Thursday 28 February 2013

2 Let's try..

Assalamualaikum,

cuma copy paste dari emel je ni..apa kata kita cuba sendiri.. :-)

**** 
Please click the image below.

If your eyes follow the movement of the rotating pink dot, you will only see one color, pink.




However, if you stare at the black "+" in the center, the moving dot turns to green.

Now, concentrate on the black
"+" in the center of the picture. After a short period, all the pink dots will slowly disappear, and you will only see a green dot rotating.

It's amazing... 


There is no green dot, and the pink colors disappeared. 

It's an optical illusion ;-)

 ***

menarik kan? 

 
-Ma'a salama 

Wednesday 27 February 2013

4 Hikmah yang tersembunyi..

Bismillahirrahmanirrahim,

Pastinya semua orang mengakui bahawa bila terjadinya sesuatu itu samaada baik atau buruk perkara itu pastinya bersebab dan pasti punya hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku itu.

Itulah juga kata-kata pemujuk hati tatkala tiada jawapan ditemui kepada sesuatu persoalan yang bermain di fikiran.."mengapakah ini semua berlaku?" "mengapakah diri ini yang dipilih oleh-Mu?" sedangkan insan lain tidak pula diuji seperti ku, "dimanakah silapnya?"..entah, tak tahu..ku masih lagi tercari-cari jawapan itu..pedih rasanya bila tidak temui jawapan itu...di situlah mungkin peranan sabar...kekuatan iman di hati..kepercayaan yang satu..balikkan kembali segalanya pada-Mu.

Berita yang umie terima pagi ini benar-benar buat umie terfikir panjang..merenung kembali betapa tersiratnya maksud 'hikmah yang tersembunyi' itu..sebanyak mana pun ikhtiar kita, usaha yang setinggi gunung sekalipun, namun jika Allah tidak mengizinkan, nescaya tetap tidak akan berlaku...bersabarlah atas kehendak-Nya...Allah Maha Mengetahui..mudahan terlihat jua hikmahnya suatu hari nanti..

Namun sebaliknya, jika Allah tidak berkehendak menguji kita dengan perkara itu, pastinya perkara itu akan dipermudahkan buat kita..sungguh mudah, bersyukurlah wahai diri..

Dan yang pastinya setiap insan tidak terlepas dari diuji...mungkin bukan ujian yang itu tapi ujian yang ini...ujian yang berbeza-beza mengikut kemampuan dan tahap keimanan hamba-Nya..sama-sama lah kita bersangka baik dan sabar menghadapi setiap ujian..

sungguh hanya pada Allah umie berserah atas segala kehendak-Nya...Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedang kita sendiri tidak tahu apa-apa yang terbaik buat kehidupan kita di dunia dan akhirat kelak..benarlah Allah Maha Mengetahui akan tiap sesuatu itu..

"Dengan bertambahnya ujian kepada mereka, bukan bererti Allah SWT sengaja membebankan dan menjadikan mereka lemah dengan ujian itu tetapi ia adalah batu aras menentukan siapa yang benar-benar beriman dan siapa tidak."

 ***
Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? 
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Surah Al-Ankabut, ayat 2-3) 

***
Hasbunallah Wa ni'mal Wakil

Wallahua'lam

-Ma'a salama

Monday 25 February 2013

12 Ikhtiar: Doa melambatkan Haid (umrah/haji)

Assalamualaikum wbt,

Mengimbau kembali saat mengerjakan umrah suatu ketika dahulu, kalau diikutkan tarikh perjalanan umie berangkat ke tanah suci adalah tarikh yang sepatutnya umie datang haid. Entah mengapa ye rata-rata umie bertemu dengan tetamu-tetamu Allah yang berhajat ke tanah suci banyak juga yang diuji dengan ujian sebegini..kebanyakannya jangkaan didatangi waktu haid mereka hampir-hampir atau kebarangkalian sewaktu berada di sana nanti..pastinya ia suatu kebimbangan yang teramat sgt..

Doa melambatkan haid ini umie ambil dari blog http://suarapesanan.blogspot.com. Ianya di ajar oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah. Umie juga pernah mengamalkan doa ini (sebulan sebelum berangkat) dan Alhamdulillah, Allah memberi izin pada umie sesampai saja di bumi suci Madinah al-Munawwarah, haid umie telahpun berakhir. Dan syukur sepanjang berada di Madinah dan Mekah, Allah memberi kesempatan bagi umie dan keluarga untuk mengerjakan amal ibadah umrah dan ziarah semampunya, Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun, secara peribadi (sprt yg umie lakukan dahulu) cuba untuk elakkan dari mengambil ubat-ubatan penahan haid kerana khuatir akan memberi kesan sampingan kemudian yang tidak dijangkakan..ada kemungkinan juga tubuh badan kita tidak dapat menerima sebarang perubahan hormon secara drastik akibat memakan pil penahan haid ni. Mungkin akan menjadi lebih parah dengan kedatangan haid yang menjadi tidak teratur lagi selepas pengambilan pil. Namun begitu, doktor pakar ada manyarankan agar kalau kita berhajat juga untuk mengambil pil elok dimulakan mengambil pil itu seawal 6 bulan sebelum berangkat ke tanah suci lagi. 

