Tuesday 30 July 2013

1 Istimewanya Lailatul Qadar itu..

Bismillahirrahmanirrahim..




Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, 
maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir). Maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.

Huraian Hadith

1.   Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah.

2.   Setiap ibadat yang dilakukan bertepatan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insyaAllah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.


sumber petikan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

***

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam Al Qadar. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1434H) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menenemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita! Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

sumber petikan: Tanda-tanda Malam Al-Qadar (Ustaz Pahrol Juoi - genta-rasa.com)

***

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, At-Tirmizi, Ahmad dan lain-lain bahawa rasulullah s.a.w mengkhabarkan bahawa: "Tanda berlakunya Lailatul Qadar adalah matahari yang terbit pada pagi itu keputihan (dan dalam riwayat yang lain ~ kemerahan) yang tidak bercahaya."

Dikatakan sebabnya adalah kerana banyaknya bilangan para malaikat yang turun pada malam itu memenuhi bumi sehinggakan tiada satu jengkal pun dari muka bumi melainkan terdapat malaikat. Apabila manusia bersolat subuh, para malaikat mula naik ke langit. Maka dengan bilangan malaikat yang begitu banyak berserta cahaya mereka (malaikat diciptakan dari cahaya), maka terhalang cahaya matahari dengan cahaya para malaikat dan menyebabkan pudarnya cahaya matahari.

Moga-moga kita antara insan-insan yang terpilih oleh-Nya untuk bertemu Malam Al-Qadar ramadhan pada kali ini..

Ameen, Ya Rabbal Alamin.

-Ma'a salama

post signature

Monday 22 July 2013

8 TTC: test strips beli online..

Assalamualaikum,

Entri TTC untuk kali ni ringkas & pendek saja..
OPK dan UPT ni di beli online untuk kegunaan akan datang...

nampak gayanya dapatlah umie buat opk/upt test setiap hari mcm ni... :-)

hari ni umie dah masuk CD20..
suspen rasanya menunggu mana tahu ada kejutan di akhir ramadhan ni..ya Allah..
diri ini akan tetap terus positif mengharap..segala apa yg berlaku sudah tentu ianya yg terbaik.. 
umie tawakkal dgn stp usaha yg dilakukan...
Ya Tuhan permudahkanlah segalanya...ameen.

20 OPK (sales: RM35)
20 UPT (sales: RM35)











Apapun thanks sizuka coz war2kan info mengenai voucher ni ye...umie dah siap beli baru tahu yg anis LA juga menjual OPK & UPT ni dgn harga yg lebih murah la...huhu..

Apapun, selamat maju jaya utk kita semua..semoga kita beroleh keberkatan, pengampunan serta rahmatNya di bulan yg mulia ini, insyaAllah..

Selamat berpuasa pada yg berpuasa ;-)

-ma'a salama

post signature

Friday 19 July 2013

0 Alahai manusia..

Assalamualaikum wbt.,


pastinya kita takkan dapat membahagiakan hati SEMUA orang di sekeliling kita..

justeru...

"utamakanlah pandangan ALLAH, daripada pandangan manusia.."

moga dengan setiap apa yang kita lakukan di muka bumi Allah ini akan memberi manfaat kepada kehidupan sekeliling..

ingatan buat diri sendiri...

-ma'a salama

post signature

Friday 12 July 2013

8 Salam Jumaat: Doa Murah Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim..

Bismillah Walhamdulillah

Syukur diberi ruang dan kesempatan di hari yang mulia untuk berkongsi satu doa yang bagi umie sangat bermanfaat untuk dikongsi dan diamalkan buat kita semua. Mungkin ramai yang dah tahu tapi umie harap diri umie dan kalian di sana juga akan tetap terus yakin dan tidak putus-putus mangamalkan doa ini dan memanjatkan harapan, bantuan serta keyakinan hanya pada-Nya. 

Ayat 1001 dinar ini umie cuba amalkan sejak di zaman sekolah sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, memang, ianya memang sangat berkesan, memurahkan rezeki kita dari sumber yang tidak disangka-sangka...doa ini juga sangat bagus sekali dan kalau dapat diamalkan bersama solat dhuha (solat murah rezeki). Percayalah dan yakinlah..amat benarlah kata-kata Allah..

hasbunallah wanikmal wakil..




semoga kita bukan sahaja menjadi 'kaya' di alam sementara malah juga kaya di alam yang kekal abadi nanti..ameen.

