Wednesday, 8 January 2014

2 Kisah 3 budak hitam sebagai pengajaran













Al-kisah tiga orang budak hitam sedang berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba salah seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliau pun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Sebaik sahaja terbuka botol tersebut, maka keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa terbahak-bahak lalu berkata "Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? aku telah terkurung di dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaan kamu semua".

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, "Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata: "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih.

Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!". Budak hitam kedua pun berkata: "Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama.

Jin pun berkata kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata: "Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan lebih cantik dari budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata: "Tidak, permintaan kamu itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya. Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata: "Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu". Lalu jin pun tunaikan permintaannya.

Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.


Moral of the story:

Sikap dengki, cemburu dan iri hati seringkali bersarang di hati sesorang insan. Seringkali manusia yang busuk hati tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya akan merugikan manusia itu sendiri.


*sekadar kisah tauladan yang tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.. ;)

ma'a salama~
post signature

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...