Friday 30 November 2012

0 Mengapa busuknya hati ini...

Bismillahirrahmanirrahim

Sekadar renungan di hari Jumaat yang mulia ~ penghulu segala hari..

Kata Imam al-Ghazali:
"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta HATI yang baru..."

***

Rasulullah s.a.w telah menegaskan bahawa di dalam diri manusia ada seketul daging, jika BAIK daging itu maka baiklah manusia itu. Sebaliknya jika BUSUK daging itu, maka jahat pulalah orang itu.

Hari ini manusia suka bersangka-sangka, ada sangkaan yang baik...dan ada juga sangkaan buruk..

ada kalanya.. 

Orang beribadah disangka riak 
Orang yang relaks disangka malas 
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk 
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) 
Orang makan banyak disangka pelahap 
Orang makan sikit disangka diet 

Orang baik disangka buruk 
Orang buruk disangka baik 
Orang senyum disangka mengejek 
Orang masam disangka merajuk 

Orang bermuzakarah disangka mengumpat 
Orang diam disangka sombong
Orang menyendiri disangka tidak mahu bergaul
Orang menawan disangka pakai susuk 
Orang nampak ceria disangka membela
.. 
....
.....

tetapi

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah 
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah 
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa 
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hatinya dan jiwanya 
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
mana tahu yang menyendiri itu kerana sedang bermujahadah melawan nafsunya 

Maka, sama-samalah kita jauhi sikap suka bersangka-sangka, iri hati kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dijilat api.

Satu benda yang kita lihat, bermacam-macam kesimpulan yang boleh kita buat dan semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya...sekiranya kita lihat dari sudut positif, maka ia akan menjadi suatu yang positif di fikiran...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Jauhi prasangka kerana prasangka itu adalah sebahagian daripada dosa." [surah al-Hujurat 49:12].

Itulah peranan utama hati. Ia umpama raja dalam kerajaan diri manusia. Jika raja baik, maka rakyat akan baik. Maka begitu jugalah hati yang baik, secara tidak langsung seluruh anggota badan yang lain akan turut melahirkan kebaikan.

Kita hanyalah sekadar hamba Allah di muka bumi yang sementara...dan disisi Allah tiada siapa yang tahu siapakah yang lebih mulia dan tinggi darjatnya di sisi-Nya..maka usahlah kita berprasangka, dengki, iri hati, merasa riak..dan jauh sekali dari merasa angkuh dengan diri sendiri...na'uzubillah.

Peringatan untuk diri sendiri.
namun sama-samalah jua kita renungkan bersama..

~ Walahua'lam ~ 


-Ma'a salama

Wednesday 28 November 2012

0 TTC: CD 26

Hari ni CD 26..

Badan sikit panas sebabnya semalam banyak betul hadap durian..sedapnyer isi tebal biji kecik je..ada la dalam 7-8 biji kami berdua je makan..nyum2 Alhamdulillah...al-hasilnya pesan kat hubby sekali lagi esok tolong belikan lagi yek durian yg sedap camtu juga tau.. :-) .. thanks so much dear... ;-)
Nampaknya 2-3 bulan kebelakangan ni kitaran jadi tak tentu..kebiasaannya mesti lewat 33-35 hari camtu..
mula jadi camni masa stop dupasthon haritu..sepanjang makan dupasthon..period on time aje.. :-) mesti kesan ubat tu kan...tapi Alhamdulillah, sejak operation haritu ada la sket perubahan beberapa perkara... 
kat Haramain haritu juga ada berdoa perkara yang sama..Alhamdulillah pasti ada hikmahnya.

Mudah-mudahan yang ditunggu akan tiba tak lama lagi, insyaAllah. 

Doakan segala yang terbaik buat semua yer.. :-)


-Ma'a salama

Saturday 24 November 2012

0 Current emotion..

not so good..working pressure..with the things happening right now....terasa berat kala diuji begini..

perhaps i need to take a break..

Thanks my dear hubby for listening..your understanding..invaluable support..really appreciate it so much! 
thanks for always being there by my side when i needed....will always need u.......i am so sorry.

