Assalamualaikum wbt.,
Sekadar renungan dan ingatan buat kita semua yang bergelar anak..
sila lah hayati sebaiknya..
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH..
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan
keadaan kita setiap hari..
tetapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang
mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon lah
anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung
kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan
wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak
"kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum
air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar
malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa
ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat
berharga. Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka
kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di
ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah marah kita..tapi tahukah kita yang
ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke
sekolah atau kolej/universiti untuk belajar.. Di saat kita memerlukan
macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi dan tanpa
menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang
berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi,
ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta
izin untuk mengambil kita dari ayah..ayah sangat berhati-hati mengizinkannya..dan
akhirnya..saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan
kita..ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu bahawa ayah sempat pergi ke
belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun
berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakanlah putera
puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan
kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg
memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.. Itulah pengorbanan seorang
ayah.. apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan
untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu
walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap
kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya
tersenyum melihat.. Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap
ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu?
kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu??
# fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawan..ayah dan
ibu adalah segala-galanya.. janganlah sesekali kita abaikan mereka..dan jangan
sesekali membenci mereka..apabila anda ditegur atau dimarahi kerana teguran
mereka untuk kebaikan kita semua...sayangilah mereka sementara mereka masih ada di
dunia ini... :')
|
Bie sayang Abah dan Mak selalu..selamat sihat sentiasa ayah bondaku tercinta.. ..ameen ya rabbal alamin.. |
Terima kasih Abah!...Terima kasih Mak!..terima kasih di atas segalanya.
Moga Allah SWT membalas jasa baik kalian mendidik kami dan mencurahkan kasih sayang dengan cukup sempurna di dunia, Alhamdulillah.
-ma'a salama