Showing posts with label Mabul-Kapalai. Show all posts
Showing posts with label Mabul-Kapalai. Show all posts

Wednesday, 4 September 2013

22 Pulau Mabul-Kapalai, Sabah ~ Our precious moments - Part III (Snorkeling Moment@Kapalai&Mabul)


..sambungan dari part I dan part II di sini.

Kenangan di hari kedua kami di Pulau Mabul, Sabah.

23.08.2013 ~2.30pm
jadual kami waktu ni adalah ke Pulau Kapalai untuk aktiviti snorkeling..
hmm tak sabarnya :-)

credit to google image

Jarak dari Mabul ke Kapalai kalau naik speedboat tu anggaran lebih kurang dalam ~10-15 min macam tu..tapi kalau ke sipadan tu agak jauh sikit..

finally..getting near to Kapalai Island ;-)

oklah...jom kita cuci mata sikit tengok koleksi foto-foto yang sempat umie rakam menggunakan lensa underwater kami (tak la secanggih mana pun kamera ni..hehe). 
Terlalu banyak ikan laut dalam, laut cetek dan ikan batu karang cantik yang terdapat di sini..ada antaranya yang sempat umie tangkap sewaktu snorkeling haritu, selainnya cuma dapat disimpan dlm memori ingatan kami je la nampaknya..huhu.. anyway terima kasih pada Mr. Jabar (guide kami sepanjang aktiviti snorkeling tu)...baik hati orangnya. 

Tq Mr jabar...
Beliau lah yg juga membantu kami mengambil sebahagian gambar-gambar ikan di dasar laut nunn..katanya kesian tengok kami ni terkebil2 ambil gambar ikan..excited + nervous ntah cammana perasaannya waktu tu...tambah2 bila tengok penyu tiba-tiba lalu di bawah kaki dan berenang sebelah kita..aduhai terkejut + takut pun ada..ntah takut apa pun tak tahu la ye...hehe..takut kena gigit kot..apapun tq jabar! cantik gambar2 yang kamu ambil bah..such a great experienced for us! so nice..

(Sila klik pada setiap gambar untuk lihat lebih jelas yer)


OK, jom kita explore bawah laut di Pulau Kapalai..kita lihat apa yg ada... ;-)


saat berenang bersama penyu @ Kapalai...moment yg pasti tak boleh dilupakan :-)

yang bestnya tengok gelagat hubby terkejut bila tiba2 seekor penyu tu datang berenang sebelah dia munculkan kepala kat permukaan air laut..mau tak terkejut dibuatnya kan..hehe..Alhamdulilah rezeki kami terjumpa 2 ekor penyu di sini..dgn seronoknya penyu ni berenang di lautan biru yang luas tanpa gangguan..yg seekor lagi tu tengah duduk diam2 di dasar laut bersama dgnnya ikan tumpang...tu yg dalam gambar tu..cer tengok betul2, nampak kan?..

antara foto-foto menarik yang sempat kami rakam juga di dasar laut Pulau Kapalai ini..

Blue Sea Star @ Pulau Kapalai

Clown Trigger fish, Moorish Idol dan Lined Butterfly @ Pulau Kapalai ..cantiknya!

ehh...ehh...belut pun ada lar...eiii..

ikan ni cantik sangat2 tau...berwarna warni....this is one of my favourite fish :-)

Moon Wrasse Fish @ Pulau Kapalai
kalau spesis wrasse ni memang comel dan warna-warni ikannya..sgt2 cantik..boleh cuba google tengok spesis ikan ni.

dan yang ini juga spesis wrasse yg kami temui..hehe

Six Bar Wrasse Fish @ Pulau Kapalai
haa..yg ini pun unik juga..

Orange Lined Trigger Fish @ Pulau Kapalai

apapun kita hanya boleh pandang/tengok tapi tak dibenarkan sesekalipun bagi makan atau sentuh ikan2 /penyu2 /batu karang di sini..itu undang-undang yg ditetapkan untuk para snorkeling & divers di area Mabul, Kapalai & Sipadan ni..betul juga kan agar dapat kita preserve nature..

