Friday 30 August 2013

30 Pulau Mabul-Kapalai, Sabah ~ Our precious moments - Part II (Sipadan Water Village)



Assalamualaikum wbt.,

kisah bersambung...Part II (Sipadan Water Village) :-)

catatan perjalanan awal (Part I) kami ke Mabul-Kapalai Islands ini boleh dibaca di sini d' precious moment in Mabul ~ Part I.

Entri kali ini lebih berkisarkan hari kedua kami di Pulau Mabul. Pagi hari kedua tu kami dah mula bersiap untuk check-in di Sipadan Water Village (SWV) pula. Waktu check-in katanya boleh datang seawal pagi pun takpe..that's a good sign kan..so apalagi, kami pun dengan segera mem'packing'kan barang untuk ke SWV..xde apa2pun..barang/baju tak banyak bawa pun..ala-ala backpackers namanya pun kan :-)..kami bawa 2 beg galas saja..hehe..simple, relax but truly enjoy yg penting..

Memandangkan bot BJS yg sepatutnya standby membawa kami ke SWV takde pula pagi tu masa kami checked out (mungkin bot tu bawa divers mat2 salleh tu pergi pulau sipadan agaknya)..hehe takpela..dan nasib baik juga ada 2 orang staff BJS (org bajau rasanya) dapat menghantar kami ke SWV (menapak jalan kaki waktu ni). Tapi walking distance dari BJS ke SWV lebih kurang 7-10 min macam tu je..dan sebenarnya tak jauh pun sebab pulau ni pun kecil..terasa dekat je..tak caya cuba check google map k ;-) ..kami jalan slow n relax..menghirup udara segar Mabul sambil nikmati pemandangan semulajadi kampung orang Bajau di sini...terpaksa lalu celah2 lorong dan rumah orang..kalau lah kami terpaksa jalan sendiri ni mau sesat ke mana ntah dalam pulau ni..hehe..

suasana tenang...

sunyi dan nyaman..
  
anak bajau balik dari sekolah..tapi sekolahnya umie tak perasan kt mana..hmm..

tenang bila lihat keadaan kampung mereka ni..rata-rata rumah yang mereka diami ni agak usang juga..rumah kayu..takde elektrik dan kebanyakan rumah pakai generator untuk hidupkan bekalan api waktu malam..ada rumah yang takde generator tu cuma pakai pelita je waktu malam..kesian juga kan..anak2 org bajau di sini happy je, suka senyum pada kita n suka ria main sesama mereka..very nice!

mereka sedang bermandi-manda...

Oh ya..di Pulau Mabul ni bekalan elektrik waktu malam je tau kalau kita menginap di mana-mana lodge (6pm-6am atau ada sesetengah lodge dari jam 7pm-7am)..sebab bekalan elektrik yang disupply waktu malam di bilik tu cuma pakai private generator yang dihidupkan waktu malam saja. Tapi kalau di SWV, bekalan elektrik ada je 24 jam umie tengok di bilik, Alhamdulillah takde masalah.

dan akhirnya kami tiba juga di SWV, alhamdulillah.. :-)

SWV Landmark :-) ..bot usang terbengkalai berdekatan laluan masuk ke SWV

~ Welcome to SWV ~

SWV entrance ~

corals everywhere..

Crystal clear sea water..

subhanallah cantik...air kristal jernih seperti di swimming pool je :-)


truly amazing..hebat ciptaan-Nya

laluan nak ke chalet kami pula..


Alhamdulillah, chalet umie ni menghadap laut luas...Laut Celebes (Celebes Sea)..very nice view.

 



bilik jiran sebelah kanan..

bilik jiran sebelah kiri....pemandangan dari tingkap bilik umie..jauh di hujung sana ~ "Seaventures Rig Dive Resort" - bekas pelantar minyak yang telah diubahsuai menjadi resort para divers :-) 

santai-santai di balkoni chalet tengok sunset..

SWV Standard & Deluxe Chalets
  


chalet tempat kami menginap (simbol merah)
(credit: google image)

hmm..sebelah petang selepas check-in di SWV tu kami ke Pulau Kapalai untuk snorkeling (termasuk dalam pakej bilik)..insyaAllah ada kesempatan umie sambung ke episod seterusnya untuk selitkan gambar2 ikan cantik di Kapalai & Mabul serta penyu-penyu dalam air yang dapat kami berenang bersama (gambar semua underwater tau)..macam dalam akuarium je! 

itu saja..to be continued insyaAllah!


