Showing posts with label ad-Din. Show all posts
Showing posts with label ad-Din. Show all posts

Friday, 3 January 2014

2 Salam Jumaat: Doa Istiqamah beribadah - Wasiat Rasulullah SAW kepada Mu'az bin Jabal ra

Assalamualaikum wbt.,

Motivasi pagi di radio IKIM pagi ini ada berkongsikan satu doa yang umie rasa sangat baik dan begitu manfaat untuk dikongsikan bersama rakan-rakan semua.

Doa ini merupakan satu wasiat junjungan besar SAW kepada sahabat baginda yang dikasihi iaitu Mu'az bin Jabal ra. Baginda lantas berpesan agar jangan sesekali meninggalkan amalan membaca doa ini setiap kali selepas solat. Umie percaya doa ini mempunyai manfaat dan hikmah tersembunyi yang besar sehinggakan Baginda meminta agar sahabat Mu'az ra jangan sesekali meninggalkan bacaan doa ini setiap hari.

Ayuh, moga-moga kita semua dapat sama-sama amalkan insyaAllah, mudah-mudahan Allah SWT dapat meneguhkan iman dan keyakinan kita untuk terus dapat melakukan amal ibadah dengan lebih baik dan sempurna..dan lantas berusaha untuk menjadi insan yang lebih bertaqwa.

Wasiat Rasulullah SAW kepada Mu'az bin Jabal ra..


***

Suatu hari Junjungan Besar Rasulullah S.A.W. memegang tangan sahabat Mu'az bin Jabal ra, seraya berkata:

Wahai Mu'az, demi Allah, aku sangat mengasihimu". Lalu Baginda bersabda "aku wasiatkan kepadamu wahai Mu'az supaya jangan sesekali meninggalkan doa ini setiap kali selepas solat "


(Allahumma a’inni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik)

Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadah kami kepada-Mu, ameen.


***

Doa ini perlu dibaca dan diamalkan setiap hari iaitu setiap kali selepas solat..doa memohon agar Allah SWT menetapkan hati kita ini untuk terus istiqamah dalam melakukan amal ibadah dan dalam usaha melaksanakan semua ketaatan kepadaNya, insya-Allah.


Wallahu a'lam

ma'a salama
post signature

Friday, 25 October 2013

6 Salam Jumaat: Bersediakah Untuk Mati?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.,

Salam Jumaat penuh keberkatan, InsyaAllah.
Topik yang sedikit berat namun sangat perlu untuk kita saling ingat-mengingati dan hayati.

Renungan buat diri ini(terutamanya), anda, kita semua yang sekadar merupakan 'Peminjam' di dunia yang sementara..semakin hari demi hari yang kita lalui, itu bermakna semakin hampir juga ajal maut itu kepada kita..setiap yang bernyawa pasti akan merasai MATI dan menempuhi saat 'sakaratulmaut' itu..sudahkah kita mempersiapkan diri menghadapinya? yang mungkin saja kita akan berdepan dengannya 'secara tiba-tiba' dan 'bila-bila' sahaja.

dan ingatlah;

Bilamana seseorang insan telah meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara:

(1) Sedekah jariah
     (i.e Wakaf tanah, wakaf al-quran, duit sumbangan pembinaan masjid/sek. agama, dll atau sedekah
      yg bersifat kekal dan dimanfaatkan oleh orang di dunia walau pemberi sedekah itu
      telah meninggal dunia-pahala akan terus mengalir bagi si penderma selagi mana barang 
      sumbangannya itu digunapakai) ;
(2) Ilmu yang bermanfaat;
(3) Anak soleh yang mendoakannya.

(Hadis Riwayat  al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)

Ayuh marilah!..diri ini dan kita semua..sama-sama kita hayati dan renungkan artikel di bawah ini..agar dapat menginsafi diri..moga-moga ianya dapat memberi sedikit manfaat buat kita semua kelak, insyaAllah.


~***~

Sudahkah Kita Bersedia Untuk MATI ?



Pernahkah kita melihat kuburan? 
Pernahkah kita melihat gelapnya kuburan? 
Pernahkah kita melihat sempit dan dalamnya liang lahad? 
Pernahkah kita membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur atau alam barzakh. Malam pertama di alam kubur, sudahkah kita bersedia untuk mati? 
Sedarkah kita bahawa kuburan itu dipersiapkan untuk kita dan untuk orang-orang selain dari kita?
Bukankah telah silih berganti kita melihat teman-teman, orang-orang tercinta, emak ayah dan keluarga terdekat kita diusung dari dunia fana ini ke kuburan? 
Apakah malam pertama kita di alam kubur nanti memperolehi nikmat atau penuh dengan derita dan sengsara?

