.E dan real time CCTV

3 different angle views CCTV..(i) boleh lihat dari sudut wing atas (sprt gambar kiri), (ii) cctv dari bawah body kapal terbang (gambar kanan)-utk nampak daratan dan (iii) sudut cockpit pilot- view nampak hadapan

Terpisah oleh laluan...antara seat tepi tingkap (privacy) dengan seat tengah..

Lie-flat business class seat..tempat duduk boleh ubah kepada 3 style..duduk tegak..duduk santai (ke belakang sedikit) atau tidur terus jadi katil..hehe (butangnyer ditengah2 atas tu)

personal mini-bar di setiap tempat duduk..minum je apa nak minum..kalau tak cukup boleh order lagi..it's free..

dah kata all are free..mintak la apple juice kan..hehe

Touch screen di sisi penumpang (berada di mini bar) untuk akses ke TV besar..selesa dan senang control..kali ni mintak orange juice pulak la..hehe..

pelbagai menu best2..boleh pilih mana2 suka..  ;)

apa lagi minta yg paling best kesukaan hati la..nyum2..it's all halal in Emirates Airline

dan lagi...

dilengkapi dengan onboard lounge untuk para penumpang bersantai..semua makanan di lounge adalah free utk dimakan..

Emirates A380 onboard lounge..so exclusive

lagi..

washroom dia pun in the frame juga k..hehe

boleh juga lihat di mana lokasi kapal terbang sedang terbang...klas ekonomi  pun ada juga kemudahan ni..

sewaktu kapal terbang nak mendarat di KLIA..dah sampaiii...yeayy...Alhamdulillah selamat tiba

So, itulah serba sedikit ceritera pengalaman pahit dan manis perjalanan umi ke S.A..penutup dia best kan..umi tiba di KLIA 17 Dec 2012 haritu jam 4.55pm..

dan 18 Dec 2012 semalam adalah hari jadi umi...so bagi umi inilah hadiah hari jadi yang agak bermakna dan umi takkan dapat lupakan..bukan birthday surprise dari hubby atau mana2 insan tersayang lain..tapi rezeki Allah bagi untuk birthday present kali ni.. Terima kasih ya Allah..terima kasih tak terhingga.. Alhamdulillah syukur..

mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki yang lebih hebat dari ini dan yang ditunggu2 tak lama lagi kan..kalau yg itu tu..umi pun tak tahulah nak cakap apa la kan bila tiba masanya nanti...hehe can't wait for that...insyaAllah suatu hari nanti...semoga semuanya dipermudahkan..

Ok itu jer..ini adalah sekadar coretan kenangan abadi buat umi..

tk cre semua..


p/s: tqvm my dear abang hadiahkan perfume yg sangat wangi tu.. really like it..luv u too.. :)

-Ma'a salama

Tuesday, 18 December 2012

0 My Long Journey to SA - Part III

sambungan dari ceritera part II.. 

jalan2 pemandangan di sekitar bandar Santiago, Chile.. :)



Bonaparte Hotel tempat umi menginap di Santiago, Chile

Bonaparte Hotel

saja jer..hehe

Catholic University, Santiago Chile

Catholic University, Santiago Chile

Santiago buses and cars

Some old buildings - British colony 

Kesan jajahan british di Santiago- banyak bangunan british colonial di sini


british colonial building



Chileans


Santiago bus

another British Colonial building

sesak..

Bandaraya santiago


 itu jer yg sempat umi rakam..bersambung ke finale part IV (Happy Ending)... ;)


-Ma'a salama

4 My Long Journey to SA - Part II (Andes Mountain)


Ceritera penuh liku dan cabaran menuju ke S.A. telahpun berakhir.. :)

The meeting went well, Alhamdulillah..sepanjang umi di Santiago, tiada apa-apa masalah berlaku..orang-orang S.A dan N.A yang hadir mesyuarat juga telah layan umi dengan baik, friendly, Alhamdulillah..mereka ni agak professional..umi sempat jalan2 di bandar santiago for sightseeing dan shopping di one of the handicraft market..penjual2 di situ juga peramah..sempat la grab some souvenirs untuk di bawa pulang..hehe :)

