Friday 4 October 2013

15 TTC: Ikhtiar dgn cuka kurma (Khal)

Assalamualaikum,

Nampak gayanya usaha umie kebelakangan ni untuk turunkan berat badan ni tak berapa nak efektif..setiap hari (selama 2 minggu ni), umie cuba untuk kawal pemakanan dgn mengambil makanan berat (segenggam nasi) sekali sehari saja, makan supplemen shaklee (set slimming) ikut aturan ditetapkan, lakukan sedikit senaman (lebih kurang 15-20 min) setiap hari. Dan hasil usaha selama 2 minggu ni berat cuma dapat diturunkan lebih kurang dalam ~1 kilo macamtu..hmm..payahnya nak turun berat ni kan..baru tau padan muka! ;-)

dan kebetulan umie ke gedung kurma baru-baru ni, terjumpa 'khal' murah ada dijual disitu..umie terfikir apa kata kita cuba tambahan minum cuka kurma ni setiap hari (bertindak as a booster..hehe, makanan sunnah lagi pula)...banyak manfaat cuka kurma ni selain untuk buang lemak & turunkan kolestrol, cuka kurma ni pun baik untuk kesuburan juga tau..tambah lagi ianya pemakanan sunnah..dah lama terdengar khasiat mengenai cuka kurma ni..ramai yg bgtau ianya bagus untuk diamalkan minum setiap hari. So sekarang ni setiap hari umie & hubby akan cuba minum khal ni 2 kali sehari (khal+madu+air), Alhamdulillah memang bagus dan nampaknya ada perubahan positif...kawan-kawan cubalah ye! 

umie nak rasa cuka kurma..mr hubby pula nak cuka apple..oklah..kita beli dua2 je..jgn tak abis sudah la ye bang...hehe :-)

Anyway, berikut tentang khasiat cuka kurma ni kalau sesiapa yang nak tahu..


Kandungan Cuka Kurma:

Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).


Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-

- dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
- membuang darah kotor & melancar aliran darah
- mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
- melancarkan pergerakan usus
- merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
- memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
- menurunkan tahap kolesterol
- mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
- membakar kalori dgn cepati
- membuang toksin
- merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
- penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
- mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
- merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
- mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
- melancarkan pengeluaran susu ibu - melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
- memperbaiki fungsi limpa
- menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

Rujukan Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

sumber: manmala blogspot

patutla orang arab hari-hari makan daging tapi tak pernah kita dengar kes mereka ni kena penyakit darah tinggi melampau, kolestrol ke atau penyakit2 kronik ni..mereka ni pun makan daging bukannya sikit2 tau kalau sekali hadap tu..tapi sebab antaranya mereka amalkan minum khal ni..kira dia potong balik la kan...macam orang jepun hari-hari makan seafood bersama wasabi sebab ianya boleh potong toksin dalam badan...ok je takde pula org jepun semua kena sakit gout tu kan..hehe

kita??..tp sesiapa yg suka makan ulam-ulaman tu kira ok la.. ;-) 


Cuka kurma dan cuka apple atau biasa dipanggil 'khal' yang umie beli haritu..
brand Minab dan Kemal..umie beli dgn harga RM15 sebotol


catatan: jgn lupa untuk selawat sebanyak 3 kali sebelum minum khal ni ye..berdoalah kepada Allah untuk dihindari dari sebarang penyakit, insyaAllah. Sama-samalah kita amalkan pemakanan sunnah ni kan.

Semoga Allah berkati dan permudahkan ikhtiar kita semua..ameen.


ma'a salama
post signature

15 comments:

  1. Umie, cuka kurma ni rasanya kuat jgk macam cuka epal tak? Saya baru seminggu amalkan cuka epal tp tak tahulah blh istiqhamah atau pun tidak sebab susahnya nak menelan cuka tu...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanie, umie ada rasa cuka apple tu..tp bg umie rasa masamnya tu tak la sekuat cuka kurma tu walau sukatan sama 1 sudu besar campur satu sudu madu...rasanya cuka kurma lg kuat kot..huhu..umie pn minum sket2 tp Alhamdulillah masih boleh telan lg..tp cuka apple ni wangi sket baunya tu kan..entah ye tapi hubby umie pn macam x boleh nk telan cuka apple ni, katanya kuat sgt masamnya tu..hmmm..kena buat separuh sudu je bru boleh telan..xpe kita cubalah ye hanie..usaha buat benda2 baik ni mmg ada je rintangannya..kt tawakkal dgn ikhtiar ni pula..:-)

      Delete
    2. Seminggu lepas saya amalkan cuka epal, period saya turun sampai ke hari ni dah 12 hari period. Tp memang minum cuka epal tu angin keluar banyak...tak tahu nak kata serasi ke tidak sebab baru seminggu dah period, masa period saya stop dulu tak berani nak minum. Tengoklah lepas period ni nak sambung balik minum

      Delete
    3. lamanya period tu hanie..betul2..umie skrg ni pun tgh musykil juga ni..sejak minum cuka kurma & set slimming shaklee ni period jd x stabil la..skrg ni umie dh lewat period 12 hari..sebelum2 ni period regular je 31-33hri ..huhu..risau la..apa yg tak kena ni yek..