Yellow Rabbit fish@ Pulau Kapalai ..seakan-akan long nose butterfly fish tapi bukan la..

semua menarik la bagi umie...dan tak terkecuali kecantikan batu karang (coral reef) nya..sungguh tak tahu nak cakap macammana...terlalu indah..memang perlu sgt2 dipelihara supaya tak pupus dan kekal lama kan..terasa macam dalam akuarium pulak.. hehe

Blue Green Damsel fish @ Pulau Kapalai (yg sebelah kanan tu) ..clown fish sedang menyorok bwh coral yek??

inilah Gold Stripe Fusilier @ Pulau Kapalai

Common Porcupine Fish @ Pulau Kapalai pun ada..

rezeki kami juga temui beberapa sweetlips fish..pernah dengar & tengok tak apa itu sweetlips fish??

Harlequin Sweetlips Fish@ Pulau Kapalai

haa..inilah yg namanya sweetlips fish nie..sebab apa tau..sebab bibirnya yg seksi tebal tu yg diberi nama 'sweetlips' tu..sabar je la kan ikan pun ada yg seksi tau..jgn memain sama ini ikan seksi okey ;-)

dan ada juga sweetlips fish lain yg kami temui..

Oriental Sweetlips @ Pulau Kapalai..
  dan juga... 

Spotted Sweetlips @ Pulau Kapalai (yg warna tompok2 hitam putih tu)

sekumpulan rabbitfish turut kami temui di dasar laut..

Rabbitfish @ Pulau kapalai

Sergeant Major Fish @ Kapalai

Blue fish ke ni?? umie tak pasti pula nama ikan ni..geramnya tengok!

ini pun ikan apa yek?? hmm...tak pasti..sebelah kiri tu corak macam kerapu grouper

dan ikan yg di bawah ni memang sangat unik bagi umie..sebab dia berenang secara menegak tau..namanya vertical fish..hehe..semakin umie dekat dgn ikan2 vertical ni..mereka lari dari umie..suka tengok sebab dia bergerak menegak macam kuda laut la pulak...

Vertical Fish @ Pulau Kapalai
ini pula antara jaguh ikan kuat berenang..Great Barracuda Fish...sgt laju ikan ni kalau berenang tu..sampai tak sempat nk shot gambar jarak dekat dgn ikan ni..boleh tahan besar juga ikan ni..Mr Jabar yang tolong snapped gambar barracuda ni..nasib baik sempat.

Great Barracuda Fish @ Pulau Kapalai..gambar dpt tangkap dari jauh je..

batu karang yg terdapat di Pulau kapalai...

Ikan Racoon Butterfly di sebalik coral...

Hard Coral @ Kapalai
dan lagi...

lagi pemandangan di dasar laut..

macam-macam spesis ikan dan batu karang...

So amazing! MasyaAllah...pengalaman snorkeling kali ni pasti tak akan dapat kami lupakan..InsyaAllah suatu hari jika dipanjangkan umur dan murah rezeki kami akan ke sini lagi, insyaAllah..

Alhamdulillah...terima kasih ya Allah di atas keizinan-Mu ini..
benar sungguh hebat setiap ciptaan-Mu.

and finally,


istimewa buat julung-julung kalinya muncul di layar blog Iwannabeumie..memperkenalkan..jeng..jeng..jeng
~ My Hero & Me ~

# uishh..umie terlupa nak masukkan foto2 ikan di Mabul pula..insyaAllah ada kesempatan umie masukkan ikan@Mabul pula..

Part I (The Journey)
Part II (Sipadan Water Village)

-ma'a salama
post signature

Friday, 30 August 2013

30 Pulau Mabul-Kapalai, Sabah ~ Our precious moments - Part II (Sipadan Water Village)



Assalamualaikum wbt.,

kisah bersambung...Part II (Sipadan Water Village) :-)

catatan perjalanan awal (Part I) kami ke Mabul-Kapalai Islands ini boleh dibaca di sini d' precious moment in Mabul ~ Part I.

