Saturday, 24 January 2015

3 Keguguran...rencana Allah pasti yang terbaik buat hambaNya.

Assalamualaikum wbt.

Berita sedih yang berlaku pagi semalam..kakak umie mengalami keguguran..telah masuk 12 minggu...tiba2 bleeding yang sgt banyak dan bila scan doc bgtahu yang baby rupanya tidak membesar mengikut umur..belum sempat cukup sifat..cuma kata along mata baby macam dah ada sewaktu doc tunjukkan gumpalan darah sebesar penumbuk pada beliau dan suami..luruh hati mereka pasti setelah berharap kehamilan utk kali ini lancar..ohh Ya Allah mudah2an mereka yang diuji sebegini akan selalu diberi kekuatan dan ketabahan hati..mereka2 yang terpilih untuk diuji sebegini oleh-Mu..benarlah Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui..sesungguhnya rencana Allah itu pasti yang terbaik buat hamba-hambaNya..kuatkan lah hatimu along..kuatkan lah hatimu wahai insan-insan terpilih di luar sana yang turut diuji seperti ini malah mungkin yang lebih hebat...Allah sentiasa bersama kita..hikmah dan ganjaran yang besar menanti di atas kesabaranmu..janji Allah itu kan pasti.

Menurut kakak umie, ada beberapa faktor yg diberitahu oleh Doc sebab2 keguguran dia kali ni..dari sudut saintifik;

1) faktor umur - 39 tahun (kehamilan pada usia lewat 30an dan 40an mempunyai risiko keguguran yg lebih tinggi)
2) keadaan ovum - berkemungkinan ovum yang telah disenyawakan kurang berkualiti
3) masalah penyakit tiroid  - salah satu punca kpd keguguran juga
4) minum jus oren tiap2 hari 

Kakak umie ni kerap stress juga sejak hamil tapi tak pasti dari segi saintifik adakah stress melampau boleh menyebabkan kpd keguguran ni.



Ma'a salama,
post signature

Wednesday, 21 January 2015

6 TTC vs Tesis

Bismillahirrahmanirrahim..

Catatan pertama untuk tahun baru 2015...


lama rasanya tak update apa2 perkembangan umie..blog pun kiranya dah hampir bersawang..huhh.. entri lama pun x update2...macam lar busy sangat kan..hihi.. 


tapi..pejam celik pejam celik rupanya dah nak masuk anniversary ke-9 kami..29hb ni...rasanya baru je lagi sambut anniversary ke-8 haritu..aikk biar betoi..cepat sungguh rasanya setahun tu berlalu..mungkin kah kesibukan dunia membuatkan kita terleka dan lalai..masa yang berlalu telah dapatkah kita manfaatkan sepenuhnya?..Ya Allah..umie sendiri ni pun perlu bermuhasabah kembali..berapa lama lagi masa yang tinggal agaknya buat kita?..tiada siapa pun yang tahu!


..kejar..kejar..kejar..apakah yang ingin dikejar wahai diri? adakah dunia di hati? 

bukankah sepatutnya dunia di tangan, akhirat di hati kan..ingatan untuk diri umie dan sama-samalah kita saling ingat mengingati..kita yang sedang menghirup udara dan hidup di dunia yang terlalu banyak cobaan dan dugaan ini..hanya pada Allah kita memohon kekuatan diri dan dilindungi dari segala fitnah dunia dan dajjal.


Ok, get back to the story yer..

sekadar nak bagitahu yang umie skrg dah nak masuk 5 bulan..alhamdulillah

...iaitu meneruskan pengajian kedoktoran..oppss..bukan dah nak masuk bulan ke-5 preggy okey.. hihi..walau dalam kesibukan hari2 menelaah bahan bacaan ni..ada ketikanya memang tak nafi terlintas rasa teringin sgt2 nak mencuba IVF kali ni..byk2 treatment TTC sepanjang hampir 9 tahun ni, IVF je umie belum pernah cuba lagi..insha Allah umie dah tanamkan azam sekiranya Allah izinkan kami akan cuba berusaha dengan cara ini pula...sebelum umie naik kerja semula inilah impian umie..harapan yang sangat2 lama untuk kami mempunyai zuriat sendiri..sehingga masa yang sesuai dan terbaik kami akan berbincang balik nanti..mohon Allah tunjukkan jalan yang terbaik..kami berusaha untuk redha dan bersabar dengan ujian yang tak seberapa berbanding insan lain yang lebih besar dan hebat ujiannya..tetaplah kita bersyukur dengan apa yang ada dan miliki sekarang..iaitu setiapnya adalah pinjaman yg sementara..juga tak terhitung segala nikmat bukan?..syukur alhamdulillah.



Oklah, umie nak sambung balik menelaah jurnal2 untuk tesis umie..cuba nak siapkan research proposal semester ni insha Allah..cuba untuk mendisplinkan diri mengikut schedules dan milestones yang umie dah tetapkan..menuntut ilmu memang memerlukan pengorbanan..berusaha untuk mendapatkan zuriat juga memerlukan pengorbanan..kesimpulannya segala usaha untuk mendapatkan sesuatu yang baik itu pasti memerlukan pengorbanan kan.. 