The best part adalah..Alhamdulillah umi sempat mengambil tour package ke Pergunungan Andes..woww..ianya macam tak lengkap rasa bagi sesiapa yg berkesempatan dapat pergi ke Amerika Selatan tapi tak sempat jejak ke Andes ni. Alhamdullilah rezeki umi kot..trip ke andes ni telah mengambil masa lebih kurang half day tour juga..dari bandar santiago ke Andes lebih kurang 1 jam perjalanan..dikatakan ketinggian puncak Andes lebih kurang ~6000m (tinggi kan, manakala puncak gunung kinabalu ~4000m lebih)..dan kami mendaki naik ke 3000 m altitud untuk melihat pemandangan dari atas pergunungan andes, tinggi juga..di kawasan bermain ski di musim winter..untuk makluman semua, Andes ni adalah banjaran benua gunung terpanjang di dunia dan meliputi beberapa buah negara di Amerika selatan seperti Peru, Colombia, Chile, Ecuador, Venezuela, Argentina dan Bolivia..sangat besar dan panjang.., jalan naik ke gunung ni agak berliku-liku tajam dan pusing-pusing..umi mabuk dan berhenti muntah beberapa kali juga la..huhu..oppss sorry la...anyway, let the pics talk je la yer..hehe

Pemandangan Pergunungan Banjaran Andes yg sempat dirakam dari atas kapal terbang

Glacier ice dan salji menutupi sebahagian puncak Andes (view dari atas kapal terbang)


kawasan-kawasan lurah Pergunungan Andes (view dari atas kapal terbang)

Tasik biru hijau di celah-celah banjaran (view dari atas kapal terbang)
On the way to Andes Mountain (nun yg bersalji itu...)
mendaki naik..see the cactus are everywhere la.. :) ..suhu mula sejuk dan dingin

Andean Fox (musang Andes)..jarang ditemui di sini kata the tourist guide..
Andean Condor (Kondor Andes)..sejenis burung besar karnivor yg memakan bangkai daging juga banyak dilihat di sini

I was here ... Valle Nevado, Ski Resort Chile at 3000m altitud

di sini lah check point untuk bermain salji - musim winter di Andes

Pemandangan Andes yg indah berlatarbelakang awan altocumulus yg cantik.. masya Allah

Tempat tinjau .. di ketinggian ~3000 meter ..suhu sejuk

a suitable place for honeymoon also.. so sweet ;)

another best scene - from Andes 

looks like The Grand Canyon in Arizona kan ..but in black

Andes ~ The longest continental mountain range in the world

Cable car checkpoint..beroperasi waktu musim winter sahaja untuk ski dan snowboard di atas puncak..kalau musim sejuk..kawasan ni semua dilitupi salji tebal..sekarang musim summer
ski resort di Andes


awan altosirus yang sangat indah..jarang dapat dilihat

van yg membawa kami naik ke Andes Mountain juga in the frame ok  :)

Kesimpulan yg umi boleh gambarkan, trip ke Andes ni sangat best tapi agak mencabar, Alhamdulillah memang nampak betapa hebatnya kekuasaan Allah, subhanallah..sampai termuntah2 la punya nak naik pergunungan ni..hehe..rasanya lepas ni tak jejak lagi dah kot ke Andes ni..cukuplah hanya sekali in my life..hehe..Terima kasih ya Allah atas kesempatan ini!

InsyaAllah..ada kesempatan part III bersambung kemudian ye..


-Ma'a Salama

Friday, 14 December 2012

4 My Long Journey to South America

Assalamualaikum..

Wahh..dah hampir seminggu juga tak update rasanya..now umi masih lagi berada di Santiago, Chile, South America...huhh..perjalanan yg sangat2 panjang, agak meletihkan dan sangat mencabar for me...seriously..

penerbangan lebih 36 jam untuk sampai ke Amerika latin ni..diuji dengan kapal terbang Emirates boleh delayed pula di airport Dubai was for about 2 hours.. :(
(by the way, airport dubai agak cantik dan sgtlah besarrr..dan tersangatlah ramainya orang..serious macam berada di pasar raya KLCC/ Mid Valley pulak suasananya..hehe)











disebabkan kapal terbang delayed di Dubai, so masa umi sampai di Sao paulo, brazil dah terlepas kapal terbang ke Santiago pula..ya Allah ujian lagi..so umi terpaksa bermalam di Sao Paulo..pihak emirates airline yang tanggung semua penginapan dan makan minum sewaktu bermalam di Sao Paulo..hotelnya berada di dalam airport aje sebab umi tak dibenarkan keluar dari imegresen disebabkan tiada visa..so takpe..umi pun tak berani nak keluar2 sebarangan ni..takut juga.