Adakah diri ini makin menjauhi-Mu..mengapa hati ini jadi begini??..wahai Ya Rabb..

just to remind myself..
..dunia adalah pentas ujian....dunia adalah sementara..dunia ibarat 'jambatan' ke alam hakiki di sana kekal abadi segalanya...tiada sesiapapun yang terlepas dari diuji..

teringat pesanan ustaz tempoh hari.."orang yang mencintai alam akhirat akan sanggup menerima segala bentuk ujian diturunkan kepadanya di dunia"..bermakna diri ini perlu lebih kekuatan..

al-fadhil ustaz turut mengingatkan bahawa...

"kita akan sepi bila hati kita sepi dengan Ilahi...jagalah Allah, Allah akan jaga kita. Sesungguhnya, Allah lebih besar daripada masalah kita. Mohonlah kepada Allah agar memutuskan sesuatu yang baik buat kita walaupun keputusan itu nanti mungkin berlawanan dengan apa yang kita inginkan!”

"Ya Allah, berikanlah cinta-Mu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintai-MU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu"


~~~~*****~~~~




Ya Allah..permudahkanlah urusan kami..dan ringankan lah ujian buat kami...ameen.

-Ma'a salama

Wednesday 21 November 2012

4 TTC: Dapat Zuriat di Musim Haji

Assalamualaikum,

Sekadar ingin berkongsi satu emel yang pernah umi terima daripada pasangan suami isteri Ummu A dan Abu J. Emel ini umi terima sekitar bulan oktober yang lalu sebelum musim haji bermula...mungkin boleh dikongsikan bersama teman-teman TTC semua..

*******

Salam At, 

Tak lama lagi kita akan masuk bulan Zulhijjah, bulan haji. Ringkas cerita, kami ingin berkongsi satu artikel yang kami petik dari sebuah laman web. Ia adalah pengakuan satu pasangan suami isteri yang sudah lama berikhtiar untuk dapat zuriat. Harap anda dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya. Insyallah, ia pasti bermanafaat...


- Begini kisahnya...


Saya dan isteri sebenarnya ada masalah susah dapat anak walaupun sudah 2 tahun berkahwin. Sudah puas kami berusaha, sudah banyak buku (ebook) kami baca, sudah bermacam-macam jenis ubat kami makan, sudah berurut dengan beberapa orang tukang urut kampung, malah kami juga pernah pergi ke LPPKN beberapa kali, bagi membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah sukar mendapat anak ini.

Namun, semua usaha kami gagal. Dalam masa 2 tahun menunggu berita gembira, tak juga kunjung tiba. Kami berasa betul-betul kecewa dan hampir berputus asa. Sehinggalah pada pertengahan tahun 2009, Allah Subhanahu wata'ala telah mentakdirkan arwah mak dan arwah ayah saya untuk pergi menunaikan umrah.

Sebelum ini, saya pernah dengar dalam 1 ceramah mengatakan bahawa, salah satu tempat yang paling mustajab untuk berdoa ialah di Baitullah (depan Kaabah). InsyaAllah, kalau doa dipanjatkan dengan tulus ikhlas mengharapkan belas ihsan dan rahmat daripada Allah di depan kaabah, doa itu PASTI akan dikabulkan.


Kemudian, saya juga pernah mendengar dalam 1 ceramah lain mengatakan bahawa DOA IBU UNTUK ANAKNYA ADALAH ANTARA DOA YANG PALING MUSTAJAB, dimana kalau seorang ibu itu berdoa untuk anaknya, tiada hijab langsung. Doa itu akan sampai terus kepada Allah dan Allah pasti akan kabulkan doa tersebut.


Teringat isi kandungan ceramah tersebut, hati saya seolah-olah meronta-ronta dan menjerit-jerit kepada saya; "Inilah peluangnya! Inilah peluangnya. Ko jangan lepaskan peluang ini."Saya dengan rasa penuh yakin, merasakan inilah peluang terbaik saya untuk mendapatkan pertolongan daripada ALLAH subhanahu wata'ala bagi memperkenankan hajat saya dan isteri. Lantas, tanpa berlengah lagi, saya telah berjumpa dan bercakap dengan arwah mak saya tentang hajat kami. Ini yang saya lakukan setelah berjumpa dengan arwah mak (sebelum arwah dan arwah abah berlepas ke Tanah Suci) :

Saya minta arwah mak maafkan semua dosa-dosa saya dengannya. Segala kekasaran, tingkah laku saya yang tidak baik dengan arwah mak, saya minta sungguh-sungguh supaya arwah mak dapat maafkan saya.
