Showing posts with label Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

2 Kisah 3 budak hitam sebagai pengajaran













Al-kisah tiga orang budak hitam sedang berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba salah seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliau pun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Sebaik sahaja terbuka botol tersebut, maka keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa terbahak-bahak lalu berkata "Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? aku telah terkurung di dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaan kamu semua".

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, "Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata: "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih.

Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!". Budak hitam kedua pun berkata: "Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama.

Jin pun berkata kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata: "Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan lebih cantik dari budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata: "Tidak, permintaan kamu itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya. Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata: "Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu". Lalu jin pun tunaikan permintaannya.

Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.


Moral of the story:

Sikap dengki, cemburu dan iri hati seringkali bersarang di hati sesorang insan. Seringkali manusia yang busuk hati tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya akan merugikan manusia itu sendiri.


*sekadar kisah tauladan yang tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.. ;)

ma'a salama~
post signature

Thursday, 26 December 2013

2 ~ Memperingati Kejadian Tsunami Aceh, 26 Dis 2004 ~




Assalamualaikum wbt.,

Sempena hari ini (26 Disember) iaitu hari tragedi bersejarah yang tidak mungkin dilupakan oleh kebanyakan penduduk dunia terutamanya penduduk di Lautan Hindi (Indonesia, Malaysia, Sri lanka, Thailand, India, etc.). Kejadian alam yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang telah meragut lebih 230 000 nyawa terkorban dan melibatkan kehilangan dan kerosakan harta benda yang tidak ternilai..juga kesan psikologi yang berpanjangan..ianya amat sukar dan menyedihkan.

Kenangan lawatan umie ke Banda Aceh dua tahun lepas akan terus terpahat di hati..betapa begitu hebat impak dan kesan tragedi ini di kota kecil ini dan juga terhadap masyarakat dunia lebih-lebih lagi di kalangan penduduk Aceh sendiri yang ada di antara mereka masih tetap berada di dalam keadaan trauma sehingga ke saat ini...Allahu Akbar! Sungguh benar Dia meninggalkan pelbagai iktibar dari tragedi malang ini untuk sama-sama kita renungi..Dia Maha Kuasa, Dia Maha Hebat.

sedikit perkongsian bingkisan foto-foto lawatan umie ke Muzium Tsunami Aceh, Indonesia iaitu 7 tahun selepas kejadian tsunami itu berlaku..sepanjang berada di Banda Aceh, perasaan ini memang sukar untuk digambarkan...terlalu sayu dan hiba..rasa takut..juga insaf..ada kalanya umie menangis sendiri...hanya apa yang boleh umie katakan, di sana terdapat terlalu banyak bukti2 kekuasaanNya..pergilah lihat sendiri dan hayati apa yang telah berlaku di kota ini...insya Allah kita akan temui jawapannya..







antara bahan pameran di muzium


sekitar ruang pameran muzium


Model ombak tsunami (tsunami wave flume)


jam terhenti menunjukan waktu sebenar kejadian gempa bumi kuat itu berlaku


Alat pengesan gempa bumi sewaktu 26 Dis 2004 - akan menjadi bahan sejarah penting


laluan menuju lorong tsunami (tembok tinggi bersama curahan air + dgn alunan ayat suci Al-Quran)





sebahagian nama-nama mangsa tsunami Aceh terpahat di dinding


kalimah ALLAH di atas kubah nama-nama mangsa tsunami tanda kebesaran-Nya












replika kampung2 dan kota Banda Aceh


Masjid Raya Baiturahman (di tengah2 itu..)


tsunami masuk ke daratan sejauh ~ 7-8 km dari pesisir pantai


keadaan yang digambarkan sewaktu ombak gergasi itu tiba di Aceh












kisah dan cerita mengenai perjalanan umie di Banda Aceh boleh diikuti di sini.

