Friday 26 April 2013

5 TTC: Apa sebab haid datang lewat?

Assalamualaikum wbt.,

Dikongsikan artikel ini untuk rakan-rakan yang mungkin tertanya mengapa haid kita datang lambat bulan ni ye? Ada beberapa faktor yang memungkinkan period kita jadi tak teratur dari yang sepatutnya seperti sebelum2 ni..so, what are the causes agaknya kan? let's find out..  -__-
***


Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

  • Tekanan
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

  • Masalah kesihatan
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

  • Ubatan
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

  • Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

  • Menyusu badan
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

  • Masalah tiroid
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung. 

  • Gemuk
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa. 

  • Terlalu kurus
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

  • Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

  • Menopos
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

  • Pencegah hamil
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

  • Hamil
Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

 

Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

sumber: masalahwanita2u.blogspot.com



-Ma'a salama

post signature

Wednesday 24 April 2013

2 Strawberry Leisure Farm

Assalamualaikum wbt.,

Hujung minggu lepas hubby ada buat suprised kat umie..katanya nak bawa umie ke satu tempat yg mesti umie suka punya katanya..umie dok fikir sebelum tu ke manalah agaknya dia nk bawa ni..katanya tak jauh..sejam je dari rumah kami...erm...tanya ke tempat air terjun ke?..bukan..shopping complex?..nope..pantai?..lagi bukan..suprised xbleh bgtau ok...sampailah pada hari nak pergi tak diberitahunya nak ke mana arah tujuan kami... :-) ...rupa-rupanya dia bawa umie ke sini...aduhai...terima kasih byk ye abang..sabar aje..

Picking my own strawberries fresh from the plant.. go n grab it! :-)

nape ye umie pun tak pernah tahu pun kewujudan tempat ni...umie yg ketinggalan agaknya tak mengikuti perkembangan semasa?...kalau tahu dari dulu tak perlu pergi jauh2 ke cameron highland semata nak makan fresh strawberry kan...nyum2.. :-) ..ada yg manis ada yg masam juga as usual..tapi still tak boleh lawan strawberry yg pernah umie makan setiap hari di jepun dulu...ermm...tersangatlah manis semulajadi berries nya.. Alhamdulillah, strawberry malaysia pun ok juga :-)


morning glory with many different colors..very nice!

di sini juga ada bunga-bungaan kembang berseri...sayur-sayuran tumbuh segar..cantik mata memandang...sayur segar juga boleh dibeli di sini..


guess what..ada kebun lavender juga la..there..see!

daun lavender yg warna hijau tu wangi tau (middle pic)...suka baunya yg fresh... :-)

untuk pengetahuan semua..Strawberry Leisure Farm ni terletak di Gohtong Jaya je...ianya berdekatan dengan Genting Skyway Cable Car Station (base station)..tak jauh dari Gombak, KL dan tak jauh dari Batang Kali, Selangor..

ok, itu la cuti-cuti kami last weekend..time we spent utk makan fresh strawberries nampaknya... Alhamdulillah... :-)

take care everyone!

-Ma'a salama

post signature


Tuesday 23 April 2013

8 TTC: CD40

Assalamualaikum wbt.,

Tiada apa-apa perkara menarik untuk dikongsikan...
cuma hari ni umie dah masuk CD40 (nampaknya ini sejarah kitaran paling panjang selama berTTC)
ada skit rasa risau sebenarnya..apa agaknya dah jadi dgn kitaran bulan ni..mungkinkah kesan dari umie buat HSG bulan lepas ke..atau hormon badan dah mula jadi ding dong ni.. :-( ..rasanya bulan lepas xde apa2 yang memberikan tekanan.. 

Ya Allah Ya Rabb, bantulah hambaMu ini menghadapi ujian ini...

selalunya kitaran umie dalam 29-31 hari (pernah juga terlebih tapi jarang)..
bila lambat datang period dari sepatutnya ni jadi sedikit susah hati..mungkin ujian buat umie..
kalaulah berita baik, Alhamdulillah..tapi kalau yg sebaliknya tu yg risau..perlu diubati segera..perlu ikhtiar..

kawan-kawan yg pernah ada pengalaman buat HSG, pernah tak alami period bulan seterusnya tu delayed ye? HSG kadangkala boleh buat period kita datang lewat ke?..bilakah masa yg sesuai umie perlu jumpa doc untuk dapatkan ubat turun darah kalau betul2 tak datang ni..xpernah ada pengalaman tu lg..HSG yang dulu umie tak pula lalui keadaan macam ni..mohon share ye kawan2 kalau ada sebarang info..tolong doakan juga ye..terima ksh byk... :-)

p/s: oh ya..semalam umie dah buat UPT, dan resultnya adalah -ve...


