Showing posts with label Russian Federation. Show all posts
Showing posts with label Russian Federation. Show all posts

Wednesday, 11 September 2013

6 ~ Khabar dari Vladivostok...

~ Vladivostok, Russia ~

Assalamualaikum wbt.,

Umie sekarang masih lagi berada di Vladivostok, Russian Federation.
Hari ini dah masuk hari ke-5 umie di sini. Perbezaan waktu di sini cepat 3 jam dari di Malaysia. Suhu sekarang agak sejuk dingin ~15-17 degree..kadang-kadang berdepan dengan cuaca "Cold Front"..pengalaman pertama merasai cuaca sejuk front di negara russia ni..hehe.. 

Musim begini sepanjang umie di sini..malam gelap agak lewat, pukul 8 malam masih lagi terang benderang macam pukul 6 kita kat malaysia..hehe..confius jadinya kan..sekitar pukul 9 mlm ke atas tiba2 je terus gelap..waktu zuhur masuk sekitar jam 2.10pm, Asar lebih kurang jam 5.45pm, maghrib 8.30pm..yg bestnya isyak dlm jam 10 mlm mcmtu baru masuk waktu isyak kat sini. 

mesyuarat umie di sini bermula seawal 8 pagi lg kira lebih kurang pukul 5 pagi di Malaysia..aduhai ngantuknya tak bleh nak cakap la..org tengah bermesyuarat, umie ni blurrr..langsung tak boleh nak catch-up apa kebenda yg dibincangkan tu..mata ni ibarat digam2 aje terus..paksa bukak jg mata ni takut tertidur karang bikin malu je Malaysian delegation..hehe..x pasti kalau2 delegates yg lain perasan ke tidak..lepas 3-4 jam baru boleh adapt sikit2 hilang rasa ngantuk n concentrate dlm mesyuarat..papepun pengalaman berada di sini kan :-) ..


Australian Delegations..

Russian Federation Delegations..
Ramai juga delegates yg hadiri mesyuarat kali ni..antaranya US, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, China, Colombia, Mexico, Equador, Indonesia, Vietnam dan beberapa negara yg lain. Alhamdulillah, ada antaranya yg umie pernah/biasa jumpa sebelum2 ni. Jadi takde la terasa terasing sangat kan..diorang pun OK & professional di bidang masing2. 




So xpe kita lupakan ttg mesyuarat tu, meh umie tunjukkan sikit pemandangan sekitar bandar vladivostok ni k..

Jambatan yang dinamakan "Zolotoy Rog Bridge" di Vladivostok, Russia. Ianya di bina bersempena APEC Summit 2012

 ~Pemandangan Bandar Vladivostok dari Main City Viewpoint ~

the only signboard dlm bhs inggeris yg umie terjumpa..boleh kata semua papan tanda dlm bhs mereka..org2 dia pun rata2 tak faham bhs inggeris..kalau sesat memang susah kat sini..huhu..guna bhs isyarat je la itupun kalau mampu faham..pandang kita pun pelik semacam je..tak berani lar!

jalan-jalan di tepi jalanan..otw nak balik ke hotel

Banyak Patung/Tugu peringatan terdapat di Bandar ni..
umie & rakan2 jalan bersiar di bandar..tq Dr Phuong n u guys!

katanya ni salah satu tmpt cinema..ntah umie pun tak berapa pasti tempat apa ni..pakai snap je ..huhu




OK, last but not least...

Pemandangan Bandar Vladivostok dari Main Viewpoint

Secara terus terang ye..pengalaman umie di sinilah paling umie takkan dapat lupakan..agak sukar berada di sini sendirian..mencari makanan yg halal langsung tiada..komuniti islam sangat2 minority di sini..ibaratnya tiada peluang langsung kalau nak terjumpa seorang tu..semua bahasa pencakapan, papan tanda dlm bahasa mereka..sepatah pun kita takkan faham (ini bg umielah ye..yg mmg tak pernah nak bljr bhs mereka ni). Even mereka pun tak berapa fasih/faham bhs inggeris..itu yg agak payah bg kita pelancong asing. Cara sesetengah masyarakat mereka memandang umie yg memakai tudung ni juga agak lain macam sikit..pandangan yang tajam..umie mmg perasan tu..tak tahu kenapa mereka pandang begitu kan?..itu yg membuatkan umie tak berani dan saat itu umie betul2 tawakkal pada Allah..umie akan keluar dari hotel bila saat2 yg perlu je atau berteman dengan kawan dari vietnam & lain2..berada di perantauan sendirian macam ni sbg seorang islam, muslimah lagi pula..mmg mengajar umie satu perkara..hanya pada Dia lah kita memohon perlindungan & keselamatan di manapun kita berada..semoga Allah permudahkan urusan dan perjalanan umie di sini dan balik ke tanah air nanti.

InsyaAllah, di lain masa umie cuba ceritakan pengalaman sepanjang menempuhi perjalanan ke sini k..

tk cre semua! doakan umie di sini ye..

~La tahzan innallaha ma'ana~

-ma'a salama
post signature

Thursday, 5 September 2013

6 Vladivostok, Russian Federation...here I come!!

Assalamualaikum,

Dear friends :-) 

Malam esok umie akan berlepas ke Vladivostok, Russia. Umie perlu hadiri satu mesyuarat penting di sana selama seminggu..please doakan kemudahan dan keselamatan umie sepanjang berada di sana ye..umie pun doa sangat moga2 tak terjadi sekali lagi insiden yg sama berlaku pada umie sewaktu di Amerika Latin haritu...huhu..mau nangis kali ni kalau berlaku lg..aduh tak sanggup rasa..visa umie nak ke Russia ni pun esok pagi baru siap ni..perlu ke Embassy Russian Federation Jln Ampang esok pagi..fuhh..last minute betul la umie ni...hehe..nasib baik juga hotel penginapan semua pihak kedutaan Malaysia di Moscow yg uruskan..huhh..hopefully everything's gonna be fine..doakan ye kwn2!

abang, terima kasih kerana mengizinkan..i'm gonna miss u sgt2! pray for me..I'll take care of myself, insyaAllah.

Tq frenz atas doa kalian juga ye :-)


credit to google image

nampaknya blog umie ni akan mula berhibernasi kembali mulai esok yek.. -___-

daaa daaa semua..

and Vladivostok...here I come! InsyaAllah

-ma'a salama
post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...