********
post signature

Thursday, 31 October 2013

6 MimPi...mainan tidur atau pengajaran?

Assalamualaikum,

malam tadi umie seorang di rumah..hubby kerja syif malam minggu ni..
sebelum tidur tiap-tiap malam, kebiasaannya umie akan baca doa tidur..akan 'pagar' kelilling katil dgn doa pendinding..semalam pun sama
tapi tak tahu kenapa boleh mimpi buruk macam smlm
mimpi buruk yang tak mungkin umie lupa...tak pernah mimpi macam ni..huhu
dalam mimpi tu umie merajuk dgn hubby..ada berlaku sikit pertengkaran antara kami kat restoran tu..benda kecik je tp memang salah umie..hubby terus pujuk tapi umie buat tak layan dan langsung tak pedulikan hubby masa tu..umie ego..sekali tu tiba2 benda tak diingini berlaku..tak disangka-sangka sesuatu yg tragik terjadi pd hubby kat restoran tu jg (tak sanggup nak cerita apa yg berlaku..huhu)..umie papah dia tp mata dia makin kuyu..umie jd tak tentu arah masa tu, minta ampun sgt2 pd hubby..rasanya dia macam antara dengar dan tidak suara umie ni..umie menyesal sgt! sungguh kesal dalam mimpi tu kerana takut tak sempat nak mohon ampun..

tapi sebelum terjadi apa2 yg lebih tak diingini lg..cepat2 umie buka mata..huhu..tak sanggup nak teruskan mimpi ni lg! huh..bangun je celik mata masih atas katil terus call hubby di kilang pagi2 buta..minta ampun sgt pd dia..terpinga-pinga si dia tiba-tiba kan..hehe..Alhamdulillah cuma mimpi..wa iya zubillahi min zalik, astaghfirullahaladzim..

mimpi ni buat umie tersentap..menyedarkan umie kepada suatu kata-kata.."hargailah permata yang ada depan mata!" Ya Allah..


Seringkali kita jadi buta..tidak nampak permata yang ada di depan mata..
yang kita hanya kejarkan kaca yang kelihatan seperti permata.


*sejak akhir-akhir ni umie kerap mengikuti coretan mama nurin..dan setiap kali baca entry beliau hati jadi tambah sayu dan hiba..kita yg membaca terasa berat inikan pula insan yg hadapi ujian tersebut..umie sampai jd terkelu dan tak sanggup nak beri apa-apa komen pada setiap entry beliau..bukan tak mahu memberi semangat..tapi tak mampu.. speechless..tapi andai mama mia terbaca entry umie ni..umie berdoa sgt2 pada Allah s.w.t agar mama diberikan kekuatan dan ketabahan olehNya hadapi ujian yg sungguh berat ini dalam hidup mama..be strong ya mama..la tahzan inallaha ma'ana..innallaha ma'as sabireen.. benar, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..semoga dengan apa yang berlaku ini akan menjadikan mama seorang insan yang redha dan akan dicintai-Nya dunia akhirat..mama mampu hadapi ini semua, Dia memilih insan seperti mama untuk ujian seperti ini pasti ada hikmah besar yang tersembunyi kan... insyaAllah.. insyaAllah.. insyaAllah...pasti kelak kebahagiaan akan datang selepas kedukaan buat mama dan Qaseh.

InsyaAllah, semoga kita semua sama-sama dapat memperbaiki diri dan menjadi anak yang soleh serta isteri solehah yang sentiasa mendapat redha suami dunia dan akhirat, insyaAllah...ameen.

dan sama-samalah kita hargai orang yang kita sayang ye..

So..kawan-kawan pernah alami mimpi buruk jg? 



ma'a salama
post signature

Tuesday, 20 August 2013

2 ku tak sanggup..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah Ya Tuhan, 
Lindungilah hamba-Mu ini, kaum keluarga kami serta rakan-rakan kami dari ditimpa musibah seperti itu..kasihanilah kami..hari ini sekali lagi ianya berlaku betul-betul di depan mataku..aku bersyukur di atas bantuan dan perlindungan-Mu..setelah direnung dan dikira kembali, ini telah masuk kali keenam Kau tunjukkan musibah itu berlaku benar-benar di depan mataku..Ya Allah, apakah terselit hikmah ini semua..sungguh ia kini menjadi pengajaran buatku ini yang sering lalai dan terleka..mungkin juga ianya teguran dari-Mu..ku memohon keampunan-Mu Ya Allah..hamba-Mu yang lemah ini hanya mampu memohon perlindungan dari-Mu di setiap perjalanan setiap urusan duniaku ini..lindungilah.. selamatkanlah kami..berilah kami perlindungan-Mu sentiasa, dan jauhkan lah diri ini dari diperlihatkan musibah seperti itu lagi berlaku di depan mataku ini..aku tidak sanggup dan aku takut melihat keadaan itu..selamatkanlah mereka yang ku lihat ditimpa musibah itu..ameen Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

~ La illaha illallah Muhammadur Rasulullah ~

ihsan: google image


ma'a salama
post signature

Friday, 21 June 2013

6 ..Cerita si semut..