Umie sangat yakin, segala-galanya berlaku atas kehendak Allah..kita juga boleh lakukan solat hajat sebelum dan semasa di tanah suci, minum air zam-zam dan berdoalah bersungguh-sungguh padaNya, itu juga merupakan sebahagian ikhtiar yang boleh dibuat..yakinlah..buatlah apa jua usaha atau ikhtiar dan yang paling penting kita berserah dan sentiasa bergantung harap pada-Nya untuk dipermudahkan segala urusan perjalanan kita. InsyaAllah, diizinkan Allah pasti dipermudahkan-Nya buat kita.

Benar, Allah Maha Kuasa untuk memudahkan perjalanan urusan seseorang, Allah juga dengan mudah untuk menyukarkan perjalanan seseorang atas kehendakNya. Berdoalah bersungguh-sungguh, perbaiki niat dan perbanyakkan lah solat taubat sebelum kita berangkat. Allah Maha Mengetahui segala niat setiap hamba-hamba-Nya.

Semoga doa ini bermanfaat untuk dikongsikan bersama di sini, insyaAllah.

Ini doanya..





Caranya:

1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.



Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.



Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah semasa saya menghadiri kursus yang dianjurkan olehnya. 


# Doa ini tidak disarankan untuk dibaca sesuka hati bagi tujuan selain dari niat untuk mengerjakan ibadah umrah/haji di tanah suci.

Umie ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadat umrah / haji kepada semua para tetamu Allah yang telah menerima jemputan Allah dan akan ke tanah suci tidak lama lagi, selamat pergi dan selamat pulang..mohon doakan agar umie dan keluarga dijemput-Nya lagi ke sana ya.

umie doakan semoga dipermudahkan segala urusan kalian di tanah suci dan kalian memperolehi umrah / haji yang mabrur dan diredhai sekembali ke tanah air nanti, insyaAllah...ameen.

-Ma'a salama

Thursday 21 February 2013

0 Orang yang bercinta..

Bismillahirrahmanirrahim..

Orang yang bercinta..
 ..mesti banyak mengingati yang dicintainya..
Apabila hati mengingat, mulut akan banyak menyebut..
Apabila lidah banyak menyebut, hati akan berasa rindu..
Apabila rindu, pasti terasa ingin bertemu..

rindu padaMu yang Maha Mencipta
Ampunilah diriku wahai Tuhan
ku merayu....
memohon rahmat-Mu.

***



~ Hasbunallah Wa ni'mal Wakil ~


-Ma'a salama


Tuesday 19 February 2013

4 TTC: masih berusaha lagi..

Assalamualaikum,

Tiada apa-apa berita terkini..

cuma petang tadi umie ada hubungi LPPKN KL..sejak akhir-akhir ni membelenggu di fikiran ni untuk teruskan kembali ikhtiar IUI ni..teringin untuk mencuba memandangkan selepas dah jalani pembedahan laparotomy haritu, teringin juga nak buat HSG balik nak tengok samaada tiub yang dulunya sebelah kanan sedikit tersumbat tu dah OK ke selepas laparotomy tu...terfikir-fikir....Alhamdulillah selepas laparotomy tu ada banyak juga perubahan, cycle period dah kembali normal..dan tiap kali dtg period juga dah tak rasa sengugut yang sakit sgt lagi macam dulu...kali terakhir umie buat IUI tahun 2009..2 kali tapi bukan rezeki kami waktu tu...dah lebih 3 tahun nampaknya..pihak LPPKN kata memandangkan last treatment umie dah lebih 2 tahun jadinya perlu jalani prosedur seperti biasa balik..set appointment datang LPPKN dalam masa lima hari waktu period..ambil darah untuk check hormon..buat HSG tengok tiub...datang LPPKN balik untuk further consultation dan treatment...next cycle kalau semua nampak OK dengan telur yang membesar dan matang, then baru boleh proceed dengan IUI..

Sememangnya waktu terdekat ni memang jelas bukan rezeki kami untuk buat IUI ni sebab waktu period umie bulan ni jatuh betul-betul masa cuti hari raya cina haritu,CD1 9hb Feb...sepanjang cuti tu pula pejabat LPPKN tutup dan appointment pun tak dapatlah nak dibuat..tadi call LPPKN pun katanya umie hanya boleh set appointment untuk next cycle (bulan hadapan) sebab bulan ni dah terlepas waktu yang sesuai...benar..bukan rezeki ikhtiar di LPPKN lagi nampaknya..diizinkan tuhan bulan depan kita tengok macammana..mudahan tiada aral melintang untuk mencuba jika masih belum dikurniakan berita gembira lagi, sungguh DIA tahu apa yang terbaik, umie berserah jika itu kehendakNya..bulan ni umie akan cuba ikhtiar dengan minum olive oil, pati delima, susu kambing+jus kurma, insyaAllah..apapun ikhtiar kita kecil atau besar mudahan Allah berkati..


semoga urusan umie dan sahabat2 TTC semua dipermudahkan oleh-Nya...ameen.