Wallahua'lam

-ma'a salama

post signature

Wednesday 10 July 2013

6 TTC: CD8 & Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt.,

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!


Alhamdulillah, diizinkan-Nya kita bertemu kembali bulan mulia penuh keberkatan, rahmat dan pengampunan..umie ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua..mudah-mudahan Ramadhan dilalui kali ini membuahkan mahabbah dan makrifat kepada Allah..sama-sama kita, insyaAllah, jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik penghayatannya berbanding Ramadhan yang lalu..


Ramadhan tahun ini mengingatkan umie kepada sesuatu..sesuatu yang amat kita kehendaki untuk kehidupan di alam 'sana' yang kekal abadi..



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat kelak. 
Puasa akan berkata: 'Wahai Rabb, aku telah menahannya daripada makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya.' 
Al-Quran pula berkata: 'Aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya.'
Kemudian Baginda bersabda lagi: "Maka kedua-duanya diperkenankan memberi syafaat."

(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim)


Mudahan kita semua akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih bermanfaat di dunia dan merebut peluang ini untuk menambah amal taqwa yang diredhai Allah SWT sebagai bekalan di akhirat nanti...insyaAllah.

Alhamdulillah, cik 'P' umie kali ni berakhir semalam (hari terakhir bulan syaaban)..1 ramadhan hari ini umie berpuasa..umie benar berharap Ya Allah, andai Allah izinkan umie dapat berpuasa penuh bulan ramadhan kali ini dan umie hamil..Ya Allah Ya Tuhan, makbulkanlah...ameen...


InsyaAllah, umie & hby akan amalkan meminum susu kambing untuk bulan ni sebagai ikhtiar kami, berkatilah usaha kami ya Allah..ameen..



credit: google image

-ma'a salama

post signature

Monday 8 July 2013

0 Pengkalan Balak, Melaka & Memancing

Assalamualaikum wbt.,

Cuti-cuti kami hujung minggu lepas ke Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka..air laut boleh tahan bersih juga waktu kami di sini...seronok rasanya tiap kali berpeluang melihat keindahan laut yang terbentang luas..ombak yang menghempas pantai..umpama lenyap segala permasalahan di fikiran..sungguh tenang dan damai jauh di sudut hati melihat kehebatan ciptaanNya..subhanallah.

umie & hubby selalu datang ke sini...memancing area pantai ni biasanya boleh dapat naik ikan bolos atau duri..bila teringin memancing atau rajin sikit kami akan ke jeti kuala sg baru, melaka untuk memancing di sana...pernah tu umie dapat tarik naik 2 ekor ikan mayong besar2 lengan tangan juga la, hby pula dpt seekor..hehe..hmmm...seronok rasa bila dapat lawan tarik tu..

hasil tangkapan di jeti Kuala Sg Baru, Melaka

pernah abah umie memancing di Pengkalan Balak ni bawa naik seekor ikan duri sebesar lengan..besar sungguh..suka la abah tu kan..:-)

ikan duri tangkapan abah..*sila abaikan pemandangan sekeliling ye :-)

Kali ni kami pergi ke Pengkalan Balak bukan untuk tujuan memancing pun..pagi tu sedang kami bersiar2 ternampak beberapa bot2 kecil nelayan tersadai di tepi pantai sedang memunggah pelbagai jenis ikan segar, ketam dan udang2 segar dari pukat dan jaring..apa lagi kan..
ermm..merasalah kami membeli udang2 segar besar untuk dibuat bakar terus ni...nyum-nyum sedap sungguh rasa isinya, pejal dan manis sekali..owhh, sungguh fresh tau! tak mahal pun harganya jika dibandingkan beli di pasar..

rezeki merasa makan udang besar dan segar di Pengkalan Balak nampaknya..Alhamdulillah.


udang segar dan masih merah lagi..fresh!


apa lagi..bakar gitew2 jer dan ngappp le..manis & sedap sgt!

itulah saja ceritanya ye.. -___-

-ma'a salama

post signature

Wednesday 3 July 2013

0 Jagalah selalu...

Bismillahirrahmanirrahim..


Sama-samalah kita saling ingat-mengingati dalam mencari keredhaan-Nya...

di dunia yg cuma sementara dan penuh tipu daya...

Wallahua'lam~

-ma'a salama

post signature



*sumber foto: Nisa' Malaysia FB

Tuesday 2 July 2013

29 HLP 2014 ~ Temuduga & Post Mortem

Assalamualaikum wbt.,

Bismillah Walhamdulillah.