Assalamualaikum wbt.,

Teringin umie untuk berkongsi cerita mengenai 'si semut' tu hari ni, mungkin sebab kejadian yang umie lihat ni agak menarik dan umie ni juga seorang yang suka mengkaji..tak pasti kalau kawan-kawan juga pernah terlihat atau perhatikan perkara yang sama macam yg pernah umie perhatikan ni..so, sekadar suka2 nak berkongsi cerita di sini saja sebenarnya.

Peristiwa ni berlaku kira baru-baru ni juga...suatu petang tu umie balik ke rumah..sesampai je di depan pintu rumah tu terkejut umie tengok..tersangatlah banyaknya semut-semut hitam (spesis yang tak mengigit tu) melata-lata di depan pintu masuk (ruang di antara grill dan pintu), naik turun tepi dinding tu berduyun-duyun..Subhanallah, sungguh banyaknya tak terkata la..keadaan yang boleh digambarkan adalah seperti sedang berlakunya suatu pesta semut yang sangat huru hara dan penuh meriah nampaknya..hehe...yang peliknya dalam keadaan huru hara tu umie tengok betapa banyak semut sedang berlegar tanpa arah tujuan dan banyak pula kelompok2 semut yg sedang berkumpul antara satu sama lain..kelompok2 ini sedang berkerumun akan sesuatu nampaknya..namun bila diperhatikan betul2 rupanya mereka ni bukan berkerumun disebabkan berebutkan makanan seperti yg selalu kita nampak..ermm..

hari sebelumnya tu kebetulan umie tercari2 tentang hukum membunuh semut ni..hakikatnya, semut ni adalah salah satu binatang yang dimuliakan dalam islam sebenarnya sehinggakan nama binatang ini tercatat sebagai satu surah di dalam Al-Quran (surah Al-Naml), sedang binatang lain (selain lebah dan labah2) tidak pula tercatat kisah / surah khusus seperti binatang semut, lebah dan labah2 ni...pasti punya alasan tersendiri dan kehendak Allah supaya kita selalu berfikir dan merenung setiap kejadian itu pasti ada pengajaran tersembunyi. Sinonimnya, semut selalu dijadikan binatang contoh yang sangat berdisiplin tinggi, patuh, bekerjasama, kreatif, rajin, saling membantu, etc..dan perasan tak seekor semut apabila bertemu seekor semut lain seakan bersentuhan antara satu sama lain sehinggakan seolah-olah mereka kenal antara satu dengan yg lain walau dalam sebuah kumpulan semut yang berpuluhan ribu pada satu2 masa tu..itulah keunikan semut kan!



berbalik kepada cerita si semut yang melata tu..

ermm...umie cuba perhatikan betul2 apa yang setiap kelompok semut ni sedang lakukan..hehe..makin lama diperhati boleh pula tetiba umie terasa yg macam umie ni sedang berada di suatu perkampungan semut..seolah-olah kita berada di satu pasar tani or whatsoever yg terdapat banyak orang sedang bekerumun untuk membeli sesuatu..uish..but pls don't get me wrong ya..hehe..rupa-rupanya semut2 ni berkerumun sebab mereka sedang bergaduh sesama sendiri la..aikkk..sesama spesis semut pun boleh bergaduh ke..dan pergaduhan mereka ni bukanlah 1 vs 1..lebih kurang 3-5 ekor semut sedang bergaduh sesama sendiri...so banyak la kelompok semut sedang bergaduh dan ada kelompok semut yang dah mati dah pun...umie cuba pisahkan semut2 ni dari bergaduh (tolak pakai jari la kan) tapi diorang tetap nak bergaduh juga..hehe lawak la..gaduh2 sampai byk yg mati..so baru umie tahu yg rupanya mereka ni sedang bertarung di 'medan perang' semut hakikatnya..aduhh..

