Monday, 25 November 2013

17 TTC: Rawatan Kesuburan ~ Akupuntur & Homeopathy

Assalamualaikum wbt.

Hari ni umie cuti..kalau ikutkan perancangan asal umie mohon cuti hari ni saja-saja je sebenarnya..hanya niat tu ingat nak berehat di rumah...kemas rumah sebab bulan ni hampir setiap kali hujung minggu umie dn en. husb tiada di rumah..minggu lepas kami ke kuantan..minggu ni kami ke KLIMS13 (juga bermalam di luar). Jadinya, hari ni (isnin) umie memang plan khas untuk aktiviti kemas2 rumah semata. Semalam (ahad), checked-out dari hotel kami terus bergerak ke Subang Parade. Teringin nak tinjau2 Year End Sale (YES) di sana. Tengah2 bershopping tak sangka tiba-tiba cik 'p' tu boleh pula mai..kalau ikutkan firasat umie lagi seminggu..huhu..mujur la pantyliner jd penyelamat sementara..hehe..kelam kabut jg umie ke pharmacy waktu tu. tapikan sungguh tepat la ketibaan cik 'p' bulan ni..kira kitaran umie bulan ni 31 hari.. bulan lepas 49 hari kan.. sebelum2 tu ok..apapun Alhamdulillah bulan ni kembali normal.

hmm..yg umie nak ceritakan apa yang berlaku hari ni sebenarnya.

Dah lama kami teringin nak mencuba kaedah rawatan TTC yang ini..salah satu ikhtiar terbaik untuk rawatan kesuburan juga (drpd pembacaan umie)..tapi selalu tak berkesempatan nak mencuba pergi. Akhirnya, tengahari tadi kami sepakat untuk cuba berikhtiar dengan kaedah akupuntur dan homeopathy ni pula. Petang tadi juga kami terus ke satu pusat akupuntur dan homeopathy terkenal yang agak berdekatan dan tak jauh dari rumah kami. Mujur tak ramai orang waktu kami tiba. Mula2 tu sesi consultation bersama Dr, perlu ceritakan sikit latar belakang ikhtiar2 kesuburan yang pernah dibuat suami isteri, jika pernah alami apa2 penyakit, etc. ..sesi consultation pun berjalan agak santai saja..

selepas ~30min consultation mcm tu, umie diminta masuk ke satu bilik (khas utk wanita shj)..en husb pula ke bilik lain..rupanya ianya bilik utk rawatan akupuntur..



suasana bilik rawatan di mana umie jalani akupuntur tadi :-)

untuk pesakit wanita telah dikhaskan seorang Dr perempuan yang akan buat rawatan akupuntur tersebut. So, kita tidak la perlu risau sgt dgn batasan aurat macam tu kan..huhu Alhamdulillah..suspen juga umie ni sebab tak pernah ada pengalaman mencuba rawatan akupuntur sebelum2 ni..di sini pun ada rawatan berbekam juga pada sesiapa yang ingin mencuba..umie ingat nak cuba juga satu hari nanti insya-Allah.



jarum akupuntur dicucuk di satu point tertentu (sebelah kiri)



sebelah kanan juga

kesemuanya ada 9 titik yang bersesuaian untuk rawatan kesuburan umie kali ni (termasuk 3 titik tusukan jarum halus di perut)

rawatan akupuntur ni adalah selama 30 min (kita akan diminta berehat atas katil..tenangkan minda dgn berselawat)..boleh tertidur kita dibuatnya dgn suhu aircond yg dipasang just nice saja...hehe..en husb kata dia sempat terlena lg..sampaikan ada jarum yg tercabut dari tangan pun dah tak sedar..alahaii syoknyer..amboi..kot ye pun abang...hehe.

Sebelum pulang kami diberikan 2 botol kecil pil ubat homeopathy. Ada 2 jenis pil. Ubat-ubat ni perlu dimakan pagi & petang, tengahari & malam. Untuk dimakan selama 2 minggu. Menurut Dr, tiada apa-apa pantang larang selama mengambil ubat homeopathy dari klinik ini kecuali pesakit tidak digalakkan untuk ambil ais batu.  