-ma'a salama
post signature

Wednesday 28 August 2013

15 Pulau Mabul-Kapalai, Sabah ~ Our precious moments - Part I: (The journey)

d' precious moment in Mabul Island ~

Assalamualaikum wbt.,

Alhamdulillah, segala apa yang telah kami rancangkan untuk percutian kali ini berjalan dengan lancar atas izin-Nya. Beberapa perkara yang tak terlintas turut berlaku dan akan kami abadikan ianya sebagai sebuah kenangan manis dan terindah dalam hidup. Secara peribadi boleh umie katakan yang keunikan Mabul-Kapalai berbanding pulau-pulau lain di Malaysia ini sebab terdapat terlalu banyak batu-batu karang yang terpelihara cantik tak terusik, pelbagai spesis ikan laut dalam dan cetek yang cantik boleh ditemui di sini (yang bestnya ikan2 itu datang sendiri pada kita/bermain2 aje sekitar kita :-), spesis penyu yang berlainan (berbanding penyu terengganu yang hitam tu) dan tentu sekali keunikan orang-orang Bajau Laut yang sentiasa tinggal di atas bot/sampan atas laut di sini mencerminkan keharmonian masyarakat di Mabul itu sendiri.

kisahnya bermula

Sebenarnya saban tahun kami menunggu bila agaknya tiket penerbangan murah untuk ke Tawau dan Alhamdulillah bulan April 2013 lalu, umie bernasib baik dan berpeluang membeli return flight ticket ke Tawau dengan harga RM43/pax. Total amount termasuk tax dan fuel surcharge untuk kami berdua iaitu RM196 (murah kan..kan..ke ada yg dpt lg murah ye??)..hehe..takpelah rezeki masing-masing kan..

saat sebelum terbang..with this ~ 'Everyone can fly'

Percutian kami ke Pulau Mabul Sipadan-Kapalai kali ini adalah selama 4 hari 3 malam saja (22 -25 Ogos 2013) baru-baru ini ..ikutkan rasa macam tak cukup dan tak puas tapi bila direnung kembali syukur sgt sebenarnya sekurang-kurangnya kami berpeluang diizinkan-Nya jejak kaki ke sana. A dream destination boleh umie katakan..really a 'must-see' destination pada para pencinta alam, berhasrat dan berpeluang..pergilah dan nikmatilah sendiri keindahannya..trust in me.

coral + crystal clear sea water in Mabul..sejuk mata memandang.. :-)

4H3M ~ malam pertama umie dan hubby plan untuk bermalam di budget lodge sahaja (yg penting lokasinya haruslah di Pulau Mabul juga). Setelah beberapa bulan juga umie dok survey2 reviews pengunjung2 ke Mabul, terkejut pun ada bila terbaca komen negatif mengatakan yang ada beberapa lodge dan backpackers di sana berkeliaran tikus, makanan tak cukup, toilet sharing + ada yang kotor pula, etc..rata-rata ada pros n cons sebenarnya..

In consequence, setelah ditimbang-tara kesemua aspek ini, Big John Scuba (BJS) akhirnya menjadi pilihan lodge kami untuk malam pertama kami di Mabul..yup, truly happy to be here but pls don't expect too much bila mana kita menginap di mana-mana lodge/backpackers ni ye...kalau nak yang best jadi ongkosnya juga haruslah best juga kan :-) dan menginaplah di resort untuk lebih selesa..tak salah..bagi umie, pengalaman itu sgt penting, walau sekadar dpt bermalam dengan sedikit keselesaan, bersih, makanan cukup, toilet tak perlu kongsi, itu dah sgt memadai dgn harga budget lodge ni..yg penting lodge2 di Mabul ni semuanya atas air..air hijau bak kristal..Subhanallah.. Kadar bilik di sini (BJS) mengikut per pax iaitu RM90/pax. Ramai divers mat salleh tinggal di sini berbulan2 lamanya..hmmm..bestnya!