so, kawan2 pernah ke tengok semut2 ni bergaduh?(soalan cepu emas ni..hehe)
ke umie je yang baru tahu yg antara semut juga boleh bergaduh..ermm..umie pernah juga terbaca kalau tak sama spesis mereka boleh bergaduh sesama..tapi yg ini sama spesis pula..

hehehe sekadar nak berkongsi pengalaman lihat 'peperangan semut' ni..menarik juga kan alam semut ni! especially bagi umie la :-) ..very interesting!

tk cre ye semua..

-ma'a salama

post signature

Friday, 17 May 2013

4 Kisah Teladan: Nabi Zakaria a.s mohon Zuriat

Bismillahirrahmanirrahim..

ihsan: google image

Nabi Zakaria a.s. sangat menginginkan seorang anak seperti mana keinginan semula jadi manusia untuk memiliki zuriat, sekali gus menggantikan baginda memimpin Bani Isreal. Baginda bimbang sekiranya ia wafat tanpa pengganti, kaumnya akan kembali melakukan kemungkaran, bahkan yang lebih teruk lagi mereka akan mengubah syariat yang termaktub dalam kitab Taurat. 

Justeru, Nabi Zakaria sering berdoa memohon kepada Allah s.w.t. agar diperkenankan permintaan baginda.

Allah berfirman dalam surah al-Anbiya' ayat 89 yang bermaksud: "Dan (ingatlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jangan Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi."

Doa mohon zuriat (surah al-anbiya':89)

Dalam ayat seterusnya, Allah s.w.t. mengkhabarkan bahawa Dia memakbulkan doa yang dipanjatkan oleh Nabi Zakaria a.s. Sedangkan ketika itu umur baginda sudah pun tua dan isterinya pula seorang yang mandul.

Sebenarnya khabar baik itu adalah suatu perkara yang luar biasa. Allah s.w.t. berfirman seterusnya dalam ayat 90, maksudnya: Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anak) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul (untuk melahirkan anak) baginya (iaitu dengan mendatangkan haid).

Kurniaan Allah ini hakikatnya adalah ihsan buat Nabi Zakaria yang tidak pernah jemu berdoa. Syarat untuk memperolehi ihsan dan rahmat Allah s.w.t. adalah sebagaimana yang dijelaskan pada sambungan ayat tersebut: "Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan harapan serta takut dan gerun (akan azab-Nya), mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami."


Malaikat Menyampaikan Berita Gembira

Suatu ketika sedang baginda berdiri melakukan ibadah di mihrab, ia diseru oleh malaikat (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar gembira kepadamu, dengan (mengurniakan seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang ia beriman dan membenarkan khalimah (yang datang) daripada Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri daripada (runtunan nafsu) dan akan menjadi seorang Nabi dalam kalangan orang yang soleh." (Surah Ali Imran: 39).

Begitu juga Allah telah berfirman dalam surah Maryam ayat 7 yang bermaksud: "(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): 'Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakan dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikannya sebelum itu, seseorang yang mempunyai nama sepertinya."

Nabi Zakaria menjadi hairan dengan berita tersebut kerana dirinya yang sudah lanjut usia dan isterinya yang dikatakan mandul.

Allah merakamkan kehairanan Nabi Zakaria itu pada ayat 8 yang bermaksud: "Nabi Zakaria bertanya: 'Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedangkan isteriku ialah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?"

Kemudian malaikat Jibrail a.s. menyampaikan jawapan Allah bagi mengungkai kemusykilan Nabi Zakaria a.s. sebagaimana firman Allah dalam ayat 9, maksudnya: "Dia berkata: 'Demikian keadaannya, jangan dihairankan, Tuhanmu berfirman: 'Hal itu mudah bagi-Ku kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedangkan engkau pada masa itu belum ada sebarang apa pun."