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. "Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"


Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia keseronokan yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia hanyalah  amalan-amalan soleh yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan dengan kurangnya amalan kita sekarang? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: “Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100). Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’”. Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?. 
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”. Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meskipun hanya sedetik. Ia biasa datang menyentap dan menyerap dengan tiba-tiba. IA MISTERI AMAT MISTERI. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap sedia. Dan tentu, Husnul Khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah Allah Ta’ala (istikomah dalam solat dll) dan menjauhi segala larangan, (jangan lalai , liat  solat dll). Tanpanya, husnul khatimah tidak mungkin diperolehi . Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan? Malam Pertama Di Alam Kubur - Sudahkah kita bersedia untuk Mati. Wahai orang yang semakin dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?. Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?. Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
(Dipetik dari buku Dr Aidh Abdullah Al- Qarni)



ma'a salama
post signature

Wednesday, 2 October 2013

0 Doa Solat Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim..


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: 
"Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”


Doa Solat Dhuha:



maksudnya:


Ya ALLAH, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

 ~~~~~~~ 

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)

  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani).

InsyaAllah, sama-samalah kita cuba mengamalkannya.

sebahagian artikel dipetik dari shafiqolbu.wordpress 
(syukran jazilan, jazakallahu khair)


ma'a salama
post signature

Tuesday, 30 July 2013

1 Istimewanya Lailatul Qadar itu..

Bismillahirrahmanirrahim..




Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, 
maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir). Maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.

Huraian Hadith

1.   Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah.

2.   Setiap ibadat yang dilakukan bertepatan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insyaAllah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.


sumber petikan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

***

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam Al Qadar. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1434H) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menenemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita! Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

sumber petikan: Tanda-tanda Malam Al-Qadar (Ustaz Pahrol Juoi - genta-rasa.com)

***

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, At-Tirmizi, Ahmad dan lain-lain bahawa rasulullah s.a.w mengkhabarkan bahawa: "Tanda berlakunya Lailatul Qadar adalah matahari yang terbit pada pagi itu keputihan (dan dalam riwayat yang lain ~ kemerahan) yang tidak bercahaya."

Dikatakan sebabnya adalah kerana banyaknya bilangan para malaikat yang turun pada malam itu memenuhi bumi sehinggakan tiada satu jengkal pun dari muka bumi melainkan terdapat malaikat. Apabila manusia bersolat subuh, para malaikat mula naik ke langit. Maka dengan bilangan malaikat yang begitu banyak berserta cahaya mereka (malaikat diciptakan dari cahaya), maka terhalang cahaya matahari dengan cahaya para malaikat dan menyebabkan pudarnya cahaya matahari.

Moga-moga kita antara insan-insan yang terpilih oleh-Nya untuk bertemu Malam Al-Qadar ramadhan pada kali ini..

Ameen, Ya Rabbal Alamin.

-Ma'a salama

post signature

Friday, 12 July 2013

8 Salam Jumaat: Doa Murah Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim..

Bismillah Walhamdulillah

Syukur diberi ruang dan kesempatan di hari yang mulia untuk berkongsi satu doa yang bagi umie sangat bermanfaat untuk dikongsi dan diamalkan buat kita semua. Mungkin ramai yang dah tahu tapi umie harap diri umie dan kalian di sana juga akan tetap terus yakin dan tidak putus-putus mangamalkan doa ini dan memanjatkan harapan, bantuan serta keyakinan hanya pada-Nya. 

Ayat 1001 dinar ini umie cuba amalkan sejak di zaman sekolah sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, memang, ianya memang sangat berkesan, memurahkan rezeki kita dari sumber yang tidak disangka-sangka...doa ini juga sangat bagus sekali dan kalau dapat diamalkan bersama solat dhuha (solat murah rezeki). Percayalah dan yakinlah..amat benarlah kata-kata Allah..

hasbunallah wanikmal wakil..




semoga kita bukan sahaja menjadi 'kaya' di alam sementara malah juga kaya di alam yang kekal abadi nanti..ameen.

Wallahua'lam

-ma'a salama

post signature

Wednesday, 3 July 2013

0 Jagalah selalu...

Bismillahirrahmanirrahim..


Sama-samalah kita saling ingat-mengingati dalam mencari keredhaan-Nya...

di dunia yg cuma sementara dan penuh tipu daya...

Wallahua'lam~

-ma'a salama

post signature



*sumber foto: Nisa' Malaysia FB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...