Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
Doa Solat Dhuha:
maksudnya:
Ya
ALLAH, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah
kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya
ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat
waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan
kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
~~~~~~~
Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari
kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan
memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta
kehidupan.
- Daripada
Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang
mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya
olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
- Rasulullah
SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang
dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah
(malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat
Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR
At-Tabrani)
- Rasulullah
SAW juga bersabda dalam hadis lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas
mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti
akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani).
InsyaAllah, sama-samalah kita cuba mengamalkannya.
sebahagian artikel dipetik dari shafiqolbu.wordpress
(syukran jazilan, jazakallahu khair)
ma'a salama
No comments:
Post a Comment