(*Artikel ini dipetik dari Majalah Solusi Isu 21, m/s 90-91.)

sumber: alfimohd.blogspot.com

~ Hasbunallah wa ni'mal wakil ~

-ma'a salama


post signature

Thursday, 14 February 2013

2 Kisah sebiji tembikai..

Bismillahirrahmanirrahim..


*****

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq Al-Balkhi kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?

"Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. 

Kemudian Syaqiq Al-Balkhi teruskan lagi kata-katanya: " Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.

"Maka menangislah isteri Syaqiq Al-Balkhi. Lalu dia pun bertaubat dan redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
***

Sekadar renungan bersama...moga dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua (hamba) yang sentiasa diuji..
 
Wallahua'lam.


-Ma'a salama

Wednesday, 23 January 2013

3 Tidak ada yang sempurna...

Assalamualaikum,

Sekadar ingin berkongsi pandangan dari seorang ustaz yang muncul di TV baru-baru ini..ada betulnya juga kata-kata beliau bila direnungkan kembali..


Hakikatnya bila diteliti dan diperhatikan setiap ujian kehidupan manusia di muka bumi ni...setiapnya adalah berbeza-beza..dan tidak ada satu pun kehidupan yang sempurna, namun menuju ke arah kesempurnaan itu mungkin ada..sebagai contoh cuba kita lihat yang dikatakan tidak ada yang sempurna dalam kehidupan ini...



***
1) Orang yang berduit (iaitu bekerja), ditambah pula bijak (pandai) = tapi = tak kahwin (masih juga tak bertemu jodoh sampai umur dah lanjut) - ini juga ujian

2) Orang yang berduit, bijak, ada suami/isteri = tapi = takde anak pula


3) Orang yang berduit, bijak, ada suami/isteri, ada anak = tapi =

= anak yang lahir OKU/cacat ....atau...
= anak2 selalu sakit  ...atau ....
= anak2 degil/liar/kurang akhlak/bermasalah  ..atau..
= masalah suami/isteri...masalah rumahtangga..macam2 lg masalah keluarga atau sebagainya..

4) Orang yang miskin, ada suami/isteri, ada ramai anak = tapi = diuji hidup susah, kurang harta benda


dan ada juga orang yang diuji lebih hebat dengan pelbagai ujian, semuanya berlaku atas kehendak Allah jua. Sesungguhnya, setiap ujian yang Allah turunkan pada hambaNya adalah mengikut kemampuan hamba-hambaNya.



***

Sebenarnya bagi mereka yang kita lihat tampak bahagia dasarnya, berduit dan punya kehidupan yang lengkap seakan sempurna namun pastinya di sebalik itu semua terselit ujian bagi mereka cuma tak terlihat/diketahui oleh orang lain..kerana ujian boleh jadi dari segi kesusahan atau kesenangan...pasti ada kurangnya di mana-mana..itulah ujian yang takkan terlepas oleh setiap insan yang hidup di dunia...seperti yang kita semua tahu..dunia adalah tempat untuk diuji (menanam)..di 'sana' nanti tempat untuk mendapatkan hasilnya (menuai)..beruntunglah bagi orang-orang yang bersabar..mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan lindungan-Nya...ameen..


ada orang kata lebih baik kita diuji susah dari senang..bila dalam keadaan susah kita akan sentiasa ingat dan merayu pada-Nya, namun bila diuji dengan kehidupan yang senang dan bahagia, takut-takut kita terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang dirasa..


ingatan untuk diri sendiri juga.


sama-sama lah kita renungkan..tidak ada namanya hidup yang kekal dan sempurna kan..


Wallahua'lam



-Ma'a salama


Thursday, 20 December 2012

0 Redha dalam menerima takdir itu ~ Anak O.K.U anugerah istimewa

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini telah berlaku satu insiden di ofis umi..dan disebabkan insiden itu jua, seorang teman telah datang kepada umi dan berkongsi sesuatu hal yang sangat peribadi dalam hidup dia yang dia pendam selama beberapa tahun ini..umi simpati..