~hasbunallah wa ni'mal wakil~


-Ma'a salama

Thursday 14 February 2013

2 Kisah sebiji tembikai..

Bismillahirrahmanirrahim..


*****

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq Al-Balkhi kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?

"Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. 

Kemudian Syaqiq Al-Balkhi teruskan lagi kata-katanya: " Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.

"Maka menangislah isteri Syaqiq Al-Balkhi. Lalu dia pun bertaubat dan redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
***

Sekadar renungan bersama...moga dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua (hamba) yang sentiasa diuji..
 
Wallahua'lam.


-Ma'a salama

Thursday 7 February 2013

2 Gold Coast Morib Resort

Assalamualaikum,

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyambut hari anniversary kami berdua yang ke-7 baru-baru ni di mana inilah lokasi pilihan percutian honeymoon kami utk kali ni.. ;-) mungkin kami ni agak terlewat tahu tentang GCM ni meskipun ramai dah pernah pergi ke hotel ni...bagi kami percutian kali ni memang best dan sangat teruja dtg ke tempat ni..harganya agak berbaloi tambah pula pakai voucher beli di internet (RM150 per night), sangat murah berbanding harga pakej sebenar...biliknya besar selesa, percuma buffet dinner dan breakfast, makannya boleh tahan sedap dan banyak pilihan, siap ada jakuzzi di bilik (ehem..seriously so excited) dan free entrance ke water theme park lg..beli voucher cuma bayar RM150, kalau ikut harga pakej sebenar RM600++..

tunjuk gambar kenangan aja la ya..walau publisiti dan gambar-gambar tentang GCM ni dah berlambak di internet atau ramai yang dah pernah pergi ke sini..nak juga tunjuk di sini untuk simpanan bersejarah blog ku ini :-) ..namun apapun kegembiraan bercuti di GCM definitely takkan dapat dilupakan..such a sweet moment to both of us..hmmm...

Kereta Antik depan perkarangan GCM Resort


GCM Resort






Reception- sempena CNY


Lobi Hotel





Laluan bilik hotel













Our room no 2541 (hadap ke car park) but it's okay .. ;-)

kami dapat bilik twin sharing..bilik double bed dah penuh :-(
.. so pandai2 la yer.. :-)


















cakk..boleh tinjau ke bilik mandi tu..
same design bilik macam Sutera Harbour Resort, KK macam umie pernah duduk dulu..hehe..




















Best..ada jakuzzi la..nice..

Endah Kopitiam..
bubur nasi, mee-mee, yong tau fu pun ada..


Dim sum halal is my favorite too...
(solie to that male model in the frame lar...)



gelang tiket ke GCM theme park..

GCM Water Theme Park..kami xdpt merasa main yang biru pusing2 tinggi tu sebab both of us pakai t-shirt dan seluar track panjang, guard tak bgi kami naik..bukannya apa kalau naik juga takkan gerak meluncur turun coz baju dan seluar kesat katanya..ok xper, so, kitaorang cuba naik yg pusing2 warna kuning sebelah kanan tu boleh..but then bila nak gelonsor apsal x gerak2 walau air tolak..huhu..terberhenti tengah2 terpaksa push pakai tangan la nampaknya smpi ke bwh..yuuhuu..tapi yg 3 warna sebelahnya tu mmg best..naik 10 kali dok ulang naik lg kami ni..hehe..sabor je..

The Pier GCM - dibuka waktu malam waktu air pasang..

Alhamdulillah, hubby hadiahkan leather purse dan handphone samsung pada umie..katanya itu hadiah anniversary merangkap juga birthday present yang dah lepas bulan disember haritu..

umie pula hadiahkan handphone juga dan sebiji road bike bicycle...katanya nak sangat basikal GT tu macam ala-ala pro mountain bike basikal la pula..adoyai xper lah...hubby azam nak hari-hari naik basikal tu agar dapat kurus cepat..so, selamat berbasikal ye abang..semoga impian abang tuk kurus dan sihat selalu tercapai..ameen..

baru-baru ni kami beli penimbang badan jenama Omron yg mana sangat accurate, dapat tunjuk berat badan naik atau kurang dalam anggaran 0.1 kg /100g increment..jadinya hari2 dok timbang berat badan la kami ni..umie masih on diet lg tapi sekejap rasa mcm ada turun sekejap naik balik..kurang makan sehari turun 0.2-0.3kg..terlebih makan sket naik balik 0.3-0.5kg.. :-(

apapun misi akan tetap diteruskan jua, insyaAllah...salam perjuangan buat teman2 semua..


-Ma'a salama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...