Friday, 25 October 2013

6 Salam Jumaat: Bersediakah Untuk Mati?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.,

Salam Jumaat penuh keberkatan, InsyaAllah.
Topik yang sedikit berat namun sangat perlu untuk kita saling ingat-mengingati dan hayati.

Renungan buat diri ini(terutamanya), anda, kita semua yang sekadar merupakan 'Peminjam' di dunia yang sementara..semakin hari demi hari yang kita lalui, itu bermakna semakin hampir juga ajal maut itu kepada kita..setiap yang bernyawa pasti akan merasai MATI dan menempuhi saat 'sakaratulmaut' itu..sudahkah kita mempersiapkan diri menghadapinya? yang mungkin saja kita akan berdepan dengannya 'secara tiba-tiba' dan 'bila-bila' sahaja.

dan ingatlah;

Bilamana seseorang insan telah meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara:

(1) Sedekah jariah
     (i.e Wakaf tanah, wakaf al-quran, duit sumbangan pembinaan masjid/sek. agama, dll atau sedekah
      yg bersifat kekal dan dimanfaatkan oleh orang di dunia walau pemberi sedekah itu
      telah meninggal dunia-pahala akan terus mengalir bagi si penderma selagi mana barang 
      sumbangannya itu digunapakai) ;
(2) Ilmu yang bermanfaat;
(3) Anak soleh yang mendoakannya.

(Hadis Riwayat  al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)

Ayuh marilah!..diri ini dan kita semua..sama-sama kita hayati dan renungkan artikel di bawah ini..agar dapat menginsafi diri..moga-moga ianya dapat memberi sedikit manfaat buat kita semua kelak, insyaAllah.


~***~

Sudahkah Kita Bersedia Untuk MATI ?



Pernahkah kita melihat kuburan? 
Pernahkah kita melihat gelapnya kuburan? 
Pernahkah kita melihat sempit dan dalamnya liang lahad? 
Pernahkah kita membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur atau alam barzakh. Malam pertama di alam kubur, sudahkah kita bersedia untuk mati? 
Sedarkah kita bahawa kuburan itu dipersiapkan untuk kita dan untuk orang-orang selain dari kita?
Bukankah telah silih berganti kita melihat teman-teman, orang-orang tercinta, emak ayah dan keluarga terdekat kita diusung dari dunia fana ini ke kuburan? 
Apakah malam pertama kita di alam kubur nanti memperolehi nikmat atau penuh dengan derita dan sengsara?

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. "Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"


Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia keseronokan yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia hanyalah  amalan-amalan soleh yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan dengan kurangnya amalan kita sekarang? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: “Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100). Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’”. Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?. 
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”. Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meskipun hanya sedetik. Ia biasa datang menyentap dan menyerap dengan tiba-tiba. IA MISTERI AMAT MISTERI. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap sedia. Dan tentu, Husnul Khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah Allah Ta’ala (istikomah dalam solat dll) dan menjauhi segala larangan, (jangan lalai , liat  solat dll). Tanpanya, husnul khatimah tidak mungkin diperolehi . Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan? Malam Pertama Di Alam Kubur - Sudahkah kita bersedia untuk Mati. Wahai orang yang semakin dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?. Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?. Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
(Dipetik dari buku Dr Aidh Abdullah Al- Qarni)



ma'a salama
post signature

6 comments:

  1. terima kasih umie..
    alangkah bagus kalo hari2 kita insaf dgn diri kita...
    tp selalunya kita leka.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..sebab tu kita semua kena selalu ingat-mengingati kan..hidup di akhir zaman..godaannya lebih berat... :-(

      Delete
  2. Umie, thanks for this sharing. teringat my fren... her grandpa ada madrasah. kat madrasah tu memang dia buat replika kubur, dalam n tinggi semua sama. and dia kata, her grandpa memang suruh anak murid dia bermalam dalam kubur tu utk satu malam, merasai apa rasanya dok sorang2 dalam kubur, n muhasabah diri. kalo i, belum tentu berani nak dok dalam tu sorang2, even masa hidup ni...apa lagi bila dah mati....Astaghfirullah.....banyaknya dosa ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya ada madrasah mcm tu..mesti semua ank murid yg belajar kt situ jd selalu insaf n tawaduk pada Allah kan..berpengalaman dari org lain merasai saat tgl di dlm tu..ya Allah..diri ni pun sama jg sweet..selalu terfikir cukupkah bekalan utk ke sana nnti?diterimakah amal ibadat selama ini?bagaimana jika itu..bagaimana jika ini..huhu..sungguh masih byk lg perlu diperbaiki diri ini..Ya Allah..sama2 kita saling ingat-mengingati ya..

      Delete
  3. Alhamdulillah...entry ini adalah entry yang sangat bagus. Satu peringatan buat kite semua. Bukankah mengingati mati itu wajib..cuma kdg kala kita terlupa akan mati dan terlalu asyik dgn duniawi..semoga selepas membaca entry ini, kite semua sama2 beroleh manfaat daripadanya. Semoga kita semua sentiasa diberikan cahaya taufiq dan hidayah dari Allah, semoga kita semua berada di jalan yang lurus, semoga kita sentiasa berada di bawah naungan Rasullullah S.A.W. Semoga kita semua dijauhkan dari siksaan kubur dan api neraka nanti. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen3x doa rina tu..sungguh kita semua bakal meninggalkan dunia ini kan.janji Allah itu benar..syurga neraka itu benar..kita umat akhir zaman memang selalu disibukkan dgn hal2 duniawi sehingga kerap terlupa tetang ukhrawi..bekalan yg sgt perlu dibawa ke dunia 'sana' nanti..kalau skrg kita masih boleh meminta bantuan org sekeliling, sedara mara, kawan2..di sana nanti siapalah yg dpt membantu kita..hanya amal kebajikan dan segala kebaikan yg diusahakan di dunia..moga2 kita akan mendapat syafaat junjungan besar S.A.W membantu kita di alam sana nanti..Ya Allah ampunilah dosa2 kita semua ini yg sedar mahupun tidak sedar..ameen ya rabbal alamin.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...