      Delete
    4. Jika nak sedap.. tambah Cuka epal @ cuka kurma ( salah satu cuka yer) + madu + jus kurma+ 1 cawan air = walla... sedap... cubalah ... nak jus kurma JUS DELIMA, CUKA APPLE / CUKA KURMA rm15.. SAHAJA 0166026253

      Delete
  2. Umie, cuka kurma sama fungsi dengan cuka epal ke? Yani pernah cuba cuka epal awal tahun ni tapi terpaksa stop terus sebab cuka epal tak boleh tolerate dengan misi Yani masa tu; turun berat badan. Masa Yani consume dua minggu, berat badan Yani naik mendadak, opposite sungguh dari fungsi sebenar cuka epal yg sepatutnya membantu menurunkan berat badan! So, Yani kena korbankan cuka epal tu dan continue dengan Herbalife. Masih ada sebotol besar cuka epal ni dalam simpanan Yani, nak buang sayang plak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yani, pasal fungsi cuka apple ni umie tak pasti la sama ke tidak khasiatnya dgn cuka kurma..kalau fikir logiknya mungkin ada beza kot kan antara apple dgn kurma..yg umie baca2 cuka kurma mmg boleh turunkan lemak & kolestrol, insyaAllah..tp cuka apple tak pasti..ehh..tp yani minum cuka apple ni berat makin naik?cammana tu yer?serius umie pn confused tu..hubby pn pilih cuka apple ni sbb nk turunkn berat jg tu..tgk2 kang naik mendadak sebaliknya..alahai tak sanggup la...hehehe..ke tgk pd badan kita jg ye?hmm..

      Delete
    2. Itulah persoalan utamanya Umie..Yani memang terkejut habis bila berat badan naik, bila consult dengan kawan Herbalife, dia suruh stop dulu..lepas tu baru berat kembali turun..mungkin tgk pada badan masing2 kot..

      Delete
    3. oo..macam tu pulak ye yani..hmm cammana ni yek? kalau ada sesiapa yg ada pengalaman minum cuka apple ni hrp dpt bg review sket kt sini pun bgus juga ye..nk thu testimoni org2 dh berjaya dgn cuka apple ni kan..

      Delete
    4. setakat yang saya tahu, cuka epal+madu/cuka epal+pati delima gulsan boleh mbantu mengurangkan berat badan. wallahualam.

      Delete
  3. umie, nanti dah habih sebotol, review product ya... heheheh...i ni takut nak makan sbb takt masam. perut ni mcm sensitip masam2 sgt ni... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul masam sgt2 kalau minum gitu2 je sweet..tp kan kalau dicampur dgn madu kurang sket masamnya tu..hehehe..skrg dh hmpir habis separuh..so far kesannya mmg positif..serasi..angin dlm badan ashik keluar je..tp i tak pasti sbb minum cuka ni ke atau produk shaklee tu..hehe..insyaAllah nnti i bg review bila habih k :-)

      Delete
    2. Cuka kurma ni mmg byk khasiatnya. Saya minum setiap pagi masa perut kosong, satu sudu besar dibancuh dgn 1/2 cawan air suam. Ini sunnah nabi, pasti ada kebaikannya walaupun kita rasa tak selesa. Kalo kita yakin, insyaallah akan nampak hasilnya, pahala pun dapat. Bila kita rasa was2 dan kurang yakin, maka rasa masamnya sajalah yang kita akan ingat. Wallahualam...

      Delete
  4. Baru beli semalam..pagi tadi minum ..glupp..hehe..macam minum jeruk..

    Anyway..salam perkenalan..jemput ke blog saya www.anjungceria.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah saya amalkan minum cuka kurma selepas makan pagi dan petang/malam.. the best part is... berat badan saya turun... badan rasa ringan dan kulit muka nampak muda... bangun pagi2 saya minum air masak suam segelas dan terus ke toilet... sehari boleh pergi ke toilet 2 3 kali... bukan cirit birit tapi saya rasa apa yg tak perlu ada dalam perut semua keluar... best best.. Alhamdulillah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...