Semoga Allah SWT memudahkan dan memberi kelancaran setiap urusan kita untuk ke arah kebaikan..dan semoga Dia juga sentiasa memberikan kita kekuatan untuk menghadapi apa jua musibah dan ujian yang melanda..ameen.









Ma'a salama,
post signature

Monday, 8 December 2014

6 Kekuatan itu milik-Mu..

Assalamualaikum wbt.,



sedarkah itu? ...Ya!...

namun mengapa...mengapalah diri ini terasa tidak cukup kuat untuk hadapi sesetengah ujian-Mu wahai Tuhan?


Maka, banyakkan lah merintih dan merayu lagi padaNya..

dan terus terusan meminta padaNya agar diberikan kekuatan..

"Ya Allah Ya Rabb...permudahkanlah segalanya, janganlah disulitkan...ameen." 


dan sungguh ia benar..k
ekuatan itu hanya milik-Mu!


ma'a salama,

post signature

Friday, 8 August 2014

2 S.H.R Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum wbt.

Masih ada yang sudi singgah dan menjenguk perkhabaran umie di sini ke? ececeh..takpe2 jawab dlm hati je k..hihi

..rasanya belum terlewat lagi kan utk umie ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin' buat semua.. ;)

Bagi umie raya tahun ni biasa2 saja
Hati terus teringat2 pd saudara2 di Palestine..tertanya dgn apa yg berlaku sejak akhir2 ni..dgn kejadian tragis MH17...juga kehilangan MH370..sebak..risau..di waktu ini juga Dia menguji kita dgn keadaan meruncing empangan makin surut air..apakah hikmah..atau adakah ini peringatan kepada sesuatu..huhu..wallahu a'lam

Rindu nak bercerita lebih di sini..banyak yg nak dikongsikan..in sha Allah di lain masa dan ketika ya..

Oh ya..Alhamdulillah, tak lama lg umie akan bergelar 'student' kembali..teringat zaman2 remaja dan muda2 dulu di univ..waktu tu otak masih fresh la kan..sekarang ni..hadoii la..kena guna booster mungkin ni..hihi..next week in sha Allah minggu terakhir umie berkerja..akan tinggalkan ofis selama 3 thn ni, in sha Allah..huhh..perasaan kini jadi bercampur baur..mampukah sebenarnya?Ya Allah..hanya padaMu umie berserah dan bermohon dipermudahkan segalanya perjalanan ini.

Hmm..satu lagi..umie mcm agak trauma fikirkan utk naik flight dlm keadaan sekarang ni..bila fikir yg umie pernah suatu ketika bermusafir sampai ke Amerika.. Russia.. Jepun.. Korea.. China.. Dubai..dan lain2 negara..ada yg bersendirian lagi..sebenarnya tak pernah terjangkau di kotak fikiran ini dgn apa yg telah terjadi skrg ni..tapi mmg benar..ajal maut di tanganNya..kalau telah tertulis pengakhiran kita bagaimana dan di mana kan..hanya Dia Maha Mengetahui.

Apapun, semoga Allah Azza Wa Jalla memberi petunjuk, kekuatan hati dan keteguhan iman buat kita semua ya..ameen.

Take care semua dan terima kasih coz sudi singgah n jenguk2 ke blog umie ni k ;)

Ma'a salama,
post signature

Monday, 2 June 2014

7 Tragedi semalam

Semalam..kejadian semalam umie takkan dapat lupakan seumur hidup..Ya Allah!
sehingga kini umie masih terbayang lagi..fikiran ini masih melayang..pejam mata juga masih terbayang..takdir Allah menentukan umie dan suami berada di situ, terkejut mengigil menyaksikan saat2 memilukan kejadian itu..ohh..ya Allah..pengajaran dan iktibar apakah ini..

berita kejadian turut dilaporkn di tv dan surat khabar smlm.. :'(

innalillahiwainnailaihirojiun.


post signature

Friday, 9 May 2014

8 kebergantungan ku pada-Mu..

Assalamualaikum semua..

terasa lama diri ni menyepi..
Alhamdulillah umie masih di sini..dan syukur pada-Nya atas segala nikmat yang dikurniakan..
sekarang ni umie sedang jalani kursus QA lanjut pengajian HLP2014 di INTAN, Bukit Kiara selama 6 minggu..bagi persiapan diri, mental dan emosi..debaran dan bahang yg kian terasa..

doakan kejayaan umie ya...umie juga berdoa semoga rakan2 di luar sana akan terus berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, in sya Allah.

banyak yang ingin dikongsikan tapi masa sungguh membatasi..

Wahai Tuhan, sesungguhnya kebergantungan ku dahulu, kini dan selamanya hanya pada-Mu Ya Allah..permudahkanlah setiap urusanku dan juga buat mereka2 yang sentiasa mengharap pertolongan dari-Mu...ameen.


Ma'a salama,
post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...