Saya minta sungguh-sungguh supaya arwah mak dapat berdoa khusus untuk saya dan isteri (sebut nama kami dalam doanya) di depan Kaabah, agar Allah kurniakan zuriat kepada kami. Saya ada juga minta arwah mak saya, kalau boleh, arwah mak berdoa pada selepas pertengahan malam (iaitu selepas tahajjud). Sebab saya ada pernah dengar dalam 1 ceramah mengatakan, pada waktu selepas tengah malam sehingga sebelum subuh, Allah subhanahu wata'ala akan 'berada' di langit dunia bagi mendengar permintaan hamba- hambaNYA. Pada waktu itu dikatakan, segala permintaan @ doa pasti akan dimakbul oleh Allah subhanahu wata'ala.

Itulah permintaan-permintaan saya kepada arwah mak saya sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci.
Guess what? Cuba teka, apakah yang terjadi selepas itu?
Subhanallah, selepas kira-kira 2 bulan arwah mak dan arwah abah balik dari umrah, berita yang kami tunggu-tunggu selama 2 tahun ini akhirnya tiba juga.
Ya, isteri saya telah disahkan mengandung anak pertama kami. Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah ta'ala atas nikmat anugerah yang dikurniakan kepada kami. Saya terus sujud syukur dan menelefon arwah mak bagi memaklumkan berita gembira tersebut. Masa bercakap dengan arwah mak dalam telefon tu, macam seolah-olah beliau dah pun terlebih dahulu mengetahui @ dapat mengagak berita yang nak saya sampaikan itu. Arwah ibu memang betul-betul yakin yang doanya pasti dimakbulkan Allah ta'ala. Subhanallah. Maha Suci Allah. Janji Allah itu pasti benar. Kata-kata Rasulullah itu pasti benar. Tidak syak lagi. Demi ALLAH, saya sudah pun merasai sendiri kebenaran itu.
 

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. DIA lah yang mengkabulkan @ memenuhi setiap permintaan hamba-hambaNYA.

Pesanan saya untuk anda :

  • Berdoalah tanpa jemu
  • Berdoalah dengan yakin Allah pasti akan makbulkan
  • Berdoalah terutamanya pada waktu-waktu mustajab doa
  • Kalau berpeluang pergi ke Tanah Suci, berdoalah sungguh-sungguh di Baitullah
  • Kalau ibu anda masih hidup, mohonlah doa dari ibu anda. Jangan sekali-kali persiakan doa orang yang sangat mustajab doanya (doa ibu untuk anaknya)
  • Kalau anda seorang ibu, selalulah maafkan anak-anak anda. Doakanlah mereka setiap hari.
  • Kalau ibu anda sudah meninggal dunia, balaslah jasa budi arwah dengan sentiasa berdoa kepada Allah agar rohnya diampunkan dan dirahmati Allah
Pesanan khusus buat mereka yang ada masalah untuk dapat anak :
  • Minta ibu ayah maafkan segala dosa dan keterlanjuran anda terhadap mereka
  • Minta mereka berdoa khusus untuk anda (sebut nama anda dalam doa)
  • Minta mereka buat solat hajat (supaya anda dikurniakan anak) khusus untuk anda
  • Anda kena buat baik @ melayan ibu ayah anda sebaik-baik yang mungkin. Taati mereka, dengar cakap mereka, dan jangan sekali-kali kecilkan hati mereka.
=======
Semoga Artikel tersebut bermanafaat...

Ikhlas dari:
Abu J & Ummu A


*****

Sewaktu umi membaca emel tersebut, hati ada sedikit sayu. Pastinya nawaitu penghantar cuma untuk berkongsi ilmu dan pengalaman penulis artikel, semoga ia bermanfaat untuk semua, insyaAllah.


Kenangan terindah dalam hidup umi ketika dapat bersama-sama ibu tersayang di Baitullah al Haram mengerjakan umrah Mac lalu..Walau doa kami yang satu masih belum terjawab, tak apalah umi benar2 yakin Allah telah atur suatu perancangan yang terbaik buat umi dan suami..bagaimana Dia telah aturkan perjalanan yang cantik dalam urusan-urusan lain..Terima kasih Ya Allah atas jemputan-Mu...izinkan umi pergi bersama orang2 tersayang (suami dikasihi, Mak dan Abah disayangi)...Alhamdulillah.
 
"Jika ALLAH s.w.t memakbulkan doamu,
maka Allah meneguhkan kepercayaanmu kepada-Nya.."

