Catatan pertama untuk tahun baru 2015...
lama rasanya tak update apa2 perkembangan umie..blog pun kiranya dah hampir bersawang..huhh.. entri lama pun x update2...macam lar busy sangat kan..hihi..
tapi..pejam celik pejam celik rupanya dah nak masuk anniversary ke-9 kami..29hb ni...rasanya baru je lagi sambut anniversary ke-8 haritu..aikk biar betoi..cepat sungguh rasanya setahun tu berlalu..mungkin kah kesibukan dunia membuatkan kita terleka dan lalai..masa yang berlalu telah dapatkah kita manfaatkan sepenuhnya?..Ya Allah..umie sendiri ni pun perlu bermuhasabah kembali..berapa lama lagi masa yang tinggal agaknya buat kita?..tiada siapa pun yang tahu!
..kejar..kejar..kejar..apakah yang ingin dikejar wahai diri? adakah dunia di hati?
bukankah sepatutnya dunia di tangan, akhirat di hati kan..ingatan untuk diri umie dan sama-samalah kita saling ingat mengingati..kita yang sedang menghirup udara dan hidup di dunia yang terlalu banyak cobaan dan dugaan ini..hanya pada Allah kita memohon kekuatan diri dan dilindungi dari segala fitnah dunia dan dajjal.
Ok, get back to the story yer..
sekadar nak bagitahu yang umie skrg dah nak masuk 5 bulan..alhamdulillah
...iaitu meneruskan pengajian kedoktoran..oppss..bukan dah nak masuk bulan ke-5 preggy okey.. hihi..walau dalam kesibukan hari2 menelaah bahan bacaan ni..ada ketikanya memang tak nafi terlintas rasa teringin sgt2 nak mencuba IVF kali ni..byk2 treatment TTC sepanjang hampir 9 tahun ni, IVF je umie belum pernah cuba lagi..insha Allah umie dah tanamkan azam sekiranya Allah izinkan kami akan cuba berusaha dengan cara ini pula...sebelum umie naik kerja semula inilah impian umie..harapan yang sangat2 lama untuk kami mempunyai zuriat sendiri..sehingga masa yang sesuai dan terbaik kami akan berbincang balik nanti..mohon Allah tunjukkan jalan yang terbaik..kami berusaha untuk redha dan bersabar dengan ujian yang tak seberapa berbanding insan lain yang lebih besar dan hebat ujiannya..tetaplah kita bersyukur dengan apa yang ada dan miliki sekarang..iaitu setiapnya adalah pinjaman yg sementara..juga tak terhitung segala nikmat bukan?..syukur alhamdulillah.
Oklah, umie nak sambung balik menelaah jurnal2 untuk tesis umie..cuba nak siapkan research proposal semester ni insha Allah..cuba untuk mendisplinkan diri mengikut schedules dan milestones yang umie dah tetapkan..menuntut ilmu memang memerlukan pengorbanan..berusaha untuk mendapatkan zuriat juga memerlukan pengorbanan..kesimpulannya segala usaha untuk mendapatkan sesuatu yang baik itu pasti memerlukan pengorbanan kan..
Semoga Allah SWT memudahkan dan memberi kelancaran setiap urusan kita untuk ke arah kebaikan..dan semoga Dia juga sentiasa memberikan kita kekuatan untuk menghadapi apa jua musibah dan ujian yang melanda..ameen.
Ma'a salama,