sememangnya umi ni seorang yang suka mendengar..umi tak kisah kerana sejak dari zaman sekolah dahulu umi memang suka mendengar luahan perasaan teman-teman..umi pernah mengambil kursus tatacara kaunseling suatu ketika dahulu hanya kerana minat..rata-rata kawan ofis juga selalu meluahkan masalah mereka secara personal pada umi..biarpun cuma masalah kecil mahupun besar melibatkan hal peribadi diri, keluarga, anak, rumahtangga ke, boyfriend atau sebagainya..umi tahu mereka percayakan umi mungkin dan kerana itu memang prinsip umi untuk cuba amanah dan tidak akan sesekali umi ceritakan kepada orang lain walau dengan orang yang paling rapat..

umi sekadar ingin berkongsi untuk sama-sama kita renungkan..

dia, umi anggap sebagai seorang adik je berumur lebih kurang dalam lingkungan 29-30 thn, telahpun berkahwin dan punya seorang anak lelaki yang sangat comel bagi umi...putih..cute&comel..umur dalam 4 tahun macam tu..umi pun pernah melihat wajah anak dia baru-baru ni..memang terdetik di hati umi ketika itu, sungguh ya Allah sungguh tenang wajah si anak kecil ni..sangat comel dan dari raut wajahnya bila si anak ni besar nanti pasti hensem orangnya ni, secantik ibunya juga.. 

Hari ini si ibu mungkin tak dapat lagi menahan perasaan yang dipendam setelah sekian lama dan tak terbendung lagi air mata yang sentiasa mengalir setiap hari yg dilalui agaknya..tiada sesiapa pun tahu rupanya anak teman umi yang comel itu adalah seorang anak yang sangat istimewa..anak O.K.U (orang kurang upaya)..masa kawan umi ceritakan hal ini pada umi mengalir laju air matanya..sayu hati seorang ibu muda yang mempunyai anak OKU...umi pun turut sayu mendengar rintihannya..bagaimana dia cuba menghadapinya...umi cuba untuk mendalami perasaannya..namun umi juga tak mampu, umi juga tak dapat bayangkan bagaimana jika kita berada di tempatnya..namun hakikatnya itu semua kehendak Allah kan..layakkah kita mempersoalkan segala pemberianNya..mengapa mesti kita yang diuji, mengapa bukan orang lain..sungguh berat...Allah pilih teman umi itu untuk menerima ujian sebegitu..bermakna dia pasti mampu memikulnya..Allah tidak akan sesekali berlaku zalim pada hamba-hambaNya...pasti punya hikmah besar tersirat di sebalik apa yang berlaku..di mata teman-teman selama ini dia dilihat sempurna punya keluarga yang lengkap dan bahagia...tapi siapakah yang tahu isi hati insan seperti dia?..mungkin dia tak diuji dari sukarnya mendapat anak...tapi Allah uji dia dengan ujian yang berbeza..beliau sengaja menyembunyikan hal ini dari pengetahuan teman-teman sejak doktor memaklumkan padanya berkenaan hal itu.. ketika itu anaknya baru berusia 2 tahun.....jelas kelihatan dia masih belum cukup kuat untuk menerima kenyataan..dia juga mengaku dia belum cukup redha dan tidak terlintas akan memiliki anak OKU..dia sentiasa dibelenggu rasa keliru, trauma untuk mengandung lagi..perasaan rendah diri dan malu katanya..dibelenggu persoalan bagaimanakah dia harus menerima masa hadapan anaknya kelak sebagai OKU..jelas memang dia perlukan masa, ketenangan, lebih kekuatan dan semangat..dan pastinya kekuatan itu hanya daripada Allah s.w.t..dan hanya pada Allah tempat kita mengadu dan mengharapkan pertolongan serta kembalikan segalanya pada-Nya..umi sangat mendoakan agar dia kelak akan dapat menerima takdir yang Allah telah tetapkan di dunia ini buatnya..semoga dia diberi kekuatan yang luar biasa oleh Allah s.w.t..sungguh berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul...moga-moga dia temui redha dalam menempuhi ujian yang berat ini..moga terkandung ganjaran dan kebaikan buatnya di suatu hari nanti..


Ya Allah Ya Rabb, ringankanlah ujian buat kami..dan janganlah Engkau uji kami semua dengan sesuatu yang tidak mampu kami pikul ya Allah..kurniakanlah kami kekuatan dan redha-Mu..
Ameen...


*******
-Ma'a salama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...