"Jika Allah s.w.t menangguhkan doamu,
maka Allah s.w.t menguji kesabaranmu..."

"Dan jika Allah s.w.t TIDAK MEMAKBULKAN doamu,
itu bermakna Allah s.w.t telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.."

Wallahua'lam

-Ma'a Salama

Saturday 17 November 2012

2 Entri Khas: Tahniah Au..Alhamdulillah (5 thn menunggu)

khas buat adik Ayu..
(akak tak pasti Au akan baca atau tidak entri ni tapi entri ini khas untukmu dik..)

Pagi-pagi lagi Au telefon akak maklumkan berita gembira ni pada akak..tahniah ye dik..setelah lebih 5 tahun Au dan suami menunggu akhirnya doa kalian telah terjawab..syukur Alhamdulillah sangat2 dan akak tumpang gembira..dear, i'm really happy for the good news too..ingat zaman kita sepejabat dulu2 kan..selalu shared cerita2 feeling kita kan..Alhamdulillah emosi akak dah tak seperti dulu2 dah, cuba untuk redha dengan setiap ketetapan-Nya..apapun yang telah Dia tetapkan itulah yang terbaik bagi kami...insyaAllah mudahan Allah selalu beri kekuatan buat kami berdua..mudahan punya hikmah yang besar..

Alhamdulillah, walau Au kata Au tak ada la ikhtiar apa-apa pun sebelum disahkan hamil, tak ada buat apa-apa treatment pun selama lebih 5 tahun ni kecuali ikhtiar dengan buah zuriat yang telah berkurun lama itupun ikhtiar separuh jalan je..sungguh tak menyangka kan..berkat doa yang tak putus2..dan itulah kalau sudah tercatat memang rezekimu dik..Alhamdulillah..Allahu Akbar! Allah Maha Kuasa..Sesungguhnya kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada benda itu:"Jadilah engkau! Maka jadilah ia" [Yaasiin:82]

Apapun, tahniah akak ucapkan pada Au dan Din..semoga diberi kelancaran sepanjang kehamilan Au sehingga selamat melahirkan nanti..kini setelah sekian lama sabar menanti dan berdoa, mudah-mudahan Allah kurniakan yang terbaik buat kalian berdua, anak yang soleh/solehah, diredhai dan dirahmati Allah selalu, insyaAllah...semoga bertambah bahagia..

Akak sayang Au, doakan kami juga dimurahkan rezeki zuriat, berita baik untuk tahun baru ni ye..take care dear! miss u too..

Wasallam.

luv,
kak At

-Ma'a Salama

Thursday 15 November 2012

0 Salam Maal Hijrah 1434H

Bismillahirrahmanirrahim


Ya Rabb yang membolak-balikkan hati,
teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu

********

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal 
dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan usaha yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu.
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia..

 ~ Salam Maal Hijrah 1434H kepada semua..
semoga tahun baru ini menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya.. ~ 

ameen.. 


-Ma'a Salama

Tuesday 13 November 2012

0 Memohon kekuatan....

Bismillahirrahmanirrahim..

Sewaktu umi solat zohor di surau tengahari tadi umi terlihat seorang teman sepejabat umi sedang berusaha pumping her breast milk..beliau nampak sangat khusyuk, fokus dan tekun berusaha tanpa sedikitpun menghiraukan orang di sekeliling..leka dengan kesungguhannya...jauh tersimpan di sudut hati umi juga rasa teringin..teringin untuk merasai saat dan nikmat itu...bagaimanalah agaknya perasaan beliau..bagaimanalah perasaan memberi dan melihat anak minum susu badan sendiri...bagaimanalah perasaan menjadi seorang ibu...

tidakkah kita juga mahu mengembirakan Rasulullah s.a.w dengan membanyakkan umatnya...sangatlah beruntung bagi kalian-kalian yang punya ramai zuriat..walau satu atau dua..Alhamdulillah atas nikmat rezeki itu..bersyukurlah.

lantas umi terfikir sendiri, andai diizinkan..mampukah diri ini mendidik zuriat keturunan kami mengikut syariat islam di arus moden dan pesat kini?cabarannya sangat tinggi...juga mampukah diri ini memikul tanggungjawab yang berat itu? segalanya pasti akan ditanya di akhirat kelak...bukanlah mudah rupanya...sungguh berat menjadi seorang ibu dan ayah zaman moden kini..