Entri kali ini lebih berkisarkan hari kedua kami di Pulau Mabul. Pagi hari kedua tu kami dah mula bersiap untuk check-in di Sipadan Water Village (SWV) pula. Waktu check-in katanya boleh datang seawal pagi pun takpe..that's a good sign kan..so apalagi, kami pun dengan segera mem'packing'kan barang untuk ke SWV..xde apa2pun..barang/baju tak banyak bawa pun..ala-ala backpackers namanya pun kan :-)..kami bawa 2 beg galas saja..hehe..simple, relax but truly enjoy yg penting..

Memandangkan bot BJS yg sepatutnya standby membawa kami ke SWV takde pula pagi tu masa kami checked out (mungkin bot tu bawa divers mat2 salleh tu pergi pulau sipadan agaknya)..hehe takpela..dan nasib baik juga ada 2 orang staff BJS (org bajau rasanya) dapat menghantar kami ke SWV (menapak jalan kaki waktu ni). Tapi walking distance dari BJS ke SWV lebih kurang 7-10 min macam tu je..dan sebenarnya tak jauh pun sebab pulau ni pun kecil..terasa dekat je..tak caya cuba check google map k ;-) ..kami jalan slow n relax..menghirup udara segar Mabul sambil nikmati pemandangan semulajadi kampung orang Bajau di sini...terpaksa lalu celah2 lorong dan rumah orang..kalau lah kami terpaksa jalan sendiri ni mau sesat ke mana ntah dalam pulau ni..hehe..

suasana tenang...

sunyi dan nyaman..
  
anak bajau balik dari sekolah..tapi sekolahnya umie tak perasan kt mana..hmm..

tenang bila lihat keadaan kampung mereka ni..rata-rata rumah yang mereka diami ni agak usang juga..rumah kayu..takde elektrik dan kebanyakan rumah pakai generator untuk hidupkan bekalan api waktu malam..ada rumah yang takde generator tu cuma pakai pelita je waktu malam..kesian juga kan..anak2 org bajau di sini happy je, suka senyum pada kita n suka ria main sesama mereka..very nice!

mereka sedang bermandi-manda...

Oh ya..di Pulau Mabul ni bekalan elektrik waktu malam je tau kalau kita menginap di mana-mana lodge (6pm-6am atau ada sesetengah lodge dari jam 7pm-7am)..sebab bekalan elektrik yang disupply waktu malam di bilik tu cuma pakai private generator yang dihidupkan waktu malam saja. Tapi kalau di SWV, bekalan elektrik ada je 24 jam umie tengok di bilik, Alhamdulillah takde masalah.

dan akhirnya kami tiba juga di SWV, alhamdulillah.. :-)

SWV Landmark :-) ..bot usang terbengkalai berdekatan laluan masuk ke SWV

~ Welcome to SWV ~

SWV entrance ~

corals everywhere..

Crystal clear sea water..

subhanallah cantik...air kristal jernih seperti di swimming pool je :-)


truly amazing..hebat ciptaan-Nya

laluan nak ke chalet kami pula..


Alhamdulillah, chalet umie ni menghadap laut luas...Laut Celebes (Celebes Sea)..very nice view.

 



bilik jiran sebelah kanan..

bilik jiran sebelah kiri....pemandangan dari tingkap bilik umie..jauh di hujung sana ~ "Seaventures Rig Dive Resort" - bekas pelantar minyak yang telah diubahsuai menjadi resort para divers :-) 

santai-santai di balkoni chalet tengok sunset..

SWV Standard & Deluxe Chalets
  


chalet tempat kami menginap (simbol merah)
(credit: google image)

hmm..sebelah petang selepas check-in di SWV tu kami ke Pulau Kapalai untuk snorkeling (termasuk dalam pakej bilik)..insyaAllah ada kesempatan umie sambung ke episod seterusnya untuk selitkan gambar2 ikan cantik di Kapalai & Mabul serta penyu-penyu dalam air yang dapat kami berenang bersama (gambar semua underwater tau)..macam dalam akuarium je! 

itu saja..to be continued insyaAllah!


-ma'a salama
post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...