BJS ni bersebelahan dengan Arung hayat Sea Adventures Lodge

Malam kedua pula kami memang telah merancang untuk bermalam di tempat sedikit eksklusif untuk kami berdua sahaja..ala-ala ber'honeymoon' lg gitu :-)..iaitu di "Sipadan Water Village (SWV)"..biarpun agak sedikit mahal tapi once in a blue moon apa salahnya kan..hehe..many thanks to Mr hubby coz semua perbelanjaan percutian kali ini ditanggung sepenuhnya oleh beliau..Alhamdulillah Ya Allah..semoga berlipat kali ganda murah rezeki yg diberkati buat abang lagi hendaknya..ameen...'nway tq very much dear! terima kasih di atas segala kenangan terindah tercipta selama kita berada di sini..those moments we shared together is a memories I will surely treasure forever..really appreciated it so much.

SWV entrance..selamat datang ~

dan malam ketiganya kami bermalam di bandar Tawau saja supaya dekat sikit dengan airport untuk balik esoknya tu..Hotel Shervinton Executive Boutique, Tawau...boleh tahan cantik juga hotel ni..secantik namanya juga...bilik standard per night cuma RM118 nett..

Rentetan perjalanan

Sesampainya kami di Lapangan terbang Tawau, kami disambut baik oleh Pakcik A (SWV staff) untuk bawa kami ke Jeti Semporna dan terus ke Pulau Mabul..tak sabar rasanya masa ni...bergantung harap pada Allah semoga permudahkan urusan perjalanan kami waktu ini.. 


perjalanan dari Tawau Airport ke semporna memakan masa lebih kurang 1 jam. 

Sejurus tiba di Semporna, Pakcik A memaklumkan yang kami perlu menunggu satu group mat salleh yang lain dlm 16 org macam tu tiba dalam masa sejam lagi (kapal terbang mereka waktu itu baru saja landing di Tawau)...huhu...lama lg tu kalau ikutkan. Mujur pakcik A ni baik hati orangnya, mungkin kerana kesiankan kami, dia bawa kami ke satu restoran islam untuk makan-minum hilangkan lapar dan dahaga sementara nak menunggu mat2 salleh tu tiba. 

Kami dibawa pusing2 menjamu mata sekitar pekan semporna..entah ye dalam masa pusing-pusing pekan semporna tu sempat juga pakcik A membawa kami ke lokasi 'tragedi berdarah' tu..di sebuah perkampungan atas air berdekatan pekan semporna aje..perasan tak gambar perkampungan di bawah ni? tempat tragedi 'itu', di hujung lorong ini..tak perlulah umie bercerita panjang di sini mengenai kisah 'itu' kan..sila baca sendiri sejarah yg telah berlaku k!

di kampung inilah 'tragedi berdarah' itu berlaku..sungguh tragis

apapun, jom kita layan sedikit gambar2 sekitar pekan semporna yg sempat dirakam oleh lensa umie yang tak seberapa canggih ni... :-) 

pemandangan rumah atas air@Semporna..rumah kayu dua tingkat tu..mak aii :-)

lagi pemandangan rumah atas air@Semporna

pemandangan Pekan Semporna nun jauuhh di sannaa..

Pakcik bajau laut sedang makan ka??..alahai pakcik...

Jeti pelancong SWV@Semporna

Bot SWV sedia menunggu untuk membawa kami ke destinasi idaman :-)

Perjalanan kami menaiki bot SWV dari jeti pelancong semporna ke Pulau Mabul memakan masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke pulau dituju..lama juga rasa bila mana kami terpaksa menempuh ombak2 yang besar dan ganas di tengah lautan tu..huhu..

dan akhirnya, kami telah sampai juga ke destinasi dituju...jeng..jeng..

Inilah Big John Scuba Lodge (sebelah kiri) dan Arung Hayat Sea Adventures (sebelah kanan)..
bilik kami menginap yang No. 2 dari sebelah kiri ni..umie suka tempat ni :-)

keadaan bilik kami..toilet pun dalam bilik tau..condition ok dan bersih, Alhamdulillah

di awal pagi kebanyakan divers telah pun bersiap utk ke Sipadan.. 

InsyaAllah akan ada sambungan cerita perjalanan kami nanti di part yang seterusnya...pengalaman berharga kami dapat berenang bersama penyu-penyu Kapalai juga.. :-)

catatan perjalanan ini umie abadikan di blog ini kerana ianya merupakan salah satu kenangan manis dan indah bagi kami berdua ~ Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah di atas rezeki ini.

mudah-mudahan ada kelapangan untuk umie terus menulis part yang seterusnya ni..