Esoknya, terpaksa ambil boarding pass baru untuk ke South Amerika naik LAN airlines..not bad..tapi yang tak bestnya, disebabkan umi bermalam di Sao Paulo umi dah terlepas mesyuarat hari pertama which is umi sepatutnya kena bagi pembentangan sesi pagi tu..ingatkan dah terselamat la tak perlu present..hehe..rupanya diorg decide nak dengar juga presentation umi on the second day of the meeting..huhu..kena juga get prepared..:(

satu lagi ujian terpaksa ditempohi masa sampai di airport santiago..sampai di kaunter imegresen queue sangat panjang coz campur dengan penumpang dari airlines lain juga..kalau di airport santiago ni..beratur satu line panjang..bila mana-mana kaunter imegresen kosong dipanggil nombor..kita pergi...tak macam di airport KLIA atau mana2 negara umi pernah pergi..beratur ikut kaunter kan..which is lebih senang..but that's not the issue..yang ujiannya bagi umi masa dah sampai kaunter imegresen tu..pegawai imegresen tengok passport umi..tengok muka umi..then tiba2 boleh pula dia tanya soalan 'why you wearing this???' sambil muka serius tunjuk tudung umi pakai..keep asking 'why??..why??' sedikit  gelabah juga dah masa tu..ya Allah..hanya tuhan je yg tahu..jangan dia suruh umi buka tudung masa tu jugak dah la, sebab setahu umi ada sesetengah buah negara, orang bertudung tak dibenarkan masuk atau dilarang pakai tudung di negara tersebut..huhu..umi serba salah dibuatnya, apakah jawapan yg sesuai nak jawab balik..dalam kalut2 umi pulak cakap.."oh..this is normal in our country"..jawapan umi tu dia tak puas hati rupanya...dia tanya lagi "but why..why are you wearing like this??..why??" mak aii..dengan muka seriusnya umi tahu dia tak puas hati kenapa umi pakai tudung..mungkin juga tak ramai foreigner muslim perempuan yang bertudung litup masuk ke santiago mungkin..asalkan don't blame me as a terrorist dah ye..i come in peace here..masa tu umi baca ayat rabbi yassir wala tuasir wa karim..umi tawakkal pada Allah..umi jawab yang terakhir dan nekad "We have to wear this..it's about religious..I'm muslim"..hanya tawakkal pada Allah saja masa tu, berharap Allah bantu sgt2 umi..dan Alhamdulillah..dia tengok umi..sambil geleng2 kepala..dia bagi passport..lepasss...huhh..I believe in Allah..

itu belum cerita part nak keluar dari kastam..check beg..siap ada anjing hidu2 beg..ohhoo..nasib baik dia tak hidu beg umi yg penuh dengan ikan bilis sambal yang kak long buatkan (tq so much along, really appreciate it! that's y i luv u kak)..roti..dan makanan2 ni..sesetengah kastam tak lepaskan makanan dibawa masuk ke negara dia..terutama fruits dan yg berunsurkan meat..semua kena declare masa nak keluar kastam...berkat baca doa rabbi yassir tu, umi yakin Allah yang bantu..kastam pun lepas..Alhamdulillah...tak per la..itu semua pengalaman..i'll remember those moments for sure in my life...

ok..balik malaysia nanti umi akan update lg, insyaAllah, mungkin sedikit gambar2 pemandangan di Dubai, haa..pergunungan banjaran andes yang mana umi sempat snapped a few shots dari atas kapal terbang..sangat cantik..laluan kapal terbang betul2 atas banjaran andes tu...snowy..dengan gurun dan kaktus..really amazing sgt..masya Allah.

ohh ok..lupa nak bgtau umi CD1 masa hari umi nak berlepas hari tu.. :( .so takpe..belum rezeki yg itu nampaknya..will try again after this..insyaAllah.. :-)

ok till then.

