Wednesday, 30 October 2013

2 Jodoh



Tidak.. 

lambat jodoh seseorang memang tiada kaitan langsung dengan keturunan ataupun nasib malang. Hanya belum sampai masanya. Ia umpama meniti suatu jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan panjatkanlah keinginan anda itu di dalam doa-doa ketika sembahyang. Allah Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita tidak baik untuk lelaki yang tidak baik. Biar lambat jodoh asalkan mendapat “Mr Right” dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman di kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu bersangka-sangka, contohnya; aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati, berbahagialah orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita pula ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun mungkin di antaranya sebenarnya tak berapa mewah) terpaksa membayar lebih ketika berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat kali ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi ujiannya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Dunia penuh dengan tipu daya.

Demikian juga perkahwinan. Ianya suci dan murni dan kerana itu ia disarankan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, namun ia juga boleh jadi buruk kepada sebahagian yang lain bila org yang berkahwin itu kemudian hidupnya menjadi semakin tidak terurus dan tidak lagi mengikut landasan syariat agama.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam rumahtangga. Bukankah dengan ijab dan qabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi mereka yang benar-benar mengerti tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah kerana Tuhan dan menuruti sunnah junjungan besar s.a.w, bukan berkahwin kerana perasaan, nafsu dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong-lorongnya dengan sedikit ikhtiar agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

kerana sesungguhnya benar, jodoh itu adalah rahsia Allah.

Wallahua'lam

sama-samalah kita bermuhasabah diri ini..

Rujukan: sebahagian c&p 

ma'a salama
post signature

2 comments:

  1. untung lah mereka yg dapat membina kejayaan hasil persekitaran dan didikan keluarga yg baik, meranalah org yg tersungkur kerana dugaan hidup T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. berat bunyinya tu ye kak..tapi memang betul la kan..setiap insan diuji dengan ujian yang berbeza-beza di dunia..ada yg diuji dengan ujian yg sungguh berat..dunia umpama tidak adil kepada sesetengah yang lain..kerana itu adanya akhirat..di sana lah segala ganjaran besar buat mereka2 yg sabar dan pembalasan bagi mereka2 yg zalim..Allah Maha Mengetahui tiap sesuatu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...