Dr sempat berkongsi cerita pengalaman pesakit2 homeopathy yang berjaya conceived selepas menjalani beberapa kali rawatan akupuntur & homeopathy ni..tak sangka rupanya sgt ramai yg telah berjaya dengan ikhtiar homeopathy ini atas izinNya juga di Malaysia ni.

Insya-Allah, biar apapun usaha dan ikhtiar yang termampu kita lakukan..moga2 Allah redha dan berkati...ameen.

Total cost: Akupuntur: RM50/seorang, ubat homeopathy: RM100/seorang (for 2 weeks)


peralatan akupuntur & bekam


ikhtiar...ikhtiar..dan masih terus berikhtiar..
mudahan ikhtiar ini diberkatiNya.
..ameen..


ma'a salama
post signature


17 comments:

  1. umie buat kat mana? kalau kite treatment ngan hospital boleh tak buat akupuntur ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. muzai, umie buat di Pusat Akupuntur & Homeopathy Prof. Nik Omar..yg di cawangan shah alam..tapi rasanya umie pernah dgr ada org kata sebaiknya kalau boleh elakkan treatment hosp bercampur dgn rwatan alternatif mcm ni..umie terbca kt satu blog tu..huhuhu..x pasti jg tu zai..tapi kalau kita nk buat IUI or IVF memang elok juga kalau dpt cuba ikhtiar rwtan akupuntur & homeopathy ni dulu..

      Delete
    2. ok.. noted.. thanks ya:)

      Delete
  2. Wkmsalam wbr...

    Umie cuba rawatan akupuntur ye, jarang dgr rawatan jenis ni juga sesuai utk TTC.. takpe Umie dan husband cuba berikhtiar, tak salah pun kan.. Mana tau cara ni rasi dgn umie berdua.. In Shaa Allah, selagi kita rajin berusaha dan tak putus berdoa..
    Masanya akan tiba cuma kita tak tahu bila.. Doa saya akan sentiasa bersama Umie, In Shaa Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen..terima kasih byk ye intan..doakan kami ni ye..mana tau doa2 ibu yg mengandung ni kan..saja kami nak cuba ikhtiar rawatan yg ni pula..mudah2an serasi :-)

      Delete
  3. Replies
    1. sweet, pusat rawatan akupuntur & homeopathy Dr Nik Omar..yg ni di cawangan glenmarie shah alam..anak arwah Prof Dr Nik Omar punya klinik..

      Delete
  4. Salam perkenalan, ada tak di KL sebab sy nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal dhia..kalau tak salah ibu pejabat pusat ni di Jln Raja Laut, KL ..mungkin dhia boleh jg cuba2 survey kan.. :-)

      Delete
    2. Cawangan kami yang KL di depan festival city danau kota..

      Delete
  5. Alhamdulillah..cycle umie dah ok..umie continue atau stop terus makan supplemen aritu?

    Fara doakan cerah peluang umie lepas dah buat treatment ni..insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah fara,nmpk mcm dh ok pula kan..jd confused mcm ni fara..huhu..umie blum continue lg tp umie igt mmg nk continue blk mkn supplement tu..tq fara doakn umie..ameen.insya-Allah.

      Delete
  6. salam.... nak tanya.?? rawatan akupuntur tu, dia recycle balik kerw jarum tue.? atau dia pakai yg baru.? means bukak dr plastik or kotak...?? mcm teringin jugak nak buat rawatan akupuntur tue, cuma kalau dia guna jaurm yg recycle nie mcm takut jugak la.. sbb x nak ambik risiko.. but kalau dia pakai the new one o.k la.. i nak try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. jarum yang digunakan ditempat kami adalah jenis pakai buang.. terima kasih

      Delete
  7. Assalamualaikum.. terima kasih kepada umie.. kerena sudi berkongsi kaedah perawatan ditempat kami..

    ReplyDelete
  8. Salam umie....mcm mana kesehatan tue? Dengar cerita umie rasa sangat2 berminat lah nak cuba...nanti sy nak pg minggu depan dan insyallah saya juga akan cerita pengalaman saya pula...dah conceive dah...semoga sucess ok..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...