Ya Allah pada-Mu ku berserah..
dan berilah hamba-Mu ini petunjuk...


La Hawla Wala Quwwata Illa Billah


-Ma'a salama

post signature

Saturday 20 April 2013

10 Andai ku tahu...perasaan 'ketika' itu..

Assalamualaikum wbt.


Jauh di sudut hati kecil ini terdetik sesuatu
bagaimanalah agaknya perasaan di 'ketika' itu... 
pasti ku tak menyangka akan rasanya
adakah seperti yang sering ku membayangkan
atau mungkin jua sebaliknya...

ku tertanya sendiri..
bagaimanalah agaknya perasaan di 'ketika' itu..

ketika mana muncul dua garisan yang telah lama ku tunggu
ketika 'si dia' benar berada di dalam rahimku
ketika 'si dia' mula bergerak dan menendang perutku
ketika sampai waktunya melahirkan 'si dia' yang ditunggu
dan ketika mana diri ini akhirnya bergelar seorang 'ibu'...
....
..
.
...bagaimanalah agaknya perasaan di ketika itu...

apakah diri ini punya ruang dan peluang untuk itu
mudah-mudahan Allah Rabbul Jalil memberi keizinanNya.. 
agar diri ini dan kalian yang diuji sepertiku merasai peluang dan detik bahagia itu..InsyaAllah.

Ameen ya rabbal alamin..


Barakallahu Lakuma

-Ma'a salama

post signature

Friday 19 April 2013

13 Doa Melapangkan dada dan Mudah untuk berbicara

Bismillahirrahmanirrahim..

umie ingin kongsikan satu doa yang sangat mustajab (dan perlu disertai dengan keyakinan kpd Allah SWT), insyaAllah ianya dapat membantu dan mudahan dapat selalu diamalkan di dalam kehidupan kita seharian.

Doa ini sebenarnya dilafazkan oleh Nabi Musa a.s. kepada Allah SWT iaitu di dalam surah Thaha ayat 25-28, Allah SWT menceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai kisah Nabi Musa a.s.



Ertinya:

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku, Dan mudahkanlah bagiku, tugasku, Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku." 
(surah Thaha: 25-28)


Nabi Musa a.s. mendatangi Firaun dengan tugas dakwah. Firaun yang terkenal dengan keras kepala, kejam terhadap rakyat dan bahkan menggunakan segala kekuasaannya. Firaun inilah yang perlu dihadapi oleh Nabi Musa a.s., yang juga pernah diasuh oleh Firaun. Nabi Musa a.s. meminta pertolongan kepada Allah agar urusannya menghadapi Firaun itu dipermudahkan. Nabi Musa telah membaca doa dari surah Thaha ini. Tanpa pertolongan Allah SWT  tidak mungkin nabi Musa a.s. mampu bersemuka dengan pemerintah yang sangat zalim dan amat digeruni pada zaman itu. 

Justeru, marilah kita sama-sama mengamalkan membaca doa di atas barangkali di waktu kita perlu:

a)  membuat persembahan/pembentangan di hadapan khalayak bijak pandai atau sbgnya..

b)  bersemuka dengan orang yang lebih berpangkat tinggi di pejabat (boss kita ke..) atau sbgnya..

c)  menyampaikan syarahan /ceramah/ ucapan atau mengajar di sekolah/universiti dan sbgnya..

d)  berhadapan dengan para panel sewaktu interview atau sbgnya...

e) sebagai ikhtiar penawar bagi anak yang lambat bercakap

f)  berusaha untuk meningkat kecerdasan otak 



pengalaman umie sendiri sejak dahulu mengamalkan doa ini iaitu setiap kali terpaksa menghadapi kebanyakan perkara-perkara (a-d) di atas, sungguh, Alhamdulillah ia sangat membantu dan hakikatnya pertolongan itu pastinya datang daripada Allah Rabbul Jalil. 

