Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Friday, 20 September 2013

0 ~ Waiting For The Call oleh Irfan Makki ~

Assalamualaikum wbt.,

Sekarang ni dah mula masuk musim haji 1434H kan..
syahdu rasa hati bila tiap kali melihat tetamu-tetamu Allah ni dijemput dan berpeluang mengerjakan haji ni..alangkah bertuah dan beruntungnya tetamu Allah ni sebenarnya...mula la terfikir bila agaknya akan diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke Baitullah Al-Haram lagi..insyaAllah moga-moga diberi izin dan dijemput oleh-Nya suatu hari..ameen.

lagi tambah syahdu bila mendengar lagu nyanyian irfan makki ni..mengamit rasa rindu untuk ke sana..damai..sungguh terasa damai dan tenang berada di sana...Selamat mengerjakan haji buat tetamu-tetamu Allah yang terpilih...semoga kalian dikurniakan haji yang mabrur, penuh keberkatan dan dipermudahkan segala urusan mengerjakan ibadat di sana, insyaAllah. 

Para jemaah sedang menuju ke Masjidil Haram..
credit: hajiarshad.com

****
Waiting For The Call (by Irfan Makki)

Miles away, oceans apart
Never in my sight, but always in my heart
The love is always there, it will never die
Only growing stronger, a tear rolls down my eye

I'm thinking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa
Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaaba wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaaba wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my veins
To see my Muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day, everyone will get the chance
To be blessed with the greatest honour
Of being called to Your Noble House

Standing in ihram making my tawaf,
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa
Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaaba wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaaba wall

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)

Labbayk(here I am)

credit to: lyricsmode.com

ma'a salama
post signature

Monday, 25 February 2013

12 Ikhtiar: Doa melambatkan Haid (umrah/haji)

Assalamualaikum wbt,

Mengimbau kembali saat mengerjakan umrah suatu ketika dahulu, kalau diikutkan tarikh perjalanan umie berangkat ke tanah suci adalah tarikh yang sepatutnya umie datang haid. Entah mengapa ye rata-rata umie bertemu dengan tetamu-tetamu Allah yang berhajat ke tanah suci banyak juga yang diuji dengan ujian sebegini..kebanyakannya jangkaan didatangi waktu haid mereka hampir-hampir atau kebarangkalian sewaktu berada di sana nanti..pastinya ia suatu kebimbangan yang teramat sgt..

Doa melambatkan haid ini umie ambil dari blog http://suarapesanan.blogspot.com. Ianya di ajar oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah. Umie juga pernah mengamalkan doa ini (sebulan sebelum berangkat) dan Alhamdulillah, Allah memberi izin pada umie sesampai saja di bumi suci Madinah al-Munawwarah, haid umie telahpun berakhir. Dan syukur sepanjang berada di Madinah dan Mekah, Allah memberi kesempatan bagi umie dan keluarga untuk mengerjakan amal ibadah umrah dan ziarah semampunya, Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun, secara peribadi (sprt yg umie lakukan dahulu) cuba untuk elakkan dari mengambil ubat-ubatan penahan haid kerana khuatir akan memberi kesan sampingan kemudian yang tidak dijangkakan..ada kemungkinan juga tubuh badan kita tidak dapat menerima sebarang perubahan hormon secara drastik akibat memakan pil penahan haid ni. Mungkin akan menjadi lebih parah dengan kedatangan haid yang menjadi tidak teratur lagi selepas pengambilan pil. Namun begitu, doktor pakar ada manyarankan agar kalau kita berhajat juga untuk mengambil pil elok dimulakan mengambil pil itu seawal 6 bulan sebelum berangkat ke tanah suci lagi. 

Umie sangat yakin, segala-galanya berlaku atas kehendak Allah..kita juga boleh lakukan solat hajat sebelum dan semasa di tanah suci, minum air zam-zam dan berdoalah bersungguh-sungguh padaNya, itu juga merupakan sebahagian ikhtiar yang boleh dibuat..yakinlah..buatlah apa jua usaha atau ikhtiar dan yang paling penting kita berserah dan sentiasa bergantung harap pada-Nya untuk dipermudahkan segala urusan perjalanan kita. InsyaAllah, diizinkan Allah pasti dipermudahkan-Nya buat kita.

Benar, Allah Maha Kuasa untuk memudahkan perjalanan urusan seseorang, Allah juga dengan mudah untuk menyukarkan perjalanan seseorang atas kehendakNya. Berdoalah bersungguh-sungguh, perbaiki niat dan perbanyakkan lah solat taubat sebelum kita berangkat. Allah Maha Mengetahui segala niat setiap hamba-hamba-Nya.

Semoga doa ini bermanfaat untuk dikongsikan bersama di sini, insyaAllah.

Ini doanya..

Caranya:

1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.

Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah semasa saya menghadiri kursus yang dianjurkan olehnya. 

# Doa ini tidak disarankan untuk dibaca sesuka hati bagi tujuan selain dari niat untuk mengerjakan ibadah umrah/haji di tanah suci.

Umie ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadat umrah / haji kepada semua para tetamu Allah yang telah menerima jemputan Allah dan akan ke tanah suci tidak lama lagi, selamat pergi dan selamat pulang..mohon doakan agar umie dan keluarga dijemput-Nya lagi ke sana ya.

umie doakan semoga dipermudahkan segala urusan kalian di tanah suci dan kalian memperolehi umrah / haji yang mabrur dan diredhai sekembali ke tanah air nanti, insyaAllah...ameen.

-Ma'a salama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...