Pusat Temuduga umie hadir hari ni...PICC, Putrajaya..sempat lagi snapped photo ni waktu tengah memandu tu..oppss.. ;-)

Syukur Alhamdulillah, akhirnya telah berakhir juga masa yang ditunggu-tunggu tu..

Hari ini umie telah selesai jalani pembentangan HLP dan temuduga bersama 2 orang panel (baik & ramah juga orangnya). 2 orang panel iaitu kedua-duanya dari universiti seorang bergelar Prof dan seorang lagi Dr...ermm..

sejurus selepas mendaftar diri pada jam ~1.30pm tadi umie dimaklumkan oleh urusetia yang giliran temuduga umie tepat jam 2.30pm..umie pula adalah calon pertama dan bilik temuduga no. 1 (kesemuanya ada 5 bilik tak salah)..uisshh kaget sekejap..calon2 PhD petang ni tak la berapa ramai sgt nampaknya dan rasanya kurang dari 10 orang..umie sempat bersembang dengan beberapa calon lain sebelum tu sewaktu sambil2 tunggu untuk mendaftar..ada antaranya yang hadir temuduga hari ini untuk kali ke-4 dah rupanya..Ya Allah, umie tersentap...umie sedar betapa ini semua adalah rezeki sebenarnya..dari beribu2 orang yang memohon, cuma beribu yang dipanggil interview..dan hanya berapa ratus calon sahaja yang akan terpilih diberikan HLP ini saban tahun..yang berjaya menerima HLP ini sememangnya rezeki mereka la namanya kan..betapa sukar untuk melepasi hingga ke peringkat ini dan berjaya pula mengharunginya..bagi umie kini hanya mampu bertawakkal pada Allah..jika Dia berkehendakkan sesuatu, maka terjadilah ia..kalau bukan rezeki itu untuk kita, tetap kita tidak akan mampu memilikinya walau kita cuba berusaha sedaya yang mungkin...tidak mengapa..yang penting kita berusaha..pasti terselit hikmah di sebaliknya dan juga pengalaman berharga di situ..

Alhamdulillah, sesi pembentangan umie dan temuduga berjalan dengan sangat lancar...panel2 sangat ramah..boleh dibawa untuk berbincang mengenai penyelidikan yang akan umie lakukan serta bersembang tentang isu2 semasa kini..temuduga umie agak lama juga rupanya telah hampir selama 1 jam seakan tidak terasa..calon2 di luar rupanya dok tertanya kenapa temuduga umie terlalu lama..hehe bikin mereka nervous lg la kan...dan masih sempat lagi panel berkongsi idea, pengalaman dan pandangan peribadi beliau..2 orang panel tu nampak macam tertarik dengan proposal umie..mereka juga tertarik dengan bidang yg umie pilih...ermm..tapi umie pun tak mahu terlalu berharap sangat..dan Alhamdulillah panel2 kata umie nampak sangat passionate sewaktu pembentangan..dok ulang perkataan tu beberapa kali sehinggakan sebelum keluar bilik mereka siap berpesan pada umie untuk kekalkan momentum passionate itu apabila menyambung pengajian umie nanti.."InsyaAllah, Prof..Dr..sekiranya saya berpeluang untuk menyambung pelajaran nanti"...insyaAllah..Alhamdulillah dan terima kasih atas kata-kata semangat yang diberikan.

apapun, umie bersyukur kerana telah melalui suatu pengalaman yang sgt berharga..dapat atau tidak..itu semua rezeki masing-masing..umie hanya berserah padaNya..berbekalkan doa dan restu suami tersayang, doa Mak dan Abah tak putus-putus untuk anaknya ni..doa adik beradik, kawan-kawan..keyakinan dari solat istikharah yang lalu..doa dari solat dhuha pagi tadi sebelum hadir ke temuduga..kesemuanya umie percaya apa yang Dia tentukan kelak itulah yang terbaik buat umie...terima kasih semua atas doa kalian panjatkan.. 

syukur dan terima kasih buat panel-panel.. nampaknya tiada soalan2 berunsur provokasi diajukan pada umie seperti yang umie selalu dengar orang lain terkena..Alhamdulillah.

dan kini, perjalanan TTC masih tetap diteruskan lagi walau apa jua cabaran perlu ditempuhi..


catatan: Akhirnya, nak tahu keputusan HLP 2014 umie di entri ini "Keputusan & Inilah Takdirku.."



-ma'a salama
post signature



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...