Part II (Sipadan Water Village)
Part III (Snorkeling Moment@Kapalai & Mabul)

-ma'a salama
post signature


Tuesday 20 August 2013

2 ku tak sanggup..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah Ya Tuhan, 
Lindungilah hamba-Mu ini, kaum keluarga kami serta rakan-rakan kami dari ditimpa musibah seperti itu..kasihanilah kami..hari ini sekali lagi ianya berlaku betul-betul di depan mataku..aku bersyukur di atas bantuan dan perlindungan-Mu..setelah direnung dan dikira kembali, ini telah masuk kali keenam Kau tunjukkan musibah itu berlaku benar-benar di depan mataku..Ya Allah, apakah terselit hikmah ini semua..sungguh ia kini menjadi pengajaran buatku ini yang sering lalai dan terleka..mungkin juga ianya teguran dari-Mu..ku memohon keampunan-Mu Ya Allah..hamba-Mu yang lemah ini hanya mampu memohon perlindungan dari-Mu di setiap perjalanan setiap urusan duniaku ini..lindungilah.. selamatkanlah kami..berilah kami perlindungan-Mu sentiasa, dan jauhkan lah diri ini dari diperlihatkan musibah seperti itu lagi berlaku di depan mataku ini..aku tidak sanggup dan aku takut melihat keadaan itu..selamatkanlah mereka yang ku lihat ditimpa musibah itu..ameen Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

~ La illaha illallah Muhammadur Rasulullah ~

ihsan: google image


ma'a salama
post signature

Sunday 18 August 2013

10 TTC: Misi mengesan waktu subur dgn OPK

Assalamualaikum wbt.,

Akhirnya sampai juga OPK dan UPT yang umie beli online haritu.
cycle kali ni boleh la umie gunakan OPK ni..
biasa umie guna kaedah BBT chart & termometer (sukat suhu badan tiap2 pagi) nak tahu jangka waktu subur (ovulation day)..
so kali ni umie nak cuba pula kaedah OPK ni cammana la keberkesanannya kan..


OPK beli online..dah cuba satu dah pun.. :-)

upt ni pun beli online..tak sabar nak test!

memandangkan hari ni umie CD15..masih sempat lg kot nak uji cuba untuk cycle kali ni dan harapnya tak terlepas lagi waktu subur tu..

hari khamis (22/8) ni, insyaAllah umie dan Mr. hubby akan berhoneymoon ke suatu 'Pulau'...dalam ranking 10 pulau tercantik di dunia, masyaAllah..lokasi terbaik untuk diving & snorkeling...tak sabarnya rasa..dah lama kami tanamkan impian untuk ke sana..mudah-mudahan Allah izinkan kami jejak kaki ke tempat itu...hmmm...can't wait to be there!

our honeymoon destination, insyaAllah ;-)

OPK ni pasti akan dibawa bersama..semestinya!.. ;-)
usaha..usaha dan terus usaha..hanya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik.

-ma'a salama
post signature

Friday 16 August 2013

2 Salam Aidilfitri: Ohh biskut rayaku hangit!

Assalamualaikum wbt.,

Alhamdulillah, hari ni Syawal ke-9 baru ada kesempatan umie nak ucapkan selamat kepada pengunjung2 blog umie yang setia ni (ehh..mcm confident jer ada pengunjung tu kan..hehe). Takpelah..apapun terima kasih ye sudi intai2 umie di sini.

SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI, maaf zahir dan batin, jika ada tersalah kata atau terguris mana-mana perasaan buat kalian di luar sana..yg sudi membaca setiap coretan blog umie ini..kalau ada pun, umie tak bermaksud langsung dan tak terlintas di hati.