Selamat berTTC kepada yg sedang berTTC..semoga akan menanti 'berita baik' buat kita tak lama lg..insyaAllah..tk cre semua yg sedang membaca blog umi ni k!

p/s:  - i miss my hubby so much..abang love you! pray for me always ye..

- ohh ye sampai ke saat ini dah 2 kali umi merasa gegaran gempa bumi kat sini..huhu..dan chile ni memang negara pusat gempa bumi dan tsunami...semoga semuanya dipermudahkan sepanjang berada di sini..

...bersambung ke Part II


-Ma'a salama  

Friday, 7 December 2012

4 Berlepas...

Assalamualaikum,

InsyaAllah, umi akan berlepas ke Amerika Latin ahad ni untuk menghadiri mesyuarat di sana..time departure pukul 2 pagi :-( ..nampaknya penerbangan kali ni terpaksa transit di 3 buah negara (Dubai, Rio De Janeiro-Brazil dan Bueno Aires-Argentina) dan baru sampai ke destinasi dituju Santiago...huhu..agak jauh juga tu..flight dari Dubai ke Bueno Aires jer dah makan masa ~19 jam duduk dalam kapal terbang..pasti penat..tidak apalah..demi kerja dan negara..ececeyy...tapi presentation untuk dibentangkan di dalam mesyuarat nanti pun belum sempat2 nak buat lg nie..asyik sibuk je memanjang minggu ni...masih juga tercari-cari idea..

Hubby tak dapat nak ikut sekali tapi yg bestnya kawan-kawan ofisnya dah pakat-pakat nak pergi memancing di kelong kebetulan pd waktu yg sama..eiii bestnyerr abang..kalau ke kelong tu umi pun nak ikut juga..tak pernah merasa memancing di kelong...ikan-ikan sana mesti besar dan berbeza sebab laut dalam kan..abang jgn lah suka-suka sangat ok..be careful..next kita pergi situ balik kalau best dan selamat tempatnya..

Ok, mohon doakan perjalanan umi pergi dan balik selamat dan berjalan lancar ye...

Selamat maju jaya untuk kalian semua yg melawati blog umi nie and take care ok...


p/s: hari ni dah masuk CD 35...


-Ma'a Salama

Tuesday, 4 December 2012

4 TTC: Ikhtiar untuk cycle baru nanti..

CD32..

'Ia' belum muncul lagi...belum tiba masanya mungkin..
tapi, InsyaAllah akan cuba dengan ikhtiar ini pula untuk next cycle nanti ... :-)

sekalipun bukanlah untuk tujuan nak dapatkan zuriat semata-mata, tapi paling-paling berusaha untuk sihatkan tubuh badan kan, insyaAllah..itu bagusnya pemakanan sunnah nie..mudah-mudahan usaha diberkati..tak kiralah apa usaha kita sekalipun..

semoga tiada halangan dan diberi kekuatan oleh Allah untuk terus bersemangat dan tidak putus asa dengan ujian ini..insyaAllah...pasti akan ada jalan keluar...umi yakin itu.

Susu kambing dan jus pati kurma sebagai ikhtiar

Hari sabtu lepas kami ke expo MAHA 2012...best dan menarik tapi subhanallah terlalu ramai umat manusia walau hari hujan..hehe..kami sempat pergi ke laman ternakan..dapat la tengok yang namanya Lembu baka kacukan Limousin tu..adoiyaiii..bosarr nye..mau kalau jual tu lebih RM10K tu..hehe..jalan-jalan situ sempat juga singgah beli satay rusa, satay ayam belanda..kambing biri-biri panggang..kambing boer BBQ, bebola kambing..sebenarnya memang itu tujuan kami ke situ..jalan2 nak cari makan daging kambing.. :-)

jalan-jalan tup2 jumpa satu kedai yg jual susu kambing (sprt gambar di atas tu)..kami pun decide untuk beli..no harm in trying kan..umi akan minum yg kotak biru tu campur dgn jus pati kurma (beli di klinik), hubby minum kotak merah plus goji tu...so, kita cuba aje la untuk cycle yang akan datang nie..harap2 punya disiplin yg tinggi la kami berdua ni.. :-)

Semoga Allah permudahkan urusan dan ikhtiar kami..ameen.

Selamat berusaha juga untuk kawan-kawan TTC yang lain...

-Ma'a salama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...