InsyaAllah, mudahan ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaat kan oleh kita semua dan disampaikan pada rakan-rakan kita yang lain juga ye..insyaAllah.

wallahua'lam


Hasbunallah wa ni'mal Wakil



-Ma'a salama

post signature

Tuesday 16 April 2013

10 TTC: # HSG done

Assalamualaikum wbt.

lama umie tak update TTC progress kan..

yup, my HSG was done on CD12 (26/3 - last month) di KPJ Tawakkal, KL..Alhamdulillah.
ini kali kedua sebenarnya, last time I did my previous HSG procedure around Feb 2008
so....any complications or side effects for this time?
ermm..
ada juga tapi x sama berbanding dulu rasanya..mild cramp tu normal in the first few hours right after HSG...pedih, sengal, simptom sama seperti rasa sengugut nak period tu..cuma light bleeding last for several days...huhu..sampai umie pun jd risau juga sebab takde pengalaman mcm tu last time..tp Alhamdulillah ia berhenti pada hari ke-3 rasanya.

the result? guess what..


Sekiranya tiada halangan melintang, kami plan utk proceed with an IUI, insyaAllah..apapun ikhtiar hendaknya - kecil atau besar..umie doakan mudahan Allah SWT permudahkan, rahmati dan berkati setiap usaha yang kami lakukan...ameen.



source: google image


Hari ni CD33...

-Ma'a salama

post signature

Friday 12 April 2013

1 Salam Jumaat: Hati yang Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim


 ***



jika kita disakiti juga, anggaplah ia sebagai suatu ujian dari Tuhan kepada HambaNya..tanda kasih sayangNya kepada kita.

Wallahu a'lam

***

Hasbunallah wa ni'mal wakil 

Salam jumaat penuh keberkatan buat semua, insyaAllah..ameen.

Barakallahu Lakuma

-Ma'a salama


post signature

Wednesday 10 April 2013

2 KewujudanNya

Assalamualaikum wbt.,

Pagi tadi sementara sedang bersiap2 untuk ke ofis..umie sempat mendengar sekejap ceramah "Cinta Ilmu: Fiqh Akidah & Pandangan Alam" di TV Al-Hijrah. Umie tertarik bila dengar ustaz bercerita mengenai kisah Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis suatu ketika dahulu mempersoalkan tentang kewujudan Allah SWT..jadi umie ingin kongsikan kisah tersebut untuk tatapan kita bersama..kawan2, sudilah mengambil sedikit masa untuk kita jadikan renungan ye..insyaAllah, mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk kita semua. 

***
Nukilan di sini dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan, sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah? 

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.
Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.
Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.
“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.
Membantu guru
Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.
“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.
“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku…Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.
Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.
“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.
“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.
“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.
“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.
“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.
“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…,” Abu Hanifah berhujah.
“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!,” sahut Dahri.
“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.
Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…?”
Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”
Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada…? Di bahagian atasnya atau di bawahkah…?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.
“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung…!”
“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…” soal Dahri lagi.
“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu….Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya….?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.
Tidak terfikir
Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya…” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”
“Jadi…! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.
“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.
“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
“Wahai sekalian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !”
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.
Wallahua'lam 
sumber: akucintakanislam.blogspot.com
Ihsan: google image - "Ombak tsunami 2004 berbentuk kalimat ALLAH SWT"



-Ma'a salama


post signature

Thursday 4 April 2013

1 Entri Khas: Renungan seorang anak..

Assalamualaikum wbt.

buat renungan kita bersama...

----
~ Warkah dari Ibu dan Ayah ~
 
Wahai anakku,
Bila ibu dan ayah meniti usia senja
kami berharap engkau anakku
memahami dan bersabar dengan karenah orang tuamu...

Bila ibu dan ayah pecahkan pinggan atau
menumpahkan sup di atas meja.
Janganlah engkau anakku memarahi,
menengking org tua ini
kerana hati tua ini mudah benar terasa.
Ketahuilah, mata ini semakin kabur pandangannya dan kami tak terniat melakukan sedemikian.
 