Alhamdulillah, tahun ni dah masuk tahun ke-8 umie beraya sebagai seorang isteri dan kami masih lagi beraya berdua. Belum rezeki kami untuk beraya ber-3 lagi (tahun depan mudah2an ber-3 hendaknya ;-) ameen, insyaAllah).  Hari mantai dan raya pertama umie di rumah MIL di Melaka. Kesemua adik-beradik hubby turut beraya di Melaka tahun ni. Raya kedua umie dah pulang ke kampung halaman umie bertemu mak dan abah serta adik-beradik..seronok sgt raya kali ni kt kampung sendiri berkumpul adik beradik dan anak-anak buah umie yg comey2 tu..terharu bila mereka selalu memanggil umie dengan panggilan 'mummy'..setiap kali mereka memeluk..memanggil 'mummy'..terasa mereka dekat di hati..terasa diri ini seperti seorang ibu..terima kasih kakak dan abang yang memahami dan mengajar anak-anak mereka berkongsi rasa kasih dan sayang ini..untuk umie tumpang rasa bahagia seorang ibu walau cuma seketika.

ok cerita lain pula..

penutup entri kali ni spesel sket sebab umie nak share gambar biskut raya (choco chip nestum cookies) yg umie buat haritu (satu kegagalan and i've to admit that)..niat nak jadi seperti bakers kental yg lain tu ada, tapi cukup memadai jika dpt mulakan langkah sbg the beginner dulu kan..namun kegagalan kali ni tidak akan mematahkan semangatku..aduhh..please jgn gelakkan ye..biskut rayaku hangit lar!.. rupa2nya kesilapan umie sebab putar butter dan gula terlalu lama sampai naik gebu jadinya..coz sebelum buat biskut tu umie buat aiskrim durian..buat aiskrim ni perlu putar telur, susu, esen vanilla dan ovalett lama2 sampai naik gebu & kembang..jadinya lepas putar aiskrim, putar pula butter & gula utk biskut..tersampai lah gebu juga..
pssttt..satu rahsia sebenarnya umie tak pernah pun buat biskut raya selama umie bernafas di muka bumi Allah ni ;-)..dan inilah pengalaman pertama..sabar je la kan..rasa sungguh seronok dapat usahakan sendiri dan bilamana dapat pula pujian dari mr. hubby (itu belum lagi dipuji oleh anak kan, mesti bertambah lagi rajin dan seronok).. Alhamdulillah, setelah beberapa kali try n error akhirnya menjadi juga biskut ni dan rasanya sgt marvellous dan rangup..resepi biskut terbaik ni umie ambil dari carian google.

tadaa...biskut rayaku hangit lar!!! hehehe..


Ohh..biskut rayaku..hangit!

sengaja umie sisipkan coretan biskut chocolate chip nestum hangit ni di blog umie sebagai pengalaman dan kenangan tak boleh lupa..kenangan pertama kali buat biskut raya ramadhan 1434H tahun 2013..sabar je la kan..

apapun..


menjadi juga akhirnya..Alhamdulillah :-)
Selamat hari raya semua!

ma'a salama
post signature

Monday 5 August 2013

12 TTC: Misi puasa penuh ~ gagal

Assalamualaikum wbt.,

Misi dan impian umie untuk berpuasa penuh ramadhan 1434H kali ni nampaknya gagal..
hari ni umie CD1...27 Ramadhan1434H, tinggal lagi 3 hari saja lagi sebelum ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirai dan meninggalkan kita..
ternyata bukan rezeki umie untuk dapat berpuasa penuh kali ni.. 
dan sekaligus misi mencari 'double line' juga masih belum tercapai..

apakan daya..segalanya atas kehendakNya..
inilah yang terbaik buat diri ini..sedang Dia lebih Mengetahui tentang diri ini.

Allah Maha Besar...lebih besar dari ujian yang sedang umie lalui...
apapun, Alhamdulillah di atas segala nikmat lain yang tak terhitung diberikan-Nya..

Ramadhan ini kian berlalu pergi..sedih pula rasa..
masih tinggal berbaki 3 hari saja lagi..moga2 kita dapat menggunakan masa yang ada sebaiknya..
wahai diri rebutlah peluang itu..rebutlah peluang itu...
kerna belum tentu kita dijanjikan peluang seperti ini lagi di lain masa..

Mudah-mudahan Allah SWT merahmati dan memberkati segala usaha dan amal ibadat kita.. 
segala yang dilakukan semata-mata untuk meraih keredhaan-Nya di dunia dan akhirat..

umie doakan buat kawan-kawan di luar sana, mohon doakan buat umie juga ye..

Ameen Ya Rabbal Alamin..

- ma'a salama

post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...