Namun umi tetap berdoa, semoga Allah izinkan umi menjadi seorang breastfeeding mother di suatu masa yang terbaik yang hanya Allah Maha Mengetahui saat itu...dan umi sangat memohon kekuatan-Mu dan kesabaran yang tinggi buat kami berdua..peliharalah zuriat keturunan kami..bantulah hamba-Mu memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu nanti..



 Meskipun kita selalu bermohon pada-Nya..tidak pernah jemu dan berputus asa..untuk merasai nikmat sepertimana mereka yang lain rasa..namun masih belum jua termakbul apa yg dipinta..hanyalah Allah lebih Mengetahui akan tiap sesuatu...
apalah daya seorang hamba yang lemah..
hanya mampu berserah dan tunduk pada setiap ketentuan-Nya..pastinya punya hikmah di sebalik ujian itu..mudah-mudahan terkandung ganjaran yang besar..suatu hari kan terjawab
Wahai Tuhan..Rahmatilah..
kurniakanlah kekuatan buat mereka..

ameen..



-Ma'a salama

Monday 5 November 2012

2 Kalau difikirkan pandangan manusia...

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekadar renungan kita bersama..
Kadangkala kita sering memikirkan apa orang sekeliling kata...
dan kita cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati mereka..


hakikatnya amat sukar untuk memuaskan hati semua orang kan
adakah mereka juga memikirkan perasaan kita?

sama-samalah kita..

Utamakanlah Pandangan Allah dari pandangan manusia

Wallahua'lam

-Ma'a salama

0 Amazing Walk Hunt 2012..best!

Hujung minggu lalu ofis umi ada anjurkan Amazing Walk Hunt 2012...memang seronok dan teruja sangat2 lar..hehe..semuanya ada 13 groups yang masuk bersaing..kumpulan umi sepatutnya 4 orang tapi seorang ahli tak dapat hadir :( ..it's ok..yg penting we really had fun!..terkebil-kebil mencari clues dan harta benda yg tersirat...ada 5 check points (CP) dan setiap CP ada marshall yang setia menunggu untuk kutip jawapan..hehe..we actually have to spent for about half an hour utk setiap CP jer ikutkan..tapi alahai..tricky betul soalan2 & clues nya tu, makan masa juga nak tengok sign2 jawapan..adoii ai..but then suka lar benda2 yg mencabar akal fikiran dan kecekapan mata dan minda nie..hehe..seronok tau!

After all, it was totally worth it sebab bukan aje masuk amazing hunt ni kira enjoyed, tapi juga...

kumpulan umi telah menang tempat Ketiga (daripada 13 groups bertanding)...
Alhamdulillah, tak percayanyer...!
Apapun, it was a great experience...dan yang surprised nye mcmmana la group umi ni boleh dpt tempat ke-3.. hehe..padahal kami ni antara yang terkebelakang mula-mula tu..kumpulan lain semua dah pergi next CP, kami masih tercari2 clues jawapan lagi...hehe.

Iya, pasti semuanya atas pertolongan Allah kan..rezeki kami.. 

Tempat ke-3 dapat hadiah duit RM120..so devided by 3..sorang dapat la RM40..ok la berbaloi juga kan berpeluh2..hehe..i like!..sekadar suka2 hilangkan stress kerja...Alhamdulillah!


-Ma'a salama

Saturday 3 November 2012

3 TTC: perlu ikhtiar lagi..

Assalamualaikum..

hari ini umi CD1..hormon mungkin tak beberapa stabil coz lewat pula 'ia' hadir bulan ni..
belum tiba masanya lagi Allah nak beri 'rezeki' yang itu..apapun umi redha dan syukur dan pastinya Allah telah rancang sesuatu yang lebih baik buat kami berdua..tapi umi pun masih tengah fikir-fikir juga ni sama ada nak teruskan IUI atau tidak bulan ni..pertengahan bulan depan umi terpaksa ke Santiago, Amerika Latin sendirian untuk urusan kerja dan sudah pasti ikhtiar IUI tak akan dapat dibuat bulan depan..hubby pun nampak macam serba salah aje..serba salah dengan sebarang kemungkinan terjadi agaknya..macammana yer..ermm..nak proceed ke tidak?? umi juga tak mahu mengalah..but i'm confused too..

help me Ya Allah!




-Ma'a salama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...