Anakku,
Bila ibu dan ayah dimamah usia
telinga ini semakin hilang pendengaran.
Jika telinga tua ini tidak dapat mendengar
kata-katamu dengan jelas,
kami merayu janganlah engkau anakku memanggil diri ini PEKAK!
Ulanglah semula kata-katamu seperti kami terjerit-jerit memanggilmu sehingga tekak terasa perit
ketika engkau tidak mendengar.

Wahai anakku,
di usia senja begini ibu dan ayah selalu mengalami lemah lutut.
bantu dan pimpinlah tangan ini seperti kami memimpin tangan kecilmu ketika engkau bertatih,
janganlah engkau berkata 'ibu ni lembab!'..
ayah ni terhegeh-hegeh!'...
Maafkan kami kerana meyusahkanmu.
Di usia ini jua,
ibu dan ayah selalu berbicara tersekat-sekat
seperti cd cetak rompak
janganlah engkau berasa bosan atau jemu mendengarnya seperti kami mendengar kata-katamu yang pelat sewaktu kecil
setiap patah yg engkau katakan menghiburkan hati ini..

Wahai anakku,
maafkan ibu dan ayah jika tubuh tua ni berbau busuk dan menyesakkan hidungmu
Bukan kami ingin membiarkan tubuh tua ini berbau dan kotor
ketahuilah saat air dingin membasahi kesejukkan mencengkam, tubuh ini mudah benar berasa lemah dan jatuh sakit
Sewaktu engkau kecil anakku,
engkau taknak mandi kerana engkau mengatakan air sejuk
kami terpaksa tawaf sekeliling rumah hanya semata-mata mengejarmu untuk memandikan tubuhmu.
ingatkah engkau anakku kenangan itu?

Anakku,
Jika engkau ada masa lapang,
ibu dan ayah berharap engkau dapat meluangkan masa untuk berbual dengan kami untuk menghilangkan rasa kesunyian ini. 
cukup hanya seminit itu sudah memadai kerana kami tahu dan amat memahami bahawa engkau sentiasa sibuk dengan kerjaya dan keluargamu.
Tentu tiada masa melayan dan mendengar cerita orang tua ini.
Namun ingatkah engkau anakku
sewaktu engkau sudah petah berkata-kata,
ibu dan ayah selalu mendengar celotehmu dan dengan penuh semangat engkau bercerita tentang sahabat, tentang cikgu & pelajaran yang baru engkau ketahui 
dan cerita tentang teddy bear
tanpa rasa bosan ibu dan ayah setia mendengar malah terhibur.

Wahai anakku,
bila ibu dan ayah sakit dan hanya mampu terlantar di katil,
kami berharap engkau dapat menjaga kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran
ibu dan ayah mohon maaf bila kami terbuang air kecil
Kami tak sengaja untuk berbuat sedemikian anakku.

Hidup ibu dan ayah tidak lama anakku,
mungkin hari ini adalah hari terakhir bagi kami menghirup udara.
Bila izrail menjemput,
kami berharap engkau berada disisi.
engkau mengenggam erat tangan ini memberi kekuatan menghadapi sakaratul maut.
tanpa jemu engkau membisikan kalimah 'La illaha illallah'.

Jangan engkau runsing anakku,
segala kesalahanmu akan kami ampunkan.
bila ibu dan ayah bertemu dgn Al-Khaliq kami akan membisikan padaNya agar merahmatimu...
Terima kasih atas kesabaran dan kasih sayang yang engkau curahkan selama hidup ini.
Ketahuilah anakku engkau adalah permata di hati kami...



Justeru, di saat mereka menjengah usia tua....di mana kita untuk membalas jasa???

sumber: seindahcintaislam.blogspot.com 

***

 
Catatan khas:  
Terima kasih Mak & Abah yang sangat ku sayangi dalam hidupku...segala jasamu takkan dapat ku lupakan seumur hidupku..semoga kalian sentiasa mendapat rahmat dan lindungan Allah S.W.T di dunia ini mahupun di akhirat kelak....ameen.

" Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."

Ameen Ya rabbal Alamin.

"B sayang Mak Abah.